Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

dokumen-dokumen yang mirip
PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

19/10/2016 PENGENALAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Dapatkan Skema di

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT 1 PENGENALAN RAS & ETNIK RAS & ETNIK RAS & ETNIK PERASAAN & PEMIKIRAN. Hasil Pembelajaran INDIVIDU ETNIK ETNISITI

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran HUBUNGAN ETNIK. emkay 1

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

Dapatkan Skema di

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Dg.Hafizah Binti Ag.Basir Ros Aiza Mohd Mokhtar Siti Halimah Putung Romzi Ationg Universiti Malaysia Sabah

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran

MEI 2017/SET A/MPU3123

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dapatkan Skema di

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Tatakelakuan. Pembekal

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

PENGENALAN ISI KANDUNGAN: HASIL PEMBELAJARAN. 1. Persamaan nilai antara tamadun 2. Interaksi antara tamadun 3. Faktor interaksi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Transkripsi:

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Budaya juga merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalan dan hubungan manusia dalam lingkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta ini adalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56). Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaum Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini. Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. E.B. Tylor pula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan. Manakala L.A. White memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5). Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.

Kewujudan masyarakat berbilang bangsa sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka amat berbeza daripada masyarakat berbilang bangsa yang wujud akibat penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Perbezaan antara kedua-dua masyarakat berbilang bangsa tersebut ialah kesanggupan masyarakat berbilang kaum pada zaman Melaka untuk menerima budaya masyarakat Melayu seperti bahasa, makanan, etika dan pakaian. Sebaliknya, masyarakat imigran pada zaman British tidak berpeluang ataupun berkeinginan mengenali sosiobudaya masyarakat Melayu. Ada juga dalam kalangan masyarakat imigran yang memandang rendah kedudukan dan sosiobudaya masyarakat Melayu. Malahan mereka menganggap masyarakat Melayu tidak mempunyai perkaitan dengan mereka. Oleh itu, masyarakat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk pada zaman penjajahan merupakan punca wujudnya beberapa aspek sosiobudaya negatif yang menghalang usaha-usaha mengeratkan hubungan etnik di Malaysia Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsurunsur yang terdapat di dalam budaya. Ciri-ciri budaya ialah seperti berikut, boleh dipelajari, boleh dikongsi, bersifat sejagat, boleh diwarisi, sentiasa berubah, simbolik, pandangan semesta. Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13

Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia. Kekurangan pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan etnik antara kaum. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Sekiranya masyarakat kurang terdedah mengenai budaya kaum lain, ia akan menjadi penghalang kepada usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbang kepada masalah perpaduan. Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi halangan kepada usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Perkara Ini berlaku kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi sebegini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Perkara sebegini hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan kurang bersifat terbuka untuk mempelajari bahasa ibunda kaum yang lain. Mereka menganggap adalah tidak penting untuk mereka mempelajari bahasa kaum yang lain.

Walaupun berlaku perkahwinan campur antara kaum tetapi ia adalah agak terhad kerana wujud halangan yang kuat dari segi agama. Perbezaan dan pengasingan agama, budaya dan cara hidup ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap prasangka buruk antara masyarakat malah menghalang proses integrasi sosial antara kaum. Tidak seperti di Indonesia, warga berketurunan Jawa terasimilasi dengan baik. Mereka boleh terdiri daripada beberapa agama contohnya Jawa Hindu, Jawa Islam, Jawa Kristian dan Jawa Buddha. Pelbagai cabaran pluraliti kebudayaan dapat dilihat terutama dari aspek sosial yang dipecahkan kepada empat paradigma yang berlainan. Pertama dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Melalui pemisahan fizikal, ianya berlaku dalam masyarakat negara ini disebabkan kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka juga diberi tugas pekerjaan yang berbeza. Malah, pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan memberi kesan terhadap pemupukan bangsa di Malaysia. Perkara ini meningkatkan perasaan kekitaan atau etnosentrisme iaitu satu pandangan yang melihat kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka dan stereotaip sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Bukan itu sahaja, kebanyakan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya penduduk Bugis lebih banyak tertumpu di kawasan Tawau. Kaum Cina di kawasan Sibu di Sarawak dan Bajau di kawasan Kota Marudu. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal dan selesa bersama pendudukpenduduk yang sekaum dan sebangsa dengan mereka.

Rujukan Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik di Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti Malaya. Syed Ismail Syed Mustafa, 1969- Guru dan cabaran semasa / Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia, 2010. https://www.academia.edu/7910530/cabaran_pluraliti_budaya_dan_hubu NGAN_ETNIK_DI_MALAYSIA