KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

dokumen-dokumen yang mirip
Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR ANTI RASUAH RGIS

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Polisi Privasi. Pengenalan

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Berurusan dengan Pengantara Takaful

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Borang Cadangan Insurans Mesin

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Kod pengendalian perniagaan

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Tatakelakuan. Pembekal

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Transkripsi:

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi Konflik Kepentingan m/s 4 IV.Polisi Hadiah dan Hiburan m/s 5 V. Polisi Maklumat Sulit m/s 6 LAMPIRAN 1 PENGISYTIHARAN KONFLIK KEPENTINGAN m/s 7 1 8

I. MESEJ KEPADA SEMUA RAKAN NIAGA Setiap transaksi perniagaan harus memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Dalam melaksanakan perniagaan dengan rakan niaga kami, Pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad (AIR SELANGOR) terus berusaha untuk memastikan hubungan yang sinergi dan saling menguntungkan tetapi beretika tercapai. Hubungan sedemikian adalah berasaskan kepada prinsip kejujuran, integriti dan saling hormat-menghormati. Oleh yang demikian, AIR SELANGOR meletakkan keutamaan kepada persalingan layanan terhadap rakan rakan niaganya untuk mengekalkan integriti hubungan perniagaan ini. Kod Etika ini bertujuan untuk mewakili nilai-nilai dan prinsip-prinsip AIR SELANGOR dalam menjalankan perniagaan dan untuk menyampaikan nilai-nilai ini kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam semua urus niaga dengan AIR SELANGOR. Kakitangan AIR SELANGOR telah diberi kefahaman mengenai kepentingan pematuhan ketat terhadap nilai dan standardnya dan AIR SELANGOR juga menghargai sokongan aktif semua rakan niaganya dalam mengekalkan tahap etika yang tinggi dalam semua transaksi mereka dengan AIR SELANGOR. Semua rakan niaga dengan ini diminta untuk memaklumkan kod etika ini kepada semua pihak yang berkaitan dalam organisasi mereka kerana dasar AIR SELANGOR tidak membenarkan AIR SELANGOR menjalankan perniagaan dengan mana-mana rakan niaga yang melanggar kod tersebut. AIR SELANGOR percaya bahawa kod etika yang digariskan dalam dokumen ini akan memberikan asas yang kukuh untuk hubungan perniagaan di antara AIR SELANGOR dan rakan niaganya berkembang di bawah keadaan yang paling optimum. Dalam hal ini, AIR SELANGOR mengharapkan penyertaan aktif dan sokongan daripada rakan niaganya, yang menjurus kepada hubungan jangka panjang dan saling menguntungkan. 2 8

II. POLISI ETIKA PERNIAGAAN UMUM AIR SELANGOR percaya dalam menjalankan setiap transaksi perniagaan berasaskan integriti, saling mempercayai dan menghormati agar nama baik dan tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan dan barangan yang disediakan oleh AIR SELANGOR dan rakan niaganya tidak dikompromikan dalam apa jua cara. AIR SELANGOR percaya bahawa tingkah laku etika yang tinggi akan menghasilkan hubungan perniagaan jangka panjang yang saling menguntungkan. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG AIR SELANGOR adalah, pertama dan utamanya, sebuah warga korporat yang mematuhi undang-undang. Ia mengharapkan yang sama daripada semua rakan niaganya dalam semua transaksi perniagaan yang berkaitan. Pematuhan kepada semua undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil yang berkaitan adalah prasyarat yang paling asas untuk mengekalkan tingkah laku etika yang tinggi. REKOD-REKOD PERNIAGAAN Polisi dan amalan AIR SELANGOR memerlukan penyelenggaraan rekod dan akaun perniagaan yang bersesuaian bagi menggambarkan dengan tepat semua transaksi perniagaan yang dijalankan dengan pelanggan dan rakan niaganya. PEMBAYARAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG / MENIMBULKAN PERSOALAN AIR SELANGOR melarang semua bentuk pembayaran yang menyalahi undang-undang ("wang di bawah kaunter", "wang bola sepak", dsb.), komisen dan yuran, yang diminta dan tidak diminta, untuk mendorong syarikat atau anak-anak syarikatnya untuk menyempurnakan sebarang transaksi perniagaan dengan pelanggan atau rakan niaganya. Pembayaran menyalahi undang-undang atau menimbulkan persoalan termasuk diskaun, layanan istimewa atau hadiah yang boleh mendorong kepada tingkah laku tertentu daripada warga kerja Air Selangor. Pembayaran sedemikian menyimpang daripada kod etikanya dan melanggar nilai yang ingin ditegakkan oleh syarikat. Sekiranya rakan niaga menyedari sebarang tindakan atau aktiviti oleh mana-mana warga kerja atau wakil AIR SELANGOR bertentangan dengan prinsip ini, beliau dinasihatkan untuk melaporkan kepada Saluran Pendedahan Maklumat AIR SELANGOR di etika.air@airselangor.com. Tindakan sewajarnya akan diambil, jika keterangan salah laku terbukti melebihi keraguan munasabah. AIR SELANGOR ingin memberi jaminan kepada rakan niaganya yang terlibat bahawa komunikasi yang dibuat dengan atau kepada Kumpulan Air Selangor akan dirahsiakan secara ketat dan akan ditangani mengikut budi bicara. 3 8

Pada masa yang sama, jika mana-mana rakan niaga didapati merupakan pihak yang aktif menawarkan pembayaran dipersoalkan kepada warga kerja AIR SELANGOR, AIR SELANGOR tidak akan teragak-agak untuk menamatkan hubungan perniagaannya dengan pihak yang bersalah. III. POLISI MENGENAI KONFLIK KEPENTINGAN AIR SELANGOR memerlukan warga kerjanya mengelak sebarang konflik di antara kepentingan peribadi mereka dengan kepentingan syarikat dalam urusan dengan rakan niaga. KEPENTINGAN PERNIAGAAN DI LUAR AIR SELANGOR Terdapat beberapa keadaan di mana warga kerja AIR SELANGOR mungkin mengambil bahagian dalam perniagaan atau mewujudkan hubungan perniagaan di luar Kumpulan. Ini boleh menimbulkan kebimbangan perundangan dan etika semasa pelaksanaan tugas mereka dengan AIR SELANGOR. Garis panduan yang berikut hendaklah dipatuhi untuk mengelakkan kemungkinan konflik: a) Warga kerja sepenuh masa AIR SELANGOR tidak boleh bekerja di tempat lain dan juga tidak patut mengambil bahagian dalam mana-mana perniagaan di luar yang akan mengambil sebahagian besar masa mereka dan mengalih perhatian mereka daripada menumpukan perhatian mereka terhadap kerja mereka di AIR SELANGOR atau menjejaskan prestasi mereka di AIR SELANGOR, menyebabkan mereka tidak dapat memberikan dedikasi sepenuhnya kepada AIR SELANGOR. b) Warga kerja sepenuh masa AIR SELANGOR tidak boleh terlibat atau menjadi sebahagian daripada mana-mana perniagaan secara langsung atau tidak langsung, jika perniagaan itu adalah pesaing, pembekal, kontraktor atau pelanggan AIR SELANGOR. Sekiranya terdapat penglibatan tidak langsung, pendedahan terlebih dahulu hendaklah dibuat kepada Ketua Pegawai Eksekutif AIR SELANGOR, dengan Ketua Pegawai Eksekutif memegang hak untuk membuat keputusan muktamad sama ada penglibatan secara tidak langsung itu boleh dibenarkan. Jika atas apa sebab jua seorang warga kerja AIR SELANGOR ingin mengambil bahagian dalam perniagaan luar, warga kerja ini mesti memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran AIR SELANGOR terlebih dahulu dan mesti mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif AIR SELANGOR untuk penyertaan sedemikian. Berpandu kepada perkara di atas, rakan niaga AIR SELANGOR dinasihatkan agar tidak menawarkan sebarang kontrak agensi, pengurusan atau perundingan kepada warga kerja AIR SELANGOR. Begitu juga, warga kerja AIR SELANGOR tidak boleh meminta atau 4 8

menerima sebarang kontrak agensi, pengurusan atau perundingan daripada rakan niaga atau pesaingnya. Semua Rakan niaga dikehendaki menandatangani Borang Perisytiharan Tidak Bersepakat seperti Lampiran 1. IV. POLISI HADIAH DAN HIBURAN AIR SELANGOR mempunyai POLISI TIADA HADIAH yang tegas. Walau bagaimanapun, dalam aspek transaksi perniagaan, adalah menjadi kebiasaan bagi semua pihak untuk menjalin hubungan yang ramah, biasanya melalui pemberian cenderahati. AIR SELANGOR mengiktiraf kepentingan usaha tersebut dalam menjalin perhubungan mesra tetapi ingin menentukan dan menetapkan garis panduan dalam perkara ini. Hiburan secara mewah, termasuk pemberian hadiah, tidak dibenarkan dan tidak boleh menjadi asas bagi sebarang transaksi perniagaan dengan AIR SELANGOR kerana AIR SELANGOR menggalakkan hubungan perniagaan berdasarkan merit dan integriti. Warga kerja AIR SELANGOR dengan ini tidak dibenarkan untuk menerima hadiah tunai dan juga harus menolak hadiah bukan tunai atau hadiah dalam pelbagai bentuk. Walau bagaimanapun, barang-barang yang diagihkan sebagai sebahagian daripada usaha perhubungan awam atau kempen promosi biasa syarikat boleh diterima, jika ia mempunyai nilai nominal dan yang diberikan untuk masa tertentu sahaja. Umumnya, amalan memberi dan menerima hadiah adalah tidak digalakkan. Warga kerja AIR SELANGOR tidak boleh menerima hadiah dalam bentuk tiket penerbangan, sijil hadiah atau apa-apa bayaran yang serupa. Hadiah lain dalam kategori ini termasuk pinjaman atau pendahuluan tunai, bahan-bahan, perkhidmatan, pembaikan atau penambahbaikan / naik taraf tanpa sebarang kos atau kos nominal, dll. Pelanggaran dalam hal ini boleh menyebabkan penamatan perkhidmatan warga kerja AIR SELANGOR dan hubungan antara AIR SELANGOR dan syarikat perniagaan yang terlibat. 5 8

V. POLISI MAKLUMAT SULIT Maklumat komersial dan teknikal yang berkaitan dengan Kumpulan dan projeknya serta maklumat yang berkaitan dengan pelanggan mungkin bersifat proprietari, strategik, sensitif atau peribadi dan perlu dikendalikan dengan penuh sulit. Warga kerja AIR SELANGOR perlu melindungi maklumat sulit tersebut untuk melindungi dan mengekalkan daya saing Kumpulan. Begitu juga, apa-apa maklumat sulit yang diberikan kepada syarikat oleh rakan niaganya dan pelanggan harus dilindungi seolah-olah ia maklumat kendiri. Semua rakan niaga harus mengelakkan diri daripada meminta atau menarik perhatian warga kerja AIR SELANGOR untuk menyampaikan maklumat sulit tersebut. Pada hakikatnya, rakan niaga sepatutnya melindungi maklumat sulit yang mungkin diperoleh sepanjang tempoh transaksi perniagaan dengan AIR SELANGOR. 6 8

LAMPIRAN 1 DEKLARASI TIDAK BERSEPAKAT Saya [masukkan nama orang yang diberi kuasa] (No. Kad Pengenalan: [ ] / No Pasport: [ ]) bagi pihak saya [dan [masukkan nama penender] (No Syarikat: [ ]]] ("Penender") dengan sesungguhnya dan seikhlasnya mengisytiharkan bahawa: - 1. Tender yang dikemukakan bersama-sama dengan ini adalah Tender secara niat baik, dengan tujuan untuk bersaing. 2. Saya / Penender tidak bersepakat atau memasuki sebarang perikatan, pemahaman dan/atau persetujuan dengan mana-mana orang atau Penender lain untuk menetapkan atau mengubah amaun, harga dan / atau kadar seperti yang dicadangkan dalam Tender. 3. Saya / Penender tidak melakukan dan mengaku bahawa Saya / Penender tidak boleh dan akan memastikan bahawa subkontraktor, pembekal dan/atau ejen Penender tidak akan pada bila-bila masa sebelum tarikh dan masa yang ditentukan untuk penyerahan Tender, melakukan mana-mana perbuatan yang berikut: a) berkomunikasi dengan mana-mana orang selain kakitangan yang diberi kuasa oleh Syarikat yang memanggil Tender ini amaun, harga dan / atau kadar atau jumlah anggaran, harga dan / atau kadar dalam tender yang dicadangkan (kecuali jika pendedahan, secara sulit, jumlah anggaran, harga dan / atau kadar tender yang dicadangkan adalah penting untuk mendapatkan sebut harga insurans premium yang diperlukan untuk penyediaan Tender); b) memasuki mana-mana perikatan, pemahaman dan / atau perjanjian dengan mana-mana orang untuk menahan orang itu daripada menghantar tender atau menetapkan atau mengubah amaun, harga dan / atau kadar mana-mana Tender yang akan dihantar; c) secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi atau meminta mana-mana orang untuk mengemukakan cadangan tender yang palsu; dan d) menawarkan, membayar, memberi atau bersetuju untuk memberi wang, pendorong, memberi pertimbangan, komisen, ganjaran atau apa-apa faedah lain sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana orang untuk melakukan, telah melakukan, menyebabkan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan atau benda yang dinyatakan di atas berkaitan dengan Tender yang dicadangkan atau mana-mana tender lain. 4. Saya / Penender sentiasa patuh dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Persaingan 2010 dan / atau mana-mana undang-undang, peraturan dan peraturan lain yang berkenaan; 7 8

5. Saya / Penender tidak pernah mengakui dan / atau didapati dan / atau disabitkan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia mengambil bahagian dalam atau bersubahat atau melakukan apa-apa perbuatan atau tingkah laku yang bertujuan atau mempunyai kesan atau akibat yang menyekat persaingan dengan ketara dalam Malaysia atau mana-mana bidang kuasa lain; 6. Saya / Penender tidak menawarkan atau bersetuju untuk membayar atau memberi apa-apa wang, dorongan, pertimbangan, komisen, ganjaran atau apa-apa faedah lain sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana orang untuk melakukan atau melakukan atau menyebabkan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan berkaitan dengan mana-mana tender lain; dan 7. Saya / Penender tidak menghubungi mana-mana ahli atau pegawai, atau mana-mana orang yang terlibat sebagai penasihat oleh Syarikat mengenai apa-apa aspek Tender dalam apa-apa bentuk atau cara yang tidak dibenarkan di bawah Arahan kepada Penender termasuk (tanpa batasan) untuk tujuan membincangkan kemungkinan peluang bekerja di masa depan ataupun peluang penglibatan dalam Syarikat di masa depan. Saya / Penender juga mengaku bahawa saya / Penender tidak akan melakukan atau memperoleh untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam perenggan 1 hingga 7 di atas atau (sekiranya Tender diterima) melakukan apa-apa tindakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh kontrak itu dianugerahkan kepada saya / Penender oleh Syarikat. Saya / Penender memahami bahawa jika saya / Penender telah terlibat dalam perlakuan yang dinyatakan di atas dan / atau secara palsu mengisi pengisytiharan ini dan / atau kami gagal mengisytiharkan apa-apa keadaan yang dinyatakan di atas, maka Syarikat berhak untuk mengecualikan atau membatalkan saya / Penender daripada Tender atau untuk menarik balik atau membatalkan anugerah ataupun pelantikan (mengikut mana-mana yang berkenaan) pada bila-bila masa. Dalam perisytiharan ini: i. perkataan "orang" termasuklah orang perseorangan, badan, persatuan atau syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau mana-mana entiti undang-undang yang mampu memiliki apa-apa hak, harta atau kepentingan dan "perjanjian" termasuk apa-apa pemahaman sama ada secara formal atau tidak formal dan sama ada terikat secara sah ataupun tidak; ii. rujukan kepada undang-undang statut termasuk rujukan kepada mana-mana peruntukan, seksyen, artikel atau perenggan dan termasuk juga apa-apa pengubahsuaian, penggabungan, enakmen semula atau penggantian sedemikian dan /atau apa-apa perundangan atau peruntukan perundangan, seksyen, artikel atau perenggan yang digantikan dengannya, semua peraturan, perundangan subsidiari, undang-undang kecil, garis panduan, nota amalan, kod amalan, instrumen statutori atau perintah (seperti mana yang berkenaan) yang dikeluarkan di bawahnya. Saya membuat perisytiharan ini secara saksama dengan mempercayai bahawa ia adalah benar. Ditandatangani,... (Pengarah Syarikat) Nama: No. k/p: Tarikh: Cop Syarikat: 8 8