BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Model Pengurusan Strategik

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

Transkripsi:

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta menepati objektif kajian sepertimana yang ditetapkan pada bab yang pertama. Penyelidik juga membentangkan cadangan dari sudut pandang pelajar bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi dalam menguasai tajuk ini, selain itu pandangan dari penyelidik sendiri biasan dari kesimpulan hasil kajian yang diperolehi. 5.1 Kesimpulan: Di dalam bahagian kesimpulan ini, penyelidik mengemukakan rumusan-rumusan utama yang disimpulkan dari pengamatan serta analisis maklumat dan data yang diperolehi menerusi dapatan kajian ini sebagaimana yang dibincangkan di dalam bab sebelum ini. Penyelidik memaparkan kesimpulan ini mengikut fokus persoalan kajian yang disebut di bahagian awal kajian ini. Antara kesimpulan yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut; 155

5.1.1 Pengetahuan pelajar tentang konsep asas pembentukkan kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l a. Tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dimuatkan dalam silibus pembelajaran mata pelajaran bahasa Arab tingkatan tiga di peringkat sekolah menengah. Daripada tinjauan dalam kajian ini, majoriti pelajar iaitu 74% bersetuju pernah mempelajari tajuk ini, namun tidak dapat menguasainya dengan baik kerana menghadapi kekeliruan serta masalah tertentu. b. Kebanyakkan pelajar menunjukkan reaksi yang tidak meyakinkan terhadap pengetahuan asas berkenaan dengan tajuk ini. Sebahagian besar dari kalangan mereka memberi respon tidak pasti iaitu skor min sederhana bagi soalan berkenaan dengan pengetahuan maksud kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l, fungsi nahunya serta kaedah nahuan yang berkaitan dengannya. c. Pemahaman pelajar berkenaan kaedah asas pembentukkan kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l adalah di tahap sederhana. Daripada 25 jawapan responden tentang kemahiran ini, 17 jawapan yang betul bagi item kata kerja Kala Lampau manakala 13 jawapan yang betul bagi item kata kerja Kala Kini. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap asas pembentukkan bagi kata kerja kala Lampau adalah lebih baik berbanding dengan penguasaan bagi kata kerja Kala Kini. 156

5.1.2 Tahap penguasaan pelajar membina kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dalam pelbagai variasi kata kerja mengikut kaedah morfologi (sorf) bahasa Arab. a. Penguasaan pelajar bagi jenis kata kerja mudah (fe el sohi;h) iaitu struktur kata kerja yang terdiri daripada pola huruf yang tetap adalah lebih baik berbanding dengan kata kerja Mu tall iaitu kata kerja yang mempunyai pola huruf yang boleh berubah. Respon pelajar menunjukkan skor sederhana iaitu antara 2.78 hingga 3.20 terhadap penguasaan mereka dalam membina kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l daripada variasi jenis kata kerja bahasa Arab. b. Pemahaman terhadap jenis kata kerja Kala Lampau adalah lebih baik berbanding dengan jenis kata kerja Kala Kini. Dalam item membina kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dari berbagai bentuk variasi fe el, pelajar lebih banyak memberi respon yang sahih bagi kata kerja Kala Lampau iaitu 55.6% dan yang salah 44.4% berbanding dengan jenis kata kerja Kala Kini yang mana respon jawapan yang sahih hanya 39% manakala respon salah adalah 61%. c. Bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam membina kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l dapat dikategorikan samaada dalam bentuk salah pola huruf dan salah baris huruf. Walaubagaimanapun, semakan jawapan pelajar menunjukkan kekerapan yang hampir seimbang bagi kedua-dua bentuk kesalahan ini iaitu 123 kesalahan pola huruf dan 137 kesalahan meletakkan baris huruf. 157

5.1.3 Pengetahuan pelajar mengenai aplikasi kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l dalam membina struktur ayat bahasa Arab. a. Tahap pengetahuanan pelajar tentang aplikasi kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l dalam membina struktur ayat yang sahih adalah sederhana sahaja. Ini dijelaskan oleh skor min sederhana daripada rumusan respon pelajar iaitu dalam julat 2.78 hingga 3.40. b. Pelajar belum dapat menguasai kemahiran menukar struktur ayat yang menggunakan kata kerja Aktif (al-mabniyy Li al-ma lu:m) kepada kata kerja Pasif (al-mabniyy Li al-majhu:l) dengan mengambilkira aplikasi nahuan yang sesuai. Daripada respon jawapan ujian yang dijalankan, tiada seorang pun yang dapat memberikan jawapan yang betul bagi semua lima soalan yang dikemukakan pada bahagian ini. c. Berbagai kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai kemahiran ini seperti kesalahan pola huruf dan baris huruf serta kesalahan kerana menyebut pelaku pada struktur ayat al-mabniyy Li al-majhu:l. Namun kesalahan yang paling ketara di kalangan pelajar iaitu 93 kekerapan atau 57% ialah tidak menggunakan ðomi:r yang betul bagi fe el yang ditukar kepada al- Mabniyy Li al-majhu:l, iaitu tidak merujuk ðomi:r kepada pelaku ganti yang asalnya adalah objek di dalam ayat. d. Kekeliruan tentang kesalahan penggunaan ðomi:r pada fe el serta tidak mansuhkan pelaku dalan ayat al-mabniyy Li al-majhu:l juga antara kesalahan utama dalam respon jawapan pelajar bagi soalan membina ayat berdasarkan 158

arahan yang diberikan. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat markah yang baik bagi item pentaksiran seumpama ini. e. Dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan pelajar masih belum dapat menguasai kemahiran membina ayat yang betul dengan aplikasi nahuan yang berkaitan dengan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l 5.1.4 Bentuk kekeliruan yang lazim di kalangan pelajar dalam membina struktur ayat kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l. Bentuk kesalahan serta kekeliruan yang sering dihadapi oleh pelajar dalam menggunakan kaedah al-mabniyy Li al-majhu:l boleh dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu berasaskan kepada respon pelajar dari semakan terhadap jawapan ujian bertulis yang dijalankan. I) Kekeliruan dalam memahami konsep asas pembentukkan kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l. a. Pembentukkan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l sememangnya melibatkan perubahan pada baris serta pola huruf pada fe el. Oleh itu, kekeliruan dikesan pada meletakkan baris membentuk kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l bagi fe el Sohi:h dan mengubah bentuk pola huruf bagi fe el Mu tall serta fe el Sohi:h Mahmu:z. b. Kemahiran membina kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l bagi jenis kata kerja Kala Kini adalah lebih sukar berbanding dengan jenis kata 159

kerja Kala Lampau. Pembinaan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l bagi jenis kata kerja Kala Lampau lebih mudah kerana bagi kebanyakkan variasi fe el termasuk kata kerja Mu tall, ianya tidak melibatkan perubahan pada pola huruf tetapi hanya perlu meletak baris fe el dengan kaedah yang betul. Manakala bagi jenis kata kerja Kala Kini situasinya lebih sukar. Ini adalah kerana pembentukkan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l bagi sebahagian dari kata kerja Mu tall melibatkan kemahiran mengubah pola huruf mengikut kaedah morfologi bahasa Arab. II) Kekeliruan dalam menukarkan bentuk ayat Aktif (al-mabniyy Li al- Ma lu:m) kepada ayat pasif (al-mabniyy Li al-majhu:l) serta aplikasi tatabahasa yang berkaitan. a. Terdapat lima bentuk kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam kemahiran menukarkan bentuk ayat Aktif kepada ayat pasif iaitu al-mabniyy Li al-majhu:l; i) Salah penggunaan ðomi:r pada fe el. ii) Kesalahan pola huruf. iii) Salah kerana sebut pelaku. iv) Kesalahan baris huruf. v) Tidak langsung menyebut pelaku ganti. b. Majoritinya pelajar salah menggunakan ðomi:r pada kata kerja al- Mabniyy Li al-majhu:l kerana merujuk kepada pelaku, bahkan sepatutnya dirujuk kepada pelaku ganti setelah pelaku dimansuhkan. 160

Kekerapan bentuk kesalahan ini mencatat 57% daripada 165 kesalahan yang disemak. c. Pelajar juga keliru mengubah pola huruf dalam membentuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l mengikut kaedah yang betul terutama bagi jenis kata kerja Mu tall iaitu yang melibatkan huruf illah. Bentuk kesalahan ini mewakili 49 kekerapan iaitu 29% dari kekerapan kesalahan yang disemak. d. Pelajar juga masih tidak memahami status pelaku dalam ayat yang perlu dimansuhkan dan digantikan dengan pelaku ganti, apabila kata kerja ditukar kepada al-mabniyy Li al-majhu:l. Bentuk kesalahan ini mencatat 10% atau 17 kekerapan. e. Bentuk kekeliruan yang hanya dilakukan oleh segelintir pelajar pula ialah seperti tidak langsung menyebut pelaku ganti dalam ayat al- Mabniyy Li al-majhu:l dan kesalahan meletakkan baris fe el mengikut kaedah pembentukkan kata kerja al-mabniyy Li al- Majhu:l. III) Kekeliruan mengaplikasikan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dalam penulisan ayat. a. Berdasarkan semakan respon jawapan pelajar pada bahagian ini, penyelidik dapat menyenaraikan bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada kemahiran mengaplikasi kata kerja al- 161

Mabniyy Li al-majhu:l dalam penulisan ayat bahasa Arab adalah seperti berikut; i) Kekeliruan perubahan pola huruf pada Fe el Mu tall. ii) Kesalahan baris huruf fe el (al-mabniyy Li al-majhu:l) iii) Salah i ra:b pelaku ganti iv) Salah penggunaan ðomi:r pada fe el v) Salah posisi pelaku ganti (diletak sebelum fe el menjadi mubtada ) b. Sebahagian daripada bentuk kesalahan yang diteliti dari respon pelajar terhadap kemahiran ini adalah sama dengan kesalahan yang dilakukan apabila menukarkan struktur ayat aktif kepada ayat pasif, iaitu seperti kesalahan meletakkan baris serta salah menggunakan ðomi:r pada kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dan keliru pada membentuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l bagi fe el Mu tall. c. Dalam penulisan ayat bahasa Arab, pelajar masih menghadapi masalah yang ketara dalam meletakkan baris yang betul bagi kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dan masalah padanan penggunaan ðomi:r fe el dengan pelaku ganti. Masing-masing mencatat 35% dan 24% dari frekuensi kesalahan keseluruhan yang berjumlah 106. d. Selain itu, pelajar juga turut melakukan kesalahan lain dalam respon terhadap kemahiran ini, iaitu seperti salah meletakkan posisi pelaku ganti pada sebelum fe el iaitu di posisi mubtada yang mewakili 23% 162

daripada kekerapan kesalahan keseluruhan. Manakala kesalahan i rab pelaku ganti mewakili 2% kesalahan. 5.1.5 Permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tajuk ini. a. Secara keseluruhan, pelajar memberi respon yang baik terhadap minat mempelajari bahasa Arab apabila 92% daripada 50 responden menyatakan hal sedemikian. b. Kebanyakkan pelajar tidak dapat menguasai tajuk ini dengan baik adalah kerana tidak dapat memahami konteks tajuk ini secara menyeluruh, samaada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran atau selepasnya. Permasalahan ini mewakili 62% daripada respon pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Antara sebab yang boleh dikaitkan dengan permasalahan ini adalah diri pelajar sendiri seperti tidak memberi tumpuan semasa belajar serta jarang melakukan ulangkaji dan juga kaedah penyampaian dari pihak guru yang kurang berkesan. c. Sebahagian pelajar sukar untuk mengekalkan ingatan serta kefahaman terhadap tajuk yang dipelajari. Walaupun dapat memahami kandungan tajuk semasa belajar, namun ianya mudah hilang dari ingatan selepas tempoh masa tertentu. Permasalahan ini dicatatkan dari 11 orang atau 22% daripada jumlah responden. d. Sememangnya pembelajaran tatabahasa Arab menggunakan istilah-istilah yang pelbagai dan kadangkala mengelirukan kerana sebutan atau tulisan yang 163

hampir sama, termasuklah tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l. Situasi ini juga menjadi masalah kepada pelajar, khususnya bagi mereka yang baru mempelajari bahasa Arab, sebagaimana yang dihadapi oleh 7 orang pelajar atau 14% daripada responden kajian ini. 5.1.6 Punca kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tajuk ini a. Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa bentuk permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam mengusai tajuk ini adalah berpunca daripada diri pelajar sendiri serta dari pihak guru dan medium pembelajaran yang digunakan. b. Masalah yang berpunca dari diri pelajar sendiri adalah paling dominan iaitu 76% daripada kekerapan permasalahan. Antara bentuk permasalahan ini ialah seperti tidak fokus semasa belajar kerana mengantuk atau kepenatan. Selain itu, sikap kurang membuat latihan serta ulangkaji dan tidak berusaha untuk memahami tajuk dengan baik juga menjadi punca kepada permasalahan ini. c. Manakala punca masalah dari pihak guru pula adalah kerana strategi serta kaedah yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan kurang membantu pelajar memahami tajuk. d. Sebahagian pelajar tidak dapat menyediakan nota dengan baik bagi tajuk yang dipelajari. Mereka juga tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya bahan dari kandungan buku teks kerana tidak memahaminya dengan baik. 164

5.2 Cadangan Kesimpulan dari hasil kajian yang dijalankan ini, menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar di peringkat sekolah menengah masih belum menguasai sepenuhnya tajuk kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l. Oleh itu, perlu ada strategi yang lebih berkesan dan tindakan ke arah penambahbaikan dalam usaha membantu pelajar mencapai sasaran sepertimana yang digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam objektif khusus mata pelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah menengah iaitu pelajar dapat menguasai pengetahuan asas ilmu tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya dalam membina struktur ayat yang betul secara praktikal. Dalam ruangan ini, penyelidik memaparkan cadangan-cadangan yang disuarakan oleh pihak pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini, sebelum penyelidik mengutarakan pandangan serta cadangan dari pihak penyelidik sendiri sebagai konklusi daripada rumusan hasil kajian. Cadangan dari pihak pelajar juga dilihat penting untuk diteliti kerana mereka adalah golongan yang terlibat secara langsung dan menerima impak dari sesi pembelajar yang dijalankan. 5.2.1 Cadangan dari pelajar Cadangan yang dikemukakan oleh pihak pelajar dapat dikategorikan kepada tiga sasaran mengikut punca permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, cadangancadangan mereka ditujukan kepada pelajar sendiri, juga kepada pihak guru yang mengajar mata pelajaran ini khususnya serta pihak penggubal buku teks. 165

I) Cadangan kepada pelajar a. Cadangan kepada pelajar mewakili 43% daripada keseluruhan cadangan yang diutarakan dalam instrumen yang dilaksanakan. Sebahagian besarnya menjurus kepada saranan agar pelajar sentiasa mengulangkaji tajuk yang dipelajari serta membuat latihan yang berterusan supaya kemahiran dalam menguasai sesuatu tajuk itu dapat dikekalkan. b. Semestinya penguasaan terhadap subjek bahasa perlu kepada keupayaan menguasai perbendaharaan kata yang banyak. Oleh itu, pelajar dituntut untuk sentiasa komited dalam meningkatkan penguasaan terhadap perbendaharaan kata bahasa Arab. c. Persediaan yang baik serta tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor utama pemerolehan input kepada pelajar terhadap sesuatu topik. Ia perlu berlangsung dalan keadaan yang kondusif serta komunikasi dua hala yang berkesan. d. Pelajar juga perlu berusaha untuk memahami tajuk yang dipelajari dan tidak malu untuk bertanya sesuatu yang tidak difahami. Di samping itu, penyediaan nota yang lengkap perlu dibuat bagi tujuan ulangkaji dan rujukan. 166

II) Cadangan kepada guru a. Banyak cadangan yang dikemukakan oleh responden adalah kepada pihak guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab, iaitu sebanyak 55%. Antara aspek utama yang disarankan ialah mengenai kaedah penyampaian yang berkesan serta teknik yang menarik. Hal ini perlu bagi membangkitkan minat pelajar mengikuti pembelajaran dengan baik dan tidak membosankan. b. Pelajar turut menyarankan agar guru terlibat sebagai fasilitator dalam sesi ulangkaji serta mengadakan kelas intensif bagi tajuk-tajuk tertentu yang memerlukan penerangan yang lebih mendalam. III) Cadangan kepada pihak penggubal buku teks. a. Terdapat juga saranan dari pelajar agar buku teks bahasa Arab disediakan dalam dwibahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu kerana kesukaran bagi pelajar tertentu untuk memahami penerangan sesuatu kaedah serta isi kandungannya. Namun, cadangan ini mewakili segelintir pelajar sahaja yang terlibat dalam kajian ini. 167

5.2.2 Cadangan Penyelidik I) Pembelajaran Pelajar a. Sewajarnya pelajar perlu menganggap bahawa mempelajari bahasa Arab adalah satu ibadah, iaitu dengan meletakkan niat belajar bahasa Arab ini adalah kerana Allah S.W.T selaras dengan tuntutan yang wajib mempelajarinya ke atas setiap muslim. Ia amat berperanan dalam meningkatkan pengetahuan serta penghayatan terhadap ibadah yang dilakukan kerana kebanyakkannya adalah berkaitan dengan bahasa Arab. b. Tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang besar terhadap pemahaman sesuatu tajuk yang dipelajari. Oleh itu, pelajar perlu bersedia untuk menerima ilmu yang diberikan serta perlu mengelakkan situasi yang boleh menganggu tumpuan seperti mengantuk, penat dan sebagainya. c. Pelajar perlu konsisten dalam meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab dengan cara yang sesuai dan berkesan seperti menghafal, mewujudkan kamus kosa kata dan sebagainya. d. Penyediaan nota yang lengkap dan berkesan untuk rujukan serta ulangkaji amat penting bagi mengingatkan pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Kreativiti dalam membina nota boleh menarik minat pelajar untuk mengulangkaji tajuk serta membantu kefahaman yang lebih mudah dan 168

berkesan. Sebagai contoh, penggunaan peta minda atau jadual adalah amat sesuai bagi membina nota yang berkaitan dengan kaedah nahu dan sorf. e. Pelajar mestilah menanam rasa cinta dan minat terhadap pembelajaran bahasa Arab. Pelajar juga perlu berusaha untuk memahami setiap topik yang dipelajari dan tidak segan untuk bertanya kepada guru bagi mendapatkan penjelasan. f. Pelajar hendaklah sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan yang berterusan bagi memastikan pemahaman terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari dapat tidak pudar. Kaedah perbincangan bersama rakan dan merujuk kepada guru amat digalakkan bagi meningkatkan pemahaman setiap tajuk yang dipelajari. g. Pelajar perlu memanfaatkan kelebihan teknologi dan kemudahan komunikasi yang tersedia pada masa kini yang menyediakan bahan rujukan dan maklumat tambahan yang amat banyak dengan cara mudah. Kemudahan ini sememangnya dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajar khususnya bahasa Arab. II) Pengajaran Guru a. Guru juga hendaklah mengaitkan keperluan mempelajari bahasa Arab ini dengan tuntutan agama islam serta tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam mendalami pengetahuan agama islam dan menghayati tuntutan ibadah yang secara langsung berkaitan dengan bahasa Arab. 169

b. Guru mestilah merancang pelaksanaan P&P yang baik dan bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, peralatan, bahan bantu, kawalan kelas, dan sebagainya untuk menyampaikan pengajaran dengan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan berkesan. c. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesi P&P agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran. Kepelbagaian teknik, bahan dan kaedah perlu disesuaikan dalam interaksi semasa P&P supaya penyampaian tidak membosankan. d. Guru juga perlu bijak mengambil manfaat dari kemudahan teknologi masa kini. Pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan medium teknologi amat membantu dan memudahkan kaedah pengajaran yang lebih bijak dan berkesan. e. Teknik komunikasi berkesan antara guru dan pelajar perlu dititikberatkan dalam setiap sesi P&P. Penerangan guru mestilah jelas dan mudah difahami oleh semua pelajar di dalam kelas. Guru perlu lebih peka terhadap kelompok pelajar yang perlu diberi lebih perhatian. f. Sewajarnya guru dapat menyediakan nota kepada pelajar khususnya bagi topik yang mengandungi kaedah atau formula seperti bahagian nahu, sorf dan balaghah. Nota ini dapat membantu pelajar semasa membuat ulangkaji dan mengelakkan daripada berlaku kesalahan istilah atau ejaan. 170

g. Penerangan serta penjelasan terhadap istilah-istilah khusus yang digunakan perlu diberi penekanan agar tidak berlaku kekeliruan dalam memahami maksudnya atau salah ejaannya. h. Bagi setiap topik tentang kaedah tatabahasa, sewajarnya perlu disusuli dengan latihan pengukuhan yang menepati format item pentaksiran sepertimana dalam peperiksaan sebenar. Selain bertujuan menilai tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk yang dipelajari, ia juga dapat membiasakan pelajar dengan bentuk soalan peperiksaan sebenar serta mengelakkan pelajar daripada terkeliru dalam memahami arahan soalan. i. Guru juga disarankan agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam kerjaya sebagai guru bahasa Arab dengan mengikuti kursus-kursus serta latihan-latihan yang berkenaan. III) Pengurusan Sekolah a. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya menyediakan kemudahan tempat belajar yang kondusif yang membantu komunikasi berkesan dalam penyampaian P&P terutamanya bagi mata pelajaran seperti bahasa Arab ini yang menekankan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. b. Pihak pengurusan juga perlu menyediakan kemudahan peralatan yang sesuai dapat membantu pelaksanaan P&P yang baik dan berkesan. Tambahan pula dengan adanya pelbagai bentuk medium yang canggih pada masa kini yang 171

dapat membantu menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. c. Promosi dan galakkan terhadap pembelajaran bahasa Arab perlu diperhebatkan dengan menyediakan iklim pembelajaran bahasa Arab di sekolah khususnya bagi sekolah yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab. Di samping itu, pelajar perlu dimaklumkan tentang kelebihan dan peluang kerjaya yang lebih luas dengan tambahan mata pelajaran bahasa Arab. d. Pihak pengurusan perlu meningkatkan kerjasama dengan semua pihak seperti ibubapa, pihak swsta, pihak NGO, agensi kerajaan dan sebagainya yang boleh membantu ke arah memantapkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab serta meningkatkan kecemerlangannya. IV) Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia a. Penggubalan buku teks haruslah selaras dengan objektif pembelajaran bahasa Arab yang disasarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta ditampilkan dengan persembahan yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar, di samping pengolahan kandungan dan latihan pengukuhan yang selaras dengan bentuk pentaksiran. Ralat serta kesalahan tatabahasa mahupun teknikal perlu dielakkan demi menjaga kualiti dan standard medium pembelajaran tersebut. b. Menyediakan pelbagai bentuk bahan bantu yang terkini samaada dalam bentuk bahan bercetak, bahan audio, video, tv pendidikan, web tv dan sebagainya 172

yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan. c. Manganjurkan kursus serta latihan yang boleh meningkatkan pengetahuan serta kemahiran guru bahasa Arab dalam melaksanakan P&P dengan teknik dan strategi yang sesuai dan menarik. d. Memanfaatkan penggunaan teknik dan inovasi yang telah dihasilkan dalam bidang ini bagi memudahkan pengajaran bahasa Arab, di samping terus menggalakkan budaya inovasi dalam penyampaian P&P yang lebih berkesan. e. Menekankan kualiti dalam pengambilan guru bahasa Arab yang akan berkhidmat di sekolah agar dapat menjadi agen penyampai ilmu bahasa Arab yang berpengetahuan dan berwibawa. 5.2.3 Cadangan Kajian Lanjutan Penyelidik juga melampirkan di sini beberapa saranan kajian lanjutan yang berhubungkait dengan tajuk ini yang dirasakan relevan untuk diselidiki oleh penyelidik-penyelidik pada masa depan bagi tujuan penambahbaikan dan perkembangan dimensi kajian bagi menambah maklumat serta input berkenaan dengan tajuk ini. 173

a. Kajian lanjutan mengenai penguasaan kata kerja al-mabniyy Li al-majhu:l dalam kalangan pelajar di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) atau seumpamanya. b. Kajian tentang perbezaan dan persamaan antara ragam pasif dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab (al-mabniyy Li al-majhu:l). c. Kajian tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai dalam konteks memahami tajuk berkenaan tatabahasa Arab khususnya nahu dan sorf. 5.3 Penutup Menerusi bab kelima ini, penyelidik menyimpulkan natijah daripada hasil kajian bagi menginterpretasikan jawapan kepada persoalan kajian serta objektif yang digariskan di awal kajian. Penyelidik juga memaparkan cadangan dari pihak pelajar sebagai respon kepada kaedah penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka berkenaan tajuk kajian ini, serta saranan dari perspektif kaca mata penyelidik sebagai refleksi terhadap rumusan yang diperolehi. Akhirnya, penyelidik berharap agar dapatan dari hasil kajian ini dapat menyumbang sedikit sebanyak manfaat dalam mengembangkan perkongsian ilmu berkenaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, seterusnya memperkasakan pemahaman dan peguasaan pelajar dalam mempelajari ilmu bahasa Arab yang dicintai ini. 174