GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BENDAHARI UPNM 2017

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN KEWANGAN: KERJA LEBIH MASA

BORANG TUNTUTAN ELAUN KERJA LEBIH MASA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PERINTAH AM BAB G WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA WAKTU BEKERJA PEJABAT WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT LEBIH MASA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KM 45, KUALA SUNGAI BARU, MELAKA. Tel : Fax :

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

SENARAI SEMAK PERMOHONAN ELAUN MENANGGUNG KERJA

GARIS PANDUAN ARAHAN BAYARAN DAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN LEBIH MASA UPSI(ISO)/BEN/P06/GP02

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM


SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

PENGENALAN LAPOR DIRI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEM SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR SENARAI SEMAK PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA


KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL KAKITANGAN UPSI(ISO)/BSM/P01/GP01

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PROFIL PERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

Transkripsi:

263 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN

264 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN

BAYARAN LEBIH MASA 1.0 PENGENALAN Universiti boleh menentukan kategori pegawai yang layak dibayar elaun lebih masa jika mereka diarah bekerja di luar waktu bekerja biasa. 2.0 TAKRIF DAN PERATURAN AM a) Sebagai mana yang tertakluk dalam SSB (Sistem Saraan Baru), semua staf sokongan (Kumpulan B dan ke bawah) adalah layak untuk menuntut elaun lebih masa dengan syarat urusan kerja itu mendapat arahan dari Ketua Jabatan/Penyelia. b) Kerja-kerja lebih masa adalah bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja yang ditetapkan kepada seseorang pegawai (waktu bekerja biasa atau giliran), iaitu bagi maksud untuk menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya. Kerja-kerja yang berkaitan dengan kerja peribadi adalah tidak dikira sebagai kerja lebih masa. c) Kawalan dan semakan hendaklah dilaksanakan ke atas pembayaran lebih masa bagi memastikan pembayaran lebih masa adalah kerja lebih masa yang sah seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). 3.0 PERATURAN KERJA LEBIH MASA a) Peraturan-peraturan tuntutan elaun lebih masa berasaskan Perintah Am Bab G 1974 (Waktu Bekerja Lebih Masa). b) Bagi maksud penetapan kadar bayaran lebih masa, kerjakerja lebih masa yang melayakkan seseorang pegawai 265

membuat tuntutan adalah dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:- i. Kerja siang ii. iii. Sebarang kerja atau tugas tambahan yang dijalankan di antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam; Kerja malam Sebarang kerja atau tugas tambahan yang dijalankan di antara jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi; dan Kerja kecemasan (a) (b) (c) Sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Lazimnya kerja kecemasan: (i) Memulihkan semula perhubungan atau perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau (ii) Memelihara perhubungan atau perkhidmatan daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan berakhir bila: (i) Perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan penting berjalan semula; atau (ii) Apabila kedua-duanya terlepas dari gangguan atau ancaman. c) Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan tertakluk kepada syarat berikut: 266

i. Kerja-kerja kecemasan; ii. iii. iv. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh hari berikutnya kerana penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan; Kerja yang perlu dibuat melebihi bidang tugas biasanya; dan/atau Kerja yang perlu diuruskan dalam waktu yang terhad. d) Ketua jabatan/penyelia boleh mengarahkan mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. e) Ketua jabatan/penyelia boleh menentukan cara-cara giliran tinggal di atas panggilan untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam. f) Tarikh akhir penghantaran borang elaun lebih masa adalah tertakluk kepada jadual yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari. Sekiranya borang tuntutan lewat diterima maka tuntutan tersebut akan dibayar pada bulan berikutnya. g) Tuntutan kerja lebih masa hanya akan diambil kira bermula selepas tempoh 30 minit waktu pejabat kerana tempoh 30 minit yang pertama dianggap menyempurnakan tugas yang tidak diselesaikan pada waktu kerja hakiki. Contoh: Waktu bekerja hakiki Masa kerja lebih masa mula dikira : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang : 5.31 petang h) Setiap minit kerja lebih masa hanya akan dikira apabila genap bagi setiap suku jam sahaja dan minit yang kurang atau selebihnya tidak akan diambil kira. 267

Contoh: Waktu bekerja hakiki bagi Pegawai A adalah daripada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pegawai A telah melakukan kerja lebih masa daripada pukul 5.00 petang sehingga pukul 6.10 petang. Berikut adalah tempoh masa yang dikira untuk tuntutan kerja lebih masa Pegawai A tersebut: Waktu bekerja hakiki : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang Tempoh tuntutan kerja lebih masa 268 : 30 minit (5.31 petang sehingga pukul 6.00 petang) i) Waktu-waktu yang tidak diambil kira untuk tuntutan kerja lebih masa di mana waktu tersebut dianggap waktu rehat, makan, solat dan sebagainya bersesuaian dengan Perintah Am Bab G. (i) (ii) Dari Jam 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin hingga Khamis) Dari Jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat) j) Tempoh maksima untuk membuat bayaran lebih masa adalah 3 bulan. Segala tuntutan lewat atau dikumpul melebihi 3 bulan tidak akan dibayar. (Contoh: kerja lebih masa bulan Januari hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya gaji bulan April tahun berkenaan). k) Walau bagaimanapun, panduan di para 4.10 tidak akan terpakai dan berbeza untuk 3 bulan terakhir tahun semasa. Tuntutan kerja lebih masa untuk 2 bulan terakhir hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada bulan terakhir tahun semasa, manakala tuntutan untuk bulan terakhir tahun semasa hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada awal bulan tahun berikutnya.

Contoh 1: Pegawai A telah membuat kerja lebih masa pada bulan Oktober dan November 2016. Oleh itu, Pegawai A hendaklah membuat tuntutan tersebut selewat-lewatnya pada bulan Disember 2016. Contoh 2: Pegawai B telah membuat kerja lebih masa pada bulan Disember 2016. Oleh itu, Pegawai B hendaklah membuat tuntutan tersebut selewat-lewatnya pada bulan Januari 2017. l) Tuntutan pada setiap bulan hendaklah diisi di dalam borang yang berasingan bagi memudahkan kemasukan data ke dalam sistem. m) Pegawai yang menjadi peserta kursus/seminar/bengkel dan seumpamanya adalah tidak layak dibayar bayaran lebih masa kecuali dilantik menjadi urus setia yang mengendalikan kursus/seminar/bengkel tersebut. n) Tiada tuntutan lebih masa yang akan dibayar semasa perjalanan bagi maksud ke suatu destinasi yang diarahkan bertugas menjadi urus setia dan sebaliknya kecuali kepada Pemandu. o) Tiada tuntutan lebih masa yang akan dibayar semasa perjalanan dari rumah ke tempat kerja atau sebaliknya. p) Surat lantikan sebagai urus setia dan aturcara program, surat arahan membuat kerja lebih masa dan laporan waktu masuk dan keluar perlu disertakan bersama borang tuntutan sebagai dokumen sokongan. q) Bagi pegawai yang membuat tuntutan lebih masa melebihi 64 jam atau melebihi 1/3 gaji sebulan, Ketua PTJ atau Pegawai Penyelia adalah digalakkan mengarah pegawai yang menuntut mengambil cuti gantian bagi menggantikan lebihan tuntutan tersebut. 269

r) Namun begitu, staf masih masih boleh menuntut Elaun Lebih Masa lebih 1/3 daripada gaji bulanan, sekiranya menepati syarat-syarat berikut: i. Semua staf yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama telah menjalankan lebih masa yang melibatkan perlangkauan had 1/3 daripada gaji bersih bulanan. ii. iii. iv. Staf yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat. Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada panduan di (i) dan (ii). Mendapat pengesahan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan (Pegawai Tingkatan Tertinggi dalam Kumpulan A) dengan melengkapi Borang BEND 012 (OT2). s) Borang tuntutan yang lengkap hendaklah diperaku dan disahkan serta dicap oleh Pegawai Penyelia dan Ketua PTJ. t) Borang yang tidak lengkap serta meragukan seperti tiada tandatangan, tiada pengesahan dan cap oleh Pegawai Penyelia/Ketua PTJ atau waktu tuntutan yang tidak munasabah akan dikembalikan. u) Hanya borang tuntutan kerja lebih masa terkini dari portal mycampus sahaja yang boleh digunapakai (BEND 012). v) Rekod lebih masa yang dilakukan oleh pegawai hendaklah diselia oleh pegawai dan diluluskan oleh Ketua PTJ atau pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskannya. w) Pembayaran kerja lebih masa hanya layak kepada pegawai dari Kumpulan Sokongan dan berdasarkan kepada kadar yang sedang berkuatkuasa. x) Bayaran kerja lebih masa staf tidak akan dibayar sekiranya perbelanjaan telah melebihi peruntukan. 270

y) Butir-butir tuntutan hendaklah disemak dengan kad perakam waktu/rekod kedatangan dan disahkan oleh penyelia/ketua Jabatan. z) Penyelia dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan segala tuntutan yang dibuat oleh kakitangan mereka adalah benar. 4.0 KADAR BAYARAN DAN KAEDAH PENGIRAAN LEBIH MASA a) Bagi setiap kategori kerja ini, kadar gandaan mengikut jenis kerja lebih masa itu dijalankan, iaitu sama ada Hari Bekerja Biasa, Hari Rehat Biasa atau Hari Kelepasan Am adalah seperti berikut: Perkara a) Hari Biasa Siang (Dari Jam 6.00 pagi 10.00 malam) b) Hari Biasa Malam / Sabtu & Ahad Siang (Dari Jam 10.00 malam 6.00 pagi) / (Dari Jam 6.00 pagi 10.00 malam) c) Hari Sabtu & Ahad Malam (Dari Jam 10.00 malam 6.00 pagi) d) Hari Kelepasan Am Siang (Dari Jam 6.00 pagi 10.00 malam) e) Hari Kelepasan Am Malam (Dari Jam 10.00 malam 6.00 pagi) Kadar Gandaan 1.125 1.250 1.500 1.750 2.000 b) Bagi pegawai yang sedang menanggung kerja, bayaran kerja lebih masa hanya boleh dibayar bagi tugas dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat (Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007). c) Tuntutan kerja lebih masa hanya boleh dibuat dalam waktu tugas sebenar sahaja (tidak termasuk waktu rehat dan sembahyang). Oleh itu, berdasarkan Perintah Am Bab G, kerja lebih masa yang berterusan yang melebihi 8 jam akan dipotong 1 jam rehat. Walau bagaimanapun, 271

perkara ini terkecuali untuk pemandu-pemandu yang menjalankan tugas memandu berterusan tanpa rehat dengan pengesahan daripada penyelia. d) Kaedah pengiraan kerja lebih masa adalah berdasarkan gaji pokok (hakiki) didarabkan dengan kadar yang berkuatkuasa dan jumlah jam lebih masa. Kadar lebih masa adalah bergantung kepada waktu dan hari ianya dilakukan. Gaji Pokok x 12 Bulan 313 hari bekerja x 8 Jam x Kadar Gandaan x Jam 5.0 TINGGAL DI ATAS PANGGILAN (ON CALL) a) Boleh dibayar bayaran lebih masa atas kadar siang atau malam tidak melebihi bayaran bagi satu jam pada tiap-tiap giliran dengan syarat tuntutan tidak melebihi 10 jam dalam satu-satu bulan, iaitu tidak kira berapa banyak giliran atau jam yang ia telah dikehendaki tinggal di atas panggilan dalam bulan itu. b) Seorang pegawai sedang bertugas di atas panggilan dipanggil bertugas lebih masa lebih dari satu jam layak terima bayaran lebih masa tetapi tidak layak tuntut bayaran tinggal di atas panggilan pada hari itu. Sekiranya kurang dari satu jam pegawai layak tuntut kedua-dua bayaran. 6.0 SYARAT TAMBAHAN UNTUK PEMANDU a) Seorang Pemandu yang diarah bekerja lebih masa di luar ibu pejabat adalah layak untuk menuntut bayaran lebih masa termasuk masa di dalam perjalanan kerana tugas Pemandu adalah memandu. Bagi pegawai selain daripada Pemandu, jika tempoh waktu bertugas di luar ibu pejabat adalah kurang daripada 24 jam, maka masa di dalam perjalanan boleh dikira sebagai kerja lebih masa. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka pegawai 272

tersebut tidak layak diberi bayaran lebih masa untuk masa di dalam perjalanan. b) Masa menunggu bagi seorang Pemandu kerana menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau Jabatannya atau pegawai yang dibawanya adalah boleh dikira sebagai kerja lebih masa. Namun, ianya tidak dikira sebagai kerja lebih masa jika tugas menunggu itu ada kaitan dengan kerja-kerja peribadi sama ada dirinya atau pegawai yang dibawanya. c) Seorang Pemandu adalah tidak layak untuk menuntut bayaran lebih masa dari rumah ke pejabat dan sebaliknya, sebelum bermula waktu bekerja pejabat (pagi) atau selepas waktu bekerja pejabat (petang) kerana menjalankan kerja-kerja lebih masa. Walau bagaimanapun, Pemandu kepada pegawai jawatan utama Gred A dan ke atas (Tingkatan Tertinggi A dan ke Atas) adalah boleh menuntut bayaran lebih masa dari rumah pegawai ke pejabat atau sebaliknya kerana membawa pegawai pergi dan balik, dengan syarat pemandu itu telah bertugas melebihi waktu bekerja pejabat biasa yang telah ditetapkan kepadanya, sepertimana mengikut Perintah Am Bab G dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980. Walau bagaimanapun, pemandu itu adalah tidak layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah ke pejabat dan sebaliknya kerana membawa pegawai berkenaan pada masa rehat makan tengahari. 7.0 SYARAT TAMBAHAN UNTUK PENGAWAL KESELAMATAN/ BERTUGAS SECARA GILIRAN (SHIFT) a) Bayaran lebih masa bagi Pengawal Keselamatan/Pegawai yang bekerja secara giliran hendaklah berdasarkan jadual waktu bekerja yang telah ditetapkan. b) Pegawai-pegawai berkenaan dikehendaki mencatatkan waktu kerja hakiki pada setiap ruang sekiranya waktu kerja hakiki dalam bulan tuntutan. Sekiranya bertugas 273

menggantikan atau mengisi kekosongan pegawai bercuti, pegawai tersebut perlu menyatakan nombor pekerja pegawai yang diganti melainkan kekosongan tersebut merupakan kekosongan yang nyata. Waktu rehat / makan akan ditolak selama satu (1) jam bagi genap setiap 9 jam tuntutan kerja lebih masa. c) Jika hari bekerja biasa ditetapkan dari hari Selasa hingga hari Ahad, maka kerja lebih masa yang dijalankan pada hari Selasa hingga hari Ahad itu hendaklah dibayar bayaran atas kadar hari biasa. Jika hari Isnin ditetapkan sebagai hari rehat mingguan, maka kerja-kerja lebih masa yang dijalankan pada hari Isnin hendaklah dibayar bayaran lebih masa atas kadar hari rehat mingguan. d) Jika hari kelepasan am jatuh pada hari giliran bertugas pegawai, maka hari giliran bertugas itu dikira sebagai hari kelepasan am. Oleh itu, jika seseorang pegawai dikehendaki bertugas pada hari kelepasan am itu, maka pegawai adalah layak menuntut bayaran lebih masa atas kadar hari kelepasan am. e) Jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan, maka hari kelepasan am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Contohnya jika hari rehat mingguan pegawai yang bekerja secara giliran ditetapkan pada hari Rabu, dan hari kelepasan am jatuh pada hari Rabu tersebut, maka hari kelepasan am akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Khamis. Jika Ketua Jabatan menghendaki pegawai bertugas pada hari Rabu, maka pegawai adalah layak dibayar bayaran lebih masa atas kadar rehat mingguan, dan jika dikehendaki bekerja pada hari Khamis itu, maka pegawai adalah layak dibayar bayaran lebih masa atas kadar hari kelepasan am. 274