Rujukan kami : UMT/BEND/100-4/8/1(19) Tarikh : 13 Julai 2014 Bersamaan : 15 Ramadhan 1435 Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Universiti Malaysia Terengganu Y. Bhg. Dato / Prof. / Tuan / Puan, SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2014 PINDAAN GARIS PANDUAN PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT BAGI TUJUAN MENGURANGKAN PERBELANJAAN AWAM 1. Surat Pekeliling Bendahari ini bertujuan memaklumkan pindaan kepada Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2014 - Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah melaksanakan 11 langkah penjimatan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014. Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) kali ke 113 Bil. 1 Tahun 2014 telah bersetuju melaksanakan langkah penjimatan tersebut.
PINDAAN KELAYAKAN TIKET PENERBANGAN 3. MPU kali ke 121 Bil. 9 Tahun 2014 telah bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2014 berkaitan pindaan kelayakan kelas tempat duduk penerbangan sepertimana jadual berikut: 3.1 Penerbangan domestik: Gred Gred 53 dan ke atas Gred 52 dan ke bawah Kelas Perniagaan Ekonomi 3.2 Penerbangan antarabangsa: Gred JUSA/Khas A dan ke atas JUSA/Khas B dan C Gred 54 dan ke bawah Kelas Satu Perniagaan Ekonomi TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN 4. Bagi tempahan tiket penerbangan, pegawai boleh menempah tiket penerbangan menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) atau membeli sendiri daripada mana-mana syarikat penerbangan/agensi penerbangan seperti mana yang telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2010 Kaedah Penempahan dan Pembelian Tiket Serta Pembayaran Untuk Semua Perjalanan Udara Rasmi serta pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. 5. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) adalah amat digalakkan untuk membeli tiket penerbangan secara atas talian (online) bagi mendapatkan harga yang lebih rendah berbanding dengan penggunaan waran penerbangan.
6. Tempahan tiket penerbangan menggunakan WPUA hendaklah dibuat seperti berikut: 6.1 Bagi penerbangan di dalam negeri (domestik), tempahan tiket adalah berdasarkan kepada harga pasaran dan mengikut kelayakan pegawai. 6.2 Bagi penerbangan ke luar negeri (antarabangsa), tempahan tiket adalah seperti berikut: i. Pegawai Gred Utama/Khas A dan ke atas berkelayakan tempat duduk Kelas Satu dan pegawai Gred Utama B dan C berkelayakan tempat duduk Kelas Perniagaan, tempahan tiket adalah berdasarkan kepada harga pasaran. ii. Pegawai Gred 54 dan ke bawah: a. Bagi perjalanan kurang daripada empat (4) jam, tempahan tiket adalah berdasarkan Kelas Ekonomi mengikut harga pasaran; b. Bagi perjalanan melebihi empat (4) jam (dikira dari waktu pelepasan terakhir) ke luar negeri yang menggunakan Sistem Penerbangan Nasional (Malaysia Airlines MAS), dibenarkan menggunakan kadar tambang tiket Kelas Ekonomi mengikut harga International Air Transport Association (IATA) bagi melayakkan untuk dinaiktaraf kepada Kelas Perniagaan; dan c. Bagi perjalanan yang melibatkan beberapa penerbangan (transit) dalam hari yang sama menggunakan syarikat penerbangan selain daripada MAS, kelayakan adalah berdasarkan Kelas Perniagaan mengikut harga pasaran. iii. Tanpa menjejaskan kemudahan di perenggan di atas, bagi perjalanan yang melibatkan kombinasi MAS dengan penerbangan asing, harga IATA gendaklah digunapakai sekiranya harga pasaran lebih mahal.
PEMBATALAN 7. Dengan ini, kelayakan tiket penerbangan pada para 6, Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2014 - Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam adalah dibatalkan. TARIKH KUATKUASA 8. Surat Pekeliling Bendahari ini adalah berkuatkuasa serta merta mulai tarikh ianya dikeluarkan. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, (NOR AZIZAH BINTI KASIM) Bendahari Universiti Malaysia Terengganu s.k: 1. Naib Canselor Pejabat Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa 3. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi 4. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
SEPERTI SENARAI EDARAN 1. Pendaftar 2. Pengarah, Pusat Pembangunan dan Harta 3. Dekan, Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan 4. Dekan, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran 5. Dekan, Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur 6. Dekan, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi 7. Dekan, Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan 8. Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan 9. Dekan, Pusat Pengajian Sains Asas 10. Dekan, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim 11. Dekan, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal 12. Pengarah, Institut Akuakultur Tropika 13. Pengarah, Institut Oseanografi dan Sekitaran 14. Pengarah, Institut Penyelidikan Kenyir 15. Pengarah, Institut Bioteknologi Marin 16. Pengarah, Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah 17. Pengetua Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu 18. Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat Akademik 19. Pengarah, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat 20. Pengarah, Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik 21. Pengarah, Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu 22. Pengarah, Makmal Berpusat 23. Pengarah, Pusat Jaringan Penyelidikan ECER 24. Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan 25. Pengarah, Pusat Kesihatan Pelajar 26. Pengarah, Pusat Pembangunan Alumni & Keusahawanan (CADE) 27. Pengarah, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar 28. Pengarah, Pusat Komunikasi Strategik (Putrajaya) 29. Ketua Pentadbiran Canselori