KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKUN Nasional Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1 NEGERI M 2 KAWASAN 3 PENGUNDI BERDAFTAR. KONTRAKTOR KECIL NO.AKAUN: Sila tandakan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Koperasi Pengangkutan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Model Pengurusan Strategik

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

kita semua berkehendakkan sesuatu yang baik dan kita hendaklah mengubah segala kekurangan serta mengganti segala yang mundur dan ketinggalan untuk

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN 29 MAC 2017

1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Polisi Privasi. Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH Kertas 3 Ogos 2017 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

LAPORAN PENYELIDIKAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BORANG SOAL SELIDIK: SATU KOMUNITI SATU PRODUK (OCOP) Mengenalpasti Potensi Produk Unggul Komuniti

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kursus Dan Latihan Jangka Pendek Dalam Memberikan Peluang Kerjaya Pelatih Di Pusat Giat Mara: Satu Kajian Kes. Oleh

PERNIAGAAN DAN KEUSHAWANAN TING 2

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI DR. JAMILAH DIN NORHAZILINA ABDUL HALIM AZMALIZA ARIFIN RINGKASAN EKSEKUTIF Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) telah banyak dipromosi sebagai satu kaedah pembangunan masyarakat di kebanyakan negara di mana keperluan ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat tempatan dapat dipenuhi melalui penawaran produk-produk hiliran tempatan. Di Malaysia, industri pelancongan jenis ini digerakkan dalam kategori pelancongan luar bandar (desa), ladang, agro dan eco dengan menjadikan produk homestay atau rumah inap desa sebagai produk utama. Produk ini yang dikenali dengan program homestay atau pelancongan homestay telah menjadi perhatian Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM) sebagai satu produk pelancongan yang memberi sumbangan pendapatan negara. Walaupun produk homestay telah sinonim dengan komuniti, namun produk ini masih belum dapat menembusi perniagaan gerakan koperasi yang juga asas penubuhannya adalah komuniti. Justeru, kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana produk homestay ini dijadikan perniagaan koperasi. Secara objektif, kajian ini adalah untuk i) mengenalpasti ciri-ciri penglibatan anggota koperasi dalam pelancongan homestay, ii) mengenalpasti jenis penglibatan anggota koperasi dalam pelancongan homestay; dan iii) mengenalpasti faktorfaktor kejayaan pelancongan homestay yang dijalankan. Kajian ini juga boleh menjadi perintis kepada kajian-kajian pelancongan homestay oleh koperasi pada masa akan datang memandangkan masih kurang kajian ilmiah bidang ini dalam gerakan koperasi. i

Secara umum kajian ini adalah berbentuk kualitatif, namun kajian juga mengambil kira aspek-aspek kuantitatif dalam mana-mana analisis yang berkaitan. Kajian ini juga mengadaptasi kaedah kajian kes (case study) untuk memberi fokus terperinci kepada kesemua responden kajian (5 koperasi). Lima koperasi yang dikaji adalah 1) Koperasi Homestay Malaysia Bhd fokus kepada (Homestay Desa Murni, Pahang); 2) Koperasi Homestay Telok Ketapang Terengganu Berhad (Homestay Kampung Telok Ketapang), Terengganu; 3) Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad, (Homestay Kampung Melayu Tebakang Serian) Sarawak; 4) Koperasi Kampung Mongkos Serian Berhad (Homestay Mongkos Serian), Sarawak; 5) Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinatabatangan Berhad (Homestay Miso Walai), Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, borang soal selidik, dan temubual tidak berstruktur untuk memperoleh data bagi 5 koperasi, 22 pengusaha atau anggota koperasi yang mengendalikan homestay dan 90 orang pelancong didapati menginap di homestay. Sejumlah 5 koperasi daripada 28 koperasi yang terlibat dalam aktiviti pelancongan berdaftar di bawah fungsi perkhidmatan dan fungsi pengguna telah dijadikan responden kajian. Pemilihan koperasi tersebut adalah berdasarkan perniagaan pelancongan homestay yang dijalankan mereka. Hasil kajian mendapati majoriti pengusaha adalah lelaki sebanyak 68 peratus dan perempuan merangkumi 32 peratus. Kaum Melayu memonopoli aktiviti pelancongan homestay dalam kawasan yang dikaji dan sebahagian kecil adalah kaum Bidayuh di Sabah. Tahap pendidikan pengusaha homestay adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR) (5%), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (73%), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) (5%), Diploma (14%) dan ijazah (5%). Secara keseluruhannya, majoriti pengusaha menawarkan pakej tinggal bersama pengusaha. Kajian menunjukkan kekerapan pelancong untuk berkunjung semula ke homestay adalah sebanyak 65 peratus berbanding tidak akan kembali semula 35 peratus. Dapatan kajian juga menunjukkan 42 peratus ii

pelancong yang menginap di homestay adalah yang berumur antara 25 hingga 34 tahun. Kebanyakan pelancong ini mengetahui mengenai homestay melalui agen pelancongan (40%), Internet (24%), keluarga/ kawan (19%), risalah (11%) dan lain-lain sumber sebanyak (6%). Sebanyak 46 peratus adalah pelancong dalam negara dan selebihnya 54 peratus adalah pelancong dari luar negera yang kebanyakannya datang dari Holland, Netherland, Australia dan United Kingdom. Tempoh penginapan pelancong ini kebanyakannya 3 hari (78 %) sepertimana pakej homestay yang disediakan oleh pengusaha. Kajian menyimpulkan segala dapatan adalah seperti berikut: i. Kebanyakan aktiviti perniagaan homestay dijalankan terlebih dahulu daripada penubuhan koperasi. Keadaan ini menjadikan pengurusan homestay dalam sesebuah kampung menjadi 2 kumpulan pengurusan iaitu Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan koperasi. Bagi pengusaha, mereka akan terus membandingkan kemampuan kedua-dua pihak tersebut. ii. Pengusaha percaya pengurusan homestay dibawah koperasi tidak setanding dengan kegemilangan pengurusan JKKK dalam aspek pembangunan prasarana daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Urusan pentadbiran dikatakan lebih mudah dibawah JKKK berbanding dengan koperasi. iii. Kemajuan kampung-kampung tetap dianggap sebagai kejayaan JKKK melalui usaha mendapatkan peruntukkan berterusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia atas platform homestay sebagai pelancongan luar bandar. iv. Pengusaha masih tetap bergantung kepada Kementerian Pelancongan dalam pembangunan homestay di kampung mereka. Pada masa yang sama, mereka juga mendapat pembangunan infrastruktur daripada KKLW. iii

v. Rekod kerjasama JKKK dengan beberapa agensi yang menggembling tenaga secara bersepadu untuk memastikan kemajuan perniagaan homestay kelihatan lebih dominan daripada peranan yang dicerminkan oleh koperasi. vi. Bagi koperasi yang ditubuhkan dahulu sebelum menjalankan aktiviti homestay, organisasi ini telah menjadi pesaing kepada anggota mereka yang mempunyai homestay sendiri. vii. viii. Terdapat ALK koperasi yang masih tidak dapat membezakan kepentingan peribadinya sebagai pengusaha homestay dengan peranannya sebagai ALK di koperasi. Produk koperasi masih tidak dapat mencapai tahap kepuasan seperti yang diharapkan oleh pelancong. ix. Terdapat persaingan antara syarikat-syarikat pengusaha homestay individu dengan pengusaha dan koperasi dalam satu kampung terutama dalam produkproduk hiliran pelancongan. x. Pengusaha dikesan kurang mempunyai ciri-ciri keusahawanan. xi. Agihan penempatan pelancong tidak sama antara pengusaha homestay telah menjadi punca rungutan dalam kalangan mereka. xii. Terdapat pengusaha cuba keluar daripada konsep homestay yang asal dengan mengadakan resort, bilik sewa dan rumah tumpangan. Kajian juga mengesan bahawa punca utama penglibatan pengusaha homestay untuk menjalankan aktiviti perniagaan homestay ini disebabkan semangat untuk mengekalkan tradisi hidup bermasyarakat. Namun mereka didapati menghadapi banyak cabaran untuk kekal dalam perniagaan pelancongan homestay ini. Di antara cabaran yang dikesan untuk terus kekal dalam perniagaan ini ialah tidak semua masyarakat atau komuniti setempat memberi sokongan kepada iv

koperasi dan pengusaha (anggota). Masyarakat bimbang tentang pengaruh budaya negatif yang dibawa oleh pelancong akan mempengaruhi dan menjadi ikutan penduduk setempat terutamanya kepada golongan belia. Walaupun peranan koperasi dan pengusaha dalam hal ini perlu bagi menampilkan nilai-nilai murni serta budaya tempatan yang penuh adat dan kesopanan, namun masih belum dapat menghilangkan kebimbangan komuniti. Selain itu, pengusaha juga mengalami dilema dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam terutama pelancong dari luar negara. Keadaan ini boleh membuatkan koperasi dan pengusaha hilang daya tahan dalam industri pelancongan. Kajian juga turut mengesan kewujudan pengusaha homestay yang memiliki lesen perniagaan tetapi tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Pengusaha seperti ini yang menggunakan jenama homestay, telah memberi saingan kepada pengusaha homestay yang sedia ada. Kesimpulannya, kajian mendapati koperasi yang berdaftar dibawah nama homestay telah juga menjadi saingan anggota yang menjalankan pelancongan homestay. Hotel bajet, resort dengan bilik-bilik untuk disewa yang dimiliki koperasi selain daripada pemilikan oleh individu telah menyekat anggota mendapat pelancong untuk menginap dirumah mereka. Dapatan ini menunjukkan koperasi perlu mencari alternatif perniagaan supaya tidak hilang konsep berkoperasi dimana penglibatan anggota dalam perniagaan merupakan satu daripada prinsip utama. Kehadiran koperasi sebagai pesaingan utama akan mengakibatkan anggota hilang kepercayaan dan darjah pergantungan kepada koperasi. Perniagaan Koperasi seharusnya melengkapi perniagaan homestay oleh anggota sebagai pengusaha supaya tidak menjadi pesaing. Koperasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti homestay sebagai sumber pendapatan anggota perlu mendaftarkan anggota sebagai pengusaha homestay dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan aktiviti homestay. Koperasi akan bertindak sebagai badan pengurusan yang bertanggungjawab memasar, menjaga kualiti, promosi dan kemudahan kewangan. v

Anggota yang tidak mendaftar sebagai pengusaha homestay boleh digalakkan untuk berkecimpung dalam produk hiliran. Mereka boleh terlibat sebagai pengusaha housekeeping untuk perkhidmatan menjaga kebersihan, atau pengusaha peruncitan barang cenderahati atau pengangkutan atau bidang hiburan bagi memastikan perkhidmatan yang berterusan dan berkualiti. Anggota ini perlu diikat kontrak dengan koperasi untuk menjalankan kerja tersebut. Sebaliknya bagi pengusaha homestay yang ingin menubuhkan koperasi untuk menguruskan pengurusan peniagaan secara berkelompok, mereka perlu menyediakan garis panduan yang dipersetujui bersama yang dinamakan aturan perniagaan homestay. Koperasi perlu menyimpan rekod agihan pelancong dan pendapatan dalam kalangan pengusaha homestay. Kriteria kejayaan pelancongan homestay berada dalam komponen produk, penyertaan dan pengusaha. Penggemblingan semua komponen ini akan membantu pencapaian inspirasi dan objektif program homestay. Koperasi mesti bekerjasama dengan JKKK untuk berurusan dengan KPM bagi mendapatkan faedah pembangunan seperti geran memperbaiki bilik air, menaik taraf rumah, latihan berkaitan pengurusan homestay dan sebagainya. Homestay adalah produk pelancongan luar bandar, jenama KPM. Oleh yang demikian, sebarang perniagaan berkaitan jenama ini adalah di bawah pengawasan KPM. Justeru, semua yang terlibat dengan produk pelancongan ini perlu sedar kepentingan kementerian tersebut dalam segala urusan bagi menjaga nama baik negara. vi