SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

015/025/035 MATEMATIK

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

KAJIAN TINDAKAN 2011

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

GRED MATEMATIK UPSR. C Kertas 1 Markah Rendah. Kertas 1 - Markah Tinggi Kertas 2 - Markah Tinggi. Mungkin dapat A atau B

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELAN BERTINDAK MATEMATIK UPSR 2009 SK. JLN. SG. BESI ( 1 )

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

SK (2) TAMAN KERAMAT

Siti Nor Azzila Amit

Transkripsi:

SONANGBAH TU! Oleh Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kelas SBT (Skim Baucer Tuisyen) yang telah dijalankan dari tahun 2004 adalah semata-mata memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid-murid daripada kalangan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar yuran tuisyen. Dalam kelas SBT Matematik Tahun 4A yang saya kendalikan, terdapat seorang murid (nama samaran Otin) yang menghadapi masalah dengan pembelajarannya lebih-lebih lagi dalam menukarkan unit minit kepada unit jam. Dia masih terikat dengan kaedah mengumpul semula dalam nombor bulat. Di samping itu, dia kurang berminat dalam pelajaran. Ini membuat saya terpaksa menjalankan satu aktiviti khas untuk murid ini. Kajian ini bertujuan untuk memastikan penukaran unit dalam minit dan jam betulbetul difahami oleh Otin dan juga untuk mendorong Otin belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya hampir putus asa bila Otin pada satu ketika mengatakan bahawa saya menggunakan kaedah yang salah sebab Otin biasa menggunakan kaedah pengumpulan semula yang melibatkan nombor bulat. Walau bagaimanapun, saya tidak mengalah dan terus berjuang untuk membantu Otin yang masih keliru dan kurang berminat unuk belajar. PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Koran adalah sebuah sekolah kategori Luar Bandar. Jarak sekolah ini dari Bandar Serian ialah 15 kilometer dan boleh dihubungi dengan jalan raya berturap yang sering kali berlopak akibat lori-lori sawit yang tidak berhenti-henti lalu-lalang ke Kilang Sawit Semengkeng di kawasan Mongkos. Sekolah ini mempunyai 12 buah bilik kelas sekolah rendah dan sebuah kelas pra. Juga terdapat kelas pemulihan, bimbingan dan kaunseling dan pendidikan khas. Bilangan murid kesemuanya adalah 361 orang, guru seramai 28 orang termasuk guru besar, seorang PRA, PAR, PT, cleaner dan seorang jaga pada waktu malam dan hujung minggu. Sekolah ini dikelilingi oleh 7 buah kampung Bidayuh dan kebanyakan ibu bapa adalah petani. Sekolah ini tidaklah menonjol sangat dalam pencapaian UPSR. Dalam tahun 2000, pencapaian kelulusan UPSR adalah 19.2 peratus (%) yang mana pada masa itu, sekolah ini dikategorikan sebagai SPR (Sekolah Pencapaian 47

Rendah). Pada tahun 2001, peratus pencapaiannya meningkat sedikit kepada 32.4%; pada tahun 2002 kepada 33.3%, dan pada tahun 2003 ialah 52.6 % dan pada tahun 2004 meningkat kepada 64.5%. Walaupun keputusannya tidaklah begitu menonjol tetapi ada menunjukkan peningkatan setiap tahun. Saya telah menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Rajang pada tahun 1988 hingga 1989. Penempatan saya yang pertama ialah di SK Rumah Barat, Subis, Miri. Dari sana, saya dipindahkan ke SK Nyelitak, Simunjan sehingga tahun 1983. Pada penghujung tahun 1983 sehingga sekarang, saya mengajar di SK Koran, Serian. Saya pernah mengajar pelbagai jenis mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup sebab opsyen saya di maktab adalah Am. Mulai 1 September 2002, saya dilantik menjadi Guru Bimbingan sekolah rendah sehingga sekarang. Otin, seorang murid yang aktif dan kadang kala menjadi SNIOP(Subject Negative Influence Other People) menimbulkan masalah kepada guru-gurunya dan juga saya sebagai guru SBTnya. Dia mempunyai lima orang adik beradik berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah. Jarak rumahnya dari sekolah adalah 3 kilometer dan beliau berjalan ke sekolah tiap-tiap hari yang memakan masa lebih kurang ½ jam. Walau pun dia datang dari keluarga yang berpendapatan rendah, namun ibunya sentiasa membekalkan dia dengan nasi walaupun bersayurkan dawǔ bandung sahaja. Dari segi prestasi dalam pembelajaran, Otin masih jauh ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya. KEPERIHATINAN SAYA Pada awal Jun 2005, saya begitu kecewa dengan sikap Otin yang langsung tidak memahami apa yang saya hendak sampaikan kepadanya. Otin seolah-olah tidak ingin menggunakan kaedah yang saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan minit dan jam tetapi sebaliknya tetap menggunakan kaedahnya sendiri iaitu kaedah yang Otin pelajari dari guru Matematiknya. Otin tetap dengan pendiriannya bahawa kaedah yang dia guna pakai yang dipelajari daripada guru Matematiknya adalah lebih mudah dan senang difahami. Kaedah tersebut 48

memang senang difahami tetapi kaedah itu hanya boleh digunakan pada nombor bulat sahaja. Walaupun berulang kali diberitahu dan dibimbing dalam kelas, namun Otin masih juga menggunakan kaedah mengumpul semula dalam nombor bulat untuk topik yang diajar berkaitan dengan minit dan jam. Ini menimbulkan persoalan dalam hati saya adakah saya ini membuat apa yang sepatutnya atau tidak? Bila saya renung balik apa yang saya telah ajar, ternyatalah perasaan saya itu hanya perasaan yang tidak ada pendirian. Maka saya bertegas dengan diri saya sendiri bahawa apa yang saya ajar merupakan pengajaran yang sebenarnya dan yakin bahawa apa yang saya ajar adalah betul. Menukar unit minit kepada unit jam harus saya tegaskan dan bimbinglah dengan sedaya upaya saya yang boleh untuk menukar persepsi Otin terhadap kumpul semula. FOKUS KAJIAN SAYA Kajian saya ini saya fokuskan kepada Otin daripada kelas Tahun 4A yang belum menguasai penukaran unit minit kepada jam dan juga ada kalanya menimbulkan kebisingan dan gangguan dalam kelas. Pada awal bulan Jun, Otin menunjukkan bahawa dia belum lagi memahami apa yang saya ingin sampaikan berkaitan dengan topik ini. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan 4 jam 20 minit + 1 jam 40 minit; Otin memberi jawapan 5 jam 60 minit. Satu lagi contoh ialah untuk penyelesaian berkaitan dengan 23 jam 24 minit + 33 jam 43 minit, jawapannya ialah 56 jam 67 minit. Ekoran daripada itu, saya mula merancang satu program khas untuk membantu Otin dalam aspek ini. TINJAUAN AWAL Otin adalah seorang murid yang aktif dalam kelas. Dia sangat cergas dan ada-ada saja karenahnya. Inilah yang kadang kala membuat murid-murid lain bising dan suka mengganggu orang lain. Dia cepat bosan kalau sesuatu perkara itu diulang-ulang. Inilah yang membuatnya menjadi tidak tenteram dalam kelas. Sikap Otin ini tidak begitu menyenangkan hati guru-gurunya dan sering kali dipanggil oleh guru disiplin. Namun, Otin sukar mengubah perangainya. Menurut Imam Al Gazali, manusia itu dilahirkan tidak sempurna. Hanya apa yang sedia ada padanya ialah ia mempunyai 49

sifat-sifat kemalaikatan dan kehaiwanan, ada kelemahan yang tersendiri dan ada unsur manusia. Al Gazali dan Carl Rogers menyatakan bahawa manusia dipengaruhi oleh konsep kendiri. Maka dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan Otin sepenuhnya. Kita harus cari punca atau penyebab kepada perangai Otin yang tidak begitu disenangi itu. Bila puncanya diketahui, baharulah kita boleh mengubatinya. Sepanjang tempoh SBT dari bulan Februari yang lepas sehingga bulan Mei, Otin jarang lulus ujian atau latihan yang diberi. Ini adalah kerana dia tidak mengambil berat terhadap pelajarannya dan sering kali berkata, Sonangbah tu! tetapi kesilapan yang dibuat semasa menjawab soalan-soalan ujian adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Entah dari kamus mana dia mendapat perkataan sonang. Saya pun tidak tahu dan ungkapannya itu tidaklah sepadan dengan hasil kerjanya. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan agar Otin boleh menukar unit minit kepada unit jam dan sebaliknya. PERANCANGAN TINDAKAN Dalam memenuhi objektif kajian ini, saya telah merancang satu program bimbingan khas untuk Otin. Saya menghasilkan satu latihan khas untuk Otin yang perlu dilaluinya dalam tempoh tiga minggu yang membabitkan 3 masa SBT. Ini adalah bertujuan membuka minda Otin agar mendapat perhatian yang penuh dan dapat bersaing dan seiring dengan murid lain dalam topik ini walaupun sikapnya yang menganggapkan kaedah yang saya guna pakai dalam penyelesaian masalah Matematik berkaitan dengan tajuk ini sukar diterimanya. Satu lagi tindakan yang saya ambil ialah memberi Otin bimbingan individu secara intensif di tempat yang kalis gangguan. Pada hari pertama saya masuk kelas SBT matematik Tahun 4A, saya dapati muridmuridnya tidaklah mundur sangat. Ini memberi ransangan kepada saya untuk terus 50

membimbing kelas itu ke tahap cemerlang. Saya juga sering mengingatkan diri bahawa kelas ini adalah kelas anjakan dari Tahap I kepada Tahap II yang mana proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara perbezaannya bagi murid-murid yang agak lembab tetapi adalah suatu yang biasa bagi murid-murid yang memang cerdas. Guru-guru yang mengajar Tahun 4 juga harus peka terhadap perubahan ini dan harus membimbing murid-murid yang ketinggalan. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN DAPATAN KAJIAN Pada 28 Jun 2005, saya edarkan lembaran kerja kepada semua murid dalam kelas SBT Matematik Tahun 4A manakala untuk Otin, saya memberi satu latihan khas yang mana murid-murid lain sudah faham dan pandai buat. Saya biarkan Otin membuat latihan yang mengandungi 10 soalan untuk diselesaikan dalam masa 20 minit. Bila saya meminta Otin mula, dia terus belek kertas latihan yang saya beri dan mula menjawab. Beliau dapat habis latihan itu dalam masa 6 minit sahaja. Bila disemak, tidak satu pun yang betul. Rajah 1 menunjukkan hasil kerja Otin untuk 10 soalan yang saya berikan pada latihan khas tersebut. Saya berasa sangat kecewa. Saya berikhtiar mencari jalan penyelesaian tajuk ini untuk Otin. Rajah 1: Hasil kerja Otin sebelum tindakan 51

Pada hari berikutnya, saya meminta izin daripada guru mata pelajarannya untuk membawa Otin ke Pusat Sumber Sekolah untuk memberi bimbingan secara individu. Saya melakukan ini sebab sudah banyak kali saya cuba bimbing dia dalam kelas tetapi masih gagal sebab gangguan dari murid-murid lain. Pada mulanya dia enggan datang sebab pada masa itu adalah masa PJK dan dia tidak mahu ketinggalan kelas itu. Saya tidak berputus asa. Pada minggu berikutnya, saya cuba lagi untuk mendapatkannya. Kali ini saya pilih mata pelajaran yang tidak begitu menarik minatnya untuk menjalankan bimbingan. Dia pun datang dan bila sampai ke Pusat Sumber, dia berjalan-jalan sambil membelek buku-buku yang ada di Pusat Sumber. Melihat kelakuannya yang sedemikian, saya mula memasang ASTRO saluran kartun. Dia berhenti dan memandang ke set television. Otin pun duduk dan terpaku dengan siaran kartun itu. Alangkah seronoknya Otin duduk seorang diri di depan televisyen, ketawa dan tersenyum sendiri. Masa iklan, saya mula menanya, Bagaimana Otin, boleh kita bincang? Boleh Cikgu, katanya. Dengan peluang yang tipis ini, saya pun terus ke tajuk perbincangan iaitu menukar unit minit ke unit jam dan sebaliknya. Saya memberi Otin satu latihan di papan putih. Saya tulis dengan besar dan terang seperti berikut. 2 jam 24 min + 1 jam 57 min Jawapan yang diberi Otin ialah seperti berikut: 2 jam ¹24 min + 1 jam 57 min 3 jam 81 min Saya kata, Itu salah! Kebetulan, rancangan kartun ditayangkan semula dan Otin menoleh ke arah televisyen lagi. Nasib menyebelahi saya kerana hari mula hujan dan siaran televisyen pun terputus akibat low satellite signal. Sial punya tv, ujar Otin dan beli kembali memberi tumpuan kepada saya. Dengan bantuan hujan, saya 52

pun menerangkan kepada Otin cara yang ringkas untuk menukar minit ke jam seperti berikut. ¹2 jam ¹24 min + 1 jam 57 min 4 jam 81-60 (60 minit sama dengan 1 jam) 21 min Lagi Cikgu, kata Otin. Apa lagi! Saya pun meneruskan latihan-latihan yang saya telah sediakan. Setelah tiga latihan saya berikan, saya pun menukar cara. ¹2¹4 jam 36 min ¹36 + 36 jam 49 min + 49 61 jam 25 min 85 Sama dengan 1 jam di - 60 bawa ke depan 25 Jawapan dalam minit Setelah selesai, saya berikan dua lagi latihan untuk Otin habiskan. Ternyata Otin boleh buat mengikut kaedah yang saya tunjukkan. Aduh! saya luahkan isi hati saya. Kenapa Cikgu? Cikgu sakitkah? tanya Otin. Ya, hati Cikgu terasa sakit sebab gembira, saya berkata. Pasal apa Cikgu? tanya Otin. Saya berkata, Otin, kau telah berjaya. Pada 12 Julai 2005, saya memberi Otin sekali lagi latihan yang telah dibuatnya suatu ketika dahulu. Hasil kerja beliau memang memberangsangkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Semuanya dijawab dengan betul. 53

Rajah 2: Hasil kerja Otin selepas tindakan Saya seterusnya memberi Otin 50 sen. Tindakan saya itu agak salah sebab setiap kali saya bagi latihan, Otin akan berkata, kalau betul semua, berapa puluh sen Cikgu? Saya sekarang dalam dilema sebab kalau saya asyik beri hadiah dalam bentuk wang sahaja, saya pula akan menanggung bebanan kewangan dan akan membawa akibat yang tidak baik kepada murid sebab kalau tiada hadiah, kerja tidak akan dibuat bersungguh-sungguh. Saya pun buat ketetapan bahawa sesiapa yang boleh buat dengan betul kesemua latihan (4 latihan sebulan), barulah dapat hadiah tetapi hadiahnya RM1.00. Semua murid termasuk Otin bersorak gembira. Mereka tidak mereka tahu bahawa dalam 10 soalan yang saya beri pada setiap latihan, dua soalan adalah soalan dari aras yang sangat tinggi. Sudah tentu sukar untuk murid mendapat semua jawapan yang betul. 54

REFLEKSI Jangkaan awal saya terhadap Otin ini tidaknya begitu tepat sebab ketidakbolehan Otin membuat dan menyiapkan kerjanya dengan betul dipengaruhi juga oleh sikap dan minatnya. Sikapnya yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya yang mendorong Otin ke dunia khayalan yang menganggap sesuatu itu senang dan tidak membuatnya dengan bersungguh-sungguh. Minat Otin yang kuat terhadap hiburan mempengaruhi sikap Otin terhadap pelajarannya. Namun, dengan munculnya hujan semasa di Pusat Sumber yang menyebabkan siaran ASTRO tergendala sangat-sangat membantu saya dalam membantu Otin. Otin boleh mengubah sikapnya semasa itu sebab tidak ada perkara yang menarik perhatiannya. Dengan bebasnya dari gangguan, maka saya boleh membimbing Otin untuk menumpu perhatian kepada pelajaran. Dengan tumpuan Otin yang singkat itu, dapat juga kesan positif dari segi perubahan sikapnya serta dapat menyelesaikan soalan-soalan yang saya berikan. Malahan sejak hari itu, saya lihat Otin semakin rajin memberi perhatian terhadap pelajarannya tetapi kenakalannya masih lagi tersirat. Kenakalannya sudah dapat dikawalnya dan tidak seperti dahulu. Bila diminta membuat kerja, dia akan buat dan tidak membantah lagi. Saya dapat membuat kesimpulan bahawa tidak ada kaedah yang paling tepat untuk menyampaikan sesuatu kepada murid saya walau pun kadang kala tindakan saya melanggar etika pembelajaran. Saya harus pelbagaikan kaedah dan jangan takut mencuba sesuatu yang mungkin dianggap remeh. Dalam kes Otin, cerita kartun ASTRO yang tergendala disebabkan hujan menyebabkan Otin mengalih tumpuannya kepada saya pada masa itu. Saya akan terus membuat kajian tetapi tumpuan adalah pada masalah disiplin di sekolah sebab kalau tahap disiplin di sekolah adalah lemah, maka pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 55

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. 56