ARAHAN KEPADA CALON 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan 4. Disertakan lampiran 1,2 dan 3 sebagai panduan pelajar...... 1
1.0 ARAHAN KEPADA CALON 1.1 Tugasan Mini Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini adalah wajib dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan 2 2017 bagi memenuhi markah Purata Nilai Gred (PNG) Semester 1 2018. 1.2 Penghasilan tugasan ini adalah dalam tempoh cuti akhir tahun 2017. 1.3 Anda dikehendaki melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 1.4 Gunakan 3.0 Kerangka Pelaksanaan Tugasan sebagai panduan untuk melakukan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 1.5 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 1.6 Digalakkan menyertakan foto/gambar/rajah/grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 1.7 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 1.8 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 1.9 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 1.10 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F. 1.11 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan Pelajar ( Lampiran 4 (i) dan Lampiran 4 (ii) ). Bonus 2 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa. 2
2.0 TUGASAN Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang Pengangkutan Awam Di Sekitar Tempat Tinggal. Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 2.1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan. 2.2. Bina jadual dan graf/carta pai yang sesuai untuk menerangkan pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf/carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan) 2.3 Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan awam yang dihadapi di kawasan kajian. 2.4 Cadangkan langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap sistem pengangkutan di kawasan kajian. TUGASAN TAMAT 3
3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN 1. Perancangan Jadual kerja (5%) (10 markah) Pengagihan kerja Objektif kajian Penentuan kaedah kajian Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh. 2. Proses Awal (5%) 3.Proses Akhir (40%) Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber ( 20 markah) Takrifan Graf/Carta Pai Masalah Cadangan Tafsiran: (a) Konsep pengangkutan (5 markah) (b) Jadual (5 markah) (c) Graf/Carta Pai (5 markah) (d) Masalah pengangkutan (15 markah) Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan. Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli. Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul berserta contoh. Mempunyai data, tajuk dan sumber. Jadual dibina mengikut susunan yang betul dan lengkap Graf/carta pai yang dibina lengkap dan tepat berserta tafsiran Menghuraikan TIGA masalah utama pengangkutan. Fakta Huraian Contoh (e) Cadangan penambahbaikan (10 markah) Fakta Huraian Contoh (f) Penilaian umum (2 markah) Memberikan DUA cadangan yang kreatif dan kritis serta rasional. Kemas,tersusun dan bahasa gramatis Jumlah markah 50 MARKAH 4
Lampiran 1 5
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN 6
Lampiran 2 Contoh Surat Akuan Diri Pelajar NAMA MRSM : ALAMAT MRSM : Kepada sesiapa yang berkenaan. Tuan/Puan, MINI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) GEOGRAFI BAGI PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA (TUGASAN AKHIR TAHUN 2017). Pembawa surat ini yang bernama No. Kad Pengenalan ialah seorang pelajar Tingkatan. MRSM... Pelajar ini sedang melaksanakan kerja lapangan Mini PT3 subjek Geografi bagi keperluan pemarkahan dalam semester 2, tingkatan 3 tahun 2018. 2. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 3. Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Membandarkan Luar Bandar (Nama Pengetua & Cop MRSM) 7
Contoh Surat Perakuan Pelajar Tentang Keaslian Kajian Lampiran 3 MINI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) GEOGRAFI BAGI PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA (TUGASAN AKHIR TAHUN 2017). Saya memperakui bahawa kajian bertajuk Ini ialah hasil kerja saya sendiri melainkan petikan, grafik, gambar dan rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. Saya dengan ini mengaku bahawa kajian ini adalah asli. Saya ialah satu-satunya penulis kajian ini. Yang benar,. ( *nama pelajar ) Disahkan oleh. ( *nama guru pentaksir ) 8