KERTAS KERJA BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP CS4 (BASIC) TARIKH 14 NOVEMBER 2014 TEMPAT MAKMAL KOMPUTER 8&9, BLOK C, FTSM ANJURAN KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT (PERTAMA)
KERTAS KERJA BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP CS4 (BASIC) KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA, FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Bengkel Adobe Photoshop CS4 (Basic) ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas mengedit gambar kepada ahli IMeC yang tiada kemahiran lansung dalam menggunakan perisian ini serta kepada mereka yang ingin mengasah kembali kemahiran dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG Kelab Interaktif Multimedia ditubuhkan di bawah pantauan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA). Kelab ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap bidang multimedia kepada para pelajar FTSM khususnya pelajar multimedia. Kemahiran berbentuk bengkelbengkel perisian multimedia serta fotografi turut disediakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli kelab. Penubuhan kelab ini juga adalah sebagai platform para pelajar mempelajari ilmu multimedia secara lebih mendalam dan pada masa sama untuk memilih kumpulan pelajar bagi mewakili fakulti dalam pertandingan multimedia yang ada. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan asas perisian Photoshop CS4. 3.2 Memberi pengetahuan dalam menggunakan dan mengaplikasikan tools dalam perisian. 3.3 Meningkatkan bilangan mahasiswa FTSM yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengubahsuai dan mengedit imej. 4.0 ANJURAN Kelab Interaktif Multimedia (IMeC), Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (PERTAMA)
5.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh: 14 November 2014 Masa : 8.30 malam hingga 10.30 malam 6.0 TEMPAT PROGRAM Makmal 8&9, Blok C, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. 7.0 PUBLISITI Maklumat program menggunakan poster dan dihebahkan melalui laman sosial.notis dan poster ditampal dalam kawasan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat. 8.0 PENGLIBATAN - Ahli Kelab Interaktif Multimedia, FTSM, UKM 59 orang mahasiswa tahun 1 35 orang mahasiswa tahun 2 - Pengajar Mohd Hazim Bin Mat Noh - Fasilitator 1. Nurfariha Binti Mohd Kamal 2. Nur Hedayah Nasheema binti Hussin 3. Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa 4. Azfar Hamdii Bin Mohd Saidi 9.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 10.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B
11.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi: Tel: 013-5234 407 E-Mel: fatinnadia525@yahoo.com 12.0 SYOR / PENUTUP Saya berharap agar kertas kerja Bengkel Adobe Photoshop CS4 (Basic) ini mendapat kelulusan dari pihak tuan/puan. Di samping itu juga, saya berharap agar urusan serta perlaksaanaan bengkel ini dapat berjalan dengan lancar serta terhindar dari sebarang masalah yang tidak diingini. Kerjasama dan kesudian pihak tuan/puan meluluskan kertas kerja ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh,. FATIN NADIA BINTI NOR AZMAN Pengarah Program Bengkel Adobe Photoshop CS4(Basic) Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) Fakulti Teknologi & Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Disahkan oleh,.. DR. ZURINA BINTI MUDA Penasihat Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) Fakulti Teknologi & Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP (BASIC) Penasihat Dr. Zurina Binti Muda Ketua Program Multimedia Ketua Pengarah Fatin Nadia Binti Nor Azman Timbalan Ketua Pengarah Sakinah Binti Hamzah Setiausaha Mushaffina Binti Musa Bendahari Aimi Najiha Binti Rosli Pengarah Publisiti Siti Naqiyah Binti Zulkafli Pengarah Teknikal Nur Aina Binti Yuspi Pengarah Program Nurul Hidayah Binti Md Hasim
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI CATATAN 8.00-8.30 malam Kehadiran peserta bengkel 8.30 10.30 malam Bengkel bermula 10.30 malam Bersurai