Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang. Rangka bagi menetapkan bentuk kapal terbang.

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang. Rangka bagi menetapkan bentuk kapal terbang."

Transkripsi

1 Kapal Terbang Secara umumnya, kapal terbang merupakan sebuah pesawat terbang yang terbang menggunakan sayap. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor. Sebelum kita mengkaji prinsip penerbangan dengan lebih mendalam, kita perlulah mengenal beberapa komponen utama yang terdapat pada sesebuah kapal terbang seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah. Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang Komponen Fiuslaj (Fuselage) Fungsi Rangka bagi menetapkan bentuk kapal terbang. Tempat mengisi penumpang, bagasi, kargo, peralatan penerbangan, bahan api dan sebagainya. Sayap (Wing) Menghasilkan daya angkat yang diperlukan untuk terbang. Tangki simpanan bahan api. Kokpit (Cockpit) Tempat juruterbang mengendalikan kapal terbang. Terdapat peralatan-peralatan elektronik (avionik) yang digunakan oleh juruterbang sewaktu penerbangan.

2 Enjin (Engine) Menghasilkan daya tujah yang menggerakkan kapal terbang ke hadapan. Menstabilkan pesawat terbang pada paksi menegak. Penstabil Menegak(Vertical Stabilizer) Penstabil Mengufuk(Horizo ntal Stabilizer) Gear Pendaratan (Landing Gear) Menstabilkan pesawat terbang pada paksi mengufuk. Roda ketika berada di darat. Struktur yang menampung keseluruhan berat kapal terbang. Radar (Radar) Menentukan lokasi dan arah penerbangan. Lampu Navigasi Mengelakkan perlanggaran. (Navigation Light) Jadual: Fungsi beberapa komponen utama kapal terbang Permukaan Kawalan Pesawat Terbang Permukaan kawalan (control surface) merupakan kompoen-komponen yang berfungsi untuk mengawal olah gerak (manouver) sesebuah kapal terbang. Terdapat lima permukaan yang biasa didapati iaitu aileron, kemudi (rudder), penaik (elevator), kepak (flap) dan trim tab. Aileron Aileron merupakan kompnen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan berputar (rolling). Aileron terletak pada kedua-dua belah sayap dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan (control stick). Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke kanan, aileron sebelah kanan akan naik dan aileron sebelah kiri pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kanan. Begitu juga sebaliknya, jika kayu kawalan ditolak ke kiri, aileron sebelah kiri kiri akan naik manakala aileron sebelah kanan pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kiri.

3 Gambar: Aileron di kedua-dua belah sayap kapal terbang Gambar: Pergerakan olengan yang disebabkan oleh aileron Kemudi Kemudi merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan merewang (yawing). Kemudi terletak pada bahagian penstabil menegak dan pergerakkannya dikawal oleh pedal yang terletak di bawah kaki juruterbang. Apabila kapal terbang ingin direwang ke kanan, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kanan dan serentak dengan itu, kemudi akan bergerak ke kanan. Begitulah sebaliknya. Apabila kapal terbang ingin direwangkan ke kiri, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kiri dan mengakibatkan kemudi bergerak ke kiri. Biasanya, untuk membelok, gabungan pergerakan rewang dan putar dilakukan serentak.

4 Oleh itu, juruterbang perlu mengawal secara serentak kedua-dua kayu kawalan dan pedal mengikut arah belokan yang diinginkan. Gambar: Kemudi yang terletak di bahagian penstabil menegak Penaik Penaik merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan mendongak (pitching). Penaik terletak pada kedua-dua belah penstabil mengufuk dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan. Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke hadapan, penaik akan turun dan mengakibatkan muncung kapal terbang terturun ke bawah. Sebaliknya, jika kayu kawalan ditarik ke belakang, penaik akan naik dan muncung kapal terbang akan terdongak ke atas. Gambar: Penaik yang terletak pada penstabil mengufuk

5 Gambar: Pengerakan dongakan yang disebabkan oleh penaik Kepak Kepak ialah satu kepingan "sayap" kecil yang diengselkan di bahagian pinggir belakang dan pinggir hadapan sayap. Kepak yang diletakkan di pinggir belakang dikenali sebagai flap manakala yang di bahagian pinggir hadapan pula dikenali sebagai slat. Fungsi kepak bukan untuk mengawal arah pergerakan kapal terbang tetapi merupakan alat untuk menghasilkan daya angkat tambahan yang diperlukan ketika perlepasan dan pendaratan. Dengan menambahkan luas permukaan dan kamber sayap, daya angkat juga dapat ditingkatkan. Daya angkat tambahan diperlukan ketika berlepas di landasan yang pendek kerana kapal terbang perlu berada di udara walaupun kelajuan perlepasan masih belum mencukupi. Jika tidak, kapal terbang tersebut mungkin akan terkeluar dari landasan dan terbabas. Ketika pendaratan pula, kapal terbang perlu menghampiri landasan pada kelajuan yang rendah, dan ini akan mengurangkan daya angkat. Maka daya angkat tambahan diperlukan. Jika kapal terbang mendarat dalam keadaan yang sangat laju, impaknya boleh merosakkan gear pendaratan dan kapal terbang akan terhempas. Penurunan kepak boleh dilaraskan bergantung kepada kelajuan penerbangan yang dikehendaki. Sesetengah kapal terbang jet yang besar (contohnya Boeing 747) boleh menurunkan kepaknya sehingga 30 darjah bagi menghasilkan daya angkat yang besar sewaktu pendaratan.

6 Gambar: Kedudukan flap dan slat yang terdapat pada sayap pesawat Airbus A-300 Berikut adalah beberapa jenis flap dan slat yang banyak digunakan pada kapal terbang pada hari ini.

7 1. Kueger flap - terdapat pada pinggir hadapan sayap 2. Plain flap - dipangsi pada satu engsel mudah 3. Split flap - terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian bawah berfungsi seperti plain flap manakala bahagian atas tidak bergerak. 4. Fowler flap - menggelungsur ke belakang sebelum turun ke bawah 5. Slotted flap - terdiri daripada beberapa slot 6. Blown flap - meniup udara yang keluar dari enjin ke atas sayap dan sekali gus meningkatkan daya angkat Gambar: Beberapa jenis flap Trim Tab Trim tab merupakan permukaan kawalan yang biasanya terdapat pada kapal terbang yang besar dan selaluya diletakkan pada pengangkat dan kemudi. Pada kapal terbang yang besar, daya yang bertindak pada pengangkat dan kemudi juga besar. Ini menyebabkan kayu kawalan menjadi lebih berat dan susah untuk digerakkan. Juruterbang memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kayu kawalan tersebut. Dengan adanya trim tab, daya yang besar itu tadi dipindahkan kepada trim tab dan tiada lagi daya pada pengangkat dan kemudi. Oleh itu, juruterbang seolah-olah tidak merasa sebarang daya pada kayu kawalan dan boleh melakukan olah gerak dengan mudah. Olah Gerak Kapal Terbang

8 Posted at 05:50 am by captain Comments (14) Permalink Aerofoil Aerofoil ataupun lelayang angin ialah satu bentuk di mana apabila udara melaluinya, udara itu tadi akan berpisah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan melalui bahagian atas aerofoil manakala satu kumpulan lagi akan melalui bahagian bawah aerofoil. Garisan permukaan atas aerofoil adalah lebih panjang berbanding pada permukaan bawah. Ini bermakna, udara di bahagian atas perlulah bergerak lebih laju berbanding dengan bahagian bawah supaya ia boleh sampai bersama-sama dengan udara di bahagian bawah dan kemudiannya bercantum kembali. Seperti yang telah diterangkan oleh prinsip Bernoulli, disebabkan adanya perbezaan halaju, maka wujudnya perbezaan tekanan di antara dua bahagian aerofoil tersebut. Pada bahagian atas, tekanan udara adalah rendah manakala pada bahagian bawah pula, udara bertekanan tinggi. Udara yang bertekanan tinggi ini akan bergerak ke atas menuju ke udara yang bertekanan rendah. Pergerakan ini akan menolak aerofoil ke atas dan membolehkannya terbang di udara. Fenomena inilah yang mewujudkan daya angkat pada sesebuah pesawat terbang. Salah satu faktor yang menentukan kekuatan daya angkat yang terhasil ialah bentuk aerofoil yang digunakan. Setiap aerofoil akan menghasilkan daya angkat yang berbeza di antara satu sama lain dan ianya bergantung kepada pekali daya angkat yang diperolehi daripada ujikaji terowong angin. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna dalam mengenal pasti bentuk aerofoil seperti NACA 4 digit, NACA 5 digit dan NACA 6 digit. Dalam topik ini, hanya kaedah NACA 4 digit yang akan dibincangkan secara mendalam. NACA 4 digit mempunyai 4 digit / nombor yang merupakan kod bagi memudahkan kita dalam mengenal pasti bentuk sesuatu aerofoil. Digit yang pertama mewakili nilai kamber maksimum perseratus perentas (chord), digit kedua kedudukan kamber maksimum dari pinggir hadapan persepuluh perentas manakala dua digit terakhir mewakili tebal maksimum aerofoil perseratus perentas. Sebagai contoh, mari kita mengkaji bentuk NACA Aerofoil 4415 mempunyai kamber maksimum sebanyak 4% daripada panjang perentas, yang terletak pada 0.4 panjang perentas dari pinggir

9 hadapan dan berketebalan maksimum sebanyak 15% daripada panjang perentas. Gambar: Keratan rentas aerofoil NACA 4415 Apa yang menarik tentang konsep aerofoil ini ialah, ianya bukan sahaja digunakan pada pesawat terbang sahaja, malahan turut diaplikasikan pada kereta formula 1, di mana pada bahagian hadapan dan belakang kereta, diletakkan spoiler aerofoil yang dipasangkan secara terbalik. Ia dipasangkan terbalik bagi menghasilkan daya yang menekan badan kereta ke permukaan trek. Ini bagi memastikan pada kelajuan yang tinggi, kereta formula 1 tersebut tidak terbang dan menjadikannya lebih stabil sewaktu berada di selekoh. Gambar: Kereta formula 1 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 300 km/j Posted at 05:01 am by captain Make a comment Permalink

10 Bagaimana kapal terbang berfungsi? Sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini, setiap objek yang berada di dalam kawasan atmosfera bumi akan dipengaruhi oleh daya tarikan yang dikenali sebagai tarikan graviti bumi. Disebabkan tarikan ini, semua benda akan terletak di atas lantai dan tidak terapung-apung. Namun, mengapa pula sesebuah kapal terbang boleh terapung di udara? Adakah ia tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti? Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang prinsip penerbangan, marilah kita mengkaji daya-daya yang terdapat pada sesebuah pesawat terbang. Apabila sesebuah pesawat terbang itu terbang, terdapat empat daya yang bertindak dalam dua paksi. Pada paksi mengufuk (horizontal), terdapat daya tujah dan daya seret, manakala pada paksi menegak (vertical) pula, terdapat daya angkat dan berat. Daya tujah (thrust) ialah daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Terdapat pelbagai jenis enjin yang digunakan pada pesawat terbang dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam topik pendorongan pesawat terbang nanti. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya seret (drag) pula merujuk kepada daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk larus dan licin bagi mengurangkan daya seret. Daya angkat (lift) pula merujuk kepada daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan. Berat (weight) pula merujuk kepada daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan

11 tarikan graviti bumi dan nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan susah untuk ia terbang. Secara umumnya, untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat. Bagi menjawab persoalan tentang bagaimana sesebuah pesawat terbang itu boleh terbang, kita mestilah kembali kepada satu prinsip asas yang dikenali sebagai Prinsip Bernoulli. Prinsip Bernoulli ini telah dikemukan oleh seorang ahli sains Belanda/Swiss yang dikenali sebagai Daniel Bernoulli. Prinsip ini menyatakan bahawa, jika udara bergerak dengan laju, ia akan menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di sekelilingnya manakala jika ia bergerak perlahan pula, kawasan bertekanan tinggi terhasil. Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini. Posted at 03:20 am by captain Comments (5) Permalink Gambar: Daya-daya yang bertindak pada sesebuah kapal terbang Aeronautik

12 Pesawat terbang menjadi pengangkutan yang semakin popular pada masa kini. Perjalanan jauh yang memakan masa berbulan-bulan suatu masa dulu kini hanya mengambil masa beberapa jam sahaja dengan pengangkutan udara. Sudah pasti ramai di kalangan kita sudah biasa melihat ataupun menaiki kapal terbang. Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana sesebuah kapal terbang yang begitu besar dan berat boleh terbang dengan selamat di udara? Persoalan ini boleh dijawab apabila kita memahami cabang ilmu sains yang dikenali sebagai aeronautik. Secara umumnya, aeronautik merupakan bidang kejuruteraan yang mengkaji tentang prinsip-prinsip penerbangan. Ilmu ini mengkaji sifat-sifat sesuatu jasad apabila berinteraksi dengan bendalir terutamanya udara. Disebabkan wujudnya udara, maka sesebuah pesawat terbang itu boleh terbang. Hasil kajian ini menghasilkan beberapa pesawat atau mesin terbang yang terdapat pada hari ini seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter, belon udara, roket dan peluru berpandu. Terdapat satu lagi istilah yang sering digunakan untuk menerangkan ilmu penerbangan yang dikenali sebagai aeroangkasa. Perlu diambil perhatian bahawa aeronautik dan aeroangkasa merupakan dua cabang ilmu yang berbeza. Aeronautik merujuk kepada kajian penerbangan yang berada di bawah kawasan atmosfera (mengambil kira kesan graviti bumi) manakala aeroangkasa pula melibatkan kajian di luar kawasan atmosfera bumi (tiada kesan tarikan graviti).

13 Gambar: Dua buah pesawat terbang komersial moden Bidang kajian aeronautik: Aeronautik merangkumi beberapa bidang kajian yang luas dan memerlukan kefahaman yang tinggi sebelum seseorang jurutera aeronautik itu boleh mereka bentuk, mengendali atau membaik pulih kapal terbang. Berikut disenaraikan beberapa elemen yang penting dalam bidang kajian aeronautik. 1. Aerodinamik - mengkaji pergerakan dan sifat-sifat udara yang merupakan medium bagi sesebuah penerbangan. 2. Struktur - mengkaji sifat-sifat dan kekuatan bahan yang digunakan bagi membina pesawat terbang serta mengkaji daya-daya yang wujud. 3. Avionik - mempelajari peralatan dan sistem elektronik yang terdapat di dalam pesawat terbang. 4. Kawalan - mengkaji kestabilan dan kawalan sesebuah pesawat terbang. 5. Loji kuasa - mempelajari jenis-jenis enjin yang sesuai digunakan.

Bagaimana Sebuah Pesawat Bisa Terbang? - Fisika

Bagaimana Sebuah Pesawat Bisa Terbang? - Fisika PESAWAT TERBANG Dengan mempelajari bagaimana pesawat bisa terbang Anda akan mendapatkan kontrol yang lebih baik atas UAV Anda. Bagaimana Sebuah Pesawat Bisa Terbang? - Fisika Empat gaya aerodinamik yang

Lebih terperinci

Hidup di Stesen Angkasa

Hidup di Stesen Angkasa TAHAP 3 Hidup di Stesen Angkasa Meneroka Orbit Membongkar Buku Sneak Peak! Menaakul Kandungan Merentasi masa...6 Cara ke angkasa...10 Syarat menjadi angkasawan...12 Kehidupan harian...14 Di dalam ISS...8

Lebih terperinci

GAYA ANGKAT PESAWAT Untuk mahasiswa PTM Otomotif IKIP Veteran Semarang

GAYA ANGKAT PESAWAT Untuk mahasiswa PTM Otomotif IKIP Veteran Semarang GAYA ANGKAT PESAWAT Untuk mahasiswa PTM Otomotif IKIP Veteran Semarang 1. Pendahuluan Pesawat terbang modern sudah menggunakan mesin jet, namun prinsip terbangnya masih menggunakan ilmu gaya udara seperti

Lebih terperinci

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK PENGENALAN Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini. BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini. 1.2 Latarbelakang Kajian Projek ini adalah mengenai kajian

Lebih terperinci

!!! NOTA PANDUAN SPIM! KPP BAHARU! KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)! KPP 02: AMALI DI LITAR! KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA!

!!! NOTA PANDUAN SPIM! KPP BAHARU! KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)! KPP 02: AMALI DI LITAR! KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA! NOTA PANDUAN SPIM KPP BAHARU KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA) KPP 02: AMALI DI LITAR KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA Disediakan oleh: DAYANG SALIANA BINTI ABANG ALLI BOLHASSANC.A(M), MBA TOT. KPP.

Lebih terperinci

KOLEKSI SOALAN KBAT BUKU TEKS SAINS TAHUN Ramalkan tempoh masa belon udara kecil terbang sekiranya kepingan plastik

KOLEKSI SOALAN KBAT BUKU TEKS SAINS TAHUN Ramalkan tempoh masa belon udara kecil terbang sekiranya kepingan plastik KOLEKSI SOALAN KBAT BUKU TEKS SAINS TAHUN 6 1. Ramalkan tempoh masa belon udara kecil terbang sekiranya kepingan plastik digunakan menggantikan kertas keras. (m/s 5) Sekiranya kepingan plastik yang digunakan

Lebih terperinci

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

PENGENALAN KEPADA RESIPAN C4008/1/1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA RESIPAN OBJEKTIF Objektif Am : Memahami tentang resipan dalam tanah Objektif Khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- 1. menyatakan maksud resipan dalam tanah.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Ekonomi

Pengenalan kepada Ekonomi Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Setiap kapal yang berlayar masuk atau keluar ke pelabuhan akan menggunakan laluan tertentu yang lazimnya disediakan oleh pihak pengurusan pelabuhan. Laluan tersebut

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

PRINSIP DASAR MENGAPA PESAWAT DAPAT TERBANG

PRINSIP DASAR MENGAPA PESAWAT DAPAT TERBANG PRINSIP DASAR MENGAPA PESAWAT DAPAT TERBANG Oleh: 1. Dewi Ariesi R. (115061105111007) 2. Gamayazid A. (115061100111011) 3. Inggit Kresna (115061100111005) PROGRAM STUDI TEKNIK KIMIA FAKULTAS TEKNIK UNIVERSITAS

Lebih terperinci

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING DISEDIAKAN OLEH PRISCILLA DIVYA DAVID INTAN FATINNADZIRAH BINTI ZAINALABIDIN KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING Bola jaring KEMAHIRAN ASAS HANTARAN GERAKAN KAKI KAWALAN JARINGAN HALAMAN UTAMA LOMPATAN LONTARAN

Lebih terperinci

Pelajaran 7. Dinamik Bendalir. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat

Pelajaran 7. Dinamik Bendalir. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Pelajaran 7 Dinamik Bendalir OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Menerangkan tentang konsep yang diperlukan untuk menganalisis bendalir dalam gerakan. Mengenal pasti

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

TAHAP. Daya dan Gerakan. Menaakulwww.orbitbuku.com.my

TAHAP. Daya dan Gerakan. Menaakulwww.orbitbuku.com.my TAHAP 3 Daya dan Gerakan Meneroka Orbit Membongkar Buku Sneak Peak! Menaakul Kandungan Apakah hutan hujan?...6 Lapisan yang berbeza...8 Kanopi...10 Paras tanah...12 Tumbuhan menumpang...14 Burung...16

Lebih terperinci

JAG 541/3 Kejuruteraan Geoteknik II

JAG 541/3 Kejuruteraan Geoteknik II UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari / Mac 2004 JAG 541/3 Kejuruteraan Geoteknik II Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan

Lebih terperinci

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN. Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN. Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik UNIT 7 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN OBJEKTIF Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Di antara keistimewaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah kemampuannya untuk melakukan analisis spatial terhadap entiti seperti poligon, garisan dan juga titik (polygon/line/point

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Pemantauan struktur pada masa kini berkembang pesat dengan suntikan teknologi sistem navigasi penentududukan global seperti Global Positioning System (GPS). Perkembangan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

EAG 244/3 Kejuruteraan Asas dan Struktur Tanah

EAG 244/3 Kejuruteraan Asas dan Struktur Tanah UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester III Sidang Akademik 2001/2002 APRIL 2002 EAG 244/3 Kejuruteraan Asas dan Struktur Tanah Masa : 3 jam Arahan :- 1. Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran!

Lebih terperinci

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA OLAHRAGA PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA 1.0 TARIKH 20 hingga 21 Ogos 2005 2.0 TEMPAT Kompleks Sukan MAYBANK, Bangi 3.0 PENYERTAAN Kejohanan ini terbuka kepada semua pegawai/kakitangan sepenuh masa yang

Lebih terperinci

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester II Sidang Akademik 2001/2002 FEBRUARI / MAC 2002 JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas Masa : 3 jam Arahan :- 1. Sila pastikan kertas peperiksaan

Lebih terperinci

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU A. PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan dengan matlamat menjadi sebuah penerbit universiti yang terpandang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Paparan visual merupakan salah satu aspek penting dalam bidang grafik komputer dan animasi maya. Pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh ramai penyelidik dalam usaha untuk

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. bagian yang kecil sampai bagian yang besar sebelum semua. bagian tersebut dirangkai menjadi sebuah pesawat.

BAB I PENDAHULUAN. bagian yang kecil sampai bagian yang besar sebelum semua. bagian tersebut dirangkai menjadi sebuah pesawat. BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Dalam sebuah manufaktur pesawat terbang, desain dan analisis awal sangatlah dibutuhkan sebelum pesawat terbang difabrikasi menjadi bentuk nyata sebuah pesawat yang

Lebih terperinci

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH) C4008/13/1 UNIT 13 KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH) OBJEKTIF Objektif Am : Menggunakan Kaedah Analisis Tegasan Jumlah untuk mendapatkan faktor keselamatan cerun Objektif Khusus : Di akhir unit

Lebih terperinci

BAB II PROFIL UMUM BALAI KALIBRASI FASILITAS PENERBANGAN (BKFP) 2.1. Latar Belakang Balai Kalibrasi Fasilitas Penerbangan (BFKP)

BAB II PROFIL UMUM BALAI KALIBRASI FASILITAS PENERBANGAN (BKFP) 2.1. Latar Belakang Balai Kalibrasi Fasilitas Penerbangan (BFKP) BAB II PROFIL UMUM BALAI KALIBRASI FASILITAS PENERBANGAN (BKFP) 2.1. Latar Belakang Balai Kalibrasi Fasilitas Penerbangan (BFKP) Sejak diwujudkannya Flingt Inspection Unit atau satuan udara kalibrasi tumbuh

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Laut merupakan 71 peratus daripada keseluruhan permukaan bumi. Fenomena ini sangat penting untuk di fikirkan supaya laut dapat memberi manfaat kepada manusia di permukaan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan 6.0 Pengenalan 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman

Lebih terperinci

EAL 432/4 - Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Lanjutan

EAL 432/4 - Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Lanjutan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005 Mac 2005 EAL 432/4 - Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Lanjutan Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas

Lebih terperinci

ANALISIS KESTABILAN STATIK MEMBUJUR PESAWAT TERBANG RINGAN

ANALISIS KESTABILAN STATIK MEMBUJUR PESAWAT TERBANG RINGAN Jurnal Mekanikal Jun 2002, Bil. 1, 26-5 ANALISIS KESTABILAN STATIK MEMBUJUR PESAWAT TERBANG RINGAN Shuhaimi Mansor Jabatan Aeronautik dan Automotif Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kebiasaannya arkitek merekabentuk litupan bangunan. Hasil rekabentuk ini kemudian dihantarkan kepada jurutera penyaman udara (HVAC). Para jurutera ini kemudian melaksanakan

Lebih terperinci

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat. Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN

BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN Umumnya diketahui negara Malaysia mempunyai bentuk muka bumi semulajadi yang bercerun dan berbukit di samping menerima keamatan hujan yang tinggi sepanjang tahun.

Lebih terperinci

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK OH, ITUNYA DARAB! Oleh Chai Mei Ling ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu Liu menguasai kemahiran mendarab. Dalam kajian ini, teknik yang digunakan untuk membantu Liu menguasai kemahiran mendarab adalah

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

DASAR PERKHIDMATAN SERVER BAB 5: DASAR PERKHIDMATAN SERVER 5.1 TUJUAN Dasar ini bertujuan menerangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi serta memberikan panduan berkaitan pengurusan server di Universiti Malaysia Pahang. Server

Lebih terperinci

ZCA 101/4 - Fizik I (Mekanik)

ZCA 101/4 - Fizik I (Mekanik) L NIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004 September - Oktober 2003 ZCA 101/4 - Fizik I (Mekanik) Masa. 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1. : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses

E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1. : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF Objektif Am : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan XML secara pantas telah menjadi satu piawaian bagi perwakilan dan pertukaran data. Ia menyediakan satu format yang diterima bagi mempersembahkan kedua-dua struktur dan kandungan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 PENYATAAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 PENYATAAN MASALAH BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang pengenalan bagi sebuah Troli Bot Fiber. Namun, dalam bab ini kami dapat mengetahui masalah dengan penyataan masalah, objektif

Lebih terperinci

PBS MATEMATIK TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

PBS MATEMATIK TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI ) Edisi 1.5 1. UNIT 1 : NOMBOR HINGGA 10 000 Kenal Nombor 1 B1 D1 E1 (01) - Menyatakan sebarang nombor bulat hingga 10 000. Tulis Nombor 3 B2 D1 E1 (01) B2 D1 E1 (02) - Menulis nombor dalam angka. - Menulis

Lebih terperinci

Desain pesawat masa depan

Desain pesawat masa depan Desain pesawat masa depan Flying Wing = Sayap Terbang? Itu memang terjemahan bebasnya. Dan arti yang sebenarnya memang tidak terlalu jauh berbeda. Flying Wing sebenarnya merupakan istilah untuk desain

Lebih terperinci

Bagaimana? Adakah anda masih ingat apa yang dinamakan sebagai tanah tidak jelekit?

Bagaimana? Adakah anda masih ingat apa yang dinamakan sebagai tanah tidak jelekit? C4008/6/1 UNIT 6 TEGASAN TANAH - TEKANAN AKTIF TANAH TAK JELEKIT OBJEKTIF Objektif Am : Menggunakan Teori Rankine dan Teori Coulomb untuk mendapatkan tekanan aktif tanah tak jelekit Objektif Khusus : Di

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2

Lebih terperinci

TAHAP. Cuaca Melampau.

TAHAP. Cuaca Melampau. TAHAP 2 Cuaca Melampau Meneroka Membongkar Orbit Buku Menaakul Sneak Peak! Kandungan Kuasa alam semula jadi...6 Puting beliung...8 Bahana puting beliung...10 Taufan...12 Bahana taufan...14 Kilat...16 Pengejar

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. kerja-kerja memindah ataupun kerja-kerja penyimpanan.bahan-bahan seperti paip, dan

BAB I PENDAHULUAN. kerja-kerja memindah ataupun kerja-kerja penyimpanan.bahan-bahan seperti paip, dan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Banyak jenis barangan dikehendaki di sesuatu kilang ataupun bengkel untuk kerja-kerja memindah ataupun kerja-kerja penyimpanan.bahan-bahan seperti paip, dan plat keluli

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

1. Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan.

1. Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan. 2 1. Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan. Semakin bertambah saiz ais, semakin bertambah masa yang diperlukan untuk ais itu melebur. Apakah pembolehubah yang dimanipulasi

Lebih terperinci

PENGENALAN KEPADA TEKANAN SISI TANAH

PENGENALAN KEPADA TEKANAN SISI TANAH C4008/5/1 UNIT 5 PENGENALAN KEPADA TEKANAN SISI TANAH OBJEKTIF Objektif Am: Memahami tentang tekanan sisi tanah Objektif Khusus:Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- 1. Menyatakan kewujudan tekanan

Lebih terperinci

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki: Bab Perwakilan Data Modul PdP Melalui "Key Point". Sistem perpuluhan dikenali sebagai Sistem Asas kerana mempunyai sepuluh pilihan digit daripada hingga 9. Nilai sesuatu digit dalam sistem perpuluhan dikira

Lebih terperinci

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT TEKNOLOGI INFO-SAINS MAHIR 25 MEI 2006 1.0 PENGENALAN Tujuan

Lebih terperinci

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca Tajuk : Amali 1 (Awan) Tujuan Amali : Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang berlaku ketika pemerhatian dijalankan. Hipotesis : Bentuk dan jenis awan mempengaruhi

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

EAA UKUR KEJURUTERAAN I

EAA UKUR KEJURUTERAAN I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUSCAWANGANPERAK Peperiksaan Semester II Sidang Akademik 1997/98 FEBRUARI 1998 EAA13214 - UKUR KEJURUTERAAN I Masa: [3 Jam J 1. Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sistem tangki simbah kitar semula adalah sebuah sistem kitaran semula air iaitu dengan cara menggunakan semula air basuhan buangan dari mesin basuh untuk digunakan sebagai

Lebih terperinci

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN PENGURUSAN PROJEK 10.0 PENGENALAN Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen pengurusan projek yang berikut :- 1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek 2.

Lebih terperinci

DAFTAR ISI. Hal i ii iii iv v vi vii

DAFTAR ISI. Hal i ii iii iv v vi vii DAFTAR ISI HALAMAN JUDUL... LEMBAR PERSETUJUAN PEMBIMBING. HALAMAN PENGESAHAN. PERNYATAAN. MOTTO... HALAMAN PERSEMBAHAN... KATA PENGANTAR... DAFTAR ISI... DAFTAR GAMBAR.. DAFTAR TABEL... DAFTAR LAMBANG

Lebih terperinci

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria EDU 3105 OHP dan transparensi Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria Kandungan Bahagian-bahagian dan fungsi ohp Pengendalian ohp Kelebihan dan kelemahan ohp Panduan penjagaan OHP Teknik

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebagai salah sebuah negara pesisir pantai, ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh aktiviti yang berkisar pada kawasan pesisir pantai seperti perikanan, pelancongan dan

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007 1.0 AM Peraturan lalu lintas jalan ini diwujudkan selaras dengan perkara 6(1)(w) dan 32(5) Perlembagaan Universiti

Lebih terperinci

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH C4008/19/1 UNIT 19 PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH OBJEKTIF Objektif Am : Menggunakan Kaedah Taylor dan Kaedah Casagrande bagi mendapatkan pekali pengukuhan,c

Lebih terperinci

EAL 334/4 - Kejuruteraan Lebuh Raya

EAL 334/4 - Kejuruteraan Lebuh Raya UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003 Februari / Mac 2003 EAL 334/4 - Kejuruteraan Lebuh Raya Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

EzLearn2U.my. Tingkatan 5 Sains Bab 5 : GERAKAN SOALAN

EzLearn2U.my. Tingkatan 5 Sains Bab 5 : GERAKAN SOALAN Tingkatan 5 Sains Bab 5 : GERKN SOLN 1 Sebuah kereta bergerak dengan halaju seragam 15 m s -1. Kemudian kereta itu memecut kepada halaju 45 m s -1 dalam masa 5 saat. Berapakah pecutan kereta itu? 3 m s

Lebih terperinci

13Bt. 3. Semua soalan mempunyai markah yang sama. 4. Semua jawapan MESTILAH dimulakan pada muka surat yang baru.

13Bt. 3. Semua soalan mempunyai markah yang sama. 4. Semua jawapan MESTILAH dimulakan pada muka surat yang baru. I.]NIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003 /2004 Februari /Mac 2004 JAP 51214 - Kejuruteraan Persekitaran Lanjutan Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas

Lebih terperinci

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1.1 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS PENGERTIAN ILMU EKONOMI Kajian bagaimana manusia mengurus sumber-sumber yang terhad untuk memenuhike yang tidak

Lebih terperinci

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh: Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 1989/90 Oktober/Nove"mber 1989 EBB 416/3 Metalurgi IV (Gunaa"nl Masa [3 jam] ARAHAN KEPADA CALON Sila pastikan bahawa kertas soalan

Lebih terperinci

2. Bezakan di antara sifat termodinamik yang dipanggil sifat ekstensif, sifat intensif dan sifat tentu. Berikan 3 contoh untuk setiap sifat.

2. Bezakan di antara sifat termodinamik yang dipanggil sifat ekstensif, sifat intensif dan sifat tentu. Berikan 3 contoh untuk setiap sifat. TERMODINAMIK Konsep Asas 1. Apakah ciri-ciri khas untuk sesuatu sempadan system dan bezakan di antara dua jenis system dalam pengajian termodinamik. Berikan 2 contoh untuk setiap jenis system. 2. Bezakan

Lebih terperinci

MEMBANGUNKAN DAN MENGANALISA SISTEM HIDRAULIK AIR BERTEKANAN RENDAH FAIRUZRADZI BIN MD YUSOP

MEMBANGUNKAN DAN MENGANALISA SISTEM HIDRAULIK AIR BERTEKANAN RENDAH FAIRUZRADZI BIN MD YUSOP MEMBANGUNKAN DAN MENGANALISA SISTEM HIDRAULIK AIR BERTEKANAN RENDAH FAIRUZRADZI BIN MD YUSOP Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Lebih terperinci

1.0 Pengenalan Pangkalan Data

1.0 Pengenalan Pangkalan Data Tajuk Topik PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DUNIA PANGKALAN DATA 1.0 Pengenalan Pangkalan Data A. Objektif Pada akhir sesi guru dapat: 1.

Lebih terperinci

BAB II LANDASAN TEORI

BAB II LANDASAN TEORI BAB II LANDASAN TEORI 2.1 Komponen Dasar Pesawat Terbang Menurut definisi FAA (Badan Penerbangan Amerika Serikat) di FAR (Federal Aviation Regulation) saat ini yang juga diadopsi oleh Indonesia CASR (Civil

Lebih terperinci

Apakah itu keindahan dalam seni visual?

Apakah itu keindahan dalam seni visual? Apakah itu keindahan dalam seni visual? Aspek keindahan dalam sesebuah karya:- 1. hal benda-menjadi sumber idea utama penghasilan karya 2. komposisi-merupakan susun atur unsur seni reka dan prinsip rekaan

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

Sistem Pakar PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Sistem Pakar PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik Sistem Pakar 7 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan apa itu Sistem Pakar dan penggunaannya; 2. Menerangkan langkah-langkah terlibat dalam menghasilkan peraturan

Lebih terperinci

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. I.1. Latar Belakang. Gelombang laut merupakan fenomena menarik dan merupakan salah satu

BAB I PENDAHULUAN. I.1. Latar Belakang. Gelombang laut merupakan fenomena menarik dan merupakan salah satu BAB I PENDAHULUAN I.1. Latar Belakang Gelombang laut merupakan fenomena menarik dan merupakan salah satu komponen yang perlu diperhatikan dalam mendesain suatu bangunan laut. Gelombang laut memiliki sifat

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian terhadap sesebuah pemampat yang juga dikenali sebagai mesin pemampatan sesuatu medium gas adalah tidak mudah. Ini kerana terdapat pelbagai jenis pemampat dipasaran

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA DALAM PERSEKITARAN WINDOWS

REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA DALAM PERSEKITARAN WINDOWS 27 BAB 3 REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA DALAM PERSEKITARAN WINDOWS 3.1 Persekitaran Windows 3.1.1 Pengenalan Antaramuka pengguna bergrafik bagi sesuatu perisian sistem merupakan antara elemen penting dalam

Lebih terperinci

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan PEMASANGAN MELAYU 61 1 Mengeluarkan AWAS! 3. Keluarkan kotak dan plastik beg yang meliputi machineas seperti yang ditunjukkan pada gambar. Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan

Lebih terperinci

KUCHING POLITEKNIK KEPADA CALON: ) halarnan bercetak termasuk muka hadapan. Kertas soalan ini mengandungi ( 5

KUCHING POLITEKNIK KEPADA CALON: ) halarnan bercetak termasuk muka hadapan. Kertas soalan ini mengandungi ( 5 ~ POLITEKNIK KUCHING JABA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PERPUSTAKAAN KURSUS MASA : 8.15-10.15 PG KEPADA CALON: 1. 2. 3. J angan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu. Caton tidak dibenarkan membawa mas uk

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PINDAAN PERTAMA BERKUATKUASA: 1 DISEMBER 2013 1 1.0 PENDAHULUAN Pemberian pindahan kredit

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat

Lebih terperinci

BAB 3 : PENGANGKUTAN. 5. Antara berikut yang manakah peranan pengangkutan? 3.1 Pengangkutan

BAB 3 : PENGANGKUTAN. 5. Antara berikut yang manakah peranan pengangkutan? 3.1 Pengangkutan BAB 3 : PENGANGKUTAN 3.1 Pengangkutan 1. Antara berikut, yang manakah bersesuaian dengan matlamat pengangkutan untuk mengurangkan pembaziran dan kerosakan? A. Mengurangkan kos menyimpan stok B. Mengurangkan

Lebih terperinci

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan: TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN Kandungan: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem Teknik Pengesanan Kerosakan Mengenali Litar Skema dan Rajah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci