LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN LMCK 2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR PROGRAM : HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR FTSM 2015 TARIKH : 30 MEI 2015 TEMPAT ANJURAN NAMA NO MATRIK : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT, UKM, BANGI : KELAB CABARAN PENGATURCARAAN (PCC) DAN KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN FTSM (KiT) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA, FTSM) : SITI Z URAIDAH BINTI MOHD RAMLI : A149478 JAWATAN : PESERTA NAMA PENILAI : ENCIK MOHD RIDZ WAN BIN YAAKUB
TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak Puan mengenai perjalanan program Hari Kesedaran Alam Sekitar ini disamping memaklumkan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada program tersebut. PENGENALAN Programming Challenge Club (PCC) julung-julung kali akan mengadakan Hari Kesedaran Alam Sekitar ini bagi semua pelajar dan pensyarah Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, UKM. Semua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi mereka mengenal dengan lebih dalam kepentingan penjagaan alam sekitar dengan lebih berkesan, sesuai dengan temanya iaitu Family Nature. Hari Kesedaran Alam Sekitar ini diadakan untuk pensyarah FTSM khususnya yang akan bersara dan pelajar FTSM yang akan bergraduasi. OBJEKTIF Melalui program ini, kami telah meletakkan beberapa objektif program untuk dijalankan. Berikut adalah antara objektif yang diutamakan: 1. Memberi pengalaman dan pendedahan mengenai cara berorganisasi serta lebih proaktif dan mesra apabila berdepan dengan masyarakat sekeliling. 2. Memupuk nilainilai murni seperti semangat berpasukan, kemahiran berkomunikasi, etika dan professionalisma, keyakinan diri serta adab pergaulan yang sihat dalam kalangan pelajar dan pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. 3. Melatih peserta dalam kemahiran kritis bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku semasa mengendalikan program ini. TEMA FAMILY NATURE
PENGISIAN PROGRAM Pengisian aktiviti adalah seperti berikut: Program ini telah dilaksanakan pada 30 MEI 2015 bertempat di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. 1. Peserta mendaftar kehadiran. 2. AJK Program untuk program Hari Kesedaran Alam sekitar mengetuai aktiviti senamrobik bersama-sama peserta sebagai aktiviti pembuka untuk program ini. 3. Peserta di berikan sarapan pagi yang di sediakan oleh AJK Jamuan Hari Kesedaran Alam sekitar. 4. Perasmian bagi program ini di jalankan di dewan kuliah FTSM sebelum aktiviti seterusnya di jalankan. 5. Gotong-royong sekitar di FTSM, UKM Bangi. 6. AJK menyediakan tapak semaian untuk penanaman pokok oleh peserta Hari Kesedaran Alam Sekitar. 7. Penanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan sekitar FTSM oleh para peserta dan AJK. 8. Persediaan BBQ oleh para AJK untuk Jamuan makan tengah hari. 9. Minum pagi untuk para peserta dan AJK kira-kira pukul 10 pagi. 10. Pukul 11.30 aktiviti penanaman pokok dan tumbuhan selesai. Peserta berehat dan disediakan makan tengah hari sebelum Solat zohor dan bersurai.
KESIMPULAN Kelebihan/kebaikan program: 1) Program ini menjadikan saya lebih peka terhadap alam sekitar dan kepentingannya. 2) Dapat berbakti kepada fakulti dengan cara bergotong royong dan menanam tumbuh-tumbuhan agar kawasan fakulti lebih bersih dan selesa 3) Membantu saya membina keyakinan diri dalam mengedalikan sesuatu program 4) Dapat meningkatkan kecintaan terhadap alam sekitar. Permasalahan yang timbul: 1. Peserta datang tidak tepat pada waktu yang ditetapkan. 2. Kekurangan peralatan aktiviti seperti cangkul,baldi,sarung tangan dan lain-lain. 3. Kekurangan peralatan PA System ketika program dijalankan. 4. Peserta kurang memberi perhatian ketika aktiviti di jalankan.
HASIL PEMBELAJARAN Melalui program ini, saya dapat memenuhi kriteria untuk subjek CITRA LMCK 2711 Tanggungjawab Alam Sekitar. Saya sebagai peserta untuk program ini telah banyak belajar cara-cara untuk menanam pokok dengan cara yang betul. Kami juga telah diberi pendedahan sebelum penanaman pokok dilakukan. Antara pokok-pokok yang telah kami tanam ialah pokok rambutan, durian belanda, cermai, mangga dan lain-lain. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada golongan perempuan. Kami dapat menjalankan tugas sebagai peserta untuk menanam pokok dengan kerjasama dari rakanrakan sekumpulan. Di samping itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan saya dengan mahasiswa/i serta para pensyarah yang terlibat. Sikap kerjasama dapat dipupuk melalui program ini bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Saya juga sedar akan betapa pentingnya menjaga alam sekitar selepas menyertai program ini. Saya sedar akan tanggungjawab saya terhadap alam sekitar.
LAMPIRAN Ucapan daripada Penasihat Kelab, Dr. Bahari Bin Idrus dan Ketua Pengarah Program, Fatimah Khairunisa
AJK Teknikal sedang menyusun meja dan kerusi.
Aktiviti penanaman pokok di sekitar FTSM. Jamuan makan tengahari