PILIHANRAYA UMUM KE-12: TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

DASAR ANTI RASUAH RGIS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK BACHOK KELANTAN

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001: PEKELILING NO. 1/2018

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Tatakelakuan. Pembekal

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT BUKAN JAWAB LISAN DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN KKLW

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

~I~~I Msci ~..I,.!~.~ I

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SENARAI TUGAS GURU BESAR

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Transkripsi:

KEPADA: CALON-CALON PILIHANRAYA (PARLIMEN & DUN) PERTUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK MALAYSIA KERAJAAN YANG BAKAL DIBENTUK (PUSAT & NEGERI) PEMIMPIN MASYARAKAT & RAKYAT MALAYSIA PILIHANRAYA UMUM KE-12: TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA BISMILLĀHIRRAHMĀNIRRAHĪM Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang MENYEDARI bahawa nilai-nilai Islam yang luhur merupakan ciri terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam yang bermaruah dan peranan pemimpin amat penting dalam membentuk dan mencorakkan masyarakat ini. MENERIMA hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses pilihanraya. MENGINSAFI bahawa hak untuk memilih kerajaan melalui proses pilihan raya perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab. MEYAKINI bahawa rakyat mempunyai kebebasan untuk memilih sebuah kerajaan yang baik dan berupaya untuk memenuhi aspirasi mereka.

Pertubuhan-pertubuhan Islam arus perdana, tokoh-tokoh masyarakat dan individu-individu yang prihatin mempertegaskan tuntutan-tuntutan berikut: 1. Mendaulatkan Islam Melalui Undang-Undang dan Pelaksanaannya Islam mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem politik dan undang-undang di Malaysia. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan memperakui status institusi-institusi Islam serta memberi kuasa kepada mahkamah-mahkamah syariah untuk melaksanakan undang-undang Islam. Kami menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih: 1.1 Mempertegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara majoriti Islam yang mengiktiraf peranan penting agama Islam dalam sistem politik, ekonomi dan undang-undang negara. Segala tuntutan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular mesti ditolak. Ini termasuk tuntutan untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bertujuan mempromosi hak kebebasan beragama berlandaskan faham sekular-liberal dan saranan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam. 1.2 Mempertahan dan mendaulatkan kesucian Islam serta menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang tindakan mempersendakan Islam secara lisan, cetak atau melalui media elektronik dan media siber, perlu ditangani secara tegas dan serius mengikut peruntukan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. 1.3 Mempertahan dan memperkasakan kedudukan serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 121 (1A) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pertikaian undangundang yang berkaitan dengan agama Islam hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Kami juga menuntut: 2

(a) Memperluaskan bidangkuasa jenayah dan mal mahkamah syariah di Malaysia melalui pindaan kepada Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri. (b) Menyamatarafkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil dari segi perjawatan, penggajian dan kedudukan (c) (d) Menyeragamkan undang-undang Islam di seluruh negara Mewujudkan Akta Profession Guaman Syarie bagi memperkemaskan penyeliaan Peguam-Peguam Syarie seluruh negara. 1.4 Segera menggubal dan mewartakan undang-undang menghalang kegiatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam di Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Kami menyatakan kekecewaan atas kegagalan negeri-negeri di atas yang sehingga kini masih gagal menggubal dan mewartakan undang-undang tersebut. 1.5 Meningkatkan tahap keberkesanan dan profesionalisme agensi-agensi Islam kerajaan dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Kami menuntut peruntukan yang disalurkan kepada agensi-agensi tersebut digunakan dan diuruskan secara optima dan berkesan. 1.6 Memandangkan pengiktirafan halal menjadi satu tanda aras kepada kualiti dan kebersihan makanan untuk umat Islam dan bukan Islam, serta membuka pasaran yang lebih luas, kami menuntut agar Akta Makanan dan Pemprosesan Halal digubal supaya penguatkuasaan perihal makanan halal diketatkan dan mereka yang menyalahgunakan tanda halal dikenakan hukuman berat, termasuk hukuman disenaraihitamdan pemiliknya dihukum penjara. 1.7 Mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana majikan yang menyukarkan atau 3

menghalang pekerja-pekerja Islam daripada mengamalkan tuntutan-tuntutan Islam seperti pemakaian tudung, menutup aurat, menunaikan solat dan lain-lain syiar Islam. Kami menyeru agar tindakan diambil bagi memboikot syarikatsyarikat yang mengamalkan dasar diskriminasi ini. 2. Pendidikan dan Da wah Seorang Muslim yang baik lebih dapat diharapkan untuk menjadi seorang warganegara yang baik. Proses pembentukan peribadi dan jatidiri Muslim yang baik perlu dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang mementingkan pendidikan Islam dan penerapan nilai-nilai Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih: 2.1 Memperkasa pendidikan Islam dalam sistem pendidikan nasional. Ini termasuk menambah waktu pengajaran Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan. 2.2 Mengambil langkah-langkah yang lebih agresif bagi menjadikan Malaysia pusat antarabangsa bagi kecemerlangan pendidikan Islam perkembangan keilmuan Islam. Bagi tujuan ini, kerajaan digesa mewujudkan geran khas penyelidikan ilmu-ilmu Islam serta menubuhkan Institusi-institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan Islam bertaraf antarabangsa dalam bidang-bidang khusus seperti pendidikan teknologi, pengurusan dan seumpamanya. 2.3 Meningkatkan mutu dan kualiti institusi pendidikan tinggi dan Universiti agar mampu menjadi pusat kecemerlangan ilmu yang melahirkan graduan yang berkualiti. IPT dan Universiti perlu diberikan autonomi, kebebasan intelektual dan akademik bagi memastikan institusi dan universiti tersebut boleh berfungsi dengan lebih baik dalam masyarakat. Kini banyak munculnya IPTA dan IPTS yang diwujudkan tanpa penekanan khusus dari segi kualiti dan mutu pendidikan institusi tersebut. 2.4 Mengiktiraf peranan institusi pendidikan agama rakyat termasuk dengan engembalikan serta menambah bantuan perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta memberikan bantuan buku teks secara percuma kepada para pelajar SAR. 4

2.5 Mengembalikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah dalam Bahasa Melayu. 2.6 Menghentikan amalan Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak memberi peluang kepada murid-murid cemerlang UPSR dan PMR dari sekolah-sekolah agama swasta untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan MARA. Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri juga digesa menghentikan amalan melarang muridmurid sekolah agama swasta yang memenangi mana-mana pertandingan ko-kurikulum di peringkat negeri daripada mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Ini memandangkan kecemerlangan dalam aktiviti ko-kurikulum turut diambil kira dalam kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. 2.7 Kemudahan biasiswa yang dinikmati oleh pelajar-pelajar Melayu perlu diberikan kepada pelajar-pelajar Islam yang bukan berketurunan Melayu. Di samping itu, kerajaan digesa menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di kalangan pelajar-pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Amalan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar bukan Islam sejak akhir-akhir ini tidak sepatutnya menjejaskan peluang pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk mendapat tajaan. 2.8 Menggesa Kementerian Pelajaran agar tidak tunduk kepada desakan kelompok sekular dan bukan Islam agar supaya amalan-amalan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dihentikan atas alasan untuk mengelakkan berlakunya pemisahan kaum dan agama. Amalan seperti bacaan doa dan sambutan perayaan Hari Kebesaran Islam wajar diteruskan kerana amalan-amalan murni ini adalah sebahagian daripada ciri tradisi ke-malaysiaan dan tidak sepatutnya menjejaskan keharmonian hubungan kaum dan agama. 2.9 Selaras dengan tanggungjawab menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar (al-amr bil ma rūf wa al-nahy anۦ al-munkar) kerajaan dituntut untuk memperkasakan usaha- 5

usaha da wah islamiah, terutamanya menerusi kerjasama lebih erat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini termasuk dengan membuka ruang aktiviti dan memberi peruntukan khas untuk membantu aktiviti yang dijalankan. 2.10 Memastikan pimpinan Kementerian Penerangan serta agensi yang berkaitan dengan penyiaran sentiasa peka dengan aspirasi dan sensitiviti umat Islam dalam merangka dasar penyiaran serta sentiasa mengutamakan program yang mampu membina masyarakat berakhlak mulia. 2.11 Memperbanyakkan program-program berunsur pendidikan Islam dan moral di stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta. Program-program Islam hendaklah disiarkan pada waktu puncak (prime time) bukan waktu tengah malam atau awal pagi. Azan hendaklah disiarkan pada setiap waktu solat. 2.12 Menghentikan program-program hiburan yang mempromosi budaya hedonisme Barat. Ini termasuklah program-program hiburan realiti yang semakin mendapat tempat di stesyenstesyen televisyen tempatan. Stesen televisyen khas untuk umat Islam perlu diwujudkan 2.13 Stesyen televisyen swasta perlu mendukung aspirasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam pemilihan program mereka. Kami menuntut agar kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung atau menarik balik lesen penyiaran ke atas stesyen televisyen swasta yang melanggar etika ini. 3. Sistem Politik dan Tadbirurus yang Baik Sistem politik dan tadbirurus yang baik merupakan syarat utama kejayaan dan kelangsungan sesebuah negara. Kebajikan rakyat akan terbela dengan kewujudan sistem politik yang adil, tadbirurus yang baik dan sistem penyampaian yang cekap. Oleh yang demikian, usaha-usaha mewujudkan sistem politik dan tadbirurus yang baik perlu dipergiatkan melalui tindakan-tindakan berikut: 4.1 Meningkatkan usaha membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat-penjawat awam. Pihak 6

swasta yang menawarkan rasuah sebagai suatu budaya perlu dihukum secara tegas dengan mengheret pihak syarikat untuk turut bertanggungjawab. 4.2 Hanya melantik penjawat-penjawat awam dan pemimpinpemimpin kanan kerajaan dari kalangan mereka yang terbukti bersih daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku moral. 4.3 Meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan kakitangan awam dengan memperbanyakkan programprogram penghayatan Islam di jabatan-jabatan kerajaan. 4.4 Menuntut agar penjawat awam perlu mengishtiharkan harta secara terbuka kepada masyarakat awam dan rakyat bagi menjamin ketelusan serta keyakinan masyarakat. 4.5 Menuntut kerajaan melantik senator daripada kalangan pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk memberi ruang sewajarnya, terhadap isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam di negara ini. 5. Memperkasa Masyarakat Sivil dan Menjamin Amalan Demokrasi Negara demokrasi yang stabil wujud apabila kerajaan dibentuk hasil daripada mandat rakyat dengan institusi-institusi masyarakat sivil diberi ruang yang luas untuk berperanan aktif dalam memperkasakan masyarakat dan membangunkan negara. Keabsahan autoriti politik pemerintah bergantung kepada keterbukaan ruang demokrasi, kesediaan pemerintah untuk bersikap responsif terhadap tuntutan rakyat dan kemampuan pemerintah menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara. Oleh yang demikian, upaya pemurnian amalan demokrasi dan peranan masyarakat sivil perlu dilaksanakan dengan tindakan-tindakan berikut: 5.1 Mempastikan adanya sistem pilihanraya yang benar-benar bersih, bebas dan adil. Suruhanjaya Pilihanraya mestilah berwibawa, bebas dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. 7

5.2 Hanya memilih calon-calon pilihanraya dari kalangan mereka yang berintegriti, berkemampuan dan berpekerti mulia. 5.3 Memastikan pemerintah melaksanakan kuasa berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undangundang. 5.4 Membuka ruang yang luas kepada institusi-institusi masyarakat sivil untuk berperanan aktif dalam proses pemerkasaan masyarakat dan pembangunan negara. 6. Hubungan Kaum dan Agama Sebagai sebuah negara majoriti Islam yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, keharmonian hubungan kaum dan agama merupakan ramuan utama kestabilan politik dan ketenteraman awam. Prinsip-prinsip utama kontrak sosial yang menjamin keharmonian hubungan kaum dan agama perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru, kami mempertegaskan untuk menolak segala bentuk ekstremisme agama dan kaum yang sempit. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pemimpin politik dan rakyat negara ini: 6.1 Mempertingkatkan komitmen terhadap keharmonian hubungan kaum dan agama. 6.2 Menolak parti-parti politik dan pemimpin politik yang tidak sensitif dengan kedudukan istimewa Islam di Malaysia dan mereka yang mempromosi hak individu dan kebebasan beragama tanpa batas yang bertentangan dengan nilai moral dan agama yang dipegang oleh majoriti masyarakat Islam di negara ini. 6.3 Menguatkuasa dengan tegas peraturan membina rumah ibadat tanpa mengira agama. Jika pihak berkuasa tegas melaksanakan peraturan membina surau dan masjid, mereka nampaknya lemah apabila berhadapan dengan pembinaan sesetengahnya rumah ibadat agama lain. 6.4 Memastikan pembinaan rumah-rumah ibadat mengambilkira sensitiviti masyarakat setempat di samping mematuhi peruntukan undang-undang. Satu jawatankuasa yang 8

dianggotai oleh wakil-wakil pertubuhan Islam dan pihak berkuasa tempatan perlu dibentuk untuk memperhalusi permohonan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti Islam. 7. Akidah dan Moral Memelihara kesucian akidah dan ketinggian moral merupakan tanggungjawab paling utama setiap individu Muslim dan tanggungjawab kolektif masyarakat Islam. Pertubuhan-pertubuhan Islam menuntut kerajaan yang bakal dipilih: 7.1 Menolak faham pluralisme agama yang mendakwa bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat berbilang agama. 7.2 Menolak usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan akidah umat Islam dengan pelbagai cara. Ini termasuklah dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus seperti Allah, Ka abah, Baitullah dan Solat, yang telah digunapakai secara meluas oleh masyarakat Islam, untuk merujuk kepada konsep-konsep tertentu dalam agama bukan Islam. 7.3 Menambah bilangan pegawai penguatkuasa agama dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral. Kerajaan hendaklah melaksanakan undang-undang anti-maksiat yang sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan. -----------------------------------00----------------------------------------- Dokumen ini diperakui oleh pertubuhan-pertubuhan berikut: [RUJUK SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN] 9