BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

2.0 PENYATAAN MASALAH

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Transkripsi:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Menerusi bab ini, penyelidik membina metodologi yang berkesan untuk digunakan dalam melaksanakan kajian ini bagi mencapai hasil kajian yang wajar dan benar. Penyelidik memperincikan setiap subtajuk di bawah rekabentuk kajian ini yang merangkumi lokasi kajian, responden, instrumen dan sebagainya yang bersesuaian dengan kaedah kajian yang dirancang. 3.1 Rekabentuk kajian: Penyelidik menggunakan kaedah kajian lapangan yang dilihat amat relevan bagi mendapatkan respon serta markah daripada responden dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif yang boleh dianalisis secara deskriptif. Fokus kajian adalah untuk menilai sejauh mana pengetahuan pelajar serta penguasaan mereka terhadap kaedah 84

pembentukkan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l yang sahih pada pelbagai variasi kata kerja samaada dari aspek binaannya iaitu sohi:h dan mu tall atau dari aspek strukturnya iaitu mujarrad dan mazi:d yang digunakan dalam membina ayat bahasa Arab, serta perkaitan ilmu tatabahasa Arab yang berkenaan dengannya. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar peringkat menengah dalam kemahiran menggunakan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l menerusi respon jawapan bagi soalan ujian yang disediakan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian yang melibatkan set borang soal selidik, dan analisis respon jawapan pelajar dari ujian bertulis yang dijalankan. Kesemua markah dan maklumat yang diperolehi menerusi instrumen kajian yang dijalankan ini akan dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif bagi menjelaskan tahap penguasaan pelajar dalam membentuk dan menggunakan kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l serta bentuk kesalahan yang dilakukan di dalam menguasai kemahiran ini. Carta 3.1 berikut menunjukkan carta aliran proses kajian yang dijalankan ini. 85

3.2 Lokasi kajian: Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (SMKA Kerian) yang terletak di daerah Kerian iaitu di bahagian utara negeri Perak. Sekolah ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia menepati kriteria bagi mencapai objektif dalam kajian ini. SMKA Kerian ditubuhkan pada April 1999 dan merupakan sebuah sekolah jenis asrama harian. Semua pelajar sekolah ini tinggal di asrama sekolah yang terletak di dalam kawasan sekolah dan situasi ini membantu aktiviti kajian ini dijalankan dengan lebih lancar. Kini sekolah ini mempunyai seramai 819 orang pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Sekolah ini juga menawarkan pembelajaran mata pelajaran bahasa Arab di setiap tingkatan. Jumlah pelajar tingkatan empat adalah seramai 146 orang dan belajar di dalam lima kelas. Mereka mengambil jurusan yang berbeza namun mata pelajaran bahasa Arab adalah mata pelajaran wajib bagi semua pelajar dan mereka mempelajari mata pelajaran bahasa Arab dengan jumlah masa yang sama iaitu 120 minit seminggu. Berikut adalah butiran terperinci bagi taburan pelajar di tingkatan empat SMKA Kerian pada tahun ini. Jadual 3.2: Taburan Pelajar Tingkatan Empat SMKA Kerian bagi tahun 2012 Bil. Kelas Tingkatan 4 Aliran Jumlah Pelajar 01. 4 Bukhari Sains Tulen 34 Orang 02. 4 Farabi Sains Tulen 28 Orang 03. 4 Haytham Sains Tulen 30 Orang 04. 4 Jabir Sains/Akaun 29 Orang 05. 4 Khawarizmi Ekonomi/Akaun 25 Orang 86

3.3 Responden kajian: Responden yang dipilih sebagai sempel kajian ini adalah seramai 50 orang di kalangan pelajar tingkatan empat SMKA Kerian, iaitu mewakili 34.25% daripada jumlah pelajar di tingkatan empat di sekolah ini pada tahun semasa. Kumpulan responden ini dipilih kerana mereka adalah di kalangan pelajar yang telah mengikuti pembelajaran bahasa Arab sejak dari tingkatan satu sehingga ke tahap menengah atas. Mereka juga telah mempelajari tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l ini secara khusus di tingkatan tiga, serta telah mendapat pendedahan berkenaan format pentaksiran yang melibatkan kemahiran menulis dalam bahasa Arab samaada dalam kemahiran tatabahasa, membina ayat atau karangan mengikut format pentaksiran mata pelajaran bahasa Arab bagi peperiksaan di peringkat menengah iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Penyelidik melibatkan pelajar tingkatan empat sebagai responden juga adalah selaras dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa responden bagi kajian yang dijalankan di institusi di bawah seliaan pihak kementerian mestilah pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam pada tahun semasa iaitu UPSR, PMR. SPM dan STPM. Pemilihan responden dibuat berdasarkan kepelbagaian tahap penguasaan bagi mata pelajaran bahasa Arab di kalangan responden yang mewakili taburan kelas tingkatan empat mengikut kesediaan mereka dengan bentuk instrumen kajian yang hendak dijalankan serta kesesuaian peluang yang ada. Penyelidik menggunakan kaedah persempelan rawak berlapis iaitu membuat pemilihan rawak secara berasingan bagi setiap subkumpulan dalam populasi. Oleh itu, pemilihan secara rawak dilakukan dari 87

setiap kelas tingkatan empat yang mewakili aliran kursus yang berbeza dengan jumlah yang seimbang bagi mendapatkan data kajian yang lebih benar dan berkesan. Hal ini turut dijelaskan oleh Piaw,C.Y (2006,p194) : Prosedur persempelan rawak berlapis (stratified sampling procedure) boleh digunakan untuk memperolehi suatu sempel rawak. Kelebihan prosedur persempelan rawak berlapis ialah ralat persempelannya lebih kecil daripada ralat yang wujud daripada prosedur persempelan rawak sistematik dan persempelan rawak mudah. 3.4 Instrumen kajian: Penyelidik memilih dua instrumen yang dilihat relevan bagi memperolehi data dan maklumat untuk merumuskan dapatan kajian. Bagi menyempurnakan kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik serta ujian bertulis terhadap responden. Penyelidik menggunakan dua cara pungutan data terhadap instrumen kajian ini iaitu pungutan data secara kuantitatif dan kualitatif. Ini adalah kerana terdapat sebahagian daripada respon terhadap item dalam instrumen ini lebih tepat dan sesuai dirumus dengan menggunakan data numerika dalam bentuk kuantitatif. Namun begitu terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dianalisis dengan hanya merujuk kepada data numerika semata-mata, bahkan ianya lebih wajar menggunakan pungutan data secara kualitatif bagi mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi, terutamanya bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan keadaan individu seperti pengalaman, motivasi dan sebagainya. 88

Di samping itu, penyelidik memaklumkan berkenaan dengan cara pelaksanaan instrumen kajian ini di samping mengutamakan nilai etika dalam kajian yang dijalankan. Kedua-dua instrumen yang digunakan ini adalah amat wajar bagi memperolehi data yang benar untuk dirumuskan sebagai dapatan kajian. 3.4.1 Soal Selidik Pelajar: Bagi tujuan mengenalpasti pengetahuan pelajar serta tahap penguasaan mereka terhadap tajuk kajian ini, penyelidik menyediakan 50 set borang soal selidik kepada responden yang dipilih secara rawak di kalangan pelajar tingkatan empat sebagai sempel kajian ini. Item yang dibina di dalam borang ini adalah dalam format yang mudah dibaca dan jelas serta menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Soal selidik ini merangkumi tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. I. Bahagian (A); Adalah terdiri daripada maklumat ringkas tentang latar belakang responden iaitu jantina, nama tingkatan dan keputusan bahasa Arab dalam PMR yang lepas. II. Bahagian (B); Item berbentuk soalan skala likert yang menggunakan lima skala pilihan jawapan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Respon kepada item-item dalam bahagian ini adalah dalam bentuk data kuantitatif. Skop pengukuran item pada bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian; 89

i. Unit 1: Item yang mengukur pengetahuan pelajar terhadap konsep asas yang berkaitan tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l. ii. Unit 2: Item berkenaan dengan tahap penguasaan pelajar tentang kaedah pembentukkan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dalam pelbagai jenis variasi fe el serta pola huruf mengikut silibus ilmu sorf bahasa Arab yang disusun bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang lebih sukar. iii. Unit 3: Item yang berkaitan dengan fungsi penggunaan kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l dalam penulisan ayat serta hubungan nahuan dengan kata kerja aktif dan pelaku ganti. Pungutan data pada bahagian item soal selidik ini adalah dalam bentuk kuantitatif. Bagi membuat rumusan dan analisis terhadap maklumat dan data yang diperolehi, penyelidik menggunakan perisian statistik iaitu Statistic Package for the Social Science (SPSS) untuk membuat pengiraan samada dalam bentuk frekuensi, peratus ataupun min. III. Bahagian (C) Item yang digunakan pada bahagian ini adalah soalan respon terbuka yang memerlukan responden memberikan pendapat berkenaan dengan pengetahuan mereka terhadap tajuk kajian dan masalah yang mereka hadapi bagi menguasai kemahiran ini serta cadangan cara mengatasi masalah berkenaan. Respon yang diberikan pada bahagian ini adalah dalam bentuk data kualitatif. 90

3.4.2 Ujian: Penyelidik juga menganalisis tahap penguasaan pelajar dalam membina kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l serta mengenaipasti bentuk kesalahan pelajar dalam penguasaan tajuk ini menerusi semakan ke atas respon jawapan kepada soalan ujian bertulis yang dijalankan ke atas 25 orang responden yang bersedia untuk memberi respon dalam kajian ini. Responden dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan dengan bentuk ujian yang dijalankan dan tujuan untuk mendapatkan data serta respon yang benar dan sahih. Masa yang diberikan kepada responden untuk menulis jawapan bagi soalan ujian ini adalah sehingga satu jam. Tempoh ini adalah mencukupi bagi responden memberikan respon yang sebenar terhadap soalan yang dikemukakan. Menurut Abdul Ghafar M.N (1999) dalam membina item pentaksiran, taksonomi yang disarankan oleh Bloom (1956) sering digunakan oleh para penyelidik kerana ia lebih mudah dan rasional. Oleh itu, dalam membina item pentaksiran melalui ujian bertulis ini juga penyelidik mengaplikasi teori ini bagi menguji tahap kognitif yang berbezabeza dari aras rendah iaitu mengetahui konsep asas kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l hingga kepada aras yang lebih tinggi seperti tahap penggunaan, membuat analisis dan sintensis. Penyelidik membina soalan ujian ini dalam tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C seperti berikut; 91

I. Bahagian (A) : Adalah berkenaan maklumat ringkas tentang latar belakang responden iaitu jantina, nama tingkatan dan keputusan bahasa Arab dalam PMR yang lepas. Bahagian (B) : Merangkumi soalan pengetahuan konsep asas dalam membina kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l (kata kerja Pasif) daripada kata kerja al- Mabniyy Li al-maklum (kata kerja Aktif) bagi dua kumpulan kata kerja utama ( ا ل ف ع ل ال م ا ض ي iaitu kata kerja kala lampau ا ل ف ع ل ال م ض ا ر ع ) dan kata kerja kala kini ) (. Ianya adalah item soalan aras rendah yang disusun dari bentuk yang mudah kepada yang lebih kompleks berdasarkan dari aspek binaan serta sturkturnya dalam berbagai tahap penguasaan. II. Bahagian (C) : Item yang diukur pada bahagian ini adalah bentuk soalan yang digunakan dalam pentaksiran peperiksaan awam bagi menilai tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk. Ia menjurus kepada keupayaan pelajar dalam memahami tajuk secara menyeluruh serta mengaplikasikannya dalam kemahiran membina ayat dengan betul. Ia meliputi aras penggunaan, analisis dan sintesis. Bahagian ini dipecahkan kepada 3 unit seperti berikut; i. Unit 1: Mengukur kemahiran membina kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l daripada bentuk asal (al-mabniyy Li al-maklu:m) seterusnya menukarkan ayat dari laras aktif kepada laras pasif serta membentuk struktur ayat yang betul dengan mangambil kira aplikasi kaitan nahuan berkenaan dengannya. 92

ii. Unit 2 : Soalan yang mengukur keupayaan pelajar membina ayat yang lengkap berkenaan dengan aplikasi nahuan tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l berdasarkan arahan dalam soalan. iii. Unit 3 : Menterjemahkan ayat yang mengandungi penggunaan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dari bahasa Melayu kepada bahasa Arab. Ia menilai kemahiran dalam penulisan bahasa Arab dengan menggunakan kata kerja ini dengan betul. Soalan dibina mengikut silibus yang digunapakai di dalam buku teks bahasa Arab peringkat menengah. Daripada instrumen yang dijalankan ini, penyelidik dapat mengenalpasti bentuk kekeliruan serta kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menguasai kemahiran membina dan menggunakan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l di dalam penulisan mereka. Dalam pada itu, penyelidik juga dapat mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Analisis kesilapan ini dilakukan dengan semakan ke atas jawapan kepada sesi ujian yang dijalankan. Rumusan daripada data kuantitatif yang diperolehi akan diperincikan dalam bentuk jadual dengan huraian yang mudah difahami. Dapatan daripada semua instrumen kajian yang dijalankan ini samada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif dihuraikan secara deskriptif bagi menjelaskan hasil kajian yang diperolehi dan merumuskan objektif kajian yang digariskan. 93

3.5 Kajian Rintis: Piaw,C.Y.(2006,p.257) menjelaskan bahawa Kajian Rintis merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilakukan. Ia dilakukan untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Oleh itu, kajian rintis bagi soalan soal selidik akan dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dengan memilih 10 orang pelajar yang mempunyai latar belakang serta tahap yang hampir sama dengan kumpulan sempel yang sebenar. Tujuan kajian rintis ini dilakukan adalah untuk menguji ketepatan serta kewajaran soalan-soalan yang dikemukakan bagi mencapai objektif kajian. Di samping itu, kajian rintis ini juga dapat mengesan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada borang soal selidik serta mengenalpasti penambahbaikkan yang perlu dilakukan melalui perbincangan bersama penyelia agar instrumen kajian yang dilaksanakan ini dapat memberikan dapatan kajian yang tepat dan boleh dipercayai. Sesuatu ujian itu mempunyai nilai kebolehpercayaan apabila responden yang sama yang menjawab item soalan yang sama pada masa yang berbeza, menunjukkan pencapaian skor yang setara. Sepertimana yang dinyatakan oleh Mohd Noah,S.(1990,p.62) Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperolehi individu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza. Hal ini turut disebut oleh Konting, M.M.(1990, p.165) Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya alat ukur yang menghasilkan markat yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau 94

pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal dan seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. 3.6 Pertimbangan Yang Diberi Perhatian Dalam pelbagai tindakan serta usaha yang dilaksanakan bagi tujuan menyempurnakan kajian ini, terdapat beberapa elemen yang dititikberatkan oleh penyelidik. Antaranya adalah seperti berikut; 1. Menjalankan kajian dengan penuh rasa tanggungjawab dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkenaan. 2. Mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat bagi menjalankan sebarang aktiviti berkaitan dengan kajian tanpa melibatkan unsur paksaan atau penyelewengan. 3. Memastikan jaminan perlindungan kepada responden yang terlibat dalam aktiviti kajian yang dijalankan, serta tidak mendedahkan mereka kepada unsur bahaya atau sebarang kesan negatif. 95

3.7 Penutup Bahagian metodologi kajian ini perlu dirancang dengan teliti bagi membentuk satu pelan kajian yang menepati objektif kajian serta bersesuaian dengan setiap aspek yang berkaitan dengan kajian. Ia adalah garis panduan yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian bagi mendapatkan data serta maklumat yang mencapai tahap kesahan yang tinggi. Seterusnya, dapatan kajian ini dianalisis dan dirumuskan secara deskriptif menerusi bab berikutnya. 96