BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tahap Kefahaman Warga UiTM Terhadap Konsep Wakaf: Kajian Kes di Zon Tengah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan)

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

2.0 PENYATAAN MASALAH

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Model Pengurusan Strategik

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.0 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Sehubungan itu, penulis akan mengemukakan reka bentuk kajian, subjek kajian, pendekatan kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisisan data statistik serta penutup bab. 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan halu tuju sesuatu kajian di samping mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian. Justeru, reka bentuk kajian ini adalah satu kajian tinjauan deskriptif dan inferensi yang bertujuan untuk meninjau soal-soal yang berkaitan antara motivasi dengan pembelajaran Bahasa Arab di samping mengenal pasti jenis motivasi apa yang berkesan dalam pembelajaran itu di kalangan pelajar. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui pengedaran soal selidik dalam kalangan pelajar dan temu bual semi berstruktur dalam kalangan guru. Responden-responden dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan dalam instrumen tersebut. Data kajian kemudiannya dipungut dan dianalisis dengan mengguna pakai kaedah statistik berasaskan komputer atur cara Statistical Package for Social Sciences 87

(SPSS) versi 14.0 sebelum dibentangkan. Rumusan kajian ini nanti akan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan data-data statistik yang diperoleh daripada huraian dapatan kajian. Rangka kerja kajian ini dapat ditunjukkan dalam rajah 3.1 berikut: Rajah 3.1 Kerangka Konsepsi Kajian MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Pendekatan Pembelajaran dari Perspektif Motivasi KAEDAH KAJIAN Kajian Tinjauan Mengguna pakai Pendekatan Kauntitatif dan Kualitatif SOALAN KAJIAN TEMPAT KAJIAN MATRI, Perlis OBJEKTIF KAJIAN PERSAMPELAN 131 Pelajar Ting. 4 dan 5 serta 5 Orang Guru Bahasa Arab DAPATAN KAJIAN Rumusan dan Cadangan ANALISIS DAN PEMERIAN DATA ANALISIS Statistik Deskriptif dan Ujian-t 88

3.2 SUBJEK KAJIAN 3.2.1 Populasi Populasi kajian ini melibatkan pelajar dan guru yang merangkumi lelaki dan perempuan. Jumlah populasi pelajar ialah seramai 240 orang pelajar MATRI yang terdiri daripada 125 pelajar lelaki dan 115 pelajar perempuan. Manakala populasi guru yang mengajar Bahasa Arab ialah seramai tujuh orang. Sehubungan itu, Syed Arabi Idid (2002 : 45) mengatakan bahawa pada asasnya persampelan membolehkan maklumat diperoleh daripada sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan yang lebih besar ini dikenali sebagai populasi. 3.2.2 Persampelan Kajian ini akan menggunakan Kaedah Persampelan Rawak Bersetara bagi memastikan hasil kajian boleh dipersembahkan dengan lebih efektif dan kondusif. Penulis memilih kaedah persampelan ini kerana populasi kajian meliputi latar belakang responden yang berbeza dari segi umur, aliran akademik, tingkatan dan jantina serta pengalaman seseorang guru mengajar Bahasa Arab. Sehubungan itu, sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 131 orang pelajar yang meliputi 65 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan yang dipilih secara rawak, dan 5 orang guru yang terdiri daripada tenaga pengajar Bahasa Arab. Taburan pemilihan sampel kajian bagi responden pelajar adalah dinyatakan dengan jelas seperti jadual Crosstabs 3.1 di bawah. 89

Jadual Crosstabs 3.1 Taburan Responden Pelajar Mengikut Aliran Akademik, Tingkatan dan Jantina Tingkatan Jantina Aliran Akademik Jumlah Sains Tulen Sains Sosial Tingkatan Lelaki 18 17 35 4 Perempuan 15 19 34 Tingkatan 5 Lelaki 15 15 30 Perempuan 17 15 32 Jumlah keseluruhan 131 3.3 PENDEKATAN KAJIAN Kajian ini menggabungkan kedua-dua metod kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai dalam kajian ini untuk mengumpul data primer melalui soal selidik pelajar, iaitu data yang diperoleh daripada sumber yang pertama untuk menghurai dan memberi gambaran perangkaan tentang taburan demografi, penentuan tahap dimensi jenis-jenis pendekatan motivasi dan perbandingannya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, pendekatan kajian ini juga melaporkan perangkaan yang menyentuh faktor-faktor yang menjana motivasi yang sedia ada pada diri pelajar dan pendorong pencapaian dalam peperiksaan PMR di samping latar belakang minat dan semangat mereka dalam pembelajaran Bahasa Arab. Manakala, pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data temu bual bagi menginterpretasikan perspektif guru terhadap faktor-faktor yang menghalang motivasi, ciri-ciri motivasi dan skim-skim motivasi 90

serta harapan dan cadangan responden bagaimana cara mempertingkatkan motivasi dalam kalangan pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab. 3.4 LOKASI KAJIAN Tempat kajian adalah di sebuah sekolah agama swasta di negeri Perlis yang dikenali dengan panggilan MATRI. MATRI adalah singkatan nama kepada Ma had At- Tarbiyah Al-Islamiyah yang diasaskan oleh Dato Kaya Bakti Tuan Guru Hj. Dahlan bin Mohd Zain. Ia terletak di atas sebidang tanah seluas 16.2 hektar di Perkampungan Tunjung, 02400 Beseri, Perlis, iaitu kira-kira 12 km dari bandar Kangar. MATRI terletak di lereng bukit Tunjung dengan landskapnya yang menghijau lagi harmoni di samping dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk Perkampungan Tunjung (Ghazali Saad, 2004 : 102 108). MATRI telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 8 April, No. Pendaftaran: JAIPs-AM-1/8(8). MATRI juga berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Perlis (JPNPs), dan mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 20 hb. Ogos 1994, No. Pendaftaran: JPPs.24/98. MATRI turut sama diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Antarabangsa International School, No. Kelulusan: KP(JPS) 5181/20/01/Jld.2(47) (lihat Lampiran A2, A3 dan A4). MATRI menawarkan sistem pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan arus perdana. Ia menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sepenuhnya bagi pendidikan peringkat Menengah Rendah dan Menengah 91

Atas dengan penekanan utama terhadap pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Manakala bagi peringkat Marhalah Khassah iaitu Tingkatan Enam, kurikulum yang diguna pakai ialah kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan kurikulum yang diiktiraf oleh beberapa universiti di luar negara seperti Universiti Al-Azhar, Mesir dan lain-lain. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN Dalam kajian ini penulis mengguna pakai instrumen kajian seperti berikut: 3.5.1 Soal Selidik Pelajar Subjek kajian berpandukan borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu (lihat Lampiran B1): i- Bahagian A : Demografi Responden Bahagian A mengandungi soalan nombor 1 hingga nombor 10 yang merangkumi item-item demografi pelajar dari aspek jantina, umur, keturunan, tingkatan, aliran akademik pelajar, lokasi kediaman, negeri tempat tinggal, peringkat pendidikan ibu bapa atau waris, dan pencapaian mata pelajaran BAK pada peringkat peperiksaan PMR 2006 dan 2007. 92

ii- Bahagian B : Latarbelakang Responden Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Bahagian B mengandungi saolan 11 hingga 13 yang menyentuh item-item pendorong utama responden memilih sekolah aliran agama, minat dalam pembelajaran Bahasa Arab, dan semangat mempelajari Bahasa Arab di dalam bilik darjah. iii- Bahagian C : Faktor-Faktor Yang Menjana Motivasi dan Pendorong Terhadap Pencapaian BAK Responden Bahagian ini mengemukakan soalan 14 hingga 15 yang merangkumi itemitem mengenai faktor-faktor yang mendorong motivasi sedia ada pada responden dalam pembelajaran Bahasa Arab, dan pendorong terhadap prestasi yang baik dalam mata pelajaran BAK pada peringkat PMR. iv- Bahagian D : Pendekatan-pendekatan Motivasi. Bahagian D pula meliputi item-item yang berkaitan dengan pendekatan motivasi; motivasi holistik, motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik, motivasi matlamat dan motivasi pencapaian. Bagi setiap pendekatan motivasi pula mengandungi 8 item. Jumlah keseluruhan penyataan bahagian ini adalah sebanyak 40 item. Kesemua item menggunakan Skala Likert Lima Peringkat bagi mengukur dimensi motivasi yang dikaji. 93

3.5.2 Temu Bual Semi Berstruktur Guru Dalam kajian ini, penulis juga mendapatkan data melalui temu bual semi berstruktur dengan memilih 5 orang guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Arab di MATRI. Soalan temu bual semi berstruktur terdiri daripada tiga bahagian (lihat Lampiran B2): i. Bahagian B mengandungi soalan tertutup yang membolehkan penemu bual hanya bertanya kepada responden dengan menandakan pada ruang yang disediakan bagi jawapan yang berkenaan. ii. Bahagian A dan C mengandungi soalan terbuka untuk memberi ruang kepada responden menjelaskan lagi maklumat yang diberikan. Soalan ini memberi keselesaan dan ruang kepada responden untuk melahirkan pandangan masing-masing dengan bebas tentang aspek-aspek kajian. 3.5.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian Penulisan item pada bahagian A dalam borang soal selidik adalah dibentuk sendiri oleh penulis, sementara Bahagian B dan Bahagian C berpandukan kepada kajian lampau. Bagi menentukan alat kajian ini lebih signifikan, penulis telah mengadaptasi item-item tersebut daripada beberapa buah disertasi lampau. Namun begitu, penggubalan dan penyusunan kesemua item tersebut terlebih dahulu mendapat nasihat dan panduan daripada penyelia sebelum diedarkan kepada 94

responden. Berikut adalah disertasi-disertasi yang diadaptasi oleh penulis bagi pembinaan item soal selidik dan temu bual: i- Sharifah Fatimah Binti Wan Jamal (2002), Pengaruh Guru Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Kajian Kes. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. ii- Gazilah Binti Mohd. Isa (2005), Gaya Pembelajaran Pelajar dan Hubungannya Dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. iii- Abdullah Bin Othman (2002), Persepsi Pelajar Terhadap Faktor yang Mempengaruhi Mata Pelajaran Sains. Disertasi Sarjana Universiti Utara Malaysia. 3.6 PROSEDUR KAJIAN Prosedur pengumpulan data kajian sebenar dijalankan pada bulan April 2008. Seterusnya, borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur yang lengkap diisi telah dianalisis pada bulan Julai 2008 bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dalam penulisan disertasi ini. Tatacara kajian dapat diringkaskan seperti berikut: 3.6.1 Borang Soal Selidik Sebelum soal selidik diedarkan, surat pemohonan untuk menjalankan kajian ini dihantar terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pengetua atau mudir MATRI (lihat Lampiran A1). Penulis membuat temu janji 95

terlebih dahulu sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima pada masa yang ditetapkan. Pelajar tidak mengalami sebarang kesulitan sewaktu menjawab item-item soal selidik. Penulis menerangkan secara lisan semua arahan yang terkandung dalam borang soal selidik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik tersebut dalam masa 30 minit, namun pelajar menjawab soal selidik tersebut dalam masa 20 minit sahaja. Ini bermakna 10 minit yang selebihnya dapat digunakan oleh pelajar untuk menyemak kembali item soalan yang telah dijawab. 3.6.2 Borang Temu Bual Semi Berstruktur Penulis mengedar sendiri borang temu bual semi berstruktur kepada 5 orang tenaga pengajar yang mengajar Bahasa Arab di MATRI secara rawak. Penulis tidak menghadapi masalah mengedar dan memungut balik borang tersebut. Ini kerana penulis sendiri adalah salah seorang tenaga pengajar MATRI. 3.7 PENGANALISISAN DATA STATISTIK Kaedah penganalisisan data adalah berdasarkan objektif dan soalan kajian yang telah dinyatakan. Data-data yang dikutip telah diproses dan dianalisis secara statistik berlandaskan komputer atur cara SPSS 14.0 Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Ini kerana penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas 96

daripada ralat. Seterusnya, data-data dianalisis menggunakan kaedah statistik seperti berikut: 3.7.1 Statistik Deskriptif Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk mendapat data frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai yang menerangkan tentang penghujahan keputusan dapatan kajian. Penganalisisan data-data statistik deskriptif itu juga bertujuan menjawab soalan-soalan kajian dan sekaligus mencapai objektif kajian yang digariskan. Seterusnya, data diringkaskan kepada Jadual Frekuensi frequency table dengan mengguna pakai analisis deskriptif tersebut bagi mendapat gambaran taburan data seperti profil demografi, minat dalam pembelajaran Bahasa Arab, dan faktorfaktor yang menjana motivasi tersedia ada pada pelajar serta taburan jenis-jenis pendekatan motivasi dan perbandingannya berdasarkan jantina dalam pembelajaran Bahasa Arab. 3.7.2 Statistik Inferensi Ujian-t Indenpendent Sampel T-Test yang digunakan dalam kajian ini untuk menguji sama ada terdapat kontras yang signifikan antara jenis-jenis pendekatan motivasi yang digunakan oleh responden pelajar lelaki dan perempuan dalam pembelajaran Bahasa Arab. 97

3.8 PENUTUP Secara umum, kajian ini adalah dalam bentuk tinjauan. Metodologi kajian yang disarankan ini dapat menjelaskan bagaimana kajian dapat dilakukan dengan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Justeru, bab ini penulis telah membincangkan tentang kaedah bagaimana kajian ini dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian serta kaedah penganalisisan data kajian. Bab seterusnya, penulis akan membincangkan penganalisisan dapatan kajian daripada data-data instrumen kajian. 98