Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

dokumen-dokumen yang mirip
LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

CHIA CHONG YANG A143398

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN SECARA INDIVIDU LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMESTER 1 SESI 2016/ 2017

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

KERTAS KERJA KURSUS INDUKSI JAKSA SESI 2010/2011 KOLEJ UNGKU OMAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

ARAHAN: ( )

LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. HHHC9401 Set 5 Sesi /2014 : NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD SALLEH

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: SEPTEMBER 2014 TEMPAT:

KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : XXXXXXXXX TEMPAT : XXXXXXXXXXX ANJURAN : XXXXXXXXXXXX DENGAN KERJASAMA :

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KERTAS KERJA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR JABATAN SYARIAH SESI 2014/ MEI 2015 (KHAMIS) BILIK BANKUASI BANGUNAN CANSELORI UKM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

BUKU PANDUAN PENCALONAN MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (MAHEPA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE 16 TAHUN 2014

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KESUKARELAWANAN)

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

LAPORAN CENDERAMATA KAYUHAN AMAL DAN SIHAT 5 (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK FESTIVAL MINI SWEETS & TREATS APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SERVANT TERHADAP PENGURUS

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SYARAT DAN KATEGORI ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA SESI 2014/2015

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

KATEGORI ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH SISWA GEMILANG 2015/2016

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

PROGRAM FESTIVAL SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN II, 2016

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

REFLEKSI PROGRAM MENARA IMPIAN 2013 1.0 Latar Belakang Program Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya PMFSSK merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Dahulunya, PMFSSK bergelar PRISSMA dan telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bertujuan untuk membentuk imej baru kepada persatuan tersebut. Penglibatan terdiri daripada 57 orang peserta UKM dan 80 orang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Tujuan utama program Menara Impian ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Universiti Kebangsaan Malaysia kepada para pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka dan menggalakkan serta mendorong mereka untuk menjadikan UKM sebagai pilihan utama dalam memilih IPTA untuk melanjutkan pembelajaran mereka ke menara gading. Program ini juga dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan yang khusus kepada pelajar matrikulasi yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Semester Pertama program matrikulasi tentang suasana pembelajaran di universiti dan memberi galakan serta motivasi bagi mereka untuk berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan akhir. Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan program ini iaitu Program Menara Impian 2013. Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar matrik untuk membentuk dan menanamkan keyakinan kepada mereka secara amnya dan secara khususnya untuk membantu mereka memperolehi kejayaan di dalam peperiksaan dengan memberi mereka pendedahan awal kepada suasana dan persekitaran pembelajaran di dalam kampus universiti. Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan motivasi diri kepada para pelajar sebelum peperiksaan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan potensi diri yang perlu diperbaiki atau diperkembangkan, memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang hala tuju mereka selepas peperiksaan akhir. Di samping itu, usaha untuk mewujudkan satu ikatan perhubungan dan kerjasama yang kuat dan utuh antara pihak persatuan pelajar dengan pihak pengurusan matrikulasi serta mendedahkan kepada para pelajar tentang budaya dan gaya belajar di universiti dapat dijalankan. Mereka telah diberi penerangan mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia dan panduan tentang kursuskursus yang ditawarkan di UKM terutamanya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Hal ini akan memberikan semangat dan pengetahuan kepada para pelajar agar dapat memilih kursus yang tepat semasa pemilihan Institut Pengajian Tinggi kelak. Penerangan mengenai UKM dan kursus-kursus ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mostafa Kamal Mokhtar adalah Timbalan Dekan Prasiswazah dan Hubungan Alumni di FSSK. 2.0 Jawatan dan Peranan dalam Program Saya telah memegang jawatan sebagai AJK Protokol di dalam program yang bermanfaat ini. Pada slot petang, saya bertindak sebagai usher. Manakala, pada slot malam pula, saya

bertindak sebagai Pengacara Majlis. Di samping itu, saya juga bertindak sebagai ketua fasilitator dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kreatif dan Inovatif. Pada masa yang sama, saya juga menjadi fasilitator bagi kumpulan yang diberi nama sebagai Kolej Rahim Kajai. Saya telah membahagikan pelajar KMM kepada 8 buah kumpulan dengan menamakan kumpulan mereka menggunakan nama-nama Kolej di kampus induk Bangi,UKM iaitu Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Keris Mas, Kolej Ibu Zain, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Burhanuddin Helmi. Hal ini dapat memberi pendekatan awal untuk para pelajar mengetahui nama-nama kolej kediaman mahasiswa di UKM. Sebagai Pengacara Majlis, tugas saya adalah untuk memastikan pelajar matrikulasi dan fasilitator yang lain berada dalam keadaan yang terkawal sementara menunggu para penceramah hadir ke dewan tersebut. Antara tugas yang dilakukan oleh saya ialah berbincang bersama pasangan pengacara majlis saya iaitu saudara Muhammad Syafiq bin Ramlan mengenai pembahagian tugas mengikut aturan yang ditetapkan di dalam skrip yang telah disediakan oleh saya, saudara Syafiq dan ketua protokol. Ajk protokol juga turut berkerjasama dengan Ajk program, Ajk tugas-tugas khas, Ajk jamuan dan lain-lain. Hal ini bertujuan untuk memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dan memudahkan kami sebagai pengacara majlis untuk bersiap sedia dalam membuat pengumuman kehadiran penceramah-penceramah ke dalam dewan tersebut. Melalui tanggungjawab ini saya, saya belajar cara untuk berkomunikasi dihadapan orang ramai dengan memberikan arahan dan cara untuk menarik perhatian supaya mereka mendengar percakapan yang diberikan. Secara tidak langsung, program ini dapat mengajar saya cara-cara untuk berkomunikasi

dengan berkesan. Selain itu, sebagai fasilitator, saya mengambil inisiatif untuk menerangkan keadaan di universiti dan menceritakan pengalaman sebagai mahasiswi semasa waktu lapang yang diberikan. Kata-kata semangat juga diberikan kepada mereka yang tertekan kerana terlalu banyak tugasan dan sebagainya supaya mereka rasa lebih bersemangat dan tidak berputus asa. Semasa LDK dijalankan pula, saya dan rakan-rakan fasilitator yang lain telah menyumbangkan idea kepada adik-adik KMM untuk menjayakan LDK tersebut. Sebagai contoh, mengajarkan mereka sorakan kolej kediaman bagi setiap kolej yang telah diwakili. Kemudian, saya juga telah mengetuai satu LDK yang diberi nama LDK kreatif dan inovatif. LDK ini bertujuan untuk menerapkan idea kreatif dan inovatif dalam pemikiran para peserta. Peserta akan diberikan kain rentang putih, marker pen, berus air untuk membuat meural berdasarkan dan tema yang dipilih. Peserta akan membentangkan meural mereka di hadapan kumpulan-kumpulan lain dan mengemukakan apa simboliknya meural yang dilukis, penggunaan warna mahupun logo yang direka dan keupayaan mereka mencipta sebuah meural yang bukan sahaja kreatif dan menarik, bahkan mempunyai unsur-unsur pendidikan atau moral yang terkandung di dalam meural yang dipamerkan. Tema yang dipilih ialah teknologi pada masa hadapan dan mereka perlu mempersembahkan tentang rekaan dan kegunaannya yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Di sini, pemikiran inovatif para peserta amat diperlukan. Saya berperanan untuk memberi dorongan serta idea-idea bagi merealisasikan LDK ini. Melalui program ini saya dapat melihat semangat kerja berpasukan antara para peserta dan fasilitator serta turut memberi dorongan kepada saya untuk menerapkan nilai-nilai ini di dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang berjaya.

3.0 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang lain Antara program lain yang diadakan di KMM ialah, LDK senyum itu indah, study case, public speaking, pemecah minda kreatif dan lain-lain lagi. Kepelbagaian program ini memberikan saya pengalaman baru dalam menguruskan sesebuah majlis dan mengendalikan para peserta yang ramai. Selain itu, program Menara Impian telah membantu saya untuk mengasah bakat sebagai pemimpin dan pelajar yang mempunyai cara berkomunikasi dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya belajar untuk memberi arahan, membahagikan kumpulan, bertindak sebagai pengacara majlis dan berinteraksi dengan fasilitator yang lain serta pelajar-pelajar matrikulasi tersebut secara berkesan dan mudah difahami. Seterusnya, kami bergerak ke Taman Botanikal Melaka. Di sana, kami menjalankan pelbagai aktiviti lasak seperti jungle trekking dan berkayak. Aktiviti ini memerlukan kerja berpasukan yang mantap untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku. Aktiviti ini pertama kali saya lakukan sepanjang hidup saya. Ini menjadikan saya lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Hubungan yang erat antara ahli-ahli jawatankuasa yang datangnya dari tahun dan program yang berbeza juga dapat dijalinkan dengan erat sepanjang program ini berlangsung. Sesungguhnya, objektif program ini adalah untuk membantu para peserta mengikis sikap-sikap negatif yang wujud dalam diri mereka yang menjadi penghalang bagi mencapai kejayaan dan meningkatkan motivasi diri dan minat bagi mendalami ilmu pengetahuan yang telah tercapai. Selain itu, program ini dapat merapatkan jurang perhubungan antara golongan pelajar dengan golongan mahasiswa. Tidak ketinggalan juga program ini dapat

membentuk budaya dan semangat kesukarelaan dan kebertanggungjawaban sosial dalam kalangan mahasiswa serta membangunkan belia dengan aktiviti yang bermanfaat demi kecemerlangan dan membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan peserta. 4.0 Perasaan Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada badan pelaksana dalam program Menara Impian 2013 ini. Saya telah memperolehi pelbagai manfaat yang tidak akan terbayar dengan wang ringgit atau tidak akan dapat saya peroleh dalam program-program yang lain. Saya juga telah berkenalan dengan adik-adik baru di kolej Matrikulasi dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara mahasiswa lain apabila kami saling bertukar nombor telefon dan email bagi memudahkan perhubungan antara kami kerana saya masih di tahun satu. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, program Menara Impian ini dapat membantu saya dalam meningkatkan kebolehan kepimpinan, berkomunikasi dan meningkatkan idea kreatif dan inovatif serta mendidik saya untuk menjadi mahasiswi yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Terima kasih, sekian. MEMBINA MAHASISWA CEMERLANG MERINTIH KEPERITAN MENGGAPAI KEJAYAAN