PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Taklimat untuk Guru BM

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Model Pengurusan Strategik

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Kebangsaan

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Ariegusrini Bte Agus Mohamad Johdi Bin Salleh International Islamic University Malaysia (IIUM)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

Pengenalan. Pendidikan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

ARAHAN: ( )

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

Transkripsi:

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan pelbagai budaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi. KONSEP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA Pendidikan pelbagai budaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan pelbagai budaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan pelbagai budaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002) juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan pelbagai budaya, iaitu integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuai pengajaran mereka supaya bersesuaian dengan pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guruguru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan pelbagai budaya adalah konsep kesaksamaan (equity). 1

Menurut American Heritge Dictionary, kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak kira majoriti atau minoriti, perempuan atau lelaki, pelajar yang berjaya atau gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika mempunyai peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan (Pathways Home). KEBAIKAN DAN MANFAAT KANDUNGAN Terdapat beberapa kebaikan yang diketengahkan oleh penulis iaitu prinsip pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum (Stephen May,1962:37). Sementara itu, perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka (Ibrahim Saad, 1986:485). Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Justeru, dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya, aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. Keupayaan dan strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian. Dengan kedah ini, matlamat pendidikan pelbagai budaya dapat dicapai dengan berkesan (Samsudin Suhaili, 2005:220). Di samping itu, isi kandungan dan objektif kurikulum tersebut hanya boleh dicapai dengan syarat guru berupaya menjadikan diri mereka sebagai penyampai yang kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembeajaran bagi sesuatu bidang ilmu. Sehubungan itu, Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan utama seorang guru bahasa Melayu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Empat peranan terebut adalah sebagai penggerak dan pendorong, pembimbing, perancang, pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. 2

Dalam memenuhi tanggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memilih stategi pengajaran yang berkesan, malah perlu memberi penekanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjahnya. Hal ini kerana bahan bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam sesuatu aspek pengajaran (Mat Nor Hussin dan Abdul Rahman Abdul Rashid,1988:1). Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sehingga boleh membantu memperoleh ilmu dengan cemerlang. Antara yang menarik yang terdapat dalam jurnal ini ialah dalam hal penggunaaan kartun sebagai BBM. Hal ini ternyata kartun dapat menghiburkan pelajar dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan berkesan kepada pelajar. Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Oleh itu, penggunaan komik terutamanya komik hasil karya Lat amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat Malaysia khususnya dalam kelas bahasa Melayu kerana mengandungi kesemua unsur yang telah dinyatakan. Komik Mat Som adalah komik yang dihasilkan oleh Lat dengan tujuan untuk mengetengahkan budaya hidup masyarakat tempatan di Malaysia kepada khalayak pembacanya di dalam dan luar negara. Kepelbagaian budaya di Malaysia dipaparkan dengan jelas melalui watak-watak yang mewakili semua kaum yang hidup dengan budaya masingmasing dan membentuk entiti masyarakat Malaysia. Selain watak, unsur budaya setiap kaum termasuk kaum peranakan juga dipaparkan secara langsung atau tidak langsung melalui gambaran ilustrasi dan dialog. CADANGAN DAN PANDANGAN Pada pandangan saya, BBM seperti komik ini sangat menarik terutama dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Hal ini kerana kajian ini memfokuskan lima unsur budaya, iaitu pakaian, pekerjaan, aktiviti harian, makanan dan aktiviti keagamaan. Unsur-unsur budaya tersebut merangkumi unsur-unsur budaya material dan bukan material, tetapi unsur budaya material lebih difokuskan kerana unsur tersebut merupakan unsur yang dominan dalam sesebuah masyarakat dan paling kerap ditonjolkan dalam bahan kajian. Berdasarkan analisis, didapati Lat berjaya memaparkan unsur kepelbagaian kaum di Malaysia yang melambangkan latar masyarakat majmuk di negara ini. 3

Di samping itu, Lat juga memberikan gambaran kemajmukan masyarakat Malaysia melalui karyanya. Keunikan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia menjadi teras utama dalam karya ini kerana Lat ingin mengetengahkan kebudayaan masyarakat Malaysia ke persada dunia melalui hasil karyanya. Oleh hal yang demikian, budaya Melayu lebih signifikan ditonjolkan bagi memberikan gambaran polarisasi kaum kerana hal tersebut juga sejajar dengan teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadikan budaya asal rantau ini, iaitu budaya Melayu sebagai teras utamanya. Memandangkan sifat komik Lat yang berlatar belakang budaya dan masyarakat Malaysia, maka komik ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar untuk memberikan nilai tambah kepada sistem pendidikan negara. Sifat kreatif guru dalam menyampaikan pendidikan pelbagai budaya ini penting kerana perkara tersebut akan menentukan kejayaan pengajaran. Tambahan pula, keupayaan guru mempelbagaikan bahan pengajaran akan mempengaruhi penerimaan pelajar kerana pembelajaran tidak akan statik dan membosankan. Justeru, cadangan pemilihan komik sebagai bahan bantu pengajaran dapat dijadikan alternatif kepada penggunaan buku teks kerana komik Mat Som yang dijadikan bahan kajian ini banyak menyentuh tentang budaya warisan bangsa. Perkara ini adalah penting kerana budaya adalah cerminan akal budi masyarakat yang secara tidak langsung dapat mencambahkan semangat cinta akan tanah air dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Pendidikan pelbagai budaya yang berkesan juga seterusnya dapat menjamin keharmonian negara terus berkekalan dan jati diri bangsa terus dibanggakan walaupun menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar. Oleh itu, cadangan penulis supaya komik seperti ini dijadikan bahan bantu pengajaran amatlah relevan kerana melalui komik seperti yang dihasilkan oleh Lat ini dapat memupuk semangat 1 Malaysia yang acapkali dilaung-laungkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Saya amat menyokong hal ini kerana sekurang-kurangnya seorang guru telah menggunakan daya kreativitinya dengan menggunakan komik sebagai BBM menggantikan buku teks. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih berminat untuk belajar. Selaras dengan itu, para pelajar juga dapat memahami apa yang guru ingin sampaikan dengan berkesan dan mudah. 4

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang kepelbagaian pelajar yang berada di kelasnya. Pengetahuan tentang merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat para pelajar. Selain itu, jika guru menggunakan bahan yang mudah dan boleh menarik minat mereka akan lebih cepat untuk memahami sesuatu topik. Justeru, sistem pendidikan yang berteraskan dasar-dasar nasional perlu menggunakan bahan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di negara ini sebagai unsur nilai tambah dalam melahirkan warganegara yang dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara pada masa hadapan. BIBLIOGRAFI Asiah Abu Samah (1985). Pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan. Dalam Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Samsudin Suhaili (2005). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia : Suatu Pengenalan. Dalam Mien A. Rifai ( Penyunting). Rampak Serantau (Terbitan pada Sidang ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211-223). Republik Indonesia : Panitia Kerjasama kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional. 5