BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

dokumen-dokumen yang mirip
PROSES PEMBENTUKAN KATA

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Penyediaan awal yang teratur seperti yang dibincangkan dalam Bab 3 ini membantu BAB 4 PENGANALISAAN DAN TAFSIRAN DATA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PEMINDAHAN LEKSIS BAHASA INGGERIS DALAM CERPEN TAMIL JAYANTHI A/P PALANANDY FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERISITI MALAYA KUALA LUMPUR

Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut:

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KANDUNGAN. 1.1 Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian 1.

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN CALON/GURU CEMERLANG PPPLD DGA32 (KUP) HINGGA PPPS GRED KHAS C (KUP)

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

Model Pengurusan Strategik

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG (GC)/ PENSYARAH CEMERLANG (PC)

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2015 HELMI BIN SUMILAN 6653 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN CIMB BANK BERHAD KUALA LUMPUR

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam BAB 4. Seterusnya, bab ini juga membincangkan beberapa kelemahan para penghasil iklan dari segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa cadangan bagi kajian selanjutnya. 5.1 Rumusan Hasil Dapatan Kajian Rumusan hasil dapatan kajian dibuat berdasarkan analisis proses-proses pembentukan kata yang telah digunakan dalam akhbar harian Tamil tempatan (AHTT). Secara keseluruhannya, didapati tiga daripada sembilan jenis proses pembentukan kata yang disarankan oleh Yule, G. (1996) digunakan bagi menghasilkan KIL dalam AHTT. Selain itu, terdapat juga dua proses pembentukan kata yang tidak tergolong dalam pengklasifikasian Yule, G. (1996). Rumusan hasil kajian dibuat berdasarkan kepada tiga objektif kajian seperti yang dibincangkan seterusnya. 5.1.1 Proses-proses Pembentukan Kata Baru dalam Iklan Tamil Objektif kajian yang pertama ialah untuk melihat proses-proses pembentukan kata yang digunakan dalam iklan-iklan bahasa Tamil. Secara keseluruhannya, didapati bahawa 114

sebanyak lima jenis proses pembentukan kata terlibat dalam proses pembentukan kata baru dalam iklan Tamil. Proses pemajmukan merupakan proses pembentukan kata yang paling kerap digunakan untuk menghasilkan KIL dalam AHTT iaitu sebanyak 64 item (58.2%). Proses peminjaman mengandungi tiga sub-jenis proses iaitu, pinjaman-terjemahan yang mana mencatat jumlah penggunaan sebanyak 23 item (79.4%). pinjaman-campuran dan pengaslian (nativisation) masing-masing mencatat jumlah penggunaan sebanyak 3 item (10.3%). Secara keseluruhannya, proses peminjaman telah digunakan sebanyak 26.4% untuk menghasilkan KIL dalam AHTT. Manakala, proses derivasi telah mencatat jumlah penggunaan sebanyak 3 item (2.7%). Walaupun proses ini mempunyai dua sub-jenis, iaitu imbuhan awalan & imbuhan akhiran dan sisipan, tetapi data kajian hanya mengandungi imbuhan akhiran sahaja. Selain itu, dua jenis proses pembentukan kata yang tidak tersenarai dalam saranan Yule, G. (1996) juga dikenal pasti. Salah satu daripadanya ialah, proses perubahan makna yang disarankan oleh Amat Juhari Moain (1992). Proses ini mencatat penggunaan sebanyak 9 item (8.9%) daripada jumlah keseluruhan penggunaan proses pembentukan kata. Satu lagi proses yang tidak disarankan oleh Yule, G. (1996) ialah, proses pengkhususan makna yang disarankan oleh Amat Juhari Moain (1992) dan Siti Hajar Hj. Abul Aziz (1996). Proses ini telah mencatat jumlah penggunaan sebanyak 5 item (4.5%). Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa sebanyak tiga jenis proses pembentukan kata terlibat dalam iklan-iklan Tamil yang menepati pengklasifikasian 115

Yule, G. (1996). Manakala, baki enam jenis proses pembentukan kata yang dicadangkan oleh Yule, G. (1996) tidak terlibat dalam proses pembentukan kata baru dalam iklan Tamil. Proses-proses tersebut ialah, penciptaan, penukaran, penyingkatan, akronim, campuran dan back-formation. Selain itu, analisis data kajian juga menunjukkan bahawa terdapat proses-proses pembentukan kata lain yang terlibat selain daripada pengklasifikasian Yule, G. (1996). Proses-proses tersebut ialah, pengkhususan makna dan perubahan makna. 5.1.2 Kekerapan Penggunaan Proses-proses Pembentukan Kata Objektif kajian yang kedua ialah untuk menilai kekerapan penggunaan proses-proses pembentukan kata yang terlibat dalam iklan Tamil. Berdasarkan kepada analisis kajian, didapati bahawa proses pemajmukan mencatat peratus penggunaan yang paling tinggi antara kesemua jenis proses-proses pembentukan kata yang terlibat. Peratus penggunaan proses pemajmukan ialah sebanyak 58.2%. Seterusnya, proses peminjaman mencatat peratus penggunaan yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 24.6%. Proses lain-lain yang merangkumi proses perubahan makna dan proses pengkhususan makna telah mencatat peratus penggunaan sebanyak 12.7%. Ini merupakan kekerapan yang ketiga tertinggi dalam senarai proses pembentukan kata yang paling kerap digunakan. 116

Akhirnya, proses derivasi merupakan proses pembentukan kata yang mencatat peratus penggunaan yang paling rendah iaitu, hanya sebanyak 2.7%. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa proses pemajmukan merupakan proses yang paling kerap menjadi pilihan para penghasil iklan ketika membentuk kata baru dan diikuti oleh proses peminjaman. Ini juga merupakan proses-proses yang diklasifikasikan oleh Yule, G. (1996). Manakala, proses lain-lain yang tidak diusulkan oleh Yule, G. (1996) juga merupakan proses yang digunakan oleh para penghasil iklan AHTT. 5.1.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Kata Objektif kajian yang ketiga ialah, untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi para penghasil iklan untuk membentuk kata baru. Beberapa faktor telah dikenal pasti berdasarkan data yang diperoleh melalui soal selidik. Didapati faktor yang paling kerap mempengaruhi para penghasil iklan untuk menghasilkan kata baru ialah tujuan mereka untuk menyampaikan mesej dengan tepat kepada golongan sasaran. Selain itu, faktor yang kedua penting yang menyebabkan para responden kajian ini, iaitu penghasil iklan dalam ketiga-tiga AHTT, untuk menghasilkan KIL baru bahasa Tamil adalah pendirian mereka yang tidak mahu menggunakan bahasa asing untuk menjelaskan sesuatu konsep baru yang diiklankan. Ini bererti, dengan apa jua cara sekalipun, mereka ingin menggunakan bahasa Tamil sebaik mungkin untuk menerangkan produk atau perkhidmatan baru yang asing kepada masyarakat Tamil. Dengan itu, mereka mencipta atau menghasilkan KIL yang baru. 117

5.2 Dapatan Kajian Lain i) Pola Pembentukan Kata yang Kerap digunakan Berdasarkan penganalisisan data secara keseluruhannya, didapati pola pembentukan kata yang kerap digunakan ialah kata tunggal + kata tunggal (KT + KT). Pola tersebut telah digunakan dalam proses pembentukan kata sebanyak 79 item (71.8%) daripada sejumlah 110 KIL yang menjadi data kajian ini. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan KIL baru Tamil khususnya dalam iklan dibentuk dengan menggabungkan dua kata tunggal. Polapola pembentukan kata yang melibatkan cantuman akhiran, partikel dan bentuk-bentuk tatabahasa lain pada kata tunggal juga ditemui. Selain itu, kata-kata baru juga terbentuk melalui proses-proses peminjaman dari bahasa asing, pengubahan makna asal dan pengkhususan makna. ii) Penggunaan kata-kata dari bahasa asing tidak digalakkan Selain itu, penganalisisan data juga menunjukkan bahawa proses pembentukan kata secara peminjaman, iaitu pinjaman-campuran dan pengaslian (nativisation) kurang digunakan di mana hanya 10.3% bagi setiap jenis ditemui dalam data kajian. Keadaan ini menjelaskan bahawa pengimportan kata-kata dari bahasa asing tidak digunakan dalam iklan bahasa Tamil oleh para penghasil iklan AHTT. iii) Situasi Pembentukan Kata Penganalisisan data yang diperoleh melalui borang soal selidik memberi gambaran tentang situasi-situasi yang memerlukan para responden membentuk kata baru dalam 118

iklan. Keperluan untuk membentuk kata baru dalam iklan timbul apabila para penghasil iklan menghasilkan iklan bagi produk atau perkhidmatan baru. Selain daripada situasi tersebut, mereka juga menghasilkan KIL baru apabila menterjemahkan iklan dari bahasa asing ke bahasa Tamil. Satu lagi situasi yang menyebabkan para responden membentuk KIL baru ialah apabila pihak penaja iklan ingin memberi gambaran baru terhadap produk atau perkhidmatan mereka yang sedia ada. iv) Cara Pembentukan Kata Daripada analisis borang soal selidik, pengkaji mendapati bahawa proses pemajmukan dan peminjaman adalah pilihan utama para responden bagi menghasilkan kata baru Tamil dalam iklan. Dapatan ini juga menjadi bukti sokongan dapatan bagi menjawabsoalan kajian kedua. Ini bererti, proses pemajmukan dan peminjaman adalah proses yang paling kerap digunakan dalam pembentukan KIL baru. v) Keperluan Suatu Badan Khas Perancangan Bahasa Tamil Daripada analisis maklumat temu bual, didapati bahawa semua responden berpendapat, sebuah badan khas harus ditubuhkan bagi melakukan aktiviti-aktiviti perancangan bahasa Tamil di negara ini. Ini termasuk aktiviti penggubalan istilah dan kata baru dalam bahasa Tamil bagi bidang-bidang baru seperti sains dan teknologi. 5.3 Kelemahan-kelemahan yang dikenal Pasti Pengkaji telah menganalisis respon-respon yang diperoleh melalui borang soal selidik dan mendapati bahawa kelayakan dan kepakaran para penghasil iklan dalam bidang pembentukan kata Tamil adalah tidak mencukupi. Ini adalah berdasarkan beberapa 119

faktor yang dikenal pasti daripada jawapan-jawapan oleh para responden dalam soal selidik tersebut. Pengalaman kebanyakan responden yang terlibat dalam bidang pengiklanan adalah kurang daripada 5 tahun. Hanya seorang responden sahaja yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pengiklanan. Selain daripada itu, kelulusan akademik para responden juga agak sederhana iaitu, 50% daripada mereka hanya memiliki kelayakan SPM. Hanya seorang responden sahaja mempunyai kelayakan STPM. Sebanyak 37% responden mempunyai diploma tetapi, bidang pengkhususan mereka tiada kaitan dengan bahasa Tamil dan bidang pengiklanan. Ini menunjukkan para responden tidak mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang pengiklanan mahupun pembentukan kata baru Tamil. Apabila meneliti pencapaian gred dalam mata pelajaran bahasa pada peringkat SPM, pengkaji mendapati tujuh daripada lapan responden memperoleh gred A dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Manakala, hanya seorang sahaja memperoleh gred A dalam bahasa Melayu dan tiada responden yang memperoleh gred A dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa para responden tidak mempunyai kepakaran dalam lebih daripada dua bahasa. Keadaan ini mungkin membawa kesan apabila responden melakukan penterjemahan iklan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kepada bahasa Tamil. Selain daripada itu, penganalisisan maklumat dari borang soal selidik juga menunjukkan bahawa tiada responden yang pernah menghadiri sebarang latihan ikhtisas yang khusus 120

dalam bidang pembentukan kata Tamil. Ini menunjukkan bahawa para responden kurang pengetahuan yang mendalam dalam bidang pembentukan kata. Kelemahan-kelemahan para responden ini kemungkinan besar akan membawa kesan dalam kualiti pembentukan kata dalam iklan Tamil juga. Berdasarkan analisis data kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam penggunaan KIL baru dalam iklan. Berikut adalah kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji: i) Kesalahan Ejaan KIL Penghasil iklan dan pihak penerbit akhbar didapati kurang memberi perhatian dalam ketepatan ejaan dalam KIL. Kesalahan ejaan dalam KIL tersebut menyebabkan kesukaran dalam pengenalpastian data. Terdapat beberapa kata yang ditulis dengan kesalahan ejaan di mana pada awalnya dianggap bahawa ia adalah KIL yang baru. Tetapi, apabila dianalisis dan membuat kepastian daripada pihak berkenaan, didapati bahawa KIL tersebut mengandungi kesalahan ejaan dan ia bukannya KIL yang baru. Contohnya; a) [puḷḷiyal] ( ) Perkataan ini sepatutnya ditulis sebagai [puḷḷiyiyal] ( ). Pada awalnya kata [puḷḷiyal] dianggap sebagai kata baru kerana menghadapi pengguguran fonem daripada kata [puḷḷiyiyal]. b) [aṇuttiral] ( ) 121

Perkataan ini pula sepatutnya ditulis sebagai [anuttiraḷ] ( ). Perkataan ini merupakan gabungan dua kata tunggal iaitu [anu + tiraḷ] ( + ). Dalam bahasa Tamil tiada perkataan tiral ( ). Selepas berbincang dengan pihak penghasil iklan, didapati kata itu mengandungi kesalahan ejaan di mana [ḷ] ( ) telah disalah taip sebagai [l] ( ). ii) Penggunaan Peraturan Morfofonemik yang Salah Perubahan morfofonemik akan berlaku apabila dua KIL digabungkan berdasarkan hukum-hukum tatabahasa. Sekiranya peraturan morfofonemik ini disalahgunakan maka, ia akan menghasilkan KIL Tamil yang janggal. Melalui penganalisisan data pengkaji mendapati peraturan morfofonemikdisalahgunakan dalam beberapa KIL. Antaranya ialah: a) [metu] + [irukkai] Kedua-dua kata ini telah digabungkan sebagai [metuyirukkai]. Tetapi gabungan ini adalah tidak mematuhi peraturan morfofonemik Tamil. Kedua-dua kata tersebut seharusnya digabung dengan menggunakan peraturan morfofonemik seperti berikut: [metu] + [irukkai] (PM 5) > [metuvirukkai] Kesalahan penggunaan fonem /y/ bagi menggantikan fonem /v/. b) [varaipaṭam] + [kalaiñar] kedua-dua KIL ini telah digabungkan sebagai [varaipaṭa kalaiñar]. Gabungan ini tidak menggunakan sebarang peraturan morfofonemik. Kedua-dua KIL tersebut seharusnya digabung dengan menggunakan peraturan morfofonemik seperti berikut: 122

[varaipaṭam] + [kalaiñar] (PM 10) > [varaipaṭak kalaiñar] Plosif /k/ tidak digandakan {k kk / -k} iii) Penggunaan KIL yang Tidak Standard Penggunaan kata bagi merujuk sesuatu perkara adalah tidak seragam dalam kalangan penghasil iklan dan penerbit akhbar harian Tamil tempatan. Ini kerana, terdapat situasisituasi di mana lebih daripada satu KIL digunakan bagi merujuk perkara yang sama. Berikut merupakan KIL yang didapati tidak digunakan secara selaras: a) [nikari] ( ) b) [tolainakal] ( ) } kedua-dua bentuk kata ini digunakan untuk merujuk kepada faks. a) [celliṭa peci] ( } ) b) [kaippe:ci] ( ) kedua-dua bentuk kata ini digunakan untuk merujuk kepada telefon bimbit a) [paṇimaṉai] ( ) b) [paṇiyakam] ( ) } kedua-dua bentuk kata ini digunakan untuk merujuk kepada pejabat 123

a) [pallaṭukku tiṭṭam] } kedua-dua bentuk kata ini ( ) b) [pallaṭukku cantai] ( ) digunakan untuk merujuk kepada pasaran berperingkat a) [iḷanilai ṭikiri] ( ) b) [iḷanilai paṭṭapaṭippu] ( ) } kedua-dua bentuk kata ini digunakan untuk merujuk kepada sarjana muda Keadaan ini wujud kerana tidak ada suatu badan yang berperanan untuk menstandartkan kata-kata atau istilah-istilah bahasa Tamil yang dihasilkan di negara ini. Dalam bidang perancangan bahasa proses penstandardan merupakan satu aspek penting (Asmah Hj. Omar, 1985). 5.4 Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya Kajian ini hanya mampu untuk menunjukkan sebahagian kecil daripada keadaan sebenar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor batasan kajian yang mengehadkan kajian ini daripada memberikan satu gambaran yang lebih luas. Oleh itu, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan bagi proses pembentukan kata dalam semua media cetak di negara ini. Maka, kajian yang lebih menyeluruh boleh dilakukan bagi mendapat suatu gambaran yang lebih luas tentang proses-proses pembentukan kata yang terlibat dalam iklan-iklan Tamil. Sehubungan dengan itu, banyak kajian yang berkaitan dengan kajian ini boleh dilakukan pada masa akan datang. 124

Menurut Maraimalai, E. (2001), bidang sains merupakan bidang yang kian menerima KIL baru dalam bahasa Tamil. Maka, kajian pembentukan kata pada masa hadapan boleh difokuskan kepada esei dan teks sains bahasa Tamil. Selain itu, kajian seterusnya juga boleh dilakukan mengenai kadar pertambahan KIL dalam jurang tahun tertentu. Proses pembentukan kata bagi KIL baru yang dikenal pasti dalam edisi terkini juga boleh dikaji. Selain daripada media cetak, media elektronik seperti radio juga boleh diberi tumpuan bagi mengkaji pembentukan dan penggunaan kata baru. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa program sahaja seperti berita, perbualan melalui telefon bersama pendengan radio dan sebagainya. 5.5 Penutup Berdasarkan hasil kajian ini, boleh dikatakan bahawa terdapat beberapa proses tertentu yang digunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam bahasa Tamil. Proses-proses tersebut ialah, peminjaman, pemajmukan, derivasi, pengkhususan makna dan perubahan makna. Antara proses-proses tersebut proses pemajmukan merupakan proses yang paling kerap digunakan dalam pembentukan KIL baru. Akhirnya, diharapkan kajian ini dapat menyumbang sedikit sebanyak pengetahuan tentang proses pembentukan kata baru dalam bahasa Tamil. 125