SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991, cuti tanpa gaji boleh diberi atas syarat-syarat berikut: (1) 30 hari bagi setiap genap tahun perkhidmatan & tidak lebih 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan; (2) 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan; (3) Masih mempunyai baki cuti tanpa gaji; (4) Cuti tanpa gaji hendaklah atas sebab persendirian yang mustahak. 2. Mengikut surat Pekeliling Bil. 4 Tahun 1996, cuti tanpa gaji tidak boleh diambilkira untuk tujuan notis peletakan jawatan 1. Pekeliling Perkhidmatan Universiti Malaya Bil. 1/2012, cuti tanpa gaji boleh diberi atas syarat-syarat berikut : (1) Hanya dipertimbangkan bagi CTG atas sebab persendirian sahaja. (2) Staf hendaklah menghabiskan cuti tahunan yang ia berkelayakan mengikut prorata terlebih dahulu. (3) Tempoh CTG tidak akan diambilkira untuk tujuan peletakan jawatan. (4) Bayaran ganjaran adalah mengikut prorata. (5) Tertakluk kepada lima belas (15) hari setahun Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009 menyatakan bahawa kemudahan cuti tanpa gaji mengikut pasangan layak dipertimbangkan kepada pegawai yang dilantik secara tetap dalam perkhidmatan awam termasuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai lantikan sementara, kontrak, sambilan Pekerja Khidmat Singkat atau sandaran tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti tanpa gaji mengikut pasangan. 2. Pegawai yang ingin mengikut pasangan mereka bertugas atau berkursus sama ada di dalam atau di luar negeri boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji mengikut pasangan tertakluk pasangannya yang memenuhi syarat berikut: (1) pegawai awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Ketua Jabatannya; atau Tidak layak (2) pekerja perbadanan awam, agensi swasta dan agensi luar negeri yang dilantik/diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Perbadanan Awam, agensi swasta atau agensi luar negeri 3. Tempoh maksimum cuti tanpa gaji mengikut pasangan termasuk tempoh pelanjutan yang boleh diluluskan kepada pegawai yang pasangan merupakan pegawai awam adalah mengikut tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas/berkursus
4. Bagi pegawai yang pasangannya bukan pegawai awam, tempoh maksimum cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang boleh diluluskan adalah tiga (3) tahun atau selama tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas/berkursus, mengikut tempoh mana yang lebih pendek. Tempoh pelanjutan cuti tanpa gaji mengikut pasangan boleh diluluskan mengikut baki tempoh cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang pegawai berkelayakan, terhad tempoh keseluruhan cuti tanpa gaji mengikut pasangan adalah tiga (3) tahun. 5. Pegawai dikehendaki melaporkan diri bertugas di agensi masing-masing apabila tempoh cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang diluluskan termasuk tempoh yang dilanjutkan tamat. Cuti tanpa gaji mengikut pasangan berikutnya hanya boleh dipohon setelah pegawai memenuhi syarat kembali berkhidmat selama satu (1) tahun. 6. Cuti tanpa gaji tidak boleh diambilkira untuk tujuan notis peletakan jawatan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1996. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Menjaga Anak 1. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007, Kemudahan Cuti Menjaga Anak menyatakan bahawa : (1) tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun), boleh diambil sama ada secara sekaligus sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau sebahagian daripadanya; (2) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh Cuti Bersalin; Tidak layak (3) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya kemudahan Cuti Bersalin. 2. Berdasarkan Perintah Am Bab C, Perkara 25 dan 26, cuti bersalin ialah satu kemudahan yang diberikan kepada staf wanita selama 60/90 hari yang dikira mulai dari tarikh staf wanita itu bersalin, termasuk hari rehat mingguan dan cuti am. Cuti ini diberi sebanyak lima (5) kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan staf tersebut.
Cuti Separuh Gaji 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991, cuti separuh gaji boleh diberi atas syarat-syarat berikut : (1) Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai itu; (2) Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. (3) Seseorang staf boleh diluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam setahun. 1. Pekeliling Perkhidmatan Universiti Malaya Bil. 1/2012, cuti tanpa gaji boleh diberi atas syarat-syarat berikut : (1) Bagi tujuan menjaga saudara yang rapat iaitu adik beradik, ibu bapa (kandung dan mertua), suami/isteri, anak dan datuk/nenek yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan yang rapi. (2) Bayaran ganjaran adalah mengikut prorata. (3) Tertakluk kepada tujuh (7) hari setahun. Nota: Sanak saudara yang rapat adalah adik beradik, ibu bapa (kandung dan mertua), anak, isteri/suami dan datuk/nenek kepada pegawai.
BSM48/2013 BORANG PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI/SEPARUH GAJI/TIDAK DIBAYAR GAJI BAHAGIAN I MAKLUMAT STAF Nama : No. Gaji : Jawatan : lantikan : Taraf lantikan : Tetap / Kontrak ** Pengesahan : Jabatan : Fakulti : No. Tel/Emel : BAHAGIAN II BUTIR-BUTIR PERMOHONAN PENTING : Sila lampirkan dokumen sokongan yang berkaitan Jenis Cuti : Cuti Tanpa Gaji (Persendirian) Cuti Tanpa Gaji (Mengikut Pasangan) Cuti Tanpa Gaji (Menjaga Anak) Tidak Dibayar Gaji Cuti Separuh Gaji Permohonan hendaklah dikemukakan 30 hari sebelum tarikh cuti yang dipohon. Tempoh Dipohon : hingga ( hari) (hh/bb/tt) (hh/bb/tt) (Jumlah hari) Tujuan : Tandatangan Staf
BAHAGIAN III ULASAN KETUA *Diperakukan *Tidak diperakukan Ulasan: Tandatangan Ketua & Cop Rasmi Jabatan BAHAGIAN IV ULASAN PENTADBIRAN (untuk kegunaan BSM sahaja) Seperti di Lampiran A BAHAGIAN V KELULUSAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (A&A)/ PENDAFTAR/ TIMBALAN PENDAFTAR (BAHAGIAN SUMBER MANUSIA) *Diluluskan *Tidak diluluskan Ulasan: Tandatangan & Cop Rasmi BAHAGIAN Vl KELULUSAN NAIB CANSELOR *Diluluskan *Tidak diluluskan Tandatangan & Cop Rasmi * Tandakan (/) mana yang berkenaan **Potong mana yang tidak berkenaan Pengesahan Unit Perkhidmatan: Disemak: Disahkan: