POLISI DAN PROSEDUR PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN UNIVERSITI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 LATAR BELAKANG Polisi dan prosedur ini disediakan sebagai garis panduan untuk digunapakai oleh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam penubuhan Syarikat Terbitan Universiti. 1.0 OBJEKTIF 1.1 Prosedur Syarikat Terbitan Universiti disediakan untuk mencapai objektif seperti berikut: 1.1.1 Menyediakan prosedur kepada warga UTHM terhadap polisi penubuhan Syarikat Terbitan Universiti; 1.1.2 Menggalakkan penubuhan Syarikat Terbitan Universiti berasaskan produk dan teknologi yang dihasilkan di UTHM; 1.1.3 Menggalakkan aktiviti pengkomersialan produk dan teknologi melalui Syarikat Terbitan Universiti. 1
2.0 DEFINISI HI ertinya Harta Intelek iaitu apa-apa Harta Intelek yang dilindungi di bawah undang-undang Malaysia termasuklah paten, cap dagangan, hakcipta, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu; ICC ertinya Pusat Inovasi, Pengkomersialan dan Perundingan, Universiti; inovasi JKE JKPI ertinya satu proses penghasilan idea, mereka cipta dan melaksana pembaharuan terhadap produk, perkhidmatan atau proses yang mendatangkan faedah; ertinya Jawatankuasa Eksekutif; ertinya Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan; JTIP ertinya Jawatankuasa Teknikal Inovasi, Pengkomersialan dan Perundingan; MoA NDA pelesenan pemberi lesen pemegang ekuiti ertinya Memorandum of Agreement; ertinya Non Disclosure Agreement; ertinya satu kaedah di mana Universiti (pemberi lesen) membenarkan pihak lain (penerima lesen) untuk mengkomersialkan harta intelek tersebut; ertinya sama ada Universiti atau syarikat milik penuh Universiti atau mana-mana syarikat yang diberikan kuasa oleh Universiti untuk memberi lesen mengkomersialkan harta intelek Universiti; ertinya pemegang ekuiti dalam STU; 2
penyelidik royalti pelesenan STU Universiti ertinya termasuklah staf atau pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan sehingga terhasilnya harta intelek, teknologi atau produk yang ingin dikomersialkan; ertinya satu kadar bayaran kepada Universiti oleh penerima lesen berdasarkan hasil jualan harta intelek, teknologi, atau produk yang dilesenkan; ertinya Syarikat Terbitan Universiti iaitu syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mengkomersialkan harta intelek, teknologi, atau produk hasil penyelidikan Universiti di mana Universiti boleh atau tidak mempunyai ekuiti dalam syarikat tersebut; ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; 3.0 TUJUAN PENUBUHAN 3.1 Meningkatkan bidang fokus pengkomersialan di mana STU mampu untuk lebih fokus kepada bidang kepakarannya sama ada dari segi strategi, sasaran pelanggan mahupun perancangan operasi. 3.2 Meningkatkan penjanaan pendapatan Universiti hasil daripada penyelidikan dan inovasi Penyelidik. 3.3 Memberi fleksibiliti kepada Penyelidik untuk mencari penyelesaian unik bagi pengkomersialan harta intelek, teknologi atau produk yang dihasilkan. 3.4 Meningkatkan kesedaran mengenai penjanaan pendapatan berasaskan hasil penyelidikan di kalangan penyelidik. 3
3.5 Memberi pendedahan kepada penyelidik mengenai keusahawanan, pengurusan dan pentadbiran perniagaan. 3.6 Meningkatkan keupayaan penyelidik menceburi bidang teknologi yang berpandukan permintaan pasaran. 3.7 Mempelbagaikan sumber promosi dan pemasaran hasil penyelidikan dan inovasi Universiti. 4.0 BIDANG UTAMA STU 4.1 Bidang STU: 4.1.1 Perubatan & Kesihatan (Medical& Health) 4.1.2 Pengangkutan (Transportation) 4.1.3 Elektronik (Electronic) 4.1.4 Barangan Pengguna (Consumer Goods) 4.1.5 Tenaga & Alam Sekitar (Energy& Environment) 4.1.6 Teknologi Maklumat (Information and Communication Technology) 4.1.7 Peralatan Industri (Industry Equipment) 4.1.8 Pembinaan & Bangunan (Construction& Building) 4.1.9 Pertanian & Penternakan (Agriculture& Livestock) 4.1.10 Pendidikan (Education) 4.1.11 Keagamaan & Kebudayaan (Religion& Culture) 4.1.12 Lain-lain (Others) 4.2 Penubuhan STU adalah tidak terhad kepada bidang STU di para 4.1. Sesuatu penubuhan STU perlulah sejajar dengan niche area Universiti dan juga tertakluk kepada kelulusan daripada JKE. 4
5.0 SYARAT UMUM PENUBUHAN STU 5.1 STU ditubuhkan berdasarkan harta intelek, teknologi atau produk yang dihasilkan oleh penyelidik Universiti. 5.2 Sekurang-kurangnya seorang daripada pengasas syarikat adalah staf Universiti dan terlibat dalam penghasilan harta intelek, teknologi atau produk yang ingin dikomersialkan. 5.3 STU perlu mengemukakan pelan perancangan perniagaan yang efektif dan konsisten untuk jangka masa panjang. 5.4 STU yang ditubuhkan tidak menjadi pesaing kepada subsidiari Universiti atau STU yang lain. 6.0 SYARAT KHUSUS 6.1 Sekiranya UTHM mempunyai pegangan ekuiti di dalam syarikat. Syarat khusus yang ditetapkan 6.1.1 UTHM perlu melaburkan sejumlah modal mengikut kadar ekuiti yang ingin dipegang. 6.1.2 Sekurang-kurangnya seorang wakil Universiti dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah STU. 6.1.4 Penjanaan pendapatan adalah melalui dividen daripada keuntungan syarikat. 6.1.5 Penjanaan pendapatan adalah melalui fi pelesenan dan royalti daripada pengeksploitan harta intelek dan hasil jualan teknologi atau produk. 6.1.6 STU boleh menawarkan pihak luar sebagai pemegang ekuiti syarikat. 6.1.7 Penyelidik hendaklah dilantik sebagai salah seorang pemegang ekuiti syarikat. 5
6.2 Sekiranya UTHM tidak mempunyai pegangan ekuiti di dalam syarikat Syarat khusus yang ditetapkan 6.2.1 UTHM tidak perlu melaburkan sebarang modal bagi STU. 6.2.2 Penjanaan pendapatan adalah melalui fi pelesenan dan royalti daripada pengeksploitan harta intelek dan hasil jualan teknologi atau produk. 6.2.3 STU boleh menawarkan pihak luar sebagai pemegang ekuiti syarikat. 6.2.4 Penyelidik sebagai salah seorang pemegang ekuiti syarikat. 6.2.5 STU perlu melaporkan aktiviti dan status kewangan kepada Pemberi Lesen secara berkala. 7.0 EKUITI DALAM STU 7.1 Had pegangan ekuiti dalam STU oleh penyelidik adalah berdasarkan kepada perbincangan di antara pemegang ekuiti dan diluluskan oleh JKE. 7.2 Faktor berikut akan dipertimbangkan dalam struktur ekuiti: (a) (b) (c) (d) Nilai HI; Tempoh perkhidmatan penyelidik di Universiti; Tahap potensi perniagaan yang terhasil daripada HI dan pengetahuan serta inovasi penyelidik; dan Tahap penglibatan Universiti dalam STU. 7.3 Sekiranya Harta Intelek direkacipta oleh lebih dari seorang penyelidik, pembahagian pendapatan akan dibahagi berdasarkan persetujuan di kalangan Penyelidik dan persetujuan tersebut mestilah disahkan ICC. 7.4 Ekuiti di dalam STU adalah berdasarkan kepada kes dari semasa ke semasa. Penyelidik perlu mempertimbangkan kesan cukai (jika ada) sebelum memiliki 6
ekuiti. Maklumat terperinci berkaitan terma dan syarat berkaitan ekuiti akan dinyatakan di dalam perjanjian pemegang ekuiti. 8.0 PENGLIBATAN PENYELIDIK DI DALAM SYARIKAT TERBITAN UNIVERSITI Untuk memastikan STU dapat dilaksanakan dengan jayanya, penyelidik perlu mematuhi syarat yang dinyatakan di bawah: 8.1 Tidak menarik diri daripada penglibatan dalam STU dalam tempoh masa selama tiga tahun. 8.2 Tidak menjalankan aktiviti yang menjadi persaingan terhadap perundingan dan penyelidikan yang Universiti tawarkan kepada mana-mana pihak awam dan badan swasta. 8.3 Menjaga nama baik, reputasi dan kepentingan Universiti serta memberikan maklumat yang tepat kepada pihak Universiti terhadap aktiviti dan pengurusan STU. 9.0 CARTA ALIR PENUBUHAN STU Carta Alir Penubuhan STU adalah seperti di Lampiran 1. 10.0 TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK DAN UNIVERSITI Tanggungjawab Penyelidik dan Universiti akan dinyatakan di dalam NDA dan MoA. Pihak-pihak yang berkenaan hendaklah mematuhi tanggungjawab yang dinyatakan untuk memastikan pengkomersialan dilaksanakan dengan jayanya. 7
11.0 PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN Segala bentuk perbelanjaan dan pendapatan berkaitan dengan STU adalah mengikut syarat dan terma yang dinyatakan di dalam MoA yang telah ditandatangani. 12.0 KUASA NAIB CANSELOR Naib Canselor boleh membenarkan apa-apa pengecualian daripada mana-mana bahagian prosedur ini jika difikirkan sesuai. 8
LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN UNIVERSITI (STU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) TINDAKAN Mula Fakulti / Penyelidik Isi Borang Permohonan STU Fakulti / Penyelidik Sediakan kertas kerja cadangan penubuhan STU Fakulti / Penyelidik Hantar kertas kerja kepada ICC, ORICC ICC Penilaian Sekretariat ICC dan Panel Penilai yang dilantik Tidak Lengkap Ya Fakulti / ICC Perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan (JKPI) Tidak Diperakukan Ya Fakulti / ICC Kelulusan ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Tamat 9