Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Siti Nor Azzila Amit

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

2.0 PENYATAAN MASALAH

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SEKOLAH RENDAH UNITY

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Unit 5 Pendekatan Tematik

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 2

PEMBELAJARAN MASTERI

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Kandungan Sesi Perkongsian. Model Kemahiran Teras Bahasa. Pengajaran tentang pembinaan ayat. Tips untuk memupuk minat membaca

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

2. Membaca petikan teks Pulau Langkawi dan dapat menerangkan sekurang-kurangnya 5 maksud perkataan yang digelapkan.

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

PENGAJARAN BERSAMA MEMPERKAYA KOSA KATA MURID. Fauziah Mohamed Ata, Guru Kanan, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Endeavour

Transkripsi:

29 Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT Haryati Surana haryati_surana@moe.edu.sg Nur Syahirah Sa adon nur_syahirah_saadon@moe.edu.sg Sekolah Rendah West View Abstrak Golongan kata merupakan aspek morfologi yang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Salah satu golongan kata yang harus diberi perhatian ialah kata nama. Dengan penggunaan konsep MBBT (Manusia, Benda, Binatang dan Tempat), kata nama telah diajarkan dengan menggunakan kaedah eksplisit yang diutarakan oleh Rosenshine (1985). Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengukur keberkesanan pengajaran kata nama melalui konsep MBBT. Konsep ini dapat membina pengetahuan murid untuk mengenal pasti kata nama berdasarkan gambar dan teks. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang murid Darjah 2 yang berada dalam tahap keupayaan yang sederhana. Dapatan kajian menunjukkan 100% murid mengatakan mereka boleh mengenal ciri-ciri kata nama, mengkategorikan kata nama tersebut berdasarkan MBBT dan mengenal pasti kata nama berdasarkan gambar dan teks. Melalui pengajaran secara eksplisit, murid dapat mengecam dengan mudah kata nama dalam tugasan yang diberikan. Kata Kunci: kata nama, eksplisit, kosa kata, manusia, benda, binatang, tempat 368 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

PENGENALAN Kata nama merupakan satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan (MOE). Kata nama merupakan aspek morfologi yang perlu dikuasai murid sekolah rendah peringkat bawah sebelum mereka mempelajari komponen tatabahasa yang lain. Kata nama terbahagi kepada tiga komponen, yakni kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Namun begitu, dalam kajian ini, konsep kata nama sahaja yang diberikan tumpuan. Tiga komponen kata nama tidak didedahkan agar murid tidak keliru. Kata nama ialah perkataan yang menamakan manusia, benda, binatang dan tempat. Terdapat beberapa ciri kata nama yang perlu diketahui murid seperti penggunaannya secara am atau umum dan hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Berdasarkan pemerhatian guru dan hasil kerja murid, didapati ramai murid keliru antara kata nama am dan kata nama khas. Mereka tidak dapat membezakan penggunaan dan mengkategorikan kata nama tersebut. Oleh itu, kajian ini menjelaskan bagaimana konsep MBBT dapat diterapkan dalam pembelajaran konsep kata nama di dalam bilik darjah. Konsep ini meningkatkan pemahaman murid tentang kata nama dengan lebih mendalam. Melalui penggunaan konsep ini, murid diharapkan dapat mengecam kata nama dengan tepat. Penerangan mengenai penggunaan konsep ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian kaedah kajian. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. mengukur keberkesanan pengajaran kata nama melalui konsep MBBT (Manusia, Benda, Binatang, Tempat); 2. membina pengetahuan murid mengenai kata nama melalui konsep MBBT; dan 3. menilai kebolehan murid mengenal pasti kata nama berdasarkan gambar dan teks dengan menggunakan konsep MBBT. 369 Seminar Bahasa Melayu 2017

Pernyataan Masalah Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, salah satu pengetahuan morfologi dalam tatabahasa adalah menggunakan pelbagai golongan kata dengan tepat. Antara golongan kata itu merupakan kata nama. Berdasarkan maklum balas guru, mengajar tatabahasa kepada murid sekolah rendah peringkat bawah, merupakan satu cabaran. Guru masih mencuba beberapa strategi pengajaran yang dapat memberikan pemahaman murid mengenai apa itu kata nama dengan jelas. Walaupun murid sudah didedahkan dengan kata nama sejak darjah satu lagi, namun pemahaman murid masih belum kukuh. Masih ada sebilangan murid yang kurang pasti mengenai konsep kata nama. Ketidakpastian tersebut menjejas pemahaman dan penelitian mereka dalam menjawab soalan tugasan yang diberikan guru. Ini juga boleh menjejas pengetahuan kosa kata murid. Kajian Lepas Pengajaran kata nama melalui konsep MBBT ini jarang ditemui dalam kajian lalu. Kebanyakan pengkaji mengkaji ciri-ciri kata nama am dan kata nama khas. Ada pengkaji yang mengkaji kata nama dalam struktur. Ini dapat dilihat dalam kajian Nur Mazrita Azam (2014) yang melakukan kajian atas tajuk Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar pada Huruf Pertama di Awal Ayat dan Kata Nama Khas, menggunakan teknik latih tubi bulatkan huruf besar. Teknik latih tubi bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Namun begitu, penyelidikannya dijalankan untuk meningkatkan serta mengekalkan kefahaman tentang penggunaan huruf besar pada awal ayat dan kata nama khas. Seorang pengkaji Suzi Jinau (2012) telah melakukan penyelidikan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran, selain menilai sejauh manakah penggunaan imej visual membantu murid menulis kata nama am dan kata nama khas dalam tesisnya yang bertajuk Penggunaan Imej Visual Secara Ansur Maju Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Kata Nama Bahasa Melayu Murid Tahun Empat. Teknik yang digunakan dalam penyelidikan tersebut adalah berlandaskan Pendekatan Pengajaran Ekspositori Ausubel 370 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

(1968). Teknik tersebut menekankan kemajuan langkah demi langkah, yakni menggabungkan maklumat baharu dengan maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara kedua-dua maklumat tersebut. Wan Siti Sarah Wan Kadir (2014) pula mengkaji Perbandingan Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian ini menerangkan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam pembentukan kata nama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim (2013), kata nama ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas, perkataan tersebut diletak di dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap menjadi inti frasa nama. Kaedah Kajian Bagi menerapkan kata nama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terlebih dahulu guru mencungkil pengetahuan murid tentang kata nama melalui tinjauan ringkas. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid menulis kata nama yang berkaitan dengan gambar tersebut. Setelah guru dapat mengetahui pengetahuan sedia ada murid, guru akan memperkenalkan kata nama secara keseluruhan. Ini bagi memastikan mereka dapat membezakan antara kata nama dan golongan kata yang lain. Murid diberikan gambar untuk mengkategorikan kata nama mengikut konsep MBBT dalam kumpulan masing-masing. Sebagai pengukuhan, murid akan mengambil gambar menggunakan ipad dan mencatatkannya dalam lembaran kerja yang disediakan. Murid akan melakukan perkongsian mengenai kata nama bagi setiap kategori. Bagi mencapai objektif pengajaran, kaedah pengajaran secara eksplisit digunakan untuk membina pengajaran yang lebih bersistematik dan berstruktur. Kaedah pengajaran secara eksplisit yang dipelopori oleh Rosenshine (1985) terdiri daripada lima peringkat, iaitu peringkat pengenalan, penerangan, modeling, latihan dan penutup. Selain itu, kajian ini juga menggunakan penerapan ICT dan bahan bantuan TLC-FA toolkits. Teknik Apricot akan digunakan untuk menilai pemahaman murid. Di akhir pengajaran tersebut, kad keluar (Exit Pass) digunakan bagi mendapatkan maklum balas tentang pemahaman murid dengan lebih mendalam. 371 Seminar Bahasa Melayu 2017

Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 23 orang murid Darjah 2. Secara umum, tahap keupayaan murid adalah sederhana. Murid mempunyai sedikit pengetahuan asas tentang golongan kata seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Pengajaran kata nama ini digunakan sebagai langkah pertama bagi pengenalan golongan kata untuk murid peringkat bawah mendalami aspek morfologi tatabahasa yang lain. Instrumen Kajian Murid akan dinilai dari segi menamakan benda berdasarkan gambar, memberikan kategori kata nama berdasarkan gambar, memetik gambar di sekeliling sekolah yang berkaitan dengan empat kategori kata nama. ipad digunakan untuk mengambil gambar yang berkaitan kata nama di kawasan sekolah. Hal ini dapat menarik minat mereka untuk belajar. Murid juga berasa seronok dan dapat meluaskan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah. Untuk membina keyakinan murid, mereka akan melakukan perkongsian tentang penemuan mereka di hadapan kelas. Penilaian formatif juga dilaksanakan untuk memantau sejauh mana pemahaman mereka tentang pengajaran itu secara bertahap-tahap seperti menggunakan papan tulis putih untuk mereka menulis jawapan mereka. Murid juga diberi borang maklum balas yang mudah untuk menilai pemahaman mereka. Sebagai pengukuhan, mereka melakukan tugasan bertulis untuk mengukuhkan pemahaman mereka. Akhir sekali, penggunaan kad keluar digunakan untuk menilai sejauh mana mereka dapat menggarap pelajaran ini. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan selama tiga hari dan mengambil masa selama tiga jam setengah. Terdapat dua pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah dan satu pengajaran dijalankan di luar bilik darjah. Bagi mencungkil pengetahuan sedia ada murid, tinjauan tentang kata nama dijalankan. Mereka diberi 372 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

sebuah gambar dan dikehendaki menulis seberapa banyak kata nama yang mereka ketahui. Seterusnya bagi guru memperkenalkan kata nama dengan penggunaan konsep MBBT, kerja kumpulan mengkategorikan kata nama mengikut konsep MBBT dijalankan. Murid digalakkan memberikan kata nama yang lain daripada contoh yang diberikan guru. Permainan Boleh Teka dijalankan untuk menilai pemahaman murid. Permainan ini dijalankan secara berkumpulan. Guru mempamerkan gambar atau perkataan dan murid-murid akan mengangkat kad (Manusia, Benda, Binatang dan Tempat). Secara individu pula, mereka akan menuliskan kategori kata nama MBBT di papan tulis dengan permainan yang sama. Semasa permainan ini dijalankan, guru sengaja meletakkan perkataan atau gambar yang tiada kaitan dengan kata nama untuk melihat reaksi murid-murid serta menilai pemahaman mereka. Pada pengajaran yang kedua pula, murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang murid. Setiap kumpulan diberikan ipad. Tugas mereka adalah mengambil gambar di kawasan sekolah yang ditetapkan. Mereka dikehendaki mengambil dua gambar yang berkaitan kata nama bagi setiap kategori iaitu Manusia, Benda, Binatang dan Tempat. Kawasan-kawasan yang dikenal pasti ialah perpustakaan, kantin, taman eko dan NE Walkway (Laluan Pendidikan Nasional). Setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk menjalankan aktiviti ini. Setiap ahli kumpulan memikul tugas seperti ketua kumpulan, jurugambar, penjaga masa, penjaga disiplin dan penyampai. Selepas selesai aktiviti tersebut, mereka berbincang tentang gambar yang dipilih dan menuliskannya di kertas mengikut konsep MBBT. Akhir sekali mereka menyampaikan hasil tugasan dan menunjukkan gambar yang dipetik di hadapan bilik darjah. Pada sesi pengajaran yang ketiga, guru akan memperkukuh pengajaran dengan meminta murid melakukan tugasan di lembaran kerja, mengisi borang maklum balas dan menggunakan kad keluar untuk menilai keberkesanan pengajaran pembelajaran. 373 Seminar Bahasa Melayu 2017

Dapatan Kajian dan Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan, berdasarkan pemantauan guru dan respons murid, murid dilihat berasa seronok mempelajari kata nama sepanjang proses pembelajaran. Murid juga dapat memahami konsep MBBT dan mengenal pasti kata nama dengan yakin dan jelas berdasarkan gambar dan teks. Murid dapat memberikan pelbagai kosa kata kata nama berdasarkan konsep MBBT. Berdasarkan tinjauan aktiviti secara individu, 16 murid boleh memberikan lebih daripada enam kata nama yang betul berdasarkan gambar. Terdapat kesalahan dari segi jenis kata nama. Terdapat murid yang memberikan kategori kata kerja. Kata nama yang murid berikan: penyapu, raket badminton, air botol, daun, buku, murid, alat tulis, pensel warna, meja, pokok, baju, seluar, kerusi, buku cerita, baldi dan lain-lain lagi. Perkataan yang bukan kata nama yang diberikan murid: bermain, minum, siram pokok, melukis dan makan Ini menunjukkan bahawa terdapat murid yang masih keliru tentang konsep kata nama. Hasil kegiatan secara berkumpulan pula memperlihatkan murid terangsang dengan aktiviti penilaian kad MBBT Permainan Boleh Teka dan juga aktiviti kumpulan. Mereka dikehendaki memberikan sekurang-kurangnya 5 kata nama am bagi setiap kategori MBBT. Guru mendapati bahawa murid dapat memberikan contoh kata nama. Namun, terdapat beberapa perkara yang menghambat mereka daripada mencatatkannya di kertas tersebut. Antaranya merupakan masalah ejaan serta kejelasan tulisan yang membuat mereka asyik memadam dan menulisnya kembali. Murid juga telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan contoh kata nama yang belum lagi guru ajarkan. Mereka berusaha memikirkan perkataan-perkataan mereka sendiri semasa mencatatkannya di kertas. Secara keseluruhan, kesemua enam kumpulan dapat memberikan 374 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

lima contoh kata nama bagi setiap kategori MBBT. Murid dapat memberikan perkataan yang lain daripada yang diajarkan seperti kereta, pistol, gajah, monyet, ular dan tempat-tempat lain seperti kolam, kedai kopi, taman haiwan dan pantai. Ketika mereka menyampaikan hasil kerja mereka, mereka hanya memberikan perkataan-perkataan yang belum lagi diajar guru. Aktiviti Kumpulan (Mengenali MBBT) Dalam aktiviti yang dijalankan ini, 8 dalam 12 perkataan yang dipancarkan merupakan perkataan kata nama. Murid-murid rata-rata tahu akan golongan kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Ketika memancarkan perkataan-perkataan tersebut, terdapat seorang murid yang keliru akan perkataan berlari. Murid tersebut mengangkat kad manusia. Namun begitu, rakan-rakan sedarjahnya dapat menjelaskan bahawa perkataan itu merupakan kata kerja kerana tidak ada dalam konsep MBBT yang boleh dikaitkan dengan perkataan tersebut. Murid juga dapat mengecam perkataan daripada golongan kata yang lain berdasarkan konsep MBBT. Contohnya perkataan besar. Dengan sendirinya mereka menyatakan perkataan ini bukan daripada golongan kata nama. Perkataan ini bukan manusia, bukan benda, bukan binatang dan bukan tempat. Guru mencungkil pengetahuan murid dengan lebih mendalam dan bertanya perkataan ini daripada golongan kata yang mana. Murid tidak pasti tetapi mereka yakin perkataan itu bukan daripada golongan kata nama sehingga ada seorang murid yang menyatakan perkataan itu jenis kata adjektif. Selepas memancarkan 10 perkataan, murid-murid sudah mulai sedar bahawa MBBT hanya boleh digunakan bagi perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kata nama. Aktiviti Kumpulan (Aprikot MBBT) Dalam aktiviti ini, guru menyebut perkataan secara rambang dan memberikan murid beberapa saat bagi memikirkan serta menulis huruf MBBT berdasarkan jawapan yang dirasakan tepat. Berikut merupakan senarai perkataan serta bilangan murid yang dapat menjawabnya dengan tepat. 375 Seminar Bahasa Melayu 2017

Jadual 1: Bilangan Murid Dapat Mengenal Pasti Kata Nama Berdasarkan Konsep MBBT Perkataan Bilangan Murid yang Dapat Menjawab dengan Tepat Sang Kancil 23 b i l i k 2 3 cermin mata 23 penghawa dingin 19 b a n g k u 2 3 m e k a n i k 1 7 t u p a i 2 3 pemandu bas 22 s e r i g a l a 2 2 taman eko 23 pasar 22 Bagi perkataan penghawa dingin, empat orang murid menggolongkannya sebagai T (tempat). Bagi perkataan mekanik pula, dua orang murid menggolongkannya sebagai B (benda) sementara empat orang murid menggolongkannya sebagai T (tempat). Bagi perkataan pemandu bas dan serigala pula, seorang murid menggolongkannya sebagai B (benda). Bagi perkataan pasar, seorang murid menggolongkannya sebagai B (binatang). Murid yang tersalah menggolongkan perkataan ini berkemungkinan kurang pasti dengan apa yang didengarinya atau dia keliru kerana permainan ini dijalankan dengan agak pantas. Aktiviti Kumpulan (Mencari Kata Nama Penggunaan ipad) Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan dikehendaki mengambil dua gambar yang menunjukkan kata nama bagi setiap konsep MBBT. Mereka dikehendaki mengambil gambar tersebut di sudut sekolah yang telah diberikan. Sudut-sudut tersebut merupakan sudut kantin, taman eko, NE Walkway dan perpustakaan. Setelah aktiviti ini dijalankan, guru meminta murid untuk berkongsi dan menyenaraikan perkataan-perkataan kata nama yang telah difoto menggunakan ipad. Berikut merupakan kata nama-kata nama yang telah dipetik murid. 376 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Jadual 2: Kata Nama MBBT yang Dipetik Gambarnya oleh Murid Nama Kumpulan Kumpulan A (kantin) Kumpulan B (taman eko) Kumpulan C (NE Walkway) Kumpulan D (perpustakaan) Manusia Benda Binatang Tempat guru kereta ikan tandas pekerja pembersih telefon singa kantin Aliff pokok monyet sekolah Cikgu Syahirah sekolah gajah taman eko Encik Yusof piala ikan kedai buku Ishak Encik Hamzah kipas sotong bilik darjah pustakawan buku kerbau perpustakaan murid meja zirafah taman bunga Ketika murid-murid menjalani aktiviti tersebut, guru mendapati bahawa mereka cuba untuk mencari gambar yang belum lagi disebut guru semasa pengajaran MBBT. Mereka juga kreatif dengan melakukan aksi serta bergaya seperti haiwan (contoh; monyet) ketika mereka tidak dapat mencari kata nama golongan B (binatang). Bagi kata nama golongan M (manusia), murid yang memberikan idea untuk mengambil gambar guru dan pekerja-pekerja sekolah yang lain bagi memenuhi pencarian gambar untuk kata nama tersebut. Semasa melakukan perkongsian, murid turut menjelaskan bagaimana mereka membuat keputusan untuk memetik sesuatu gambar itu. Murid yakin membentangkan gambar-gambar yang telah mereka petik serta memberitahu kepada rakan-rakan golongan kata nama tersebut (MBBT). Pengukuhan dilakukan bagi aktiviti kendiri. Berdasarkan latihan secara kendiri, murid dapat menjawab semua soalan dengan betul. Kesilapan yang dilakukan murid-murid hanyalah kesilapan ejaan. Berdasarkan maklum balas, semua murid menyatakan mereka dapat memberikan tiga contoh kata nama daripada Manusia, Benda, Binatang dan Tempat. Guru juga meminta maklum balas secara lisan dan murid-murid dapat menjawabnya dengan cepat dan tepat. Hasil pembelajaran dikukuhkan dengan murid-murid menyatakan mereka telah belajar tentang kata nama am melalui konsep MBBT. 377 Seminar Bahasa Melayu 2017

Kesimpulan Pengajaran kata nama dengan penggunaan konsep MBBT telah memberi keyakinan murid untuk mengenal pasti kata nama dengan jelas. Dengan secara tidak langsung, murid-murid juga dapat membezakan kata nama dengan golongan kata yang lain. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid dapat mengecam kata nama dengan pantas. Sejajar dengan objektif pembelajaran, guru dapat mengukur keberkesanan pengajaran kata nama secara eksplisit melalui konsep MBBT (Manusia, Benda, Binatang, Tempat). Murid dapat membina pengetahuan dan mengenal pasti kata nama berdasarkan gambar dan teks dengan menggunakan konsep MBBT. Akronim MBBT yang turut disebutkan secara berlagu dapat diingati oleh murid dengan lebih mudah. Dengan adanya pengetahuan yang kukuh bagi kata nama, ia telah membantu pembelajaran murid untuk mengenal pasti jenis kata nama di peringkat seterusnya. Hal ini memudahkan guru seterusnya menerangkan kepada murid tentang kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. 378 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rujukan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Tatabahasa Dinamika. The University of Michigan. Kuala Lumpur: Utusan Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa (2008). Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Suzi Binti Jinau (2012).Penggunaan imej visual secara ansur maju untuk meningkatkan kemahiran menulis kata nama bahasa melayu murid tahun empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2012, ms 126-138 1986 dari http://www.ascd.org/ascd/pdf/journals/ed_lead/el_198604_rosenshine.pdf 2012 http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/bukukoleksi/2012/bm/10%20 ARTIKEL%20SUZI%20JINAU.pdf 2014 dari https://prezi.com/p-yuvwzkgrrs/perbandingan-pembentukan-kata-namabahasa-melayu-dan-bahasa/ 2014 dari http://www.slideshare.net/noormazritaazam/meningkatkan-penggunaan- Huruf-Besar-Pada-Huruf-Pertama-di-Awal-Ayat-Dan-huruf-Pertama-katanama-khas 379 Seminar Bahasa Melayu 2017