Katakunci : penyeliaan pengajaran, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

dokumen-dokumen yang mirip
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

Katakunci : mata pelajaran vokasional

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Latihan Information Communication Technology (ICT): Sumbangan dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan. oleh

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Sustainable Education 54

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai, Johor. Hamdan Bin Said & Kalianand A/L Rammasamy Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyeliaan pengajaran di lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai, Johor. Seramai 120 orang guru terlibat dalam kajian ini. Jawapan yang mereka berikan melalui soalselidik yang diedarkan telah dianalisis ke dalam bentuk kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Soal-selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan diskriptif, dengan itu kaedah statistik deskriptif menggunakan untuk menganalisa data-data yang dikumpulkan. Statistik deskriptif juga digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai mempunyai tanggapan positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru. Katakunci : penyeliaan pengajaran, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Pengenalan Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebuah institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar. Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalahmasalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesaninya. Justeru, guru besar juga perlu mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993), gaya guru besar berinteraksi dalam penyeliaan mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas terutamanya selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan dan cara arahan, penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Interaksi yang baik sudah tentu dapat mengelakkan wujud pertembungan antara guru dan guru besar dan ini sudah tentu akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan.

Pernyataan Masalah Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan penyeliaan diberikan tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam penyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan ini, konsep dan amalan penyeliaan sudah tergelincir dari konsep asasnya. Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran dan amalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru-guru di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kulai, Johor. Kajian ini juga turut meninjau keberkesanan penyeliaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kulai, Johor. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk : i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah. ii) iii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap profesionalisme guru. Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi panduan kepada guru dan guru besar sekolah. i. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru besar dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar. ii. Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar dan pengetua. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di samping itu, memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar dan guru. iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan. iv. Diharap melalui kajian ini, pandangan sebenar guru terhadap penyeliaan pengajaran diperolehi. Hasil maklum balas ini boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang dan seterusnya menyediakan langkahlangkah terbaik untuk mengubah pandangan negative guru terhadap penyeliaan. v. Dapatan kajian ini diharap akan memberikan input kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai situasi sebenar perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah diarahkan kepada pentadbir sekolah agar dapat membuat penilaian dan tindakan yang sewajarnya terhadap amalan perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.

Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan diskriptif bagi menerangkan tentang amalan penyelidikan di sekolah. Kaedah ini dibuat untuk melihat keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap profesionalisme guru iaitu kualiti pengajaran, hubungan profesionalisme, perkongsian maklumat dan bantuan dalam proses pengajaran. Kajian ini adalah satu tinjauan yang akan menggunakan soal-selidik sebagai instrumen kajian. Data akan dikumpul menggunakan kaedah kuantitatif. Data kuantitatif dipilih kerana ianya adalah piawai, mudah dianalisa, sistematik dan mudah diproses. Data-data diperolehi melalui teknik soal-selidik yang diedarkan kepada guru-guru dari sekolah-sekolah yang dipilih. Persampelan Kajian ini dibuat dengan melibatkan 120 orang guru dari 5 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kulai, Johor. Terdapat 70 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Negeri Johor dan pengkaji memilih kesemua 5 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kulai. Seramai 120 orang guru terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel dibuat secara rawak dengan melibatkan guru-guru yang telah berkhidmat lebih 2 tahun dan pernah diselia oleh guru besar. Bilangan sampel bagi setiap sekolah ditunjukkan di dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1 : Pemilihan Sampel Kajian Bil Nama Sekolah Saiz Sampel 1 SJK (T) Ladang Kulai Besar 55 2 SJK (T) Kangkar Pulai 35 3 SJK (T) Ladang Kelan 13 4 SJK (T) Ladang Kulai Oil Palm 13 5 SJK (T) Ladang Sedenak 4 Soalan soal-selidik akan dihantar sendiri oleh pengkaji secara terus ke sekolah-sekolah melalui guru besar sekolah berkenaan. Bagi memudahkan responden mengembalikan soal-selidik yang telah dilengkapkan, sebuah sampul surat besar akan disediakan untuk mengisi semua borang soal-selidik yang telah dijawab. Kesemua borang-soal selidik dipungut sendiri oleh pengkaji melalui kerani dari setiap buah sekolah yang terlibat seminggu selepas soalan soal selidik dihantar dengan kebenaran guru besar setiap sekolah yang terlibat. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal-selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen ini diubahsuai oleh pengkaji daripada kajian yang dibuat oleh Mohd Ruzi bin Muhammad Shafie (2001) dari Universiti Teknologi Malaysia yang bertajuk Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di Lima Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Soal-selidik ini bertujuan mengumpul maklumat tentang keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap peningkatan profesionalisme guru iaitu, kualiti pengajaran, hubungan profesional, perkongsian maklumat dan bantuan dalam proses pengajaran. Soal-selidik kajian ini mengandungi 43 item dan dibahagikan kepada tiga bahagaian seperti berikut: Bahagian A : Latar Belakang Responden Bahagian ini mengadungi 5 item berkaitan dengan latar belakang responden kajian. Bahagian ini mengandungi jantina, bangsa, kelulusan akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan

kekerapan responden diselia. Responden perlu menandakan pilihan jawapan daripada cadangan jawapan yang disediakan. Bahagian B : Amalan Penyeliaan Bahagian ini menyenaraikan soalan-soalan yang bertujuan untuk meninjau tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang telah mereka lalui dan mengenalpasti tahap amalan penyeliaan yang dijalankan di sekolah. Ia mengandungi 18 item yang menggunakan Skala Likert berdasarkan lima tahap persetujuan iaitu: 1 = Sangat tidak setuju 2 = Tidak setuju 3 = Kurang setuju 4 = Setuju 5 = Sangat setuju Soalan berbentuk Skala Likert digunakan untuk mendapatkan darjah persetujuan responden terhadap soalan yang diajukan. Skala Likert 5 mata dipilih berdasarkan kepada kematangan dan kesesuaian dengan tahap intelek responden yang dipilih. Di samping itu Skala Likert mempunyai darjah kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta memudahkan pengkaji untuk menganalisa data yang diperolehi. Item di dalam Bahagian B adalah dikemukakann untuk memungut sebahagian daripada data kajian ini. Responden dikehendakki menjawab soalan kajian tentang aspek-aspek berikut: Jadual 2 : Jumlah Taburan Item Dari Aspek Kajian Tanggapan Terhadap Penyeliaan Pengajaan Bil Kajian Dari Aspek Tanggapan No Item Jumlah Item 1 Keperluan Penyeliaan 1,3 2 2 Pandangan terhadap penyeliaan 5,9,12,18 4 3 Kegunaan penyeliaan 7,14 2 Jadual 3 : Jumlah Taburan Item Dari Aspek Kajian Amalan Penyeliaan Pengajaran Bil Kajian Dari Aspek Tanggapan No Item Jumlah Item 1 Prosedur pra-pemerhatian penyeliaan 2,4,6,8,13,16 6 2 Cara pelaksanaan penyeliaan 10,11,17 3 3 Kepentingan pos-pemerhatian penyeliaan 15 1 Bahagian C : Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran Bahagian ini mengandungi sebanyak 20 item yang meninjau keberkesanan penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh guru besar terhadap guru-guru. Dalam kajian ini pengkaji melihat dari empat aspek utama seperti berikut: Jadual 4 : Taburan Item dari Aspek Kajian Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran Bil Kajian Dari Aspek Tanggapan No Item Jumlah Item 1 Meningkatkan kualiti pengajaran guru 1,4,10,14,18 5 2 Memperkukuhkan hubungan profesionalisme 7,11,15,19 4 3 Berkongsi pengalaman dan pengetahuan 2,5,8,12,16 5 4 Membantu guru dalam prose pengajaran 3,6,9,13,17,20 6

Kajian Rintis Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal-selidik digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item soalan. Pengkaji dapat mengenalpasti kelemahan dalam instrumen kajian. Oleh itu, pengkaji berpeluang untuk membuat beberapa perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutu instrumen kajian. Menurut Best dan Khan (1998), item yang dibina perlu diuji bagi menentukan kualiti dan mencapai objektif penyelidikan yang dijalankan. Oleh itu, kajian rintis perlu dilakukan untuk menentukan aras signifikan item soalan yang dibina sesuai dan diterima. Dengan menjamin kesahan instrumen kajian ini, sebelum menjalankan kajian rintis, sample item soalan telah diserahkan kepada pensyarah, iaitu Dr. Al-Muz-zammil Yasin dan Encik Shahrin Bin Hashim yang berpengetahuan luas dalam bidang ini untuk disemakkan. Manakala kebolehpercayaan instrument kajian ini pula diperolehi melalui dapatan dari kajian rintis yang dijalankan. Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Mohd. Majid (2000) pula, kebolehpercayaan akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrument pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini telah disokong oleh Yap et al. (1989) yang menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan, atau kejituan ukuran yang dibuat. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan member keputusan yang hampir. Menurut Mohd. Najib (1999), kajian rintis soal-selidik pada tahap ini adalah berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang lain masih wujud dalam soal-selidik. Melalui kajian rintis ini, pengkaji dapat mengesan kelemahan item agar matlamat kajian dapat dicapai. Menurutnya lagi, pekali kebolehpercayaan adalah di antara 0.0 1.0. Sekiranya kebolehpercayaan menghampiri 1.0, maka semakin tinggi kebolehpercayaannya. Pekali Alpha Cronbach dalam Statistical Package For Sosial Science Version 12.0 (SPSS) digunakan untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan. Secara ringkasnya nilai dan tahap tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah: Jadual 5 : Pekali Alfa Cronbach Nilai Tahap 0.0-0.2 Rendah (ubah kesemua item) 0.2-0.8 Sederhana (ubah sebilangan item) 0.8-1.0 Tinggi (item boleh diterima) Sumber : Mohd Majid, 1994 Asil dapatan Cronbach s Alpha yang diperolehi adalah sebanyak 0.848. Ini telah menunjukkan indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang tinggi dan setiap item boleh diterima.

Analisis Data Jadual 6 : Tahap Penerimaan Responden Aspek Amalan Dan Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran Pernyataan Tahap Penerimaan Responden Min Rendah (1.00-2.33) Sederhana (2.34-3.67) Tinggi (3.68-5.00) Tanggapan guru terhadap penyeliaan 15.0% 35.8% 49.2% 3.90 Tahap amalan penyeliaan pengajaran 3.4% 32.8% 63.8% 3.87 Purata 3.89 Jadual 6 menunjukkan tahap penerimaan responden bagi aspek amalan dan tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.89. Nilai min yang tertinggi adalah diberikan oleh tanggapan guru terhadap penyeliaan iaitu 3.90 di mana tahap penerimaan responden pada tahap tinggi adalah 49.2%, pada tahap sederhana adalah 35.8% dan pada tahap rendah adalah 15.0%. Manakala, nilai min bagi amalan penyeliaan adalah 3.87 dengan 63.8% adalah pada tahap tinggi, 32.8% pada tahap sederhana dan 3.4% adalah pada tahap rendah. Jadual 7 Tahap Penerimaan Responden Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran Pernyataam Tahap Penerimaan Responden Min Rendah (1.00-2.33) Sederhana (2.34-3.67) Tinggi (3.68-5.00) Meningkatkan kualiti pengajaran guru 2.0% 26.5% 71.4% 4.02 Memperkukuhkan hubungan 2.0% 38.8% 59.2% 3.83 profesionalisme Berkongsi pengalaman dan pengetahuan 4.1% 40.8% 55.1% 3.82 Membantu guru dalam proses pengajaran 2.0% 44.9% 53.1% 3.88 Purata 3.89 Jadual 7 menunjukkan tahap penerimaan responden bagi aspek keberkesanan penyeliaan pengajaran. Nilai min keseluruhan bagi tahap penerimaan responden terhadap keberkesanan penyeliaan pengajaran adalah 3.89. Nilai min yang tertinggi adalah pada meningkatkan kualiti pengajaran guru iaitu 4.02 dengan 71.4% berada pada tahap tinggi, 26.5% pada tahap sederhana dan 2.0% pada tahap rendah. Diikuti dengan nilai min bagi membantu guru dalam proses pengajaran adalah 3.88. Peratusan responden pada tahap tinggi adalah 53.1%, pada tahap sederhana adalah 44.9% dan pada tahap rendah adalah 2.0%. Seterusnya, nilai min bagi memperkukuhkan hubungan profesionalisme adalah 3.83 dengan 59.2% pada tahap tinggi, 38.8% pada tahap sederhana dan 2.0% adalah pada tahap rendah. Manakala, nilai min bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan adalah 3.82 di mana 55.1% berada pada tahap tinggi, 40.8% pada tahap sederhana dan 4.1% pada tahap rendah. Perbincangan Dapatan kajian maklum balas terhadap keberkesanan penyeliaan pengajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru menunjukkan bahawa responden berpendapat penyeliaan diperlukan untuk menilai keupayaan diri demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Responden juga bersetuju dengan interaksi positif yang wujud antara responden dengan penyelia selepas proses penyeliaan samada di waktu bertugas atau di luar waktu bertugas dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Dengan adanya penyeliaan, responden berpendapat mereka dapat memperolehi kaedah pengajaran yang baru di mana mereka akan dapat memperkukuhkan hubungan profesionalisme. Di samping itu juga, proses penyeliaan dapat memberi bantuan kepada responden dalam membuat perancangan pelajaran yang lebih baik. Selain itu, responden turut bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan hasil penyeliaan dimaklumkan kepada guru-guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan program yang dianjurkan seperti kursus atau taklimat dapat meningkatkan pengetahuan guru-guru. Dengan itu, mereka akan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara satu sama lain. Bagi keberkesanan penyeliaan pengajaran dalam membantu guru dalam proses pengajaran, responden bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan sesi penyeliaan menjadikan hubungan responden dengan penyelia menjadi lebih positif terutama dalam perkara yang melibatkan bidang tugas dan penyeliaan dapat menggalakkan mereka menggunakan dan memperbagaikan kaedah pengajaran mereke tersendiri. Kesimpulan Secara keseluruhannya kesimpulan diperolehi menunjukkan ketiga-tiga objektif iaitu mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas, mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah dan mengenalpasti keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap tahap profesionalisme guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) telah tercapai. Hasil kajian menunjukkan, purata keseluruhan kajian kepada penerimaan terhadap penyeliaan adalah berada di tahap yang tinggi iaitu sebanyak 3.89. Manakala bagi keberkesanan penyeliaan pengajaran adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.89.