PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

dokumen-dokumen yang mirip
SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2016

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI CABARAN REKACIPTA & INOVASI BAHAN KITAR SEMULA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2015

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

MAKLUMAT PERTANDINGAN INOVASI P&P

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi ICT

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan Dan Pentadbiran

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Disediakan oleh: Unit jqaf,kkq dan Prasekolah, Sektor Operasi Pendidikan Islam. Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF 2016 (PIK 2016)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

BORANG PERMOHONAN WWF-MALAYSIA CONSERVATION PARTNERSHIP SCHEME

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

GARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

Pakaian formal sekolah 25/2/2018. Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Johor Bahru 2018 DOKUMEN SOKONGAN / CATATAN MULA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB 4 PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

Perunding Inokreatif Q (2015 v.1)

Pertandingan Melukis

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Infografik GST Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia


PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

FORMAT PEPERIKSAAN. SKIM PERKHIDMATAN: PEMBANTU TADBIR RENDAH N11 (Operator Telefon)

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

Transkripsi:

MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

1.0 PENGENALAN Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau merupakan satu pertandingan yang diadakan untuk memberi pendedahan dan menggalakkan budaya reka cipta inovasi berfokuskan Teknologi Hijau. Pertandingan ini diharap mampu membuka minda peserta untuk lebih menghargai alam sekitar dengan rekaan teknologi berasaskan Teknologi Hijau. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau ini diadakan untuk: i. Meningkatkan kemahiran membuat penyelidikan serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk inovasi Teknologi Hijau. ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea inovasi serta pengetahuan dalam bidang Teknologi Hijau untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan rekaan baru. iii. Mewujudkan titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya reka cipta dan inovasi Teknologi Hijau dalam usaha membangunkan produk reka cipta yang kompetitif. iv. Mewujudkan jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian sewaktu membangunkan produk inovasi Teknologi Hijau. v. Menjadi usaha ke arah mempatenkan semua reka cipta dan inovasi Teknologi Hijau yang dihasilkan oleh peserta. 3.0 TEMA 3.1 Tema pertandingan ialah Innovating Technologies Towards Sustainable Tomorrow. 3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang Teknologi Hijau dan penghasilan produk inovasi yang mesra pengguna. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 1

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 4) sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja. 4.2 Setiap pasukan diwakili oleh maksima 3 peserta dan seorang guru pembimbing. 4.3 Semua penyertaan hendaklah dibuat atas nama sekolah yang disahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan. 4.4 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri PERLU menghantar SATU penyertaan bagi mewakili negeri tersebut ke peringkat kebangsaan. 4.5 Segala kos berkaitan penghasilan projek adalah di atas tanggungan sekolah yang mengambil bahagian. 5.0 SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU 5.1 Projek inovasi Teknologi Hijau yang akan dipertandingkan perlu mempunyai satu atau lebih sektor Teknologi Hijau seperti berikut: i. Tenaga (Energy) ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater) iii. Bangunan (Building) iv. Pengangkutan (Transportation) v. Industri (Industry) vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry) vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology (ICT)) 6.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN 6.1 Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau menekankan kepada 2 kategori produk yang dipertandingkan: i. Invention/Penciptaan Penciptaan proses atau produk inovasi baru ii. Innovation/Inovatif Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada 7.0 KAEDAH PERTANDINGAN 7.1 Jika negeri ingin menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri, JPN berkaitan diminta menghebahkan pertandingan ini kepada REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 2

sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian. Pengelola peringkat negeri perlu mengikut syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi pertandingan ini. Satu projek terbaik boleh dicadangkan untuk mengambil bahagian di peringkat kebangsaan. 7.2 Jika JPN tidak mengadakan pertandingan ini di peringkat negeri, JPN berkaitan hendaklah mengenalpasti satu pasukan yang akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan. 8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 8.1 Syarat syarat bagi menyertai Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau adalah seperti berikut: i. Projek inovasi reka cipta yang dihasilkan mestilah selari dengan tema pertandingan. ii. Idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan idea plagiat. iii. Bahasa yang digunakan dalam kertas projek dan sesi pembentangan ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. iv. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta pertandingan. v. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan projek adalah sangat digalakkan. vi. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti. vii. Idea reka bentuk projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada mana-mana sektor pembuatan. viii. Penggunaan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan selagi sah di sisi Undang-Undang Siber Malaysia. ix. Penggunaan perisian komputer adalah tanggungjawab peserta dan sebarang kesan negatif adalah tanggungan pasukan yang mengambil bahagian. x. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 3

9.0 PENGECUALIAN / LARANGAN 9.1 Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima: i. Reka cipta, inovasi atau reka bentuk yang telah dibangunkan oleh pihak lain. ii. Reka cipta yang sukar untuk diterangkan seperti prinsip sains dan teori abstrak. 10.0 PANDUAN PESERTA PERTANDINGAN 10.1 Bahan-bahan beracun, letupan, radioaktif yang dianggap boleh membahayakan orang ramai perlu diawasi dengan rapi dan dilabelkan dengan terang. 10.2 Setiap pasukan diminta untuk menyediakan papan pameran masingmasing untuk poster, carta dan lain-lain untuk digunakan semasa pameran tersebut. 10.3 Untuk makluman spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: i. Bahan : Papan lapis (ketebalan 12 mm) ii. Warna : Putih iii. Bilangan kepingan papan lapis : 3 keping (setiap satu bersaiz 2 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi) x 0.5 inci (tebal) i v. Saiz keseluruhan : 6 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi) x 0.5 inci (tebal) 2 4 PAPAN PAMERAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 4

10.4 Setiap pasukan dilarang menggunakan dinding dewan untuk tujuan menampal sebarang maklumat projek. Peserta adalah bertanggungjawab menyusun dan menanggalkan projek pameran serta membersihkan ruang pameran masing-masing setelah tamat pameran. 10.5 Bahan hakis yang digunakan mesti disimpan dengan betul supaya tidak berlaku kemungkinan kerosakan perabot dan bahaya kepada pelawat. 10.6 Peserta yang bercadang hendak menggunakan haiwan dalam pameran ini mesti bertanggungjawab menjaga kebajikannya sepanjang beberapa hari pameran ini dijalankan. 10.7 Haiwan yang digunakan adalah dihadkan kepada invertebrata atau haiwan kecil seperti ikan, tikus, hamster, tikus belanda atau arnab. Sebaik-baiknya elakkan daripada menjalankan eksperimen yang menyeksa haiwan dan eksperimen yang menggunakan mikroorganisma yang boleh mendatangkan keracunan makanan. 10.8 Bahan yang digunakan untuk binaan mestilah kuat dan tahan. Semua bahagian yang bergerak mesti dipasang dengan kukuh. Bahagian yang digerakkan dengan kuasa elektrik mesti ditutup dengan pelindung. 10.9 Suis picit dan suis tuas mesti dipasang dengan kukuh di atas bahan yang dipamerkan. Jangan memasangkannya di atas meja, skrin atau dinding di dewan pameran. 10.10 Semua projek pameran yang memerlukan penggunaan kuasa elektrik biasa A.C. mesti direka bagi kira-kira 230 A.C. 10.11 Semua radas elektrik mesti dibina mengikut aturan keselamatan elektrik TNB. 10.12 Semua radas elektrik mestilah dibekalkan dengan kabel 3 teras yang sesuai, sekurang-kurangnya 2 meter panjang dan dipasang dengan satu plug 13A piawai yang berfius (bentuk segiempat). 10.13 Tidak menggunakan suis loceng untuk mengawal radas-radas 230V. Suis tidak bertebat seperti suis pisau TIDAK dibenarkan. 10.14 Semua sambungan dawai elektrik mesti dipateri dengan betul dan bertebat. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 5

10.15 Semua dawai yang digunakan untuk binaan barang pameran mesti ditebat sesuai dengan voltan yang digunakan. 10.16 Semua pendawaian, suis dan bahagian-bahagian logam yang membawa arus elektrik mesti bertutup dengan pelindung untuk mengelakkan pelawat daripada menyentuhnya dan menerima renjatan elektrik. 10.17 Peserta yang mahu menggunakan elektrik atau air mesti menunjukkannya dalam Borang Penyertaan yang perlu dihantar 2 minggu sebelum tarikh pertandingan. 10.18 Peserta yang memerlukan bekalan air mesti membawa bekas mengisi air sendiri. Air pili yang mengalir tidak dibekalkan. 10.19 Peserta yang memerlukan bekalan gas mesti membawa "labo gas sendiri. 11.0 KOD ETIKA PERTANDINGAN 11.1 Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah menjaga integriti. 11.2 Peserta hendaklah mengelakkan kesalahan saintifik atau penipuan, seperti memalsukan data, cetak rompak atau plagiarism atau menggunakan karya pereka cipta lain. 11.3 Sebuah projek kajian mungkin mengulang sebahagian kajian yang lebih besar dilakukan oleh para saintis profesional. Peserta hanya boleh mempamerkan hasil kajian yang diinovasikan sahaja. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 6

12.0 FORMAT KERTAS PROJEK Format kertas projek PERLU mengandungi perkara-perkara berikut: PERKARA Sektor Teknologi Hijau Tajuk Projek Abstrak Pengenalan Metodologi / Proses Kajian PENERANGAN Nyatakan Sektor Teknologi Hijau yang terlibat dalam projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, guru pembimbing dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah dibaca. Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan kajian) Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan kajian lepas (jika ada). Reka bentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, dan prosedur yang dijalankan. Proses Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta lakaran bahan projek atau penyelidikan. Proses kerja boleh direkod dalam buku data. Hasil Kajian Analisis kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan. Perbincangan dan Keputusan Rujukan Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan dapatan kajian berkaitan daripada jurnal. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik. Senarai bahan rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb.) 13.0 KERTAS PROJEK DAN MAKLUMAT PAMERAN 13.1 Setiap pasukan diminta menyediakan 2 salinan kertas projek bagi tujuan penghakiman dan pameran. 13.2 Setiap pasukan diminta menyediakan maklumat berikut (14.0) untuk tujuan pameran:. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 7

14.0 FORMAT MAKLUMAT PAMERAN NAMA PROJEK Gambar / Jadual / Graf Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (sila nyatakan persoalan kajian, hipotesis, hasil, analisis dan kesimpulan kajian). Pengenalan Latarbelakang projek, pernyataan masalah, signifikan ujian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan kajian lepas dengan kajian yang dilakukan. Metodologi Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, dan prosedur yang dijalankan pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta lakaran bahan projek atau penyelidikan. Proses kerja boleh direkod dalam buku data. Lencana Sekolah Nama Ahli Kumpulan Nama Sekolah No Tel Sekolah Alamat Emel Proses Terangkan proses kerja yang digunakan dalam kajian. Hasil Kajian Analisis kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan. Perbincangan dan Keputusan Keputusan dan perbincangan perlu dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik. Rujukan Senarai bahan rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 8

15.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN 15.1 Peserta akan diberi masa selama 7 minit bagi membentangkan hasil kajian/inovasi projek dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris. Hakim akan bersoal jawab dengan pasukan setelah selesai 7 minit pembentangan (3 minit). 15.2 Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan aplikasi, potensi komersial/kebolehpasaran, persembahan dan demonstrasi. 15.3 Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta mengenai projek reka cipta Teknologi Hijau yang dipertandingkan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status reka cipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan penyediaan untuk hasil tersebut. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 9

16.0 KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS Persembahan (40%) Pameran Projek (20%) Menggunakan pengetahuan kejuruteraan, prinsip sains, matematik dan Teknologi Hijau 10 Penyampaian Laporan (20%) Mengaplikasikan pengetahuan sains, matematik, Teknologi Hijau yang menjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi terkini Keaslian / kreativiti / inovasi yang digunakan Menggunakan komputer atau teknikal grafik Penggunaan multimedia / media cetak, sebagai platform penyebaran maklumat Kemahiran penyampaian individu / pasukan; kemahiran berkomunikasi, sebutan yang lancar / jelas dan penerangan teratur dan sistematik 05 05 10 Produk (60%) Dokumentasi (20%) Kemahiran saintifik dan kreativiti Melihat kepada objektif yang disasarkan, pengembangan potensi dan kemahiran saintifik dan kemahiran dalam penyelidikan dan pembangunan inovasi Kemahiran interaksi dan menjawab soalan Berkebolehan berinteraksi dan kebijaksanaan dalam menghuraikan jawapan Personaliti keseluruhan Kesesuaian pakaian, keyakinan diri dan penampilan yang beretika Abstrak/ringkasan projek Sinopsis keseluruhan kajian melibatkan persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil analisis dan kesimpulan 03 05 02 02 Pengenalan 03 REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 10

Kesignifikanan Projek (15%) Prototaip (20%) Rujukan (5%) Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan kajian Metodologi dan perincian projek 05 Keputusan, hasil dapatan dan perbincangan Analisis data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan serta perbincangan analisis. Kesimpulan dan cadangan kajian Melakukan ringkasan keputusan dan perbincangan inovasi dan pembaharuan. Pemikiran saintifik / maklumat inovasi menepati tema Memenuhi matlamat inovasi dan tema pertandingan. Efisien (kecekapan) Jimat masa, jimat kos, tingkatkan produktiviti dan mudah digunakan. Kesan kepada kualiti alam sekitar dan masyarakat Implikasi terhadap alam sekitar, penggunaan bahan tempatan kitar semula dan mesra alam Keselamatan Mudah, mesra pengguna, stabil, kukuh dan selamat digunakan 05 05 05 05 05 05 Ciptaan Inovasi 10 Potensi komersial / kos Memenuhi kehendak pengguna, kebolehpasaran, novelti dan dapat meningkatkan perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia. Khidmat nasihat pakar Buku, jurnal, suratkhabar, internet 05 05 REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 11

17.0 PANDUAN PENGELOLA 17.1 Persediaan Tempat i. Dewan untuk mempamerkan bilangan projek inovasi (16 projek peringkat kebangsaan). ii. 2 Meja lipat/meja kelas berukuran 50cm x 60cm bagi setiap pasukan. iii. 2 buah kerusi bagi setiap pasukan. iv. Sistem Siaraya. v. Bilik Mesyuarat Hakim. vi. Sumber tenaga elektrik (plug point) disediakan kepada setiap pasukan. 17.2 Penyediaan Projek i. Setiap projek mesti disusun mengikut sektor (tenaga, pengangkutan,..etc). ii. Setiap pasukan diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan bahan pameran (produk, poster, maklumat projek). iii. Peserta tidak dibenarkan menukar kedudukan yang telah ditetapkan dengan peserta lain. iv. Tidak dibenarkan pihak luar membantu penyediaan projek termasuk guru pembimbing. 17.3 Proses Penghakiman i. Setiap pasukan yang bertanding perlu menghantar satu salinan kertas projek kepada urusetia sebelum pertandingan bermula. ii. Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap projek sebanyak 2 pusingan. iii. Peserta diminta bersedia di meja projek masing-masing semasa proses penghakiman berlangsung. iv. Pengelola hendaklah memastikan hanya peserta sahaja yang berada di dalam dewan semasa penghakiman berlangsung. v. Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan untuk keperluan hakim. vi. Hakim akan bermesyuarat bagi menentukan keputusan di bilik mesyuarat yang disediakan. vii. Keputusan pertandingan diserahkan kepada Pengelola REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 12

Pertandingan. 17.4 Pameran Projek i. Lawatan projek akan dibuka kepada pelawat selepas proses penghakiman selesai. ii. Peserta atau wakil perlu berada di meja projek masing-masing. iii. Sepanjang pameran, keselamatan projek adalah di bawah tanggungjawab setiap peserta. iv. Seorang jurucakap boleh dilantik bagi memberi info tentang projek yang bertanding dari masa ke semasa. 17.5 Keselamatan Projek i. Sepanjang pertandingan, pihak pengelola diminta mengambil kira aspek keselamatan projek yang bertanding. ii. Pintu masuk Dewan hendaklah dikunci apabila tidak digunakan. iii. Setiap peserta hendaklah memastikan semua projek dikemaskan dan tidak meninggalkan sebarang bahan atau peralatan projek sebaik sahaja tamat pertandingan. 18.0 PAMERAN Setiap peserta akan disediakan ruang pameran yang merangkumi dua meja lipat dan dua kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi reka cipta / inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi reka cipta / inovasi mereka. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. 19.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG 19.1 Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan. 19.2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang. 20.0 PENAFIAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 13

20.1 Jawatankuasa Penganjur dan jawatankuasa pertandingan akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh pasukan (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur dan jawatankuasa teknikal tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kehilangan barangan di atas. 20.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan 20.3 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran / pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undangundang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana pasukan dalam penyertaan ini. REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 14

SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU BIL PERKARA KUANTITI CATATAN 1 Dewan tertutup 1 buah (16 projek) 2 Meja lipat / meja kelas berukuran 50cm x 60cm 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32 3 Kerusi bagi setiap pasukan 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32 4 Sistem Siaraya 1 set 5 Bilik Mesyuarat Hakim 1 buah (10 hingga 15 orang) 6 Clip File 10 buah 7 Borang penghakiman 3 hakim x 16 projek x 2 pusingan 8 Pen penghakiman 10 batang 9 Pembantu Hakim 10 orang 10 Alas Meja 16 keping 11 Streamer Pertandingan 2 keping 12 Plug point 1 unit bagi setiap projek 13 First Aid Kit 1 set 14 Alat Pemadam Api 1 REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 15

BORANG PENILAIAN PROJEK PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU KOD KUMPULAN :... TAJUK PROJEK :...... SEKTOR TH : TENAGA / PENGANGKUTAN / BANGUNAN / INDUSTRI / PERTANIAN DAN PERHUTANAN / PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA / ICT BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA SKALA PEMARKAHAN CATATAN PERSEMBAHAN 40% PAMERAN PROJEK 20% PENYAMPAIAN LAPORAN PROJEK 20% Mengaplikasikan pengetahuan Sains, Matematik, Teknologi Hijau yang menjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan Teknologi terkini Keaslian / Kreativiti / Inovasi yang digunakan Menggunakan komputer atau Teknikal Grafik yang membantu pembangunan projek serta terdapat penggunaan Multimedia atau Media Cetak sebagai platform penyebaran maklumat Kemahiran menyampaikan maklumat berkaitan projek dengan jelas, teratur dan sistematik. kemahiran berkomunikasi, sebutan yang lancar serta jelas Kemahiran saintifik dalam penyelidikan serta pembangunan inovasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 16

Kemahiran berinteraksi dan kebijaksanaan dalam menghuraikan jawapan 1 2 3 4 5 DOKUMENTASI 20% Kesesuaian pakaian, keyakinan diri dan penampilan beretika Sinopsis keseluruhan kajian melibatkan persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil analisis dan kesimpulan Latar belakang projek, pernyataan masalah dan signifikan kajian 1 2 1 2 1 2 3 Metodologi dan perincian projek 1 2 3 4 5 Analisis data, tafsiran keputusan, hasil dapatan dan perbincangan analisis 1 2 3 4 5 PRODUK 60% PROJEK SIGNIFIKAN 15% PROTOTAIP 20% Kesimpulan projek dan cadangan kajian inovasi akan datang Memenuhi matlamat inovasi dan tema pertandingan Menjimatkan masa, kos, meningkatkan produktiviti dan mudah digunakan Projek menggunakan bahan kitar semula, mesra alam dan mampu memberi implikasi terhadap alam sekitar Mudah digunakan, mesra digunakan, stabil, kukuh dan selamat digunakan 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 Nilai keaslian inovasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 17

RUJUKAN 5% Memenuhi kehendak pengguna, mempunyai potensi komersil dan mampu meningkatkan perkembangan Teknologi Hijau Negara Mendapat kerjasama dan rujukan daripada pakar, buku, jurnal, suratkhabar, internet 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 JUMLAH MARKAH /100 Ulasan hakim:......... Tandatangan hakim :... Disahkan oleh, Nama hakim :...... Tarikh :... ( ) REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 18

SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PETUGAS Pegawai Teknikal Hakim PERINCIAN TUGAS 1. Menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai semak peralatan oleh pengelola 2. Mengenalpasti hakim dan mendapatkan biodata/detail hakim 3. Mengiringi hakim ke tempat pertandingan 4. Menyediakan alat tulis dan keperluan hakim 5. menjalankan taklimat kepada hakim, guru pembimbing, peserta dan pembantu teknikal 6. Membuat pendaftaran peserta 7. Mengumpul Kertas Projek untuk diserahkan kepada hakim 8. Menjalankan pengundian tempat pameran. 9. Memberikan taklimat akhir sebelum pertandingan bermula 10. Menetapkan masa penyediaan tempat pameran 11. Memastikan hanya peserta sahaja yang membuat persediaan 12. Membantu hakim semasa proses penilaian 13. Mengumpul keputusan pertandingan untuk diserahkan kepada pihak pengelola. 14. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan guru pembimbing 15. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci dewan pameran) 16. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai pertandingan 1. Mendapatkan maklumat pertandingan dari Pegawai Teknikal 2. Menerima borang pemarkahan dan peralatan yang diperlukan 3. Meneliti kertas projek yang diterima 4. Menjalankan 2 kali penilaian kepada setiap pasukan i. Penilaian Individu ii. Penilaian Berpasukan 5. Peserta diberi masa 7 minit untuk membuat persembahan projek 6. Hakim diberi masa 3 minit untuk bersoaljawab dengan peserta 7. Melengkapkan borang pemarkahan 8. Mengadakan mesyuarat bersama Pegawai Teknikal untuk menetapkan pemenang mengikut kategori 9. Wakil hakim membuat rumusan pertandingan 10. Mengisi borang soal selidik untuk penambahbaikan program REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 19

Pembantu Teknikal 1. Membantu Pegawai Teknikal untuk menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai semak peralatan oleh pengelola 2. Mengedarkan alat tulis dan keperluan hakim 3. Membantu proses pendaftaran peserta 4. Menyerahkan Kertas Projek kepada hakim 5. Menetapkan ruang pameran untuk setiap peserta 6. Memastikan hanya peserta sahaja yang berada di tempat pertandingan sepanjang masa persediaan dan pertandingan 7. Memberi bantuan kepada peserta jika diperlukan 8. Membantu hakim jika diperlukan 9. Mengawal pergerakan peserta semasa pertandingan 10. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan guru pembimbing 11. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci dewan pameran) 12. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai pertandingan 13. Memastikan peserta bersedia di kawasan projek masing-masing sepanjang lawatan daripada luar REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 20

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU Innovating Technologies Towards Sustainable Tomorrow NEGERI: BUTIRAN SEKOLAH NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL GURU PEMBIMBING NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL SAIZ T-SHIRT PESERTA BIL NAMA JANTINA BANGSA M C I L MYKAD SAIZ T-SHIRT BILANGAN VEGETARIAN GURU MURID KATEGORI SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU NAMA PRODUK TENAGA/PENGANGKUTAN/ BANGUNAN/INDUSTRI/ PERTANIAN & PERHUTANAN/PENGURUSAN SISA DAN AR SISA/ICT KEPERLUAN UNTUK PAMERAN JIKA PROJEK PERNAH MENYERTAI SEBARANG PERTANDINGAN LAIN, SILA NYATAKAN PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKUKAN Pengesahan: Cop Rasmi :... ( ) Tarikh : Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 21

NAMA PERTANDINGAN : NEGERI PASUKAN : NAMA PEGAWAI/GURU : NO. TELEFON : BORANG MAKLUM BALAS PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU KELEMAHAN / ISU : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : NAMA : NO. TEL : REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU 22