BORAN JUDUL : TERHADAP PENGGUNAAN E-LEARNING SESI. Saya. mengaku. pengajian sahaja. (Mengandungi SULIT. oleh. TIDAK TERHAD Disahkan

dokumen-dokumen yang mirip
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

I'iH-MUIINYA liklladap. 1J UNIVIKSI1I llkhoiogi 1UN lin:::;ilr: uw: r.a'iit unjauan III!SSI IN CNN. i 'V. ' I I K a ' J K H - ; ' 'KIR.

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

LAPORAN PENYELIDIKAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

PERPUSTAKAAN Kill 3 OOOO

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR TONG LEK KEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

i 'J> j i-uovw: 1 vi rii I'fnLr. i virt

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Transkripsi:

BORAN NG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAA UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) PERBEZAAN PERSEPSI ANTARA PELAJAR-PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN DAN FAKULTI ALAM BINA TERHADAP PENGGUNAAN E-LEARNING DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MD FAUZI BIN MADON (HURUFF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaann seperti berikut: 1. Tesiss adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysiaa dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antaraa institusi pengajiann tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ /badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 376, BLOK 17 FELDA LOK HENG SELATAN 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh: 30 April 2009 (TANDATANGAN PENYELIA) PROF DR ZAITUN BINTI HJ SIDIN NAMA PENYELIA Tarikh: 30 April 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Sayaa akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Tandatangan Nama Penyelia Tarikh : ------------------------------------------------------ : Prof Dr Zaitun Binti Hj Sidin -------------------------------------------------------- : 30 April 2009 --------------------------------------------------------

PERBEZAAN PERSEPSI ANTARA PELAJAR-PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN DAN FAKULTI ALAM BINA TERHADAP PENGGUNAAN E-LEARNING DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MD FAUZI BIN MADON Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA April, 2009

ii Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : MD FAUZI BIN MADON Tarikh : 30 April 2009

iii DEDIKASI Ditujukan khas kepada Ibu dan bapa tercinta... Nor Fadhilah Bte Sohod, Madon Bin Husin. Yang banyak berkorban, Jerih perih keringatmu, Juga sentiasa memahami dan memberi, Pendorong di sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak lupa juga kepada abang yang banyak membantu, Muharudi Bin Madon, Adik-adik yang dikasihi, Asyiha, Zamri, Salhah, Noreen, dan Noraina. Kasih sayang dan perhatian kalian, Menjadi pendorong kepada kejayaan ini. Terima kasih diatas sokongan, Galakan dan pengorbanan kalian, Akan ku kenang buat selamanya insya-allah.

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk melaksanakan Projek Sarjana Muda ini serta selawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita ke jalan yang lurus. Ungkapan penghargaan dan terima kasih ini ditujukan khas kepada individuindividu yang terlibat dalam Projek Sarjana Muda ini terutamanya pensyarahpensyarah dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana telah banyak memberi tunjuk ajar ilmu pengetahuan yang berguna serta banyak memberikan nasihat. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia projek, Prof Dr Zaitun Binti Hj Sidin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini. Akhir sekali buat keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina terhadap penggunaan e-learning di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina mengenai penggunaan e- learning, bentuk-bentuk penggunaan e-learning, kesesuaian e-learning dan penyediaan kemudahan serta infrastruktur oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia dalam membantu mengakses e-learning dengan mudah. Seramai 144 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan dan 104 orang pelajar dari Fakulti Alam Bina terlibat dalam kajian ini. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data dan seterusnya diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0). Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan ujian -t. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan terdapat perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina terhadap penggunaan e-learning di Universiti Teknologi Malaysia.

vi ABSTRACT This research was conducted to investigate different perceptions of e-learning among Faculty of Education and Faculty of Architecture students at Technology University of Malaysia. It focuses on students different perceptions regarding its usefulness, different forms of usage, suitability for their learning needs, availability of service and infrastructure by the university. 144 students from the Faculty of Education and 104 students from the Faculty of Architecture were involved in this study. Research was conducted through a set of questionnaires to collect the data which was then analyzed by Statistical Package for Social Science (SPSS version 12.0) software. The findings are presented in percentages, frequencies, means and t-test. The findings indicate that there is a difference in the student s perception on the usefulness of e- learning and its suitability for their learning needs as well.

vii KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

viii 1.8 Kerangka Teori 10 1.9 Definisi Operasi Istilah 11 1.10 Penutup 14 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pembelajaran 16 2.3 Definisi Pembelajaran Elektronik 18 2.4 Kandungan Pembelajaran Elektronik 20 2.5 Kelebihan Pembelajaran Elektronik 21 2.6 Kemudahan dan Infrastruktur E-learning UTM 24 2.7 Kajian Tentang Pelaksanaan E-learning 26 2.8 Penutup 28 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi dan Sampel 31 3.4 Instrumen Kajian 32 3.5 Tatacara Pengendalian Kajian 35 3.6 Kajian Rintis 36 3.7 Kaedah Analisis Data 37 3.7.1 Skor 37 3.7.2 Ujian t 39 3.8 Penutup 39 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 40 4.2 Analisis Kajian Rintis 41 4.3 Dapatan Kajian 42

ix 4.3.1 Ciri-ciri Demografi Responden 43 4.3.1.1 Analisis Taburan Responden Berdasarkan Fakulti 43 4.3.1.2 Analisis Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44 4.3.1.3 Analisis Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 45 4.3.2 Analisis Soal Selidik Bahagian (II) 46 4.3.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 46 4.3.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 50 4.3.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 53 4.3.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 58 4.3.2.5 Analisis Perbezaan Persepsi Tentang Bentuk-bentuk Penggunaan E-learning di UTM Berdasarkan Jantina Pelajar 62 4.3.2.6 Analisis Perbezaan Persepsi Mengenai Kesesuaian E-learning Sebagai Satu Sistem Sokongan Pembelajaran di UTM Berdasarkan Jantina Pelajar 63 4.3.2.7 Analisis Perbezaan Persepsi Tentang Kemudahan dan Infrastruktur E-learning Yang Disediakan Oleh Pihak UTM Berdasarkan Jantina Pelajar 64 4.4 Penutup 66 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 67 5.2 Rumusan Dapatan Kajian 68 5.3 Perbincangan 5.3.1 Bentuk-bentuk Penggunaan E-learning

x Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di UTM 70 5.3.2 Kesesuaian E-learning Sebagai Satu Sistem Sokongan Pembelajaran Dalam Bidang Pengajian 72 5.3.3 Kemudahan dan Infrastruktur Yang Disediakan Oleh Pihak UTM Dalam Mengakses E-learning 74 5.3.4 Penggunaan E-learning Dikalangan Pelajar -pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina Secara Umum 76 5.3.5 Penggunaan E-learning Dalam Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar 78 5.4 Cadangan 79 5.4.1 Cadangan Kajian Tindakan 79 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 80 BIBLIOGRAFI 82 LAMPIRAN 86

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Populasi dan Sampel Kajian Mengikut Fakulti 34 3.2 Taburan Item Soal Selidik 36 3.3 Pemilihan Tahap Jawapan 37 3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 40 3.5 Pemeringkatan Min 41 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Fakulti 46 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48 4.4 Perbezaan Persepsi Mengenai Bentuk-bentuk Penggunaan E-learning Dikalangan Pelajar- Pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di UTM 50 4.5 Perbezaan Persepsi Antara Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina Mengenai Kesesuaian E-learning Sebagai Satu Sistem Sokongan Pembelajaran Dalam Bidang Pengajian 54 4.6 Perbezaan Persepsi Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina Tentang Kemudahan dan Infrastruktur Yang Disediakan Oleh Pihak UTM Untuk Mengakses E-learning 57 4.7 Perbezaan Persepsi Mengenai Penggunaan E-learning Oleh Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di UTM Secara Umum 62

xii 4.8 Ujian t Mengikut Persepsi Penggunaan E-learning Berdasarkan Fakulti Pelajar 63 4.9 Ujian t Mengikut Persepsi Mengenai Bentukbentuk Penggunaan E-learning Dalam Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar 65 4.10 Ujian t Mengikut Persepsi Kesesuaian E-learning Dalam Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar 66 4.11 Ujian t Mengikut Persepsi Kemudahan dan Infrastruktur E-learning Yang Disediakan Oleh Pihak Universiti Berdasarkan Jantina Pelajar 68

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.8 Unsur-unsur Dalam E-learning 10

xiv SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL α - Cronbach Alpha ƒ - Kekerapan N - Bilangan Responden p - Nilai Signifikan 2- Hujung % - Peratus S - Setuju SS - Sangat Setuju TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju ASTD - American Society Of Training And Development CAI - Computer-Aided Instruction CICT - Centre of Information and Communication Technology e-ppp - Penilaian Pengajaran Pensyarah Berelektronik HTML - Hypertext Markup Language ICT - Information and Communication Technology IT - Information Technology ITTHO - Institut Teknologi Tun Hussein Onn MEASAT - Malaysia East Asia Satellite MSC - Multimedia Super Corridor NITC - Majlis Teknologi Maklumat Nasional PESISIR - PART-TIME Weekend Postgraduate Programmes PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah RMK - Rancangan Malaysia Ke SPACE - School of Professional and Continuing Education

xv SPSS - Statistical Package for the Social Science UNIPEN - Unit Pengajaran dan Pembelajaran UTM - Universiti Teknologi Malaysia UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Borang Soal Selidik

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Abad ke-21 ini merupakan zaman teknologi maklumat dimana pelbagai teknologi digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat di seluruh pelosok dunia. Jaringan maklumat tanpa sepadan ini membolehkan pelbagai lapisan masyarakat menikmati segala jenis maklumat yang dapat digunakan untuk kegunaan harian. Pendedahan yang meluas terhadap teknologi maklumat ini telah menyebabkan ianya menjadi satu perkara yang sangat penting pada ketika ini. Begitu juga, aliran teknologi maklumat dan komunikasi lebih dikenali dengan Information and Communication Technology (ICT) yang semakin berkembang telah memberi kesan dalam bidang pendidikan. Pelbagai jenis maklumat dapat disalurkan kepada pelajar dengan lebih mudah dan cepat. Ia bukan sahaja akan memberikan kemudahan kepada para pelajar malah ia akan menjadi satu perkara penting di dalam bidang pembelajaran. Kegiatan ini dilakukan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dengan menggunakan pendekatan ini disamping tidak melupakan pendekatan pembelajaran tradisional yang telah sedia diamalkan sejak dahulu lagi.

2 Salah satu teknologi pendidikan khusus dalam penyaluran maklumat ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai e-learning. Dewasa kini, pembelajaran elektronik semakin mendapat perhatian serata institusi pendidikan di negara ini kerana melihat akan keberkesanannya dalam memudahkan pelajar bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau serba sedikit tentang situasi semasa penggunaan e-learning dikalangan pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Malaysia tentang keberkesanannya dalam aktiviti pembelajaran. 1.1 Latar Belakang Masalah Malaysia adalah salah sebuah negara yang sedang membangun dimana telah menetapkan sasaran tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju. Sejak IT diletakkan sebagai tanda mercu segala teknologi, pendidikan maya, universiti maya dan e- pembelajaran menjadi simbol status yang membanggakan (Jamaludin,2000). Kemunculan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pelancaran satelit MEASAT menandakan Malaysia sudah mengorak langkah untuk membangunkan industri teknologi maklumat dan telekomunikasi tempatan yang akan menempuhi aspirasi untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sejak penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Nasional (NITC) pada tahun 1994, pelbagai pelan dan perancangan telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam aspek teknologi maklumat untuk memastikan negara mempunyai daya saing yang berterusan dan bukan sahaja dalam rantau Asia bahkan di seluruh dunia.

3 Menurut Pelgrum dan Anderson (1999), pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam bidang pendidikan telah diperkenalkan di kebanyakan negara di dunia ini. Inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini telah meningkat dalam menggalakan pelajar untuk membangunkan pembelajaran kendiri (self-learning), penyelesaian masalah, analisis dan pencarian maklumat, pemikiran kritis, abiliti untuk berkomunikasi, dan segala perkara yang berkaitan dengan proses pembelajaran. Menurut Daniel (1997) dan Johnstone (1992), menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan penyelesaian terhadap sesuatu isu yang telah dibangkitkan. Manakala Alexander (2001) pula menyatakan bahawa penggunaan teknologi di dalam kelas dan pendidikan jarak jauh akan memberikan beberapa kelebihan di dalam pembelajaran iaitu meningkatkan kualiti pembelajaran, meningkatkan peluang di dalam pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan dan meningkatkan keberkesanan di dalam pendidikan. Impak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ianya telah menyebabkan pembelajaran elektronik (e-learning) diwujudkan untuk memudahkan proses pembelajaran. Kewujudan teknologi laman web elektronik telah memberikan kesan dalam pembelajaran elektronik (Kramer, 2000). Internet dan sistem komputer dengan jaringan elektronik telah mendatangkan impak perubahan dalam sistem pembelajaran tradisional kepada pembelajaran elektronik (e-learning) melalui teknologi laman web dan elektronik ke dalam model pembelajaran dinamik yang baru (Colette, 2001). Pembelajaran elektronik (e-learning) merupakan pembelajaran maya yang merujuk kepada satu proses dimana seseorang pelajar dapat meningkatkan lagi

4 pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka melalui interaksi elektronik seperti melalui internet dan juga alat elektronik yang lain. Selain itu, konsep pendidikan jarak jauh juga merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang semakin popular di Malaysia pada ketika ini. Konsep pendidikan jarak jauh ialah satu sistem pembelajaran yang memisahkan antara pelajar dengan pengajar dari segi masa, ruang dan tempat. Pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu mengumumkan bahawa semua universiti tempatan di Malaysia perlu menawarkan kursus jarak jauh. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK 1999-2000), isu pendidikan jarak jauh telah menjadi satu agenda utama kerana ia bersifat kos-efektif dan efisyen. Universiti tempatan Malaysia seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia sudah mula menawarkan program sarjana muda dan diploma melalui jarak jauh. Selain itu, teknologi yang digunakan dalam menjalankan kursus sarjana muda dan diploma ini adalah seperti sidang video, internet, perpustakaan maya dan video-on-demand (Md. Noor, 2000). Bermula pada semester akademik 2001/2002, UTM telah memulakan inisiatif ke arah pelaksanaan pembelajaran elektronik sebagai salah satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda. Fakulti melalui jabatan atau panel pengajian, bertanggungjawab menyediakan isi kandungan bahan pembelajaran. Pusat komputer bertanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan komputer, bantuan teknikal boleh diberikan oleh pengurus teknologi maklumat di fakulti atau pusat bantuan multimedia. Garis panduan bagi penyediaan bahan pengajaran kepada bentuk elektronik boleh dilakukan oleh task force sementara kursus dan latihan dikendalikan oleh Unit Pengajaran dan Pembelajaran (UNIPEN).

5 Menurut Alexander dan McKenzie (1998), menyatakan bahawa pembelajaran elektronik (e-learning) akan gagal berdasarkan alasan-alasan berikut : i. Minat yang mendalam tetapi kewangan dan masa tidak mencukupi ii. Menggunakan teknologi maklumat hanya untuk kepentingan diri semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan di dalam pembelajaran iii. Pembangunan perisian (software) pembelajaran elektronik (e-learning) tidak mempunyai perancangan yang rapi iv. Kegagalan untuk mendapatkan hakcipta Perlaksanaan e-learning tertumpu kepada para pelajar sebagai pengguna utama. Keberkesaanan dalam kemudahan ini bergantung kepada kekerapan penggunaan dan kesesuaiannya kepada para pelajar. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan kebolehan interaksi melalui perhubungan maya oleh para pelajar akan memberi impak dalam pembangunan e-learning pada masa akan datang. 1.2 Penyataan Masalah Dewasa ini, pembelajaran elektronik (e-learning) telah banyak dipraktikkan dalam memberi kemudahan terhadap keperluan pembelajaran para pelajar di setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia adalah salah sebuah pusat pengajian tinggi yang mempraktikkan kemudahan pembelajaran elektronik ini kepada para pelajarnya.

6 Justeru itu, terdapat sebahagian daripada pelajar di Universiti Teknologi Malaysia tidak menggunakan kemudahan pembelajaran elektronik ini dengan sepenuhnya. Perbezaan disiplin pengajian dan gaya pembelajaran mempengaruhi mereka untuk menggunaakan e-learning dalam pembelajaran. Kemudahan yang dibangunkan dalam e-learning juga adakalanya kurang bersesuaian dengan gaya pembelajaran sebahagian pelajar di Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai disiplin pengajian. Lantaran itu, kesan daripada perbezaan ini, kajian ilmiah seperti ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina terhadap bentuk-bentuk penggunaan e-learning, kesesuaian e-learning sebagai satu saluran mendapatkan maklumat, kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia dalam mengakses e-learning sebagai satu kemudahan pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. 1.3 Persoalan Kajian Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Antaranya ialah :- i. Adakah terdapat perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina terhadap penggunaan e-learning di Universiti Teknologi Malaysia?

7 ii. Adakah terdapat perbezaan persepsi mengenai bentuk penggunaan e- learning yang digunakan oleh pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia sebagai satu kemudahan pembelajaran? iii. Adakah terdapat perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina mengenai kesesuaian e-learning sebagai satu sistem sokongan pembelajaran dalam bidang pengajian mereka? iv. Sejauhmanakah kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia dapat membantu pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina mengakses e- learning dengan mudah? 1.4 Objektif Kajian Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini. Berikut ialah objektif yang telah ditetapkan : i. Mengenalpasti perbezaan persepsi mengenai penggunaan e-learning dalam pembelajaran oleh pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia secara umum. ii. Mengenalpasti perbezaan persepsi mengenai bentuk penggunaan learning dalam pembelajaran oleh pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia.

8 i. Mengenalpasti perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina mengenai kesesuaian e-learning sebagai satu sistem sokongan pembelajaran dalam bidang pengajian mereka. ii. Mengenalpasti perbezaan persepsi antara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Alam Bina mengenai kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia dalam mengakses e-learning.