TERMA RUJUKAN (TERMS OF REFERENCE) JAWATANKUASA PENGAJIAN PENYELIDIKAN (JKPI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 Keahlian Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Pengerusi boleh melantik mana-mana ahli yang hadir untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi Mesyuarat sekiranya keadaan memerlukan untuk berbuat demikian. Keahlian dalam jawatankuasa ini adalah sepertimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Senat. Surat pelantikan bagi keahlian dalam jawatankuasa ini boleh dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan. Tempoh pelantikan bagi Pengerusi dan Pegawai Universiti dalam jawatankuasa ini adalah mengikut selama mana jawatan disandang. Pengerusi atau Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa mengundang mana-mana Pegawai yang lain untuk menghadiri mesyuarat bagi membantu melancarkan perjalanan mesyuarat. Pegawai yang diundang tidak membentuk korum dan akan dicatat sebagai Ahli Turut Hadir. 2 Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan hendaklah bermesyuarat enam (6) kali setahun atau satu (1) kali dalam tempoh dua (2) bulan atau kurang bergantung kepada keperluan. Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan minit mesyuarat hendaklah direkodkan oleh Urusetia Jawatankuasa. 1
Tarikh untuk mesyuarat jawatankuasa akan ditetapkan pada setiap tahun. Satu (1) bulan sebelum mesyuarat, Urusetia Jawatankuasa akan mengedarkan surat kepada ahli mesyuarat mengenai penghantaran kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat. Semua laporan dan kertas kerja hendaklah diterima oleh pihak Urusetia lima belas (15) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat. 3 Kuasa Meluluskan permohonan pengkomersilan produk penyelidikan sebelum dimajukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk makluman. Membuat keputusan terhadap syor dan cadangan penerima insentif kecemerlangan penyelidikan dan inovasi. Memperakukan pelantikan Felo Penyelidik sebelum dimajukan ke Mesyuarat Senat untuk kelulusan. Memperakukan permohonan penubuhan Syarikat Terbitan Universiti (STU) sebelum dimajukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk kelulusan. Memperakukan dan meluluskan garis panduan dan polisi baharu/ penambahbaikan garis panduan dan polisi sedia ada berkaitan penyelidikan dan inovasi. 4 Pelaporan Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan hendaklah melaporkan setiap tahun kepada Mesyuarat Senat Universiti. 2
5 Korum 6 Fungsi dan Tanggungjawab Korum untuk menjalankan mesyuarat adalah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada bilangan ahli jawatankuasa termasuk Pengerusi. Korum bagi meluluskan sesuatu keputusan adalah mengikut majoriti ahli yang hadir. Sekiranya dalam keadaan di mana bilangan undi sama banyak, Pengerusi atau Ahli yang menjadi Pengerusi Mesyuarat boleh menggunakan undi pemutus. Mana-mana ahli yang tidak dapat hadir ke mesyuarat hendaklah digantikan dengan Ahli Ganti yang telah dinamakan. Kehadiran oleh Pegawai selain daripada Ahli atau Ahli Ganti yang dinamakan tidak akan dikira sebagai korum mesyuarat. Pegawai berkenaan dikira sebagai Ahli Turut Hadir sahaja. Mewujudkan dasar berkaitan penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan perundingan. Membincangkan strategi perolehan geran penyelidikan. Membuat keputusan terhadap syor bagi penganugerahan penyelidikan dan inovasi. Meningkatkan penghayatan budaya penyelidikan, perundingan dan inovasi. Membuat keputusan berkaitan pengurusan harta intelek Universiti. Mengutamakan usaha-usaha pengkomersilan. Menjalankan promosi penyelidikan dan inovasi melalui penerbitan, pameran dan lain-lain. Mempertingkat hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, industri dalam dan luar negara. Memberi latihan yang diperlukan untuk pembangunan penyelidikan dan inovasi di kalangan staf akademik. Menilai keberkesanan program penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan perundingan dari semasa ke semasa. Membantu memperkasa Pusat-Pusat Kecemerlangan UTHM. 3
7 Pindaan kepada Terma Rujukan Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan dan Mesyuarat Senat. 8 Komposisi Jawatankuasa Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Ahli: 1. Tiga (3) Orang Wakil Senat 2. Penolong Naib Canselor (HIM)/ Pengarah Pejabat Hubungan Universiti dan Industri adalah Ahli Ganti 3. Dekan ICC 4. Dekan R&D 5. Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E) 6. Semua Dekan atau, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan)/ Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan Industri) adalah Ahli Ganti Fakulti 7. Timbalan-Timbalan Dekan ORICC 8. Dekan Pusat Pengajian Siswazah 9. Dekan Pusat Pengajian Diploma 10. Dekan Pusat Pengajian Bahasa 11. Ketua Pejabat Penerbit 12. Semua Ketua Pusat Kecemerlangan 13. Pengarah Urusan UTHM Holdings Sdn. Bhd. Ahli Turut Hadir: Mana-mana Pegawai yang diundang oleh Pengerusi atau Jawatankuasa Setiausaha: Timbalan Pendaftar ORICC 4
Urusetia: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Perundingan dan Pengkomersilan (ORICC). 9 Peranan a) Pengerusi Pengerusi bertanggungjawab: Merangka Agenda Mesyuarat. Merancang takwim tahunan mesyuarat. Mempengerusikan mesyuarat. Mengetuai jawatankuasa dalam memenuhi tanggungjawab pentadbiran. Memastikan keputusan jawatankuasa dilaksanakan. Melaksanakan tugas-tugas yang ditakrifkan oleh jawatankuasa sebagai berkaitan dengan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa. b) Urusetia: Urusetia bertanggungjawab: Membantu Pengerusi dalam memastikan kelancaran fungsi jawatankuasa. Mengatur urusan mesyuarat. Menyediakan Agenda Mesyuarat. Mengedarkan kertas kerja dan laporan mesyuarat. Menyemak korum mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan. Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat. Melaksanakan tugas-tugas yang ditakrifkan oleh jawatankuasa sebagai berkaitan. dengan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa. 5