HHHC9201 SET 34 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PELAJAR SITI AISYAH BINTI AZMAN A146296 NAMA PENILAI DR. SUHAILA BINTI ZAINUDIN
LAPORAN PEMBUKTIAN Nama projek : Eksplorasi Tekno 2015 Anjuran : Komuniti Sumber Terbuka (KST atau NUMOSS) Tarikh : 5 dan 6 Mei 2015 di FTSM : 18 Mei 2015 di SK Taman Jasmin, Kajang No Kelulusan : DN00297/2015 Jawatan Dalam projek : Timbalan Pengarah I Penasihat : Prof. Dr. Zarina binti Shukur Sinopsis projek Eksplorasi Tekno 2015 adalah lanjutan daripada Eksplorasi Tekno 2014, cuma perbezaannya adalah pada pengisian program. Eksplorasi Tekno pada kali ini ditargetkan kepada pelajar sekolah rendah di mana siri Eksplorasi Tekno yang lalu ditargetkan kepada pelajar sekolah menengah. Melalui target ini, kami dapat mengambil kira apa yang kami akan ajarkan kepada pelajar sekolah tersebut. Berdasarkan konsep eksplorasi teknologi, para pelajar akan didedahkan secara komprehensif dan praktikal mengenai langkah-langkah penyelenggaraan dan penggunaan komputer. Program ini terbahagi kepada tiga fasa di mana fasa satu dan dua adalah bengkel penyelenggaraan dan penggunaan komputer dan hanya dijalankan di fakulti. Bengkel ini adalah sebagai persediaan sebelum peserta dari KST menjadi fasilitator untuk mengajar kepada pelajar sekolah pula. Manakala fasa ketiga ialah peserta KST pergi ke sekolah terpilih iaitu SK Taman Jasmin, Kajang. Sumbangan dalam aktiviti - Membantu menyiapkan kertas kerja dan pendaftaran program di SPI - Membantu membuat tempahan tempat dan perkakasan di pejabat dekan dengan mengikut prosedur yang betul. Page 1
- Mencari tenaga pengajar - Membantu mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat masalah seperti pertukaran tarikh bengkel, ketidaktepatan tarikh dari pihak sekolah dan surat pelepasan kuliah. - Menjadi fasilitator kepada pelajar di SK Taman Jasmin. - Menggantikan pengarah program semasa ke SK Taman Jasmin. Peranan saya mengikut kemahiran insaniah Selaku Timbalan Pengarah I dan senior, saya ditugaskan untuk membantu Pengarah Program iaitu Nurul Azwani Kamarudin yang merupakan pelajar tahun satu. Saya perlu membantunya bagaimana cara untuk mendaftarkan program di Sistem Pembangunan Insaniah (SPI). Selain itu, saya juga ditugaskan untuk memberi pertolongan tentang prosedur membuat tempahan tempat dan perkakasan di Pejabat Dekan FTSM. Di sini saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan beretika lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan pihak atasan fakulti mahupun universiti. Seterusnya, saya ditugaskan untuk mencari tenaga pengajar untuk bengkel tersebut. Kami telah bercadang untuk meminta tolong daripada senior tahun tiga kelab. Namun, mereka mempunyai peperiksaan pada hari kejadian. Jadi, saya telah berbincang dengan bekas presiden KST yang juga merupakan pelajar di peringkat sarjana di FTSM iaitu saudara Abbas Salimi Zaini. Di sini, saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan hormat dan sopan ketika berbincang dengan beliau. Peranan saya yang seterusnya ialah membantu untuk menyelesaikan masalah berbangkit seperti pertukaran tarikh bengkel. Seperti yang dirancang, sepatutnya bengkel dijalankan pada 2 dan 3 Mei 2015, namun disebabkan pada hari tersebut merupakan cuti dan tiada siapa akan membuka makmal untuk kami, maka saya mencadangkan untuk menukar tarikh tersebut kepada 5 dan 6 Mei 2015. Saya perlu memastikan semula perkara tersebut kepada pihak Pejabat Dekan FTSM. Selain itu, masalah berbangkit yang timbul adalah ketidakpastian pihak sekolah untuk menerima kami untuk membuat program. Hal ini demikian kerana pada ketika itu pelajar sekolah sedang menghadapi peperiksaan. Kami terpaksa membatalkan niat untuk ke sekolah SK Jalan Tiga atas sebab sudah kesuntukan waktu. Jadi, kami hanya ke SK Taman Jasmin sahaja yang sepatutnya dijadualkan pada 8 Mei. Namun, pihak sekolah tidak bersetuju Page 2
dan terpaksa ditangguhkan ke 18 Mei 2015. Perbincangan yang dijalankan telah mengajar saya cara berkomunikasi yang betul walaupun dalam saat genting dan kritikal. Pada 18 Mei 2015, saya menggantikan Pengarah Program yang tidak dapat hadir bersama kerana terdapat kelas yang penting untuk dihadiri. Saya perlu memberi ucapan semasa majlis penutup diadakan di sekolah tersebut yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Marina binti Ahmad. Sebagai fasilitator kepada kumpulan saya, saya perlu berinteraksi dengan pelajar sekolah tersebut dengan memberikan maklumat yang betul mengenai penyelenggaraan dan penggunaan komputer. Saya juga perlu menjaga etika sepanjang program tersebut kerana kami semua membawa nama fakulti dan universiti di sekolah tersebut. Refleksi - Mengajar saya untuk bersabar dan beretika semasa berurusan dengan pihak atasan fakulti seperti pertukaran tarikh bengkel. - Mengajar saya untuk lebih bersikap profesional dalam mengendalikan sesuatu prosedur dengan pihak atasan universiti seperti menguruskan surat perlepasan kuliah. - Menggunakan perkataan yang sopan dan hormat semasa mencari tenaga pengajar - Menjaga perlakuan dan tutur kata ketika berinteraksi dengan pelajar sekolah dan guruguru di sekolah. - Memberi ucapan dengan ringkas dan berhemah semasa majlis penutup. Gambar-gambar Page 3
Page 4
Page 5