GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI. GARIS PANDUAN PENGURUSAN IDENTITI Tarikh: 01/07/2016

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/GP06/ PEMANTAUAN CAPAIAN

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

Model Pengurusan Strategik

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P001 PROSEDUR PENGOPERASIAN PENGURUSAN PUSAT DATA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/DC/P001 PROSEDUR PENGOPERASIAN PENGURUSAN PUSAT DATA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

PPP-PK-05 PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR

Nota: Senarai Semak ini perlu dibaca bersama Standard dan Juruaudit dinasihatkan tidak terlalu terikat kepada senarai semak ini.

AGENDA 5.5 (b): AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) TAHUN 2018 LAPORAN KETUA JURUAUDIT DALAMAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P003

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/DC/P002

Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/GP03/KAWALAN AKSES

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

Terma & Syarat Tawaran Migrasi SharePoint 2013

KLT-PK-02 AUDIT DALAMAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

LAPORAN PELAKSANAAN SISTEM KUALITI DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JANUARI-JUN 2008 BAHAGIAN PEMBANGUNAN AUTOMASI

Bagi Skop: Program Pelaksanaan Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa

HUSM/LCD/QP-03 AUDIT DALAMAN MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk rujukan staf Pusat melaksanakan kawalan akses ke Pusat Data.

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DI UPM

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

LAPORAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

PROSEDUR AUDIT DALAM PK.UiTM.(P).03

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017)

ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3 TUJUAN... 3 1.4 TANGGUNGJAWAB... 3 1.4.1 PEMILIK SISTEM... 3 1.4.2 PEMBANGUN SISTEM... 4 1.4.3 PASUKAN PROJEK... 4 2 PEMBANGUNAN SISTEM... 5 2.1 PENGENALAN... 5 2.2 TUJUAN... 5 2.3 PERMOHONAN PEMBANGUNAN SISTEM... 5 2.4 TEMPOH PEMBANGUNAN... 6 2.5 PROSES PEMBANGUNAN SISTEM... 6 2.6 PENGASINGAN PERSEKITARAN... 7 2.7 SEMAKAN KOD SUMBER... 7 2.8 PENGUJIAN... 7 2.9 PENGGUNAAN DATA... 8 2.10 KAWALAN CAPAIAN... 8 2.10.1 KOD SUMBER... 8 2.10.2 DATA... 8 2.11 DOKUMENTASI... 8 2.12 LATIHAN... 9 3 PENYENGGARAAN SISTEM... 9 3.1 PENGENALAN... 9 3.2 TUJUAN... 9 3.3 PERMOHONAN PENYENGGARAAN... 9 3.4 TEMPOH PENYENGGARAAN... 10 3.5 PROSES PENYENGGARAAN SISTEM... 10 3.5.1 PEMBAIKAN... 10 3.5.2 PENAMBAHBAIKAN... 10

3.6 PENGASINGAN PERSEKITARAN... 10 3.7 SEMAKAN KOD SUMBER... 10 3.8 PENGUJIAN... 10 3.8.1 PEMBAIKAN... 11 3.8.2 PENAMBAHBAIKAN... 11 3.9 PENGGUNAAN DATA... 11 3.10 KAWALAN CAPAIAN... 11 3.11 DOKUMENTASI... 11 3.12 KEGAGALAN FUNGSI SISTEM... 11 4 SANDARAN KOD SUMBER... 12 5 PENUTUP... 12 6 LAMPIRAN... 13 6.1 LAMPIRAN 1 PERMOHONAN APLIKASI/LAMAN WEB BAHARU... 13 6.2 LAMPIRAN 2 PERMOHONAN PENYENGARAAN APLIKASI LAMAN WEB... 13 6.3 LAMPIRAN 3 DOKUMEN KEPERLUAN PENGGUNA... 13 6.4 LAMPIRAN 4 USER ACCEPTANCE TEST (UAT)... 13 7 GLOSARI... 14 8 RUJUKAN... 14

1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1.2 SKOP Perkembangan teknologi terkini menuntut masyarakat lebih kompeten dalam melaksanakan tugas harian. Sokongan utama bagi melancarkan kerja adalah melalui penggunaan pelbagai aplikasi. Aplikasi merupakan perisian komputer yang diprogramkan untuk membantu melaksanakan tugas. Sistem secara khususnya merupakan satu perisian aplikasi yang melibatkan pengurusan proses kerja. Pengguna sekarang semakin bijak dan kreatif dalam melahirkan cadangan sistem bagi memudahkan operasi harian mereka. Oleh yang demikian, kerja menjadi semakin lancar malah, maklumat yang diperlukan boleh diperoleh pada bilabila masa. Garis panduan ini menekankan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan dan menyenggara sesebuah sistem. Garis panduan ini hanya tertakluk kepada pembangunan dan penyenggaraan yang dilakukan di PPKT sahaja, tidak termasuk di pusat tanggungjawab yang lain. 1.3 TUJUAN a) Menggariskan peranan setiap pihak yang terlibat dalam proses semasa pembangunan, penyenggaraan dan pelaksanaan sistem. b) Menggariskan peraturan dan prosedur yang perlu dilalui semasa pembangunan, penyenggaraan dan pelaksanaan sistem. c) Menggariskan panduan untuk menguruskan proses pembangunan, penyenggaraan dan pelaksanaan sistem. 1.4 TANGGUNGJAWAB 1.4.1 PEMILIK SISTEM a) Pemohon perlu menamakan pemilik sistem di dalam borang permohonan. (Lampiran 1 - Permohonan Aplikasi/Laman Web Baharu-dicetak daripada Sistem ServisDesk) b) Pemilik sistem biasanya merujuk kepada jabatan/jawatankuasa/organisasi pemohon. c) Pemilik perlu memahami dan mengetahui dengan jelas tentang aliran kerja dan data kepada sistem.

d) Menyediakan kandungan atau maklumat yang diperlukan dalam sistem. e) Membuat keputusan terhadap setiap isu (bukan teknikal) yang berkaitan dengan sistem. f) Bertindak sebagai tempat rujukan sekiranya berlaku sebarang perubahan pada data dan aliran proses dalam sistem. g) Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyediaan, perubahan, penambahbaikkan aliran kerja dan pemilikan data. h) Merancang arah tuju dan strategi projek. i) Sekiranya projek yang dibangunkan memerlukan data daripada sumber lain, pemilik sistem bertanggungjawab sama ada : i) Mengadakan perbincangan dengan pemilik data berkenaan. Sekiranya perbincangan dirasakan tidak perlu, pemilik sistem perlu memaklumkan keperluan tersebut kepada pemilik data yang lain. ii) Meminta kebenaran daripada pemilik data berkenaan. 1.4.2 PEMBANGUN SISTEM a) Pasukan pembangun sistem dibentuk setelah permohonan sistem dipersetujui dan diluluskan untuk dibangunkan. b) Bertanggungjawab ke atas gerak kerja pembangunan dan penyenggaraan sistem. c) Bertanggungjawab ke atas usaha untuk memastikan integriti data. d) Mematuhi segala pendekatan yang telah dipersetujui dalam pasukan pembangun sistem untuk memastikan keseragaman. e) Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan dan menyelesaikan isu-isu teknikal yang timbul semasa pelaksanaan projek. 1.4.3 PASUKAN PROJEK a) Terdiri daripada pemilik sistem, wakil pembangun sistem dan servis-servis lain yang diperlukan seperti rangkaian, pangkalan data dan pelayan. b) Bertanggungjawab ke atas pengurusan projek seperti merancang, mengurus dan melaksana projek. c) Mengadakan perbincangan untuk mengumpul dan mengenalpasti keperluan sistem serta mendapat persetujuan bersama dari segi penjadualan pelaksanaan. d) Bertanggungjawab atas gerak kerja pembangunan sistem.

e) Memastikan pelaksanaan memenuhi skop/keperluan projek dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. f) Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan dan memberi cadangan penyelesaian kepada isu-isu teknikal yang timbul semasa pelaksanaan projek. 2 PEMBANGUNAN SISTEM 2.1 PENGENALAN Selain untuk mengautomasikan proses kerja, sesebuah sistem yang dibangunkan mempunyai tugasan dan tujuan tertentu. Namun, setiap proses yang dilalui untuk menghasilkan sesebuah sistem adalah sama. Pembangunan sistem di USM terbahagi kepada dua iaitu sistem berasaskan web (web-based) dan sistem berasaskan pengguna (client-based). Antara bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah PB Script, asp, asp.net dan php. 2.2 TUJUAN a) Memastikan proses pengurusan pembangunan sistem berada dalam laluan yang betul. b) Memelihara integriti data dan sistem. c) Memenuhi konsep asas pembangunan sistem. d) Memastikan aktiviti pembangunan sistem berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2.3 PERMOHONAN PEMBANGUNAN SISTEM a) Permohonan boleh dilakukan melalui Sistem ServisDesk. (Lampiran 1 - Borang Permohonan Aplikasi/Laman Web Baharu-dicetak daripada Sistem ServisDesk) b) Pemohon mestilah terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional di jabatan tersebut. Sekiranya pemohon bukan daripada kumpulan Pengurusan & Profesional, pemohon perlu mendapatkan pengesahan ketua jabatan. c) Permohonan mesti disertakan dengan dokumen keperluan pengguna yang lengkap. (Lampiran 3 - Lampiran Dokumen Keperluan Pengguna) d) Permohonan mesti melalui proses kelulusan seperti yang telah dipersetujui dalam Standard Operating Procedure (SOP). e) Kelulusan permohonan tertakluk kepada pihak PPKT.

2.4 TEMPOH PEMBANGUNAN a) Tempoh pembangunan adalah berdasarkan skop dan kerumitan sistem yang dibangunkan. b) Tempoh untuk menyiapkan sebuah sistem adalah bergantung kepada keputusan pasukan projek. Walau bagaimanapun, ia berubah mengikut keperluan, penglibatan dan maklum balas daripada pasukan projek. c) Sebarang perubahan tempoh perlu dipersetujui oleh pasukan projek. 2.5 PROSES PEMBANGUNAN SISTEM a) Langkah-langkah dalam pembangunan sistem diadaptasikan daripada SDLC Waterfall Model. b) SDLC Waterfall Model terdiri daripada : Pengenalan projek Perancangan projek Kenal pasti keperluan projek Rekabentuk & pembangunan Pengujian Rajah 1 Maklum balas Pemasangan c) Pengesahan pemilik sistem diperlukan selepas proses kenal pasti keperluan projek dilakukan untuk mengelakkan perubahan yang berulang-ulang. (Lampiran 3 - Lampiran Dokumen Keperluan Pengguna). d) Sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri berikut : i. Mesra pengguna dan mudah digunakan;

ii. ID dan katalaluan single sign-on digunakan sebagai pengesahan login bagi pengguna staf dan pelajar; iii. Mempunyai proses pengesahan input (input validation) sebelum data disimpan dalam pangkalan data; iv. Berupaya untuk mengelak pencerobohan dan manipulasi data dari pihak luar; v. Bersifat lebih fleksibel, contohnya sistem masih boleh berfungsi walaupun berubah pangkalan data; dan vi. Masih boleh dikembangkan iaitu tidak terhad kepada satu-satu fungsi. 2.6 PENGASINGAN PERSEKITARAN a) Persekitaran pembangunan dan operasi sebenar untuk kod sumber dan pangkalan data diasingkan. b) Jika berlaku pertambahan atau perubahan pada kod sumber dan struktur pangkalan data selepas proses pengujian, perubahan tersebut perlu dilakukan di persekitaran pembangunan terlebih dahulu. Perubahan tersebut hanya boleh diletakkan dalam persekitaran sebenar setelah diuji dan didapati tiada sebarang ralat. 2.7 SEMAKAN KOD SUMBER Pembangun sistem boleh meletakkan kod sumber sistem di repositori (USM Application Framework and Repository) untuk disemak oleh pembangun lain. 2.8 PENGUJIAN a) Kategori pengujian terdiri daripada ujian dalaman, ujian luaran dan ujian pengguna. b) Pengujian sistem perlu dilaksanakan di persekitaran pembangunan dan operasi. c) Sistem bukan hanya diuji oleh pembangun sistem, malah mesti diuji oleh pemilik sistem dan pengguna yang mungkin terdiri daripada pelajar atau staf. d) Pengujian mesti dilakukan untuk memastikan kondisi yang telah ditetapkan oleh pemilik sistem telah diambil kira. e) Penguji sistem mempunyai senarai lengkap untuk setiap situasi yang akan diuji. Ujian perlu dilaksanakan mengikut pelan ujian yang didokumenkan yang merangkumi pelbagai senario yang mungkin akan berlaku semasa sistem digunakan dalam persekitaran operasi sebenar.

f) Pembangun sistem perlu menyediakan User Acceptance Test (UAT) sebagai persetujuan sistem yang dibangunkan memenuhi kriteria yang diingini oleh pemilik sistem dan telah siap sedia untuk digunakan. (Lampiran 4 - User Acceptance Test (UAT)) g) Pengujian ketahanan sistem daripada dicerobohi mesti dilakukan untuk tujuan keselamatan sistem, kod sumber dan data dengan bantuan Unit Keselamatan ICT. 2.9 PENGGUNAAN DATA a) Data yang digunakan semasa pengujian mesti dihapuskan sebelum sistem digunakan untuk mengelakkan kekeliruan data. b) Jika data operasi yang sedia ada (daripada sistem lain) perlu digunakan dan diubah semasa proses pembangunan dan juga pengujian, pastikan sambungan ke pangkalan data adalah ke pangkalan data khas untuk pembangunan (bukan data sebenar) untuk mengelak kesalahan maklumat dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. c) Sekiranya data operasi sedia ada (daripada sistem lain) digunakan sebagai rujukan atau sebagai kriteria dalam sistem yang sedang dibangunkan, ianya tidak boleh diubah untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan data terutama bagi data-data yang dianggap sensitif. 2.10 KAWALAN CAPAIAN 2.10.1 KOD SUMBER Hanya pasukan pembangun sistem sahaja dibenarkan mempunyai capaian kepada kod sumber sama ada dalam persekitaran pembangunan mahu pun persekitaran operasi sebenar. 2.10.2 DATA Sebarang capaian kepada data sama ada daripada dalam atau luar sistem perlu meminta keizinan dan pengesahan daripada pemilik sistem. 2.11 DOKUMENTASI a) Dokumentasi teknikal disediakan oleh pembangun sistem berdasarkan dokumen keperluan pengguna setelah dokumen tersebut dianalisa (Lampiran 5 Laporan Teknikal Pembangun Sistem) b) Dokumentasi pembangunan sistem yang lengkap perlu disediakan oleh pasukan pembangun sistem: i. Analisis sistem;

ii. Rekabentuk sistem; iii. Aliran data & aliran kerja; dan iv. Kamus data. c) Manual pengguna disediakan oleh pasukan projek sebelum sistem digunakan oleh pengguna. 2.12 LATIHAN a) Pasukan projek perlu menguruskan sesi latihan kepada pengguna. b) Sesi latihan akan memberi pendedahan kepada pengguna tentang cara-cara menggunakan sistem dengan betul. 3 PENYENGGARAAN SISTEM 3.1 PENGENALAN Penyenggaraan merupakan proses untuk membetulkan ralat atau menambahbaik sistem yang sedia ada. Ia bukan perkara yang mudah kerana kesilapan semasa penyenggaraan boleh memberi kesan kepada sistem sedia ada. Kategori penyenggaraan terbahagi kepada: 1) Pembaikan 2) Penambahbaikan 3) Bantuan perkhidmatan 3.2 TUJUAN a) Memastikan sistem sentiasa relevan untuk digunakan pada setiap masa. b) Memelihara integriti data dan sistem. 3.3 PERMOHONAN PENYENGGARAAN a) Permohonan penyenggaraan boleh dilakukan melalui sistem ServisDesk (Lampiran 2 - Borang Permohonan Penyenggaraan Aplikasi/Laman Web - dicetak daripada Sistem ServisDesk) b) Permohonan untuk penambahbaikan adalah daripada kumpulan Pengurusan & Profesional di jabatan pemohon. Sekiranya pemohon bukan daripada kumpulan Pengurusan & Profesional, pemohon perlu mendapatkan pengesahan ketua jabatan.

c) Permohonan penambahbaikan mesti melalui proses kelulusan seperti yang telah dipersetujui dalam Standard Operating Procedure (SOP). d) Untuk kategori penambahbaikan, permohonan mesti disertakan dengan dokumen keperluan pengguna yang lengkap. (Lampiran 3 - Dokumen Keperluan Pengguna) 3.4 TEMPOH PENYENGGARAAN Kiraan tempoh bergantung kepada kategori penyenggaraan, tahap kritikal dan kesukaran. 3.5 PROSES PENYENGGARAAN SISTEM 3.5.1 PEMBAIKAN Kenalpasti di mana berlakunya ralat dan betulkan pada kod sumber. 3.5.2 PENAMBAHBAIKAN a) Penambahbaikan yang melibatkan perubahan major perlu melalui proses awal kitar hayat pembangunan sistem. Ia bertujuan untuk melihat semula proses-proses yang lain kerana dikhuatiri perubahan yang diminta boleh memberi kesan kepada proses sedia ada. b) Penambahbaikan yang melibatkan perubahan minor boleh dilakukan selepas pembangun sistem mengenal pasti tiada perubahan besar terhadap proses kerja dan struktur data sedia ada. 3.6 PENGASINGAN PERSEKITARAN a) Perubahan perlu dilakukan berasingan dengan operasi supaya tidak mengganggu proses semasa. b) Jika berlaku pertambahan atau perubahan pada kod sumber dan struktur pangkalan data selepas proses pengujian, perubahan tersebut perlu dilakukan di persekitaran pembangunan terlebih dahulu. Perubahan tersebut hanya boleh diletakkan dalam persekitaran sebenar setelah diuji dan didapati tiada sebarang ralat. 3.7 SEMAKAN KOD SUMBER Pembangun sistem boleh meletakkan kod sumber sistem di repositori (USM Application Framework and Repository) untuk disemak oleh pembangun lain. 3.8 PENGUJIAN Kategori pengujian terdiri daripada ujian dalaman, ujian luaran dan ujian pengguna.

3.8.1 PEMBAIKAN Pengujian perlu dilakukan pada perubahan yang dilakukan oleh pembangun sistem dan pemilik sistem. 3.8.2 PENAMBAHBAIKAN a) Pengujian perlu dilakukan terhadap perubahan yang diminta oleh pemilik sistem. Pengujian perlu dilakukan oleh pembangun dan pemilik sistem. b) Sekiranya perubahan ada melibatkan proses-proses lain di sekelilingnya, maka pengujian perlu dilakukan pada proses berkenaan juga. Tidak mustahil proses pengujian perlu dilakukan pada keseluruhan sistem. c) Ujian ketahanan sistem juga perlu dilakukan pada perubahan yang dilakukan untuk mengelakkan pencerobohan. 3.9 PENGGUNAAN DATA a) Data operasi tidak boleh digunakan. Jika ingin menggunakan data tersebut sebagai contoh data untuk pengujian, ia perlu diasingkan supaya tidak mengganggu operasi sebenar untuk mengelakkan perubahan pada data sebenar. b) Data operasi hanya boleh dirujuk tetapi tidak boleh diubah kecuali berlaku perubahan sistem yang memerlukan perubahan pada data operasi contohnya seperti perubahan kod. Kes sebegini dirujuk sebagai proses data cleaning. 3.10 KAWALAN CAPAIAN Hanya pembangun sistem sahaja dibenarkan mempunyai capaian kepada kod sumber sama ada dalam persekitaran pembangunan mahu pun persekitaran operasi sebenar. 3.11 DOKUMENTASI a) Dokumentasi perlu dikemaskini selari dengan perubahan yang berlaku. Segala perubahan yang dilakukan perlu direkodkan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. b) Panduan pengguna perlu selaras dengan perubahan yang dilakukan untuk memberi makluman terkini kepada pengguna. 3.12 KEGAGALAN FUNGSI SISTEM a) Makluman kegagalan sistem kebiasaannya adalah daripada pengguna atau pemilik sistem.

b) Pembangun sistem perlu menyiasat punca kejadian dan melaporkan kepada ketua unit berkaitan. c) Pembangun sistem perlu memaklumkan tempoh downtime kepada pengguna. d) Sekiranya perlu, minta bantuan daripada perkhidmatan yang berkaitan contohnya daripada Unit Pengurusan Pusat Data untuk membuat semakan pada pangkalan data dan pelayan. 4 SANDARAN KOD SUMBER a) Persediaan perlu dilakukan supaya apabila sesuatu kejadian terjadi, sistem masih boleh digunakan walaupun terdapat downtime. Sekurang-kurangnya, tempoh downtime boleh dikurangkan dan persediaan awal telah dilakukan. b) Memastikan sistem boleh dipulihkan sekiranya berlaku bencana atau kegagalan medium. c) Menghasilkan salinan untuk mengelakkan sistem tidak boleh digunakan disebabkan fail kod sumber hilang. d) Salinan kod sumber tersebut akan menjadi standby mode dalam apa juga keadaan. e) Selain pembangun sistem mesti membuat sandaran sendiri terhadap sistem-sistem yang dibangunkan dan disenggara secara berkala, mereka juga perlu membuat salinan di repositori (USM Application Framework & Repository) 5 PENUTUP Diharapkan garis panduan ini akan dipatuhi dan menjadi rujukan kepada semua pihak yang terlibat.

6 LAMPIRAN 6.1 LAMPIRAN 1 PERMOHONAN APLIKASI LAMAN WEB BAHARU 6.2 LAMPIRAN 2 PERMOHONAN PENYENGARAAN APLIKASI LAMAN WEB 6.3 LAMPIRAN 3 DOKUMEN KEPERLUAN PENGGUNA 6.4 LAMPIRAN 4 DOKUMEN UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) 6.5 LAMPIRAN 5 DOKUMEN TEKNIKAL PEMBANGUN SISTEM

7 GLOSARI TERMA Standard Operating Procedure (SOP) Kitar Hayat Pembangunan Sistem System Development Life Cycle (SDLC) Kod Sumber Kondisi Ralat Struktur Pangkalan Data Data Operasi Kegagalan Fungsi Sistem Pusat Tanggungjawab DEFINISI Dokumen yang menjelaskan kaedah yang perlu diikuti setiap kali melaksanakan sesuatu tugas SDLC merupakan metodologi pembangunan sistem. Ia adalah sebuah rangka kerja yang terdiri daripada beberapa fasa. Skrip yang ditulis oleh pembangun sistem menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan Syarat atau kriteria yang telah digariskan oleh pemilik sistem Kesilapan yang berlaku akibat daripada kod sumber atau data Susunan data-data yang disimpan dalam satu tempat dan diuruskan secara logikal untuk kemudahan capaian data Data sebenar yang dimasukkan atau dikemaskini oleh pengguna Ketidakupayaan sistem untuk beroperasi seperti biasa Jabatan, pusat pengajian atau pusat di universiti 8 RUJUKAN 1) Dasar Teknologi Maklumat & Komunikasi, 2011. 2) Dasar dan Garis Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Bandaraya Ipoh, 2010. 3) Garis Panduan Dan Prosedur Keselamatan ICT USM.