BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

dokumen-dokumen yang mirip
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR TONG LEK KEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN ZALIZA BTE MD YASIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

1. Permohonan menjalankan kajian hanya menggunakan Borang BPPDP 1.2. (mulai 1 Sep. 2015)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

AMALAN BAHASA MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

KANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Kurikulum Kebangsaan

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

I'iH-MUIINYA liklladap. 1J UNIVIKSI1I llkhoiogi 1UN lin:::;ilr: uw: r.a'iit unjauan III!SSI IN CNN. i 'V. ' I I K a ' J K H - ; ' 'KIR.

TENTATIF PSM II & PANDUAN PENYEDIAAN E-TESIS. Semester 2 Sesi 2011/2012

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK06-BO01 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/02/2013 PERMOHONAN CUTI BELAJAR / TAJAAN. 1. SENARAI SEMAK Nama: UKM(PER) / Kad Pengenalan:

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR. Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan. Akademi Pengajian Bahasa

Transkripsi:

i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN KOSWER PPSMI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK DI EMPAT BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEREMBAN. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya _ SAIDANORLAILI BINTI ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: 10, JALAN PS 5/14, TAMAN PINGGIRAN SENAWANG, 71450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. (TANDATANGAN PENYELIA) EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS Nama Penyelia Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh:30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

ii Saya/Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya /kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Tandatangan : Nama Penyedia : ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS Tarikh : 30 APRIL 2008 Potong yang tidak berkenaan

iii PENGGUNAAN KOSWER PPSMI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK DI EMPAT BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEREMBAN SAIDANORLAILI BINTI ALI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008

iv Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : SAIDANORLAILI BINTI ALI Tarikh : 30 APRIL 2008

v DEDIKASI Untuk ibu yang disanjung serta ibu dan bapa mertua yang dihormati. Hanya doaku untuk kalian. Jasamu sumber kejayaanku Buat suami yang dikasihi Mohd Zunnurain Abdullah Terima kasih atas pengorbanan dan ketabahanmu Kejayaan ini, kejayaan milik kita bersama Untuk puteri dan putera yang ibu rindui dan sayangi Nur Adibah Insyirah dan Muhammad Adib Haikal Jadikan jalan yang ibu rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas kejayaan kalian Insya Allah Amin.

vi PENGHARGAAN Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-nya, maka projek penyelidikan ini dapat disiapkan bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik), Universiti Teknologi Malaysia. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia iaitu Encik Abdul Razak bin Idris di atas perhatian, bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan sokongan serta pengorbanan yang telah diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa juga buat para penilai di atas teguran dan cadangan bagi menyempurnakan lagi laporan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada guru besar SK Taman Sri Mawar, SK Taman Seri Pagi, SK Taman Tasik Jaya dan SK Senawang kerana memberikan kerjasama yang amat baik. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan ini. Semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat-nya ke atas kita semua. Amin.

vii ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong guru-guru matematik menggunakan koswer serta masalah-masalah yang dihadapi apabila menggunakan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik. Kajian ini berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa kajian ini dijalankan ialah soal selidik yang menggunakan skala Likert Lima Mata. Nilai pekali kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.7661. 40 responden dipilih secara rawak dari kalangan guru-guru matematik yang melaksanakan PPSMI dari empat buah sekolah kebangsaan di sekitar Seremban. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Window Version 10.0 (SPSS 10.0) yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan koswer di kalangan guru matematik adalah di tahap sederhana. Daripada kajian ini juga menunjukkan guru-guru matematik menghadapi beberapa masalah semasa menggunakan koswer PPSMI dalam P&P matematik. Walaubagaimanapun mereka tetap menggunakan koswer tersebut kerana terdapat beberapa faktor yang menggalakkan penggunaannya.

viii ABSTRACT This study was carried out to identify the usage of English in Teaching Mathematics and Science (ETeMS) courseware that have been provided to all schools in Malaysia by the Ministry of Education. The aims of this study was also to find out the factors that encourage mathematics teachers to use the courseware and what were the problems faced by mathematics teachers when they use the courseware as a method of teaching. The instrument used was a set of five point Likert Scale questionnaire. The reliability value is α = 0.7661. 40 respondent were chosen randomly among ETeMS mathematics teachers from four primary school around Seremban. Data collected was analyzed using Statistical Package For Social Science for Window Version 10.0 (SPSS 10.0) to get descriptive statistics value such as frequencies, percentage and mean. The study found that the usage of the ETeMS courseware was in the medium level. Although mathematics teachers face problems when using courseware in their lesson but there are factors encourage them to use the courseware.

ix KANDUNGAN BAB TAJUK Muka Surat BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN TESIS TAJUK TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL i ii iii iv v vi vii viii ix xii 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar belakang Kajian 2 1.2 Penyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Persoalan kajian 7 1.5 Rasional Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Kajian 8 1.8 Definisi istilah 9 1.9 Penutup 12

x 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 13 2.1 Pelaksanaan Program PPSMI 13 2.2 Pengintegrasian ICT Dalam Pelaksanaan Program PPSMI 16 2.3 Isu-isu Berkaitan Pelaksanaan PPSMI... 17 2.3.1 Koswer yang dibekalkan 17 2.3.2 Laptop, troli dan LCD 18 2.3.3 Penggunaan makmal komputer 19 2.4 Kajian Berkaitan Pelaksanaan Program PPSMI 20 2.5 Penutup 22 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan... 23 3.1 Rekabentuk Kajian 23 3.2 Populasi dan Sampel Kajian 24 3.3 Instrumen Kajian 25 3.4 Kajian Rintis 26 3.5 Prosedur Kajian 27 3.6 Pengumpulan Data 28 3.7 Analisis Data 28 3.8 Penutup 28 4 ANALISIS KAJIAN 4.0 Pengenalan 29 4.1 Keputusan dan Analisis Data 30 4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 31 4.2.1 Bangsa 32 4.2.2 Jantina 32 4.2.3 Umur 32 4.2.4 Kelulusan Akademik 33 4.2.5 Keputusan Bahasa Inggeris Peringkat SPM/MCE 33 4.2.6 Pengalaman Mengajar 34

xi 4.2.7 Kursus EteMS 34 4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian 4.3.1 Penggunaan Koswer PPSMI di Kalangan Guru-Guru Matematik 35 4.3.2 Faktor-faktor Penggunaan Koswer PPSMI di Kalangan Guru-Guru Matematik 37 4.3.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Guru-guru Matematik Apabila Menggunakan Koswer PPSMI 40 4.4 Penutup 42 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 43 5.1 Rumusan 43 5.2 Perbincangan 44 5.2.1 Persoalan Kajian I 45 5.2.2 Persoalan Kajian II 46 5.2.3 Persoalan Kajian III 47 5.3 Cadangan 5.3.1 Cadangan Bagi Meningkatkan Penggunaan Koswer 48 5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 49 5.4 Penutup 50 RUJUKAN... 51 LAMPIRAN Borang Soal Selidik 54 Surat Kebenaran UTM 60 Surat Kelulusan EPRD 61 Surat Kebenaran JPN 63

xii SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Jadual Muka surat 3.1 Taburan Sampel Guru Matematik 24 3.2 Pecahan Bahagian Soal Selidik 25 3.3 Tahap Persetujuan Responden 26 4.1 Item-item Mengikut Persoalan Kajian 30 4.2 Pemengringkatan Skala Likert 31 4.3 Tahap Penggunaan Berdasarkan Min 31 4.4 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 32 4.5 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina 32 4.6 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Umur 32 4.7 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Kelulusan Akademik 33 4.8 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris Peringkat SPM/MCE 33 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 34 4.10 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Kehadiran Kursus ETeMS 34 4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Berkaitan Penggunaan Koswer PPSMI di Kalangan Guru-guru Matematik. 36 4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Berkaitan Faktor-faktor Penggunaan Koswer PPSMI di Kalangan Guru-guru Matematik. 38 4.13 Taburan Kekerapan dan Peratus Berkaitan Masalah Penggunaan Koswer PPSMI di Kalangan Guru-guru Matematik. 41

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang, semua sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Akta Pendidikan 1961. Walaupun Akta Pendidikan berubah tetapi pendidikan di Malaysia sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Sumber :Gerbang Web Rasmi, Kementerian Pelajaran Malaysia)

2 Di dalam falsafah ini disebut dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh, 2000). FPK juga berhasrat untuk memperkembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh termasuklah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu bidang pendidikanlah yang memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang sedar dan insaf terhadap keperluan negara pada masa kini. Generasi yang berkualiti amat diperlukan untuk mencapai hasrat kerajaan untuk menuju Wawasan 2020. Malaysia dalam usaha menuju Wawasan 2020 serta menjadi negara maju, penguasaan dalam bidang-bidang seperti sains dan teknologi, bahasa Inggeris dan teknologi maklumat dan komunikasi adalah dianggap sebagai aset utama dalam mencapai matlamat ini. Sejajar dengan itu, pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang drastik dengan terlaksana Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mulai tahun 2003. 1.1 Latar belakang Kajian Malaysia berhasrat menjadi negara maju menjelang 2020. Salah satu langkah strategik untuk mencapai matlamat ini ialah dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia. Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) secara rasminya telah diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995.

3 Terdapat tujuh aplikasi perdana untuk menjayakan MSC. Aplikasi perdana MSC termasuk projek-projek seperti kerajaan elektronik, sekolah bestari, tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan pembangunan, kad pelbagai guna kebangsaan, pengeluaran sedunia web dan pusat pemasaran tanpa sempadan. Salah satu daripada tujuh aspek penting Koridor Raya Multimedia ialah aplikasi Sekolah Bestari. Kerajaan berusaha menubuhkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan perkakasan teknologi maklumat (IT) dan multimedia. Latihan telah dijalankan untuk melahirkan guru yang mahir dalam IT agar mereka boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam menjayakan konsep sekolah bestari yang dicadangkan. Penggunaan IT merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah dan yang lebih penting ia diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Fiske 1991). Dalam merealisasikan matlamat negara maju 2020 juga, Malaysia dalam perancangan melahirkan modal insan yang berkualiti dan bakal menjadi tunjang pentadbiran negara pada masa akan datang. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilaksanakan. Pelaksanaan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam. Selain daripada Bahasa Inggeris, PPSMI juga mengintegrasikan IT di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menyedari hakikat bahawa dalam era serba berteknologi tinggi kini, kerajaan membuat perubahan ini supaya pendidikan di Malaysia sedia memberi saingan terhadap dunia luar dengan melahirkan insan yang serba berkebolehan. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Maka bermula akhir tahun 2002, semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat tahap satu sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sekolah menengah telah mengikuti kursus penggunaan teknologi

4 maklumat dan semua sekolah bakal dibekalkan dengan bahan-bahan sokongan dalam menjayakan program baru ini. Antaranya adalah : 1. Penyebaran Maklumat Maklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road- Show kepada: Pengetua / Guru Besar Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Ibu bapa Masyarakat Umum 2. Kesediaan Guru Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat: Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion. Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD. 3. Sekolah Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.

5 Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan. Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli. 4. Bahan Sokongan Teaching courseware dalam bahasa Inggeris. Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris. Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD- Rom guru dan murid. Berikutan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam melaksanakan PPSMI serta memberikan segala keperluan kepada semua guru untuk melaksanakannya, maka PPSMI telah dilaksanakan selama hampir enam tahun. 1.2 Penyataan Masalah Walaupun setelah hampir enam tahun PPSMI ini dilaksanakan, penggunaan koswer yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak digunakan secara menyeluruh. Sharifah Maimunah Syed Zin (2003) melaporkan bahawa kajian kecil yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 1 dan tahun satu menunjukkan secara umumnya pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris adalah menggalakkan tetapi tidak ramai guru

6 yang menggunakan koswer yang dibekalkan di dalam bilik darjah (Mohd. Fazly Salleh @ Elias & Abdul Razak Idris, 2007). Oleh itu kajian ini telah dilaksanakan untuk membuat penyelidikan tentang penggunaan koswer Matematik yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang seharusnya digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik dan juga untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru apabila menggunakan koswer PPSMI di dalam pengajaran mereka. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang ingin dikaji. Antaranya adalah : i) mengenalpasti tahap penggunaan koswer PPSMI dalam P&P matematik di kalangan guru-guru Matematik. ii) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer PPSMI dalam P&P matematik di kalangan guru-guru Matematik. iii) mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik apabila menggunakan koswer PPSMI dalam P&P matematik.

7 1.4 Persoalan kajian Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan timbul : i) Apakah tahap penggunaan koswer PPSMI dalam P&P matematik di kalangan guru-guru Matematik di empat buah sekoalah kebangsaan di Seremban? ii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru Matematik untuk menggunakan koswer PPSMI di dalam P&P matematik? iii) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Matematik apabila mereka menggunakan koswer PPSMI di dalam pengajaran mereka?