SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

dokumen-dokumen yang mirip
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Transkripsi:

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Prof. Madya Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Prof. Madya. Mohd. Sharif Mustaffa Siti Fatimah Saari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada wujudnya hubungan antara Harga diri dan Pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Bandar Kuching Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah sekolah di Bandar Kuching, Sarawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi maklumat latar belakang respondnen. Manakala bahagian B pula mengandung soalan-soalan berkaitan dengan tahap pencapaian mata pelajaran sains dan harga diri dalam kalangan pelajar. Kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik pada skala Alpha 0.8996. Data Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) for Windowsn Versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan harga diri dan juga pencapaian mata pelajaran sains para pelajar berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.56 dan juga 3,51. Daripada hasil ujian-t, pengkaji mendapati bahawa tidak wujud perbezaan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pendahuluan Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia menampakkan gelombang perubahan untuk menyesuaikan pendidikan dengan arus globalisasi, kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan modal insan. Gelombang perubahan terbaru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Usaha ini dapat dilihat dengan jelas menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah melaksanakan polisi nisbah 60 : 40 bagi memastikan lebih ramai pelajar memasuki aliran sains berbanding dengan aliran sastera. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berharap agar kerajaan dapat melahirkan generasi baru yang mampu menyahut cabaran wawasan 2020, dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar yang kian membelenggu masyarakat kini. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Tetapi yang paling utama, Malaysia memerlukan rakyat yang berkebolehan untuk berfikir secara bersistematik, berpengetahuan dalam bidang ekonomi dan Sains mampu berkomunikasi dalam beberapa jenis bahasa asing secara berkesan, kreatif dan berinovatif serta menjadikan kecemerlangan sebagai matlamat akhir semua aktiviti yang dijalankan. Peranan ilmu Sains dalam memajukan tamadun manusia menjadikannya suatu bidang yang dinamik dan dianggap sebagai jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaan Sains perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan sesebuah negara yang maju. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, Kurikulum Sains diolah dan disusun semula supaya pelajar yang Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1

mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan (Sukatan Pelajaran KBSM Sains, 2003). Kebimbangan pelajar dalam mata pelajaran Sains yang diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris mungkin menghalang perkembangan negara yang inovatif dan saintifik. Sehubungan dengan itu, bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN), agar dapat menerajui negara akan datang. Sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara pelajar diharap dapat mengukuhkan dan memantapkan diri dari aspek kognitif dan bukan kognitif (RES). Dalam aspek kognitif pelajar perlu mempelajari pelbagai mata pelajaran. Antaranya ialah Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ketika ini mata pelajaran Sains memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berlandaskan hakikat ini, kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan perhatian terhadap bidang Sains dan Matematik bagi mewujudkan satu masyarakat yang maju menjelang 2020. Pembelajaran dan pengajaran Sains di sekolah, adalah salah satu mata pelajaran di sekolah yang memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk memahami, menangak dan membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja tetapi faktor-faktor seperti minat, motivasi, persekitaran, konsep kendiri dan harga diri. Dalam bidang Sains, harga diri yang tinggi memainkan peranan yang amat penting untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang 2020. Harga diri memainkan peranan penting bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan dan kegagalan setiap orang sebagai seorang insan. Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut : i. Apakah tahap harga diri pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Bandar Kuching Sarawak? ii. Apakah tahap pencapaian mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Bandar Kuching Sarawak? iii. Adakah terdapat perbezaan dari segi jantina (lelaki dan perempuan) mengenai harga diri terhadap pencapaian sains dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Bandar Kuching Sarawak? Metodologi Kajian Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan dua yang sedang menuntut di dua buah Sekolah Menengah sekitar Kuching Sarawak pada tahun 2007. Pelajar tingkatan dua ini dipilih kerana mereka telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam mata pelajaran sains selama dua tahun di sekolah menengah. Selain itu, sampel kajian ini dipilih atas alasan bahawa pelajar tingkatan dua tidak perlu menduduki peperiksaan awam. Hal ini membolehkan kajian ini Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2

dapat dijalankan secara lancar tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas peperiksaan seperti tingkatan tiga dan tingkatan lima. Dua buah sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang. Pengkaji telah memilih 100 orang pelajar dari setiap sekolah. Ini bermakna 200 responden sebagai sampel kajian daripada populasi yang diambil. Sampel dipilh secara rawak iaitu mengikut abjad nama pelajar yang bermula huruf A hingga M. Perbincangan Dapatan Kajian Latar Belakang Responden Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden Jadual 1.1: Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden Jantina Kekerapan Peratusan (%) Lelaki 70 35% Perempuan 130 65% Jumlah 200 100.0 Jadual 1.1 menunjukkan kekerapan dan peratusan jantina responden. Sebanyak 70 orang responden, iaitu 35% daripada jumlah responden adalah pelajar lelaki, manakal 130 orang responden, iaitu 65% daripada jumlah respondnen adalah pelajar perempuan. Jumlah responden secara keseluruhan adalah sebanyak 200 orang. Kekerapan dan Peratusan Bangsa Responden Jadual 1.2 : Kekerapan dan Peratusan Bangsa Responden Bangsa Kekerapan Peratusan (%) Melayu 108 54 Cina 37 18.5 Iban 32 16 Bidayuh 22 11 Lain-lain 1 0.5 Jumlah 200 100.0 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3

Jadual 1.2 menunjukkan kekerapan dan peratusan bangsa responden dalam kajian ini. Sebanyak 108 orang responden iaitu 54% daripada jumlah responden adalah bangsa Melayu, 37 orang responden iaitu 18.5% adalah bangsa Cina, 32 orang responden iaitu 16% adalah bangsa Iban, 22 orang responden iaitu 11% adalah bangsa Bidayuh, dan seorang responden iaitu 0.5% adalah lain-lain bangsa. Kekerapan dan Peratusan Gred Mata Pelajaran Sain Dalam Peperiksaan Peringkat Sekolah. Jadual 1.3 : Kekerapan dan Peratusan Gred Mata Pelajaran Saind Dalam Peperiksaan Peringkat Sekolah. Gred Kekerapan Peratusan (%) A - - B 19 9.5 C 56 28 D 93 46.5 E 32 16 Jumlah 200 100.0 Jadual 1.3 menunjukkan kekerapan dan peratusan gred yang diperolehi oleh respondnen dalam mata pelajaran sains peringkat sekolah. Sebanyak 19 orang respondnen, iaitu 9.5% memperolehi gred B, 56 orang responden, iaitu 28% memperolehi gred C, 93 orang responden, iaitu 46.5% memperolehi gred D, dan 32 orang responden, iaitu 16% memperolehi gred E. Tiada responden yang memperolehi gred A. Persoalan Kajian Pertama Apakah tahap harga diri pelajar tingkatan dua? Daripada dua puluh item yang dikemukakan, kajian menunjukkan tahap harga diri pelajar tingkatan dua secara puratanya berada pada tahap sederhana dengan skor purata minnya 3.56. Walaubagaimanapun terdapat beberapa item soalan yang mendapat persetujuan tinggi dari responden yang antaranya mereka bersetuju menyayangi diri sendiri mendapat skor minnya 4.81 iaitu pada tahap tinggi. Responden bersetuju bertanggungjawab ke atas kerja masing-masing dengan skor minnya 4.20 iaitu pada tahap tinggi, dan responden menganggap masalah sebagai cabaran, dengan skor minnya 4.11 pada tahap tinggi. Responden mempunyai matlamat hidup yang spesifik, dengan skor minnya ialah 3.89 iaitu pada tahap tinggi. Responden boleh membuat keputusan dengan skor minnya ialah 3.85 pada tahap tinggi dan responden mudah bergaul dengan orang lain skor minnya 3.68 pada tahap Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4

tinggi. Kesemua item ini memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar sendiri. Pelajar perlu mengubah sikap dan menjadikan semua halangan sebagai cabaran dalam kehidupan seharian bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tunggak utama harga diri ialah kesedaran diri, penerima diri, imej diri yang positif, tanggungjawab diri dan mengambil tindakan. Untuk memperteguhkan atau mengekalkan harga diri, kita perlu memperbaharui diri dalam dimensi mental, fizikal, sosial dan rohani. Harga diri sebenar terbit dari dalam diri dan amat bergantung pada imej diri anda yang dicorakkan oleh kepercayaan anda. Jika imej diri anda kukuh anda akan berasa senang dengan diri anda. Petua untuk mempertingkatkan harga diri ialah kenali diri anda iaitu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. Kemana haluan anda dalam kehidupan? Buat satu senarai keselesaan tentang personaliti anda yang positif. Cuba menyayangi dan menerima diri anda yang sedia ada. Jangan bandingkan diri anda secara negatif dengan orang lain. Berusaha untuk memperbaiki perwatakan anda. Gantikan fikiran negatif dengan fikiran positif. Persoalan Kajian Kedua tingkatan dua? Apakah tahap pencapaian mata pelajaran Sains dalam kalangan pelajar Daripada sepuluh item yang dikemukakan, dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar tingkatan dua secara purata berada pada tahap sederhana dengan skor minnya 3.51. Responden meminati mata pelajaran Sains berada pada tahap sederhana dengan skor minnya 3.39. Kemungkinan pelajar-pelajar tidak memahami mata pelajaran Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris dengan skor minnya 3.35 pada tahap sederhana. Responden selalu membuat kerja rumah Sains dalam masa yang ditetapkan berada pada tahap sederhana dengan skor minnya 3.11. Kelalaian pelajar menyebabkan mereka mendapat gred yang tidak memuaskan. Responden bersetuju akan belajar bersungguh-sungguh walaupun kurang memahami Sains dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap tinggi dengan skor minnya 4.11. Responden akan bertanya guru jika ada kekeliruan dalam mata pelajaran Sains berada pada tahap sederhana dengan skor minnya 3.39. Responden bersetuju ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam memberi dorongan atau bimbingan semasa belajar, berada pada tahap tinggi iaitu skor minnya 4.44. Responden percaya usaha tangga kejayaan berada pada tahap tinggi dengan skor minnya 4.75. Tanpa usaha kejayaan tidak akan datang bergolek. Daripada hasil kajian di atas adalah jelas bahawa pembelajaran tidaklah berlaku dengan hanya pelajar menyerap maklumat yang diberi guru secara pasif tetapi ia berlaku secara aktif dalam usaha membina pemahaman. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Dalam proses pembelajaran, pelajar menggunakan idea yang telah diketahui selaras dengan idea yang dipelajari untuk mentafsir atau membina makna bagi setiap apa yang dilihat atau didengar. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu pelajar mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Penekanan diberi kepada menyediakan pelajar dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di mana mereka menghubung kaitkan pengalaman lampau untuk kegunaan masa depan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5

Menurut Abu Hassan (2001) mata pelajaran Sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji Sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Selaras dengan itu kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif telah diberi penekanan yang sewajarnya. Bagi kemahiran proses Sains, tumpuan telah diberikan kepada mengenal pasti masalah, membina dan menguji hipotesis, merekabentuk dan menjalankan kajian, membuat pemerhatian, membuat pengukuran secara sistematik dengan menggunakan teknik yang betul, merekod pemerhatian dan pengukuran, menganalisis, mantafsir dan menilai data dan maklumat, membuat pengelasan, membuat inferens, membuat kesimpulan, membuat ramalan laporan mengenai segala yang diperolehi semasa melakukan kajian. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi dorongan dan bimbingan. Ibu bapa harus bijak menjalankan peranan serta tanggungjawab membimbing keluarga dengan lebih berkesan. Perhubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak-anak dapat menjamin keutuhan sesebuah keluarga. Ibu bapa harus peka dengan perubahan serta keperluan emosi yang diperlukan oleh anak-anak mereka terutamanya anak-anak yang sedang meningkat ke alam remaja. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak dengan cara menunjukkan kasih sayang dan menghabiskan masa bersama. Dorongan dan bimbingan dalam pelajaran akan meyebabkan anak-anak cemerlang dalam akademik. Anak-anak yang terbiar prestasi akademik akan menurun dan akhirnya kandas dalam pelajaran. Persoalan Kajian Ketiga Apakah terdapat perbezaan dari segi jantina ( lelaki dan perempuan) mengenai harga diri terhadap pencapaian Sains dalam kalangan pelajar tingkatan dua? Jadual 1.4 : Ujian t (Independent-samples T-test) Untuk Mengesan Kewujudan Perbezaan Persepsi Mengikut Jantina. Aspek Yang dikaji Lelaki N=70 Perempuan N=130 Ujian-T Min Min Nilai t df Nilai Signifikan Tahap harga diri 74.91 73.43 1.388 198 0.167 (Two-tailed) Tahap pelajar pencapaian 35.54 35.12 0.578 198 0.564 Persepsi Keseluruhan 110.45 108.55 1.285 198 0.200 Bagi meninjau sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan mengenai harga diri dengan pencapaian sains, ujuan-t telah dilakukan. Berdasarkan analisis Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 6

ujian-t dalam jadual 1.4, mendapati nilai signifikan yang diperolehi 0.200 lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nol diterima. Dengan demikian kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan mengenai harga diri terhadap pencapaian Sains dalam kalangan pelajar tingkatan dua. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh rata-rata pelajar kini tanpa mengira jantina telah menyedari kepentingan ilmu dan akademik dalam kehidupan. Pada masa dahulu, ibu bapa selalu mengabaikan pendidikan anak perempuan. Selain itu pelajar perempuan kurang menceburi bidang sains dan teknikal adalah lebih sesuai bagi lelaki. Walaubagaimanapun, taraf pendidikan bagi perempuan telah semakin meningkat pada masa kini. Ibu bapa telah berubah sikap dengan memberikan peluang pendidikan yang adil dan saksama kepada anak perempuan dan anak lelaki. Oleh itu sikap mempelajari sains telah dipupuk sejak kecil lagi tanpa mengira jantina. Maka minat, motivasi dan pengetahuan Sains pelajar perempuan juga adalah sama dengan lelaki. Penutup Bagi mencapai Wawasan 2020, kita sebagai rakyat Malaysia harus membuat persediaan yang secukupnya terutama dalam bidang Sains dan teknologi. Dalam hal ini bidang pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi muda pintar yang akan membangunkan negara kita ke arah yang maju. Dengan itu, para pendidik harus menguasai bidang Sains dan teknologi dengan sepenuhnya. Penyelidikan telah mengesahkan dengan jelas bahawa harga diri penting dalam mempertingkatkan prestasi akademik serta memperbaiki tingkah laku para pelajar. Harga diri ialah satu peramal kejayaan akademik yang lebih baik daripada kecergasan yang diukur. Para pelajar yang mempunyai harga diri tinggi adalah lebih berjaya dan aktif dari segi akademik dan sosial berbanding dengan para pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah. Mereka juga lebih ghairah untuk mengemukakan pendapat dalam perbincangan dan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi. Rujukan: Ahmad Zabidi Abdul Razak (2004). Memimpin diri Sendiri Pts Publication Distributors Sdn Bhd. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. 37. Ranjit Singh Malhi (1998). Mempertingkatkan harga diri. Self-Sesteem Seminars Sdn Bhd. Kuala Lumpur Malaysia. Rozman Hj. Din (2002). Pembangunan Diri Satu Proses Berterusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 7