GARIS PANDUAN TATACARA PENGANJURAN PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memaklumkan keputusan Lembaga Pengarah Universiti Bil.2/2015 yang telah bersidang pada 29 Mei 2015 berhubung kelulusan pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Program Latihan Untuk Kegunaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 2.0 PENGENALAN 2.1 Garis panduan ini bertujuan menerangkan tatacara penganjuran program latihan oleh setiap Jabatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 3.0 LATAR BELAKANG 3.1 Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah memberi penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia sektor awam. 3.2 Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 01 November 2002 yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi. 3.3 Dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, kerajaan telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia penjawat-penjawat awam dan mewajibkan sumber manusia penjawat-penjawat awam dan mewajibkan semua penjawat awam untuk menghadiri programprogram latihan sekurang-kurangnya Tujuh (7) hari / 56 jam dalam setahun.
4.0 OBJEKTIF 4.1 Menyedari pentingkan usaha-usaha pembangunan modal insan dilakukan secara berterusan, terancang dan sistematik, Garis Panduan Tatacara Penganjuran Program Latihan telah disediakan agar penganjuran program latihan yang dilaksanakan oleh setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan program yang lebih teratur dan sistematik. 4.2 Garis panduan ini disediakan bagi mencapai objektif seperti berikut: a) Memastikan tatacara dan prosedur penganjuran program latihan dipatuhi; b) Memastikan rekod penganjuran latihan UPNM dikemaskini setelah sesuatu program latihan dianjurkan. 5.0 KATEGORI LATIHAN 5.1 Pengelasan penganjuran program latihan diklasifikasikan kepada Tiga (3) pecahan kumpulan utama seperti berikut:- 5.1.1 Latihan a) Kursus; b) Seminar; c) Konvensyen; d) Bengkel; e) Simposium/ Kolokium; f) Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar; dan g) Klinik Kaunseling 5.1.2 Sesi Pembelajaran a) Ceramah b) Forum c) Taklimat d) Knowledge Sharing e) Bicara Eksekutif (Executive Talk) f) Perhimpunan Tahunan/Bulanan g) Majlis Universiti/ sambutan peristiwa khas yang mengandungi ucapan/ ceramah/ Forum h) Pertemuan Mentor dan Mentee i) Sesi kaunseling Perkembangan; dan
j) Menyampaikan ceramah dalam kursus / bengkel (modul yang pertama kali dibentang atas tajuk yang sama sahaja akan diambil kira) 5.1.3 Pembelajaran Kendiri a) E-pembelajaran (e-learning) b) Pembacaan bahan-bahan ilmiah 6.0 TATACARA PENGANJURAN PROGRAM LATIHAN 6.1 Bagi penganjuran program latihan (seperti di para 5), setiap Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian (FPJB) dikehendaki untuk menghantar perincian serta butiran penganjuran Tujuh (7) hari sebelum sesuatu program latihan tersebut dianjurkan ke Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar. 6.2 Setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) dikehendaki untuk menyediakan perincian butiran penganjuran program latihan bagi mengesahkan klasifikasi program latihan yang dilaksanakan sebelum surat kebenaran penganjuran program latihan dikeluarkan oleh Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar. 6.3 Butiran perincian yang diperlukan adalah seperti berikut: a) Tujuan b) Latar Belakang c) Maklumat Penganjuran d) Objektif dan Matlamat Penganjuran Program Latihan e) Metodologi Latihan i. Kuliah ii. iii. iv. Ceramah Aktiviti Berkumpulan Latihan Amali v. Role Play vi. Tayangan Video e) Impak Penganjuran Program Latihan f) Pengesahan Penganjuran Oleh Ketua Jabatan
7.0 PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN KEHADIRAN 7.1 Bagi tujuan pengemaskinian di dalam rekod Buku Pekhidmatan Staf, setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) dikehendaki untuk menghantar pengesahan kehadiran (seperti di lampiran A) berserta laporan maklum balas latihan dan satu (1) salinan Borang Maklum Balas Menghadiri Latihan (UPNM.PEND.HRD.ULK.003) tiga (3) hari selepas penganjuran program latihan dilaksanakan. 7.2 Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) adalah bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran peserta bagi setiap slot program latihan yang dianjurkan. Kegagalan peserta untuk mengikuti setiap slot program latihan akan mengakibatkan rekod kehadiran tidak akan dikemaskini di dalam Buku Perkhidmatan Staf.
8.0 CARTA ALIR PROSES PENGANJURAN PROGRAM LATIHAN MULA Menyediakan Kertas Kerja Penganjuran Program Latihan Terima Permohonan Tidak Diperaku Status Permohonan Diperaku Pelaksanaan Program Latihan Pengesahan Penganjuran dan Kehadiran Kemaskini Buku Perkhidmatan TAMAT
BORANG KEHADIRAN PESERTA Nama Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Latihan Pembekalan [ ] Tarikh : [ ] Tempat : [ ] Penganjur : [ ] Butiran Masa : Slot 1 (8.00 Pagi Hingga 1.00 Petang) Bil. No. Staf Nama Jawatan PTj Tandatangan Pengesahan Kehadiran Oleh Penganjur