PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

dokumen-dokumen yang mirip
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Kurikulum Kebangsaan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

PENGAKUAN. Tandatangan : : NORHAYATI BINTI MOHAMAD AISA. No. Matrik : EDMB 2-16 : DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

GARIS PANDUAN PENCALONAN

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Transkripsi:

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM TUAN MOHD HAS WADI BIN T. DAUD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

ii PENGAKUAN Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : TUAN MOHD HAS WADI BIN T. DAUD Tarikh :..27 APRIL 2009...

iii DEDIKASI KHAS BUAT Ayahanda dan Bonda T. Daud bin Abdullah Asiah binti Abdullah Adik Beradik Tercinta Tuan Mohd Rashidi bin T. Daud Sharifah Norrazimal binti T. Daud Sharifah Norazlina binti T. Daud Tuan Mohd Nasrulhadi bin T. Daud Sharifah Norasma Iza binti T. Daud Anak Saudaraku Tersayang Haziq, Danish & Nur Qistina Pensyarah-pensyarah Sahabat-sahabat Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita Terima kasih, Amin.

iv PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, dan keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka. Amin..

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun akhir kursus kemahiran hidup Fakulti Pendidikan, UTM dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama terdiri daripada 90 pelajar tahun akhir program perdana dalam pengkhususan Kemahiran Hidup dan 20 pelajar tahun akhir daripada Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) dalam pengkhususan kemahiran hidup. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.942. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for Windows untuk mendapatkan nilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Ini selaras dengan misi UTM untuk melahirkan bakalbakal guru yang bukan sahaja berkualiti malah dapat mengaplikasikan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar kelak.

vi ABSTRACT The purpose of this study is to investigate the integration of generic skills among final year students of Living Skills course from the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia in their teaching and learning. The study involved two group of students. The first group was 90 final year undergraduate students and the second group is 20 final year Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) students from Living Skills course. A set of questionnaire was used as an instrument. The level of reliability (Alpha Cronbach) of this study was 0.942. The data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 for Windows to obtain the value of percentage and mean. The findings reveal that the students apply a good skill in problem solving, team working and communication. It was parallel with UTM mission to produce future teachers who have good qualities as well as to be able to apply the generic skills in the teaching and learning process of their future teaching career.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.6.1 Fakulti Pendidikan UTM 10 1.6.2 Pensyarah 10 1.6.3 Pelajar Tahun Akhir 10 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Definisi Istilah 11 1.8.1 Penerapan 11 1.8.2 Kemahiran 12 1.8.3 Generik 12

viii 1.8.4 Kemahiran generik 12 1.8.5 Pelajar-Pelajar 12 1.8.6 Fakulti Pendidikan 13 1.8.7 Universiti 13 1.8.8 Pengajaran 13 1.8.9 Pembelajaran 14 1.8.10 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 14 1.8.11 Kemahiran Kerja Secara Berkumpulan 15 1.8.12 Kemahiran Berkomunikasi 15 1.9 Penutup 15 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16 2.1 Pengenalan 16 2.2 Kemahiran Generik 16 2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 17 2.4 Kemahiran Kerja Secara Berkumpulan 23 2.5 Kemahiran Berkomunikasi 27 2.6 Kaedah/Pendekatan Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 33 2.7 Kepentingan Kemahiran Generik 37 2.8 Hasil Dapatan Kajian Lepas Berkaitan Kemahiran Generik 39 2.9 Penutup 41 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 42 3.1 Pengenalan 42 3.2 Rekabentuk Kajian 43 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 43 3.4 Tempat Kajian 44 3.5 Instrument Kajian 45 3.5.1 Bahagian A 45 3.5.2 Bahagian B dan Bahagian C 45

ix 3.5.3 Bahagian D 46 3.6 Kesahan Soal Selidik 48 3.7 Kajian Rintis 48 3.8 Prosedur Kajian 50 3.9 Analisis Data 52 3.10 Penutup 54 BAB 4 ANALISIS DATA 55 4.1 Pengenalan 55 4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang) 55 4.2.1 Jantina 56 4.2.2 Kursus 56 4.3 Analisis Bahagian B 57 4.3.1 Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah? 57 4.3.2 Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran bekerja secara berkumpulan? 59 4.3.3 Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran berkomunikasi? 61 4.4 Analisis Bahagian C 64 4.4.1 Apakah persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah? 64 4.4.2 Apakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah

x dari aspek kemahiran bekerja secara berkumpulan? 66 4.4.3 Apakah persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dari aspek kemahiran berkomunikasi? 68 4.5 Analisis Bahagian D 70 4.5.1 Apakah persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menerapkan kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi? 71 4.6 Ringkasan Dapatan Kajian 73 4.6.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 73 4.6.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian C 74 4.6.3 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian D 75 4.7 Penutup 76 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 77 5.1 Pengenalan 77 5.2 Rumusan Dapatan Kajian 77 5.3 Perbincangan Kajian 78 5.3.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 78 5.3.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 78 5.3.2.1 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 79 5.3.2.2 Kemahiran Bekerja Secara Berkumpulan 81 5.3.2.3 Kemahiran Berkomunikasi 84 5.3.3 Bahagian C (Persoalan Kajian) Penerapan kemahiran generik dari aspek

xi kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. 87 5.3.4 Bahagian D (Persoalan Kajian) Kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menerapkan kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. 90 5.4 Kesimpulan 92 5.5 Cadangan Kajian 92 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 93 5.7 Penutup 94 BIBLIOGRAFI 95 LAMPIRAN 99

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Bilangan Populasi 43 3.2 Bilangan Populasi Mengikut Kursus 44 3.3 Skala Lima Mata 46 3.4 Skala Tiga Mata 46 3.5 Perbandingan Item Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D Dalam Soalan Kajian 47 3.6 Pekali Alfa Cronbach 49 3.8 Maklum Balas Dan Skor Terhadap Item 53 3.9 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 53 3.10 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 54 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56 4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 56 4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Kemahiran Menyelesaikan Masalah 58 4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Kemahiran Bekerja Secara Berkumpulan 60 4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Kemahiran Berkomunikasi 62 4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Penerapan Kemahiran Generik Dari Aspek Kemahiran Menyelesaiakan Masalah. 65 4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Penerapan Kemahiran Generik Dari Aspek Kemahiran Bekerja Secara Berkumpulan. 67 4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Bagi Penerapan Kemahiran Generik Dari Aspek

xiii Kemahiran Berkomunikasi. 69 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan mengenai persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menerapkan kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. 71 4.10 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 73 4.11 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian C 74 4.12 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian D 75

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 50

xv SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statisical Package for The Social Science PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru PTK - Pendidikan Teknikal & Kejuruteraan

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Surat Pengesahan 99 B Pengesahan Item Soal Selidik 100 C Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 102 D Perangkaan Pelajar Mengikut Tahun Kursus Sesi 2008/2009 103 E Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W 104 F Set Soal Selidik 105

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Setelah 51 tahun negara mencapai merdeka, terdapat berbagai-bagai usaha dilakukan dalam sistem pendidikan negara ke arah yang lebih maju dengan menerapkan unsur-unsur kepelbagaian ilmu dan teknologi dalam pendidikan. Menurut kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang dilaksanakan pada tahun 1989 menyatakan bahawa : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Daripada hasrat Falsafah Pendidikan Negara maka lahirlah matlamat, objektif serta bahan yang dibina untuk mencapai cita-cita seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu untuk membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2 Pendidikan melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Najib (2003), pengajaran adalah proses memberi pengalaman manakala pembelajaran adalah proses menerima pengalaman. Dalam merealisasikan matlamat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru adalah penentu dalam menentukan kualiti pendidikan yang terdapat di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang yang diceburi termasuklah kemahiran pedagogi serta pengetahuan bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran generik bagi melengkapkan diri sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Peranan seorang guru untuk memindahkan ilmu dan kemahiran kepada pelajar bermula dari tempat latihan di mana sesorang guru menjalani latihan perguruan. Menurut Asmah (2001) segala jenis latihan perguruan sama ada latihan permulaan untuk menyediakan guru-guru baru yang dijalankan di Maktab Perguruan & Institut Pengajian Tinggi, perlulah berkemampuan untuk bertindak sebagai tapak semaian yang dapat menghasilkan guru yang berkualiti. Dalam konteks pendidikan yang berorientasikan teknikal, pendidikan adalah salah satu alternatif yang dapat membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap dan nilai individu untuk memajukan bakal-bakal guru dalam dunia perguruan. Pada masa yang sama, pendidikan teknikal bukan sahaja menerapkan kemahiran teknikal malah menerapkan kemahiran generik bagi membentuk pelajar yang berkualiti. Oleh itu, pelajar-pelajar PTK perlu menguasai kemahiran generik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Utusan Malaysia, Sabtu, 23 Disember 2006, menyedari akan kepentingan pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil pelbagai pendekatan termasuk penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan para graduan diterapkan dengan kemahiran generik, khususnya yang akan memasuki pasaran pekerjaan seterusnya menjadi pilihan majikan. Kecemerlangan akademik tidak dinafikan masih menjadi keutamaan, tetapi menjadi seseorang graduan itu cemerlang dalam bidang teori semata-mata tanpa nilai tambah yang lain didapati tidak mencukupi. Nilai tambah yang dimaksudkan adalah penguasaan kemahiran generik yang perlu ada pada karier seorang guru. Seseorang guru dianggap tidak kompetan dalam arus pendidikan

3 negara sekiranya tidak memiliki kemahiran generik. Ini termasuk kemahiran yang perlu diterapkan ke dalam setiap pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Malah, penerapan kemahiran generik bukan sahaja untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang keperluan memiliki kemahiran itu, tetapi juga sebagai satu cara untuk memberi keyakinan terhadap kebolehan dan keupayaan diri masing-masing. Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi, berkeupayaan untuk berhubung dengan orang ramai, kebolehan untuk berinteraksi melalui persembahan atau dalam menguasai pelbagai bahasa khususnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menurut Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (2006), antara kelemahan graduan termasuklah tidak ketrampilan dan tidak memiliki kemahiran, khususnya kemahiran generik sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. Oleh yang demikian, Institut Pengajian Tinggi perlu untuk menjana graduan khususnya pelajar tahun akhir agar memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan insaniah yang merangkumi aspek akhlak, sikap dan sebagainya. 1.2 Latar Belakang Masalah Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia pekerjaan seorang guru. Selain kemahiran teknikal, kemahiran generik menjadi satu keperluan untuk setiap individu yang bergelar seorang guru supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap. Sebagai seorang guru, kemahiran generik perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan lagi kerjaya seseorang dalam profesion perguruan. Menurut Mok Soon Sang (2003), seorang guru berperanan menerapkan kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan masa kini di samping

4 menyampaikan ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru akan lebih berkesan dan terarah sekiranya mengintegrasikan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran. Dalam profesion perguruan, tugas seorang guru bukan sekadar mengajar malah perlu untuk berinteraksi dan berkeupayaan bekerjasama dengan guru yang lain di sekolah serta mentadbir bilik darjah dengan sempurna. Misalnya menangani murid nakal memerlukan kemahiran berbincang, bertolak ansur dan berhemah serta bijaksana. Idea yang kreatif diperlukan untuk mengatasi setiap masalah yang timbul dengan murid sedemikian. Adakah semua guru masa kini mempunyai kemahiran ini?. Oleh itu, elemen kemahiran generik amat penting bagi seseorang guru untuk dipraktikkan di setiap sekolah. Keberkesanan tugas seorang guru untuk mendidik akan lebih berkesan sekiranya memiliki kemahiran generik. Menurut Rozanis (2007), kepentingan kemahiran generik pada hari ini memberi fokus kepada pengadaptasian perkhidmatan yang lebih cemerlang, produktif dan inovatif. Maka seseorang guru perlulah menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah, kebolehan dalam bekerja secara berkumpulan dan kebolehan untuk berkomunikasi. Pada hari ini, peranan dan tanggungjawab guru bukan sahaja banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Kualiti seseorang guru sering kali dipersoalkan ekoran perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru yang berkualiti mampu untuk merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkenaan kemahiran mengajar dan kemahiran generik dalam mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Menurut Mok Soon Sang (1999) guru bukan sahaja bertindak sebagai pembimbing malah menjadi perangsang dalam usaha mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, pengintegrasian kemahiran generik yang merangkumi pengetahuan amat penting dalam melahirkan pelajar yang mempunyai nilai tambah yang unik. Sebagai contoh bagaimana untuk melahirkan pelajar tahun akhir kursus kemahiran hidup yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun akhir amat

5 penting untuk diperhalusi kerana ia menyumbangkan kepada pengkayaan ilmu dan berupaya membentuk guru yang berkualiti apabila mengajar kelak. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam membentuk pelajar tahun akhir pengkhususan kemahiran hidup agar menjadi seorang guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti seharusnya dapat menjalankan kaedah dan teknik mengajar yang dapat membantu memudahkan pelajar mereka dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Nasaruddin (Buletin JPK, 1997) guru berkualiti adalah guru yang sentiasa menekankan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir dapat merangsang pelajar supaya aktif dalam menyelesaikan masalah di mana kemahiran berfikir ini boleh diterap melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran kendiri seperti kaedah projek, belajar secara berfikir dan sebagainya. Kemahiran menyelesaikan masalah harus diterap di kalangan pelajar tahun akhir ini memandangkan zaman yang mereka lalui ini adalah zaman persaingan minda. Mereka yang mempunyai kekuatan berfikir memiliki kelebihan daya saing untuk menangani segala bentuk persaingan global apabila mengajar kelak. Hanya guru berkualiti saja yang dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi. Oleh itu, penekanan dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah seharusnya diberikan perhatian kepada pelajar tahun akhir bagi memastikan mereka dapat memainkan peranannya yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila keluar mengajar kelak. Tugas dan kewajipan guru tidak di dalam bilik darjah sahaja. Di samping menjalankan tugas di bilik kuliah, guru berkualiti dapat bergaul dan bekerjasama dengan rakan sejawatnya yang lain kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan pelajar di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara satu sama lain. Kualiti guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan melalui aktiviti kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Menurut Mok Soon Sang (1990) konsep guru yang berjaya pada masa kini bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti profesional semata-mata, tetapi dari aspek sosial. Kualiti sosial yang perlu pada seseorang guru berkualiti adalah berkebolehan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat mahupun aktiviti berkumpulan dan sentiasa menghormati

6 pandangan serta pendapat orang lain. Malah guru yang berkualiti juga mempunyai sifat bertanggungjawab yang membuat guru itu mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di universiti penekanan terhadap aspek kemahiran bekerja secara berkumpulan ini harus diberikan perhatian kepada pelajar tahun akhir pengkhusussan kemahiran hidup agar mereka dapat mengaplikasikan kepentingan kemahiran bekerja secara berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar kelak. Melalui aktiviti berkumpulan ini, pelajar tahun akhir tidak lagi dibebani dengan kuliah dan tutorial yang sering kali membosankan, malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru dapat dilaksanakan sepenuhnya melalui aktiviti berkumpulan. Berita Harian, 25 Januari 2007 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga mengarahkan semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dalam proses pembelajaran aktif bagi membolehkan pelajar lebih kompetitif dan berkualiti. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna ke dalam diri setiap pelajar. Akan tetapi pada masa kini, guru yang memperolehi ijazah daripada universiti tidak semestinya dapat menjadi guru yang berkualiti untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan. Ini yang menyebabkan imej dan kualiti profession perguruan dipertikaikan. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, seseorang guru yang berkualiti dapat menggunakan kemahiran berkomunikasi yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990), guru seharusnya mempunyai kualiti profesional dalam kemahiran berkomunikasi. Keberkesanan penyampaian isi pelajaran adalah bergantung kepada bagaimana seseorang guru itu mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dari aspek sebutan dan tatabahasa akan membolehkan pelajar mendengar pelajaran yang disampaikan dengan tepat. Ini membuktikan bahawa kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi kerjaya seorang guru. Oleh itu, penekanan harus diberikan kepada pelajar tahun akhir yang mengikuti pengkhususan kemahiran hidup

7 agar mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan apabila mengajar kelak. Oleh yang demikian, pengaplikasian kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting untuk diterapkan kepada pelajar tahun akhir pengkhususan kemahiran hidup. Ini secara tidak langsung membawa kepada anjakan paradigma profesionalisme perguruan yang lebih dinamis dan progresif serta melahirkan bakal-bakal guru berkualiti. Oleh itu, penerapan kemahiran generik harus diberikan perhatian kepada pelajar tahun akhir kemahiran hidup supaya dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mengajar kelak. 1.3 Pernyataan Masalah Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap pelajar di mana ia merupakan kemahiran yang tidak tertumpu pada perkara-perkara yang mereka pelajari dalam bidang mereka. Tanpa kemahiran ini, pelajar tersebut dianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan. Berdasarkan masalah yang dinyatakan, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sama ada pelajar tahun akhir kursus kemahiran hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Kepentingan penerapan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar tahun akhir supaya bakal-bakal guru yang berkualiti dapat dilahirkan. Ini menimbulkan persoalan mengenai adakah pelajar tahun akhir mempunyai kemahiran generik tersebut.

8 1.4 Objektif Kajian i. Mengenalpasti sama ada pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. ii. Mengenalpasti sama ada pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran bekerja secara berkumpulan. iii. Mengenalpasti sama ada pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran berkomunikasi. iv. Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. v. Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menerapkan kemahiran generik. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

9 i. Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah? ii. Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran bekerja secara berkumpulan? iii. Adakah pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM mempunyai kemahiran berkomunikasi? iv. Apakah persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi? v. Apakah persepsi pelajar tahun akhir kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menerapkan kemahiran generik?