KERTAS CADANGAN PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & KURSUS SEMBELIHAN TARIKH 3 MEI 2014 SABTU TEMPAT BILIK MEMORIAL KOLEJ TUN HUSSEIN ONN ANJURAN BAHAGIAN KEROHANIAN DAN SIVIK KOLEJ TUN HUSSEIN ONN TEMA MEMACU INTELEKTUALISME MAHASISWA
KERTAS CADANGAN PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & KURSUS SEMBELIHAN BAHAGIAN KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Kolej Tun Hussein Onn dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Program Kursus Pengurusan Jenazah dan Kursus Sembelihan anjuran Eksekutif Kerohanian dan Sivik. 2.0 PENGENALAN 2.1 Bahagian Kerohanian dan Sivik adalah salah satu bahagian di bawah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang salah satu fungsinya adalah untuk menggalakkan warga kolej dalam membudayakan nilai kerohanian dan moral dalam kehidupan seharian. 2.2 Program Kursus Pengurusan Jenazah dan Kursus Sembelihan ini merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan dan bermatlamat untuk melihat penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kolej yang diadakan sepanjang sesi pengajian. 2.3 Idea untuk mengadakan program ini adalah disebabkan lahirnya rasa tanggungjawab supaya mahasiswa/i Kolej Tun Hussein Onn dapat didedahkan dengan satu fardu Kifayah Islam yang cukup penting dalam kita hidup bermasyarakat ini. 2
3.0 MISI 3.1 Melahirkan mahasiswa/i Kolej Tun Hussein Onn yang praktikal bukan sahaja dalam akademik tetapi juga mempunyai pengetahuan asas sebagai seorang Muslim dan Muslimah terutamanya dalam fardu Ain dan fardu Kifayah. 4.0 MATLAMAT 4.1 Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah yang tinggi dan memiliki kemahiran insaniah yang optimum untuk berdaya saing dalam arena global seiring dengan visi UKM yang bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Membentuk golongan mahasiswa yang berpotensi dalam mengendalikan program yang membina daya kepemimpinan dan kerja berpasukan sesama mereka. 5.2 Membentuk generasi muda khususnya mahasiswa/i Kolej Tun Hussein Onn yang berpengetahuan tentang soal pengurusan jenazah dan cara penyembelihan secara mendalam bukan hanya pada teori tetapi pada praktikalnya juga sebagai satu kemahiran sepanjang hayat. 5.3 Memupuk minat dalam diri mahasiswa/i yang bukan Islam untuk turut mengambil bahagian bagi mendapatkan pendedahan tentang ilmu pengurusan jenazah dan cara penyembelihan mengikut syariat Islam. 5.4 Menyemai nilai-nilai murni seperti berkebolehan dan yakin dalam berkomunikasi dengan komuniti yang berbagai kaum dan agama. 3
6.0 ANJURAN Bahagian Kerohanian dan Sivik Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan Malaysia 7.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : (Sabtu) Masa : 9.00am 6.00pm 8.0 TEMPAT PROGRAM Tempat yang dicadangkan untuk menjalankan program ini ialah di : Bilik Memorial, Kolej Tun Hussein Onn, UKM, Bangi. 9.0 PUBLISITI 9.1 Liputan : Publisiti akan dibuat sekitar Kolej Tun Hussein Onn 9.2 Strategi : Pengumuman melalui media sosial Facebook Memo di setiap blok Kolej Tun Hussein Onn e-hebahan 4
10.0 CADANGAN PENCERAMAH Nama penceramah : AL-FADHIL USTAZ ZULKIFLI BIN ABD GHANI Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi PROF MADYA DR FARIZA BINTI MD SHAM Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi AL FADHIL USTAZ ABU DARDAA Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi 11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Penghuni Kolej Tun Hussein Onn = 50 orang Urusetia = 15 orang VIP dan MEP = 5 VIP dan 10 MEP 5
12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A. 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B. 14.0 PERINCIAN PROGRAM 14.1 Sesi taklimat -Taklimat akan diberikan berkaitan skill pengurusan jenazah dan cara penyembelihan menggunakan ayam secara teoretikal. -Sepanjang taklimat, pelajar akan boleh terus mengajukan persoalan jika wujud ketidakfahaman. 14.2 Sesi praktikal -Seusai selesai penerangan secara teori, pelajar akan bergerak ke surau kolej dan dipecahkan kepada 2 kumpulan: lelaki dan perempuan. -Setiap kumpulan akan diberikan 1 set lengkap kit pengurusan jenazah. -Setiap kumpulan perlu mengaplikasikan teori kepada praktikal dengan melakonkan langkah pengurusan jenazah dari awal dan akan dipantau oleh penceramah. -Bagi sesi penyembelihan, peserta akan dipecahkan kepada 10 kumpulan dan dibekalkan seekor ayam setiap kumpulan. -Peserta akan membuat penyembelihan dan diteruskan sehingga memasak ayam tersebut. 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C. 6
16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat- menyurat, sila hubungi: MUHAMMAD HANAFI BIN MD MUIDNUDIN Ketua Pengarah Program Kursus Pengurusan Jenazah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan Malaysia No. Tel : 03 8921 3157 (Pejabat Kolej)/ 017-7585722 (mobile) Faks : 03 8921 3158 Mel-e : hanafi93_ten20@yahoo.com 17.0 PENUTUP Program ini merupakan salah satu pendekatan yang terbaik dalam memberikan pengetahuan dan panduan yang berkaitan dengan Fardu Kifayah tentang cara menguruskan jenazah dan cara sembelihan yang mengikut syariat kepada penghuni Kolej Tun Hussein Onn. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan kami agar program yang bakal dijalankan ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Justeru itu, Bahagian Kerohanian dan Sivik umumnya dan barisan urusetia khususnya berharap agar program ini mendapat kelulusan di samping mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Segala pertimbangan dan jasa baik yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan berkekalan dalam usaha mendapatkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T. 7
8
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & KURSUS SEMBELIHAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Penaung Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Yg. Bhg. Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras Tuan Haji Musa Zainal Abidin Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar Pengetua Lt. Kol Prof Madya Dato' Dr. Samsu Adabi Mamat Timbalan Pengetua Puan Zie Fazleen Hashim Felo Penasihat En. Lukman bin Ismail 9
Ketua Eksekutif Pelajar Mohd Kashful Annuar bin Minhat Eksekutif Kerohanian dan Sivik Muhammad Syukri bin Mahanis Ketua Pengarah Muhammad Hanafi Bin Md Muidnudin Timb. Pengarah Nurul Huda Bt Abdullah Setiausaha Siti Zulaikha binti Nasir Bendahari Mohd Khairi bin Musa Pengarah Pendaftaran&Jemputan Pengarah Program Pengarah Jamuan Pengarah Kebajikan Pengarah Teknikal Pengarah Publisiti Pengarah Logistik Pengarah Cenderamata : Mohd Mujahid Bin Khamis : Nur Azleyfah bt Jaafar : Afikah Nur Rajwani bt Ramli : Norazima bt Mohd Rodzi : Nur Akmal bt Anuar Zaki : Nur Fatin Afeeqa bt Baniyami : Mai Izyani bt Abd Rani : Nur Abidah bt Zainon 10
LAMPIRAN B TENTATIF DAN PERINCIAN PROGRAM MASA PERKARA TEMPAT 8.30 am Pendaftaran pelajar 8.50 am Ketibaan penceramah 1 Bilik Memorial KTHO 9.00 am Sesi taklimat pengurusan jenazah 10.30 am Sesi praktikal Surau KTHO 12.00 pm Penyampaian cenderamata Bilik Memorial KTHO 12.30 pm Rehat dan jamuan ringan Kafe KTHO 1.50 pm Ketibaan penceramah 2 2.00 pm Sesi taklimat penyembelihan Bilik Memorial KTHO 3.00 pm Sesi praktikal (sembelihan dan memasak) Dataran 5.30 pm Rehat dan solat Asar Surau KTHO 6.00 pm Majlis penutup dan penyampaian cenderamata Bilik Memorial KTHO 6.30 pm Jamuan Kafe KTHO 7.00 pm Bersurai - 11
LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN A. ANGGARAN PENDAPATAN: Bil. PERKARA RM 1. Sumbangan pentadbiran kolej 300.00 2. Sumbangan JPPel 200.00 3. Sumbangan Pusat Islam UKM 200.00 4. Sumbangan PEMBINA 100.00 5. Yuran peserta (RM 3 x 50) 150.00 Jumlah Perbelanjaan 950.00 B. ANGGARAN PERBELANJAAN: Bil. PERKARA KUANTITI RM 1. Bayaran kepada penceramah RM 200 x 2 400.00 2. Bayaran kepada pengajar perempuan RM 100 x 1 100.00 2. Cenderahati kepada penceramah RM 5 x 3 15.00 3. Cenderahati kepada perasmi RM 10 x 1 10.00 5. Jamuan VIP RM 8 x 5 40.00 6. Jamuan peserta RM 2.50 x 50 125.00 7. Hadiah pertandingan RM 10 x 1 10.00 8. Ayam untuk sembelihan RM 15 x 10 150.00 9. Rewang 100.00 Jumlah Perbelanjaan 950.00 12