ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN

dokumen-dokumen yang mirip
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Peraturan Dan Tatatertib Am (Peraturan PPIP, USM)

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TA F S I R A N FA L S A FA H

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

GARIS PANDUAN TATACARA MENGENAKAN HUKUMAN DAN TINDAKAN KEPADA PELAJAR PELAJAR OLEH : TN. SYED KHAIRUL AZWI SYED MOKHTAR 26 OKTOBER

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Prinsip, Etika, dan Rukun Etika

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

UKM-SPKP-JP-PK04-BO01 No. Semakan : 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TAJUK : GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Membudayakan Etika, Nilai dan Integriti dalam Koperasi

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

LAPORAN SULIT URUSAN TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENGURUSAN TATATERTIB

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Transkripsi:

TAJUK 4 ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 4.1. Sinopsis Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 4 ini adalah merangkumi konsep etika dalam profesion keguruan, etika kerja kementerian pelajaran Malaysia, Kod Etika Penjawat Awam dan Isu-isu Etika Dalam Profesion Keguruan. 4.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep etika yang berkaitan dengan bidang pengajian (1.5) 2. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan (4.1) 3. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangn, akauntabiliti, integriti, bertanggungjawab dan empati utnuk melaksanakan tugas.(4.2) 4. Melaksanakan dan memberikan secara profesional dan beretika. (4.4) 5. Mematuhi amalan kerja berdasarkan prinsip etika kerja perkhidmatan awam dan kod etika keguruan Malaysia.(4.5) 6. Bertanggungjawab terhadap pelajar daripada aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan agama.(4.3) 4.3. Kerangka konsep tajuk ini Etika dalam Profesion Keguruan Konsep etika Etika kerja kementerian pelajaran Malaysia Kod etika penjawat awam Isu-isu etika profesion keguruan 56

4.4. KANDUNGAN 4.4.1. Konsep etika Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang diterima dan dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat. Etika menggambarkan nilai-nilai baik yang harus diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Tingkah laku yang dikatakan beretika adalah tingkah laku yang baik, mengandungi nilai-nilai murni dan boleh menjamin kesempurnaan dan keharmonian hidup individu dalam kumpulannya. Apakah maksud Kod etika profesional? Kod etika profesional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Kita juga perlu memahami konsep profesion Ia adalah sesuatu bidang pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas, bersikap jujur, rajin, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi dalam tugasnya Etika merujuk kepada suatu sistem dasar tingkah laku bagi suatu kumpulan masyarakat atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi dan memperihalkan nilai-nilai moral yang baik, yang buruk, yang betul dan yang salah. Satu bentuk pernyataan yang diguna pakai ini adalah bertujuan memberi satu petunjuk atau garis panduan kepada ahli-ahli masyarakat atau organisasi berkenaan. 4.4.2. Objektif Etika Objektif etika Kementerian Pelajaran Malaysia. i. Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertimbangkan kualiti kerja 57

ii. iii. Meningkat disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara. 4.4.4. Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia harus difahami, dihayati dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut. a) Niat yang betul b) Perlakuan yang baik c) Penggerak ke arah kebaikan d) Memperkotakan apa yang dikata e) Berdisiplin dan beradab Sebagai penjawat awam, sesuatu tindakan itu perlulah didasarkan kepada niat kita yang baik dan betul, bukannya atas sebab perkara lain yang tidak selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya berkerja dan membuat kerja amal untuk mendapatkan sanjungan dan nama, pangkat dan kedudukan. Sentiasa bekerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab terhadap agama dan negara. Di samping itu kita penjawat awam harus dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan bidang profesion masing-masing. Dari segi perlakuan yang baik, cara bekerja individu adalah ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia kita perlu menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Pegawai-pegawai kementerian pelajaran juga harus menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, memberikan kepuasan kepada pelanggan. sikap menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Penjawat awam juga harus menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan dan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat. Penjawat awam juga harus sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain, misalnya menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan Tujuh nilai utama yang menjadi fokus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah: 58

a) Amanah Amanah adalah sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Bagaimana amanah itu dapat dijelmakan. Contohnya ialah bersikap jujur dan setia kepada organisasi, menyiapkan tugas dalam masa yang ditetapkan dan tidak menggunakan waktu bekerja di pejabat untuk urusan peribadi. Penjawat awam juga harus berdisiplin dan menanamkan kepercayaan yang tinggi orang lain terhadapnya. b) Benar Bercakap benar dan menepati janji, Penjawat awam mesti tidak berbohong atau mungkir janji kerana ini adalah satu amalan yang tidak wajar dan patut dielakkan. c) Bijaksana Penjawat awam harus menggunakan pemikiran bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan yang sesuai. Mereka juga harus mempunyai pemikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama. d) Bersyukur Setiap individu tidak kira pelajar, guru, pemimpin pendidikan mahupun penjawat awam harus mempunyai perasaan dan perlakuan menghargai pemberian yang diterima. Berpuashati dengan anugerah dan pemberian yang diterima. e) Dedikasi Amalan ini merujuk kepada sikap individu yang rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Misalnya bekerja dengan tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti. f) Ikhlas Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menekankan nilai ikhlas. Dalam kata lain, ikhlas bermaksud berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. g) Penyayang Sekiranya penjawat awam memiliki sifat penyayang hubungan kekeluargaan antara penjawat awam yang lain akan lebih akrab dan mencetuskan pemuafakatan yang terjalin 59

kukuh. Interaksi yang sihat ini akan menguntungkan semua pihak, kerana sifat-sifat kekitaan akan terjelma. 4.5. Kod Etika Keguruan Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan, perubatan dan guaman, juga mempunyai kod etikanya. Bagi seseorang guru mereka perlu mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia, imej yang dipertontonkan oleh seseorang guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi. Di Malaysia, Tatasusila Profesyen Keguruan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya. Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya: 4.5.1. Tanggungjawab Terhadap Murid i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. ii. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebaraang bayaran. 60

v. Menunjukkan suatu cara berpakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. vi. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 4.5.2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid. vi. Mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 4.5.3. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara i. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. ii. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 61

iii. iv. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4.5.4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. iii. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan menglaksanannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. vi. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. 4.6. Nilai-Nilai keguruan Apakah nilai-nilai keguruan yang ada pada guru? Jika diteliti guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru meminkan peranan yang cukup penting dalam menyebarkan ilmu kepada anak-anak muridnya. Guru boleh menjadi model kepada anakanak muridnya. Oleh itu guru perlu mempunyai sifat dan kualiti peribadi profesional dan sosial yang baik. Dengan kualiti peribadi yang tinggi guru akan berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna. 62

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut perspektif agama kedudukan seseorang guru adalah setaraf dan semulia pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat meruoakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme ia adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme pada dasarnya adalah dianggap sebagai nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau memilih pekerjaan. Profesionalisme berkait rapat dengan mutu pendidikan dalam beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam amalan pengajarannya. Misalnya bagaimana seseorang guru mempengaruhi sikap, nilai dan minat pelajarnya. Begitu juga dengan pendekatan dan strategi yang digunakannya turut mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Kualiti pengajarannya juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan secukupnya dan secara optimum. Bandingkan nilai-nilai keguruan dahulu dengan nilai-nilai keguruan pada masa kini. Bincangkan dalam aspek-aspek manakah nilai-nilai keguruan itu berbeza? Pada pandangan anda mengapa terjadi demikian? Adakah cara-cara yang pada pandangan anda boleh dilakukan bagi mengembalikan nilai-nilai keguruan yang murni dan luhur itu? 4.7. Isu-isu etika profesion keguruan Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Jika kita berbincang tentang isu etika guru maka ia merujuk kepada apa sahaja persoalan yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru yang berkaitan pula dengan peraturan, prinsip serta undang-undang yang perlu dipatuhi oleh guru. Jika guru melanggar etika, maka ada elemen undang-undang yang perlu diselesaikan. Ini menjadi satu tanggungjawab Kementerian Pelajaran (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam mencapai matlamat misi KPM. 63

Guru merupakan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, guru mestilah sentiasa berkelakuan dan bertindak seperti mana yang diperlukan. Hal ini bermaksud, guru mestilah patuh akan peraturan-peraturan dalam aspek kelakuan dan tatatertib seperti mana yang terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan Tattertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan-peraturan ini, maka guru akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki. Kita perlu sentiasa bertindak dengan perlakuan yang melambangkan profesionalisme keguruan. Pada masa yang sama, sebagai penjawat seseorang guru itu perlu mengamalkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan. Matlamat tatatertib adalah seperti berikut: v Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab. v Supaya pegawai awam meletakkan lepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri. v Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmattan awam v M,enghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan. Dapatkan bahan-bahan berkaitan dengan isu-isu salah laku guru daripada sumber keratan akhbar, majalah, jurnal dan internet, dan bincangkan isu-isu yang ditemui dalam kelas tutorial. Contoh isu Guru mencabul kehormatan murid atau gangguan seksual oleh guru terhadap murid (Harian Metro: 22 Julai 2012) Guru bergaduh dengan murid Guru tidak menggunakan masa dengan betul Guru memukul pelajar hingga mati Guru berniaga di sekolah Guru tidak masuk kelas Penyalahgunaan dadah dalam kalangan guru Kesantunan guru dari segi komunikasi, berpakaian dan tingkah laku Kepedulian guru terhadap kepelbagaian murid, kebajikan dan pendidikan Penampilan guru dan kedudukan guru dalam strata pekerjaan 64

Kerjaya sambilan sebagai memenuhi tuntutan hidup Rehat sebentar 4.8. Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan tatatertib secara umum Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut adalah; Peraturan 4(1): iaitu penjawat awam guru di antaranya ditegah membocorkan rahsia kerajaan, menentang dasar-dasar kerajaan dan lain-lain lagi. Peraturan 4(2): tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi, menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri, berkelakuan mencemarkan imej diri dan negara serta lain-lain lagi. 4.9. Tatakelakuan yang ditegah sama sekali atau boleh dibuat dengan kebenaran Peraturan 4(A): (Gangguan Seksual): tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain Peraturan 5: (pekerjaan luar): tidak boleh terlibat dengan sebarang urusan berkaitan dengan kerja luar kecuali mendapat kebenaran ketua jabatan setelah mengenalpasti ia tidak menggangu waktu bekerja. Peraturan 23: (Ketidakhadiran tanpa cuti): ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. 4.10. Tindakan tatatertib Sebagai seorang penjawat amam guru hendaklah metahui peruntukkan peraturanperaturan yang termaktub dan pelanggaran mana-mana peruntukkan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Hukuman-hukuman tersebut ialah: Ø Amaran Ø Denda Ø Buang kerja 65

Ø Turun pangkat Ø Tangguh pergerakkan gaji Ø Lucut hak emolumen TUGASAN TERARAH: Sebagai seorang guru dapatkah anda bincangkan dengan pensyarah anda bagaimanakah isu-isu etika guru ini dapat dicegah dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti guru dan yang lebih penting lagi memartabatkan profesion keguruan PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy. RUJUKAN Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kuala Lumpur Institut Tadbiran Awam Malaysia.(1991). Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur. INTAN Kerajaan Malaysia. (2002). Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) (Pindaan) 2002. Ministry of Education Malaysia (2001). Education in Malaysia, Kuala Lumpur. Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar. 66