PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Sustainable Education 54

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

SENARAI TUGAS GURU BESAR

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Program Transformasi Daerah

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Anjuran Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Disediakanoleh: IBRAHIM JAHIDIN ( GPK KOKO SK MASAI )

2.0 PENYATAAN MASALAH

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Transkripsi:

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM m.nor@uum.edu.my> MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.D KUNG TEIK SENG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH ABSTRAK Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah adalah penting dalam usaha memajukan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum dalam fungsi merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal yang dilaksanakan oleh pengurus kokurikulum iaitu pengetua sekolah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap hubungan antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah kebangsaan di negeri Perlis. Tahap hubungan antara peranan guru penasihat dan Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah juga dinilai. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengesan sistem pengurusan kokurikulum yang diamalkan. Soal selidik telah diuji terlebih dahulu untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan dengan mengadakan satu kajian rintis dan kemudian dianalisis dengan menggunakan Alpha Cronbach dan mendapati nilai Alpha adalah 0.926. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 310 orang guru dari 11 buah sekolah menengah di negeri Perlis. Penganalisisan data untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) 12.0 untuk menentukan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah, ujian korelasi Pearson ( r ) telah dijalankan. Pekali korelasi digunakan bagi menunjukkan hubungan antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Berdasarkan persepsi responden, dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan pengetua dalam fungsi merancang, fungsi mengelola, dan fungsi memimpi berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, persepsi responden terhadap fungsi mengawal yang dimainkan oleh pengetua berada pada tahap sederhana sahaja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, kajian juga membuktikan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara peranan guru penasihat dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun, hubungan antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap sederhana sahaja. 1.0 Pengenalan Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam 1

atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform, bidang persatuan atau kelab dan bidang sukan atau permainan. 2.0 Pernyataan Masalah Mohd. Najib (2007) menyatakan pendidikan seimbang seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa generasi hari ini merupakan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat? Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan diri dan personaliti pelajar. Walau bagaimanapun, soalnya sekarang adakah tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokuriklulum sangat memuaskan. Menurut laporan Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kedua 2008, sehingga Jun 2008, data menunjukkan seramai 65 % murid sekolah rendah dan menengah sedang mengikuti pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara aktif di peringkat sekolah, daedah, negeri dan kebangsaan. Sebelum penyelidik membuat keputusan mengkaji tentang masalah ini, penyelidik telah membuat temuduga ringkas dengan lima orang penolong kanan kokurikulum sekolah dalam Negeri Perlis. Kelima-lima responden membuat anggaran terhadap peratus kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah tidak melebihi 60 %. Semua responden bersetuju bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah aspek sistem pengurusan kokurikulum sekolah. Sekiranya jawapan yang diperolehi ialah kadar tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah kurang daripada 60%. Ternyatalah apa yang diharapkan oleh kita terhadap pelajar-pelajar tidak akan tercapai dan ini hanya tinggal impian sahaja. Menurut kajian yang dilakukan oleh Siti Hajar (2000), sistem pengurusan kokurikulum didapati mempunyai hubungan terhadap pencapaian dalam kokurikulum. Sehubungan itu, penyelidik sangat berminat ingin mengenal pasti setakat mana faktor pengurusan kokurikulum mempengaruhi tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. 3.0 Konsep Pengurusan Kokurikulum Kemahiran mengurus kokurikulum merupakan satu proses yang sangat penting bagi mencapai matlamat dan tujuan kegiatan kokurikulum. Apabila disebut perkataan pengurusan, dua konsep yang tidak boleh dipisahkan dan sentiasa berhubung kait atau saling bertindan ialah konsep mengurus dan mentadbir. Kedua-dua konsep ini mempunyai persamaan dan 2

perbezaanya. Mengikut Kamus Dewan (2002), mentadbir adalah mengelola, menjalankan, dan memerintah atau mengarah. Manakala mengurus pula adalah mengendali, mengelola, dan menjaga sesuatu perkara supaya teratur, rapi, dan sempurna serta menyelenggara dan menyelesaikan sesuatu perkara. Antara beberapa tugas utama pengurus kokurikulum ialah perancangan, di mana seseorang pengurus itu dapat menentukan objektif dan matlamat aktiviti kokurikulum, membentuk AJK dan mengenal pasti peserta-peserta serta kemudahan dan tempat menjalankan aktiviti. Tugas yang kedua penting ialah pengelolaan, di mana mewujudkan struktur organisasi dan perlembagaan dengan pernyataan tugas-tugas, peranan, objektif dan matlamatnya. Tugas yang ketiga ialah pimpinan, di mana memainkan peranan sebagai penasihat, pemimpin dan fasilitator. Tugas yang ke empat ialah penyeliaan, di mana bertugas sebagai memerhati, mengawal dan menilai aktiviti dan program semasa dijalankan untuk menentukan pencapaian matlamatnya. 4.0 Konsep Tahap Penglibatan Menurut Astin (1984) dalam tesis (Wong Huey Ling : 2007) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu: i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan. ii. Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun dalam aktiviti yang sama. iii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif. iv. Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar. 5.0 Tujuan Penyelidikan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah harian di negeri Perlis. Secara khusus kajian ini bermatlamat untuk : i. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum yang sebenarnya dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum menurut persepsi guru sekolah. 3

ii. iii. iv. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara peranan guru penasihat dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah. 6.0 Metodologi Kajian 6.1 Sampel Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada 310 orang guru sekolah menengah harian di negeri Perlis yang dipilih secara rawak. Sampel kajian yang dipilih ini meliputi guru-guru pelbagai jawatan dalam organisasi kokurikulum sekolah. 6.2 Alat Pengukuran Jadual Markat Persepsi Purata yang digunakan oleh pengkaji Yoong Suan, Universiti Sains Malaysia, 2004 seperti jadual 6.2.1 di bawah dirujuk bagi menentukan tahap kekuatan min amalan pengurusan kokurikulum menurut persepsi guru sekolah. Jadual 6.2.1 Jadual Markat Persepsi Purata Pekali Min Kekuatan 1.00 1.80 Sangat rendah 1.81 2.60 Rendah 2.61 3.40 Sederhana 3.41 4.20 Tinggi 4.21 5.00 Sangat tinggi Sumber: Yoong Suan, Universiti Sains Malaysia, 2004 Bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah iaitu pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan kesignifikanannya pada aras 0.01 dan melihat kekuatan antara dua pembolehubah. Tahap hubungan kekuatan kolerasi dibuat berdasarkan skala Alias (1977) seperti jadual 6.2.2 di bawah. Jadual 6.2.2 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah Pekali Korelasi Kekuatan 0.00-0.20 Sangat rendah dan boleh diabaikan 0.21-0.40 Rendah 0.41-0.60 Sederhana 0.61-0.80 Tinggi 0.81-1.00 Sangat tinggi Sumber: Alias, 1977 4

7.0 Analisis 7.1 Tahap Amalan Pengurusan Kokurikulum Yang Sebenarnya Dimainkan Oleh Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Menurut Persepsi Guru Sekolah Dengan merujuk kepada jadual 7.1.1, secara keseluruhannya, skor min bagi dimensi amalan pengurusan kokurikulum yang sebenarnya dilakukan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum adalah 3.49 dengan sisihan piawai 0.520 iaitu berada pada status tinggi. Jadual 7.1.1 Amalan Pengurusan Kokurikulum Yang Sebenarnya Dimainkan Oleh Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Amalan Pengurusan kokurikulum Yang Sebenarnya Aspek Dimainkan Oleh Pengetua Min Sisihan Piawai Status Perancang Kokurikulum 3.69 0.550 Tinggi Pengelola Kokurikulum 3.52 0.606 Tinggi Pemimpin Kokurikulum 3.51 0.599 Tinggi Pengawal Kokurikulum 3.26 0.586 Sederhana Pengurus Kokurikulum 3.49 0.520 Tinggi 7.2 Analisis Inferensi Korelasi Analisis inferensi korelasi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di antara pengurusan kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kaedah statistik yang digunakan ialah Korelasi Pearson, keputusan kajian dilaporkan berdasarkan hipotesis-hipotesis nol. 7.2.1 Hubungan Di Antara Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang pertama iaitu: H 0 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Jadual 7.2.1.1 Analisis Korelasi Hubungan Antara Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Aspek Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum **signifikan pada aras 0.01 (2 hujung) Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Pekali Pearson.655** Signifikan (2 hujung).000 N 310 Berdasarkan jadual 7.2.1.1 di atas, keputusan ujian korelasi menunjukkan peranan pengetua 5

sebagai pengurus kokurikulum meningkat maka tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga meningkat iaitu signifikan secara positif ( r =.66, p <.01 ). Nilai p yang dicatatkan iaitu.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu.01. Hubungan ini menunjukkan hubungan yang tinggi ( r =.66 ). Nilai pekali korelasi yang positif antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa hubungan yang wujud di antara kedua-dua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 7.2.2 Hubungan Di Antara Peranan Guru Penasihat Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang kedua iaitu: H 0 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan guru penasihat dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Jadual 7.2.2.1 Analisis Korelasi Hubungan Antara Peranan Guru Penasihat Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Aspek Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Peranan Guru Penasihat Pekali Pearson Signifikan (2 hujung) N.610**.000 310 **signifikan pada aras 0.01 (2 hujung) Berdasarkan jadual 7.2.2.1 di atas, keputusan ujian korelasi menunjukkan peranan guru penasihat meningkat maka tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga meningkat iaitu signifikan secara positif ( r =.61, p <.01 ). Nilai p yang dicatatkan iaitu.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu.01. Hubungan ini menunjukkan hubungan yang tinggi ( r =.61 ). Nilai pekali korelasi yang positif antara peranan guru penasihat dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa hubungan yang wujud di antara kedua-dua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan guru penasihat dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peranan guru penasihat dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti 6

kokurikulum. 7.2.3 Hubungan Di Antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang ketiga iaitu: H 0 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Jadual 7.2.3.1 Analisis Korelasi Hubungan Antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Aspek Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA **signifikan pada aras 0.01 (2 hujung) Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Pekali Pearson.561** Signifikan (2 hujung).000 N 310 Berdasarkan jadual 7.2.3.1 di atas, keputusan ujian korelasi menunjukkan Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA meningkat maka tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga meningkat iaitu signifikan secara positif ( r =.56, p <.01 ). Nilai p yang dicatatkan iaitu.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu.01. Hubungan ini menunjukkan hubungan yang sederhana ( r =.56 ). Nilai pekali korelasi yang positif antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa hubungan yang wujud di antara kedua-dua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 8.1 Tahap Amalan Pengurusan Kokurikulum Yang Sebenarnya Dimainkan Oleh Pengetua Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, proses pengurusan kokurikulum yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum berada pada tahap 7

tinggi. Sekiranya dirujuk kepada peranan pengetua dalam fungsi merancang, fungsi mengelola, dan fungsi memimpin, didapati persepsi guru penasihat kokurikulum ( terdiri daripada Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan, Penyelaras Pasukan Beruniform, Penyelaras Kelab / Persatuan, Penyelaras Sukan / Permainan dan Guru Penasihat / Guru Pemimpin ) terhadap ketiga-tiga fungsi berada pada tahap tinggi juga. Walau bagaimanapun, persepsi guru penasihat terhadap fungsi mengawal yang dimainkan oleh pengetua berada pada tahap sederhana sahaja. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Siti Hajar (2000) yang menyatakan bahawa aspek pengurusan yang diwakili oleh fungsi mengawal berada di tahap sederhana juga. Selain itu, menurut kajian yang dibuat oleh Zainal (1999) dalam jurnal Mohd Jaflus Bahari (2008) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan, didapati pelaksanaan aktiviti kokurikulum kurang penyeliaan daripada pihak pentadbiran. Keadaan bertambah buruk lagi jika seseorang guru yang aktif, kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini didapati agak berbeza dari segi dapatan yang diperolehi Siti Hajar (2000) iaitu aspek pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun dan memimpin yang berada di tahap sederhana sahaja sedangkan fungsi merancang, menyusun dan memimpin yang dilakukan oleh penyelidik berada pada tahap tinggi. Penyelidik percaya dan yakin bahawa perbezaan penambahbaikan ini berlaku kerana wujudnya jawatan khas iaitu Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan gred A bermula sejak awal tahun 2003. Sebelum tahun 2003, kerja-kerja pengurusan kokurikulum diamanahkan sepenuh kepada pengetua sekolah yang dibantu oleh Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang juga beban dengan urusan hal ehwal pelajar. 8.2 Hubungan Di Antara Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud korelasi yang bersifat positif yang tinggi di antara peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Ini menunjukkan bahawa sekiranya peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum meningkat maka tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga akan meningkat. Dapatan ini dapat disokong oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh Siti Hajar (2000), beliau telah membuat penyelidikan untuk mengenal pasti amalan pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah serta melihat corak penglibatan ahli jawatankuasa kokurikulum dan murid dalam perlaksanaan kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel kajian terdiri daripada 285 orang guru dari 8

15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Beliau menyatakan bahawa sistem pengurusan kokurikulum didapati mempunyai hubungan terhadap pencapaian dalam kokurikulum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian kokurikulum. 8.3 Hubungan Di Antara Peranan Guru Penasihat Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa wujud korelasi yang bersifat positif yang tinggi di antara peranan guru penasihat kokurikulum dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Ini menunjukkan bahawa peranan guru penasihat kokurikulum adalah penting untuk mewujudkan satu pencapaian tahap penglibatan kokurikulum di kalangan pelajar yang memuaskan. Dapatan ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Abu Bakar bin Mohd Husain (2007) yang bertajuk Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah: Persepsi Guru Dan Pelajar, Kajian yang dilakukan oleh Abu Bakar bin Mohd Husain menyimpulkan bahawa peranan guru penasihat kokurikulum merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Kajian beliau bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pandangan guru tentang kedudukan kokurikulum di sekolah. Dapatan kajian beliau menyimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolahsekolah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan peralatan yang lengkap. Di samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama. Minat bukan sahaja perlu dimiliki oleh para pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut di samping mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang diceburinya Penyelidik amat mengalu-alukan cadangan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugasan guru di seluruh negara seperti diumum oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal April, 2010. Penyelidik ingin mencadangkan bahawa kerajaan perlu mengagihkan guru-guru kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan guru akademik dan kumpulan guru kokurikulum. Agihan peranan sedemikian sudah pasti dapat meringankan bebanan para guru malahan pencapaian dalam kokurikulum akan meningkat dengan mendadak dan pencapaian akademik juga dapat meningkat kerana setiap guru dapat mengaplikasikan kepakaran mereka ke dalam kerjayanya. 8.4 Hubungan Di Antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum 9

Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud korelasi yang bersifat positif yang sederhana sahaja di antara Dasar Markah Kokurikulum 10% Kemasukan Ke IPTA dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan ini adalah searah dengan rasional Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah, edisi 2007, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan bahawa penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Melalui dasar ini, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercitacita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. 8.5 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Berdasarkan respon yang diperolehi melalui 310 orang responden kajian, didapati tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah berada pada tahap tinggi (min: 3.44). Sekiranya nilai min ini ditukarkan kepada unit peratus, maka tahap penglibatan pelajar ialah 68.8 % sahaja. Dapatan ini adalah lebih kurang menyamai laporan Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kedua 2008, sehingga Jun 2008, data menunjukkan seramai 65 % murid sekolah rendah dan menengah sedang mengikuti pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara aktif di peringkat sekolah, daedah, negeri dan kebangsaan. 9.0 Rumusan Proses pengurusan kokurikulum oleh pengetua adalah penting dalam menuju matlamat keberkesanan kegiatan kokurikulum. Pengetua selaku pemimpin utama dalam bidang kokurikulum harus bijak merancang kerana perancangan yang teliti mampu mempengaruhi penyeliaan dan penilaian dan seterusnya menghasilkan output pencapaian kokurikulum yang memberangsangkan. Selain itu, pengetua juga perlu memastikan perlantikan guru sebagai guru penasihat berdasarkan kemampuan, kebolehan, kesanggupan dan minat guru tersebut. Ini kerana kegiatan kokurikulum telah menjadi sebahagian daripada merit kemasukan pelajar ke universiti. Oleh yang demikian, seseorang pengetua perlu merancang strategi yang mantap dalam meningkatkan keberkesanan kokurikulum demi memastikan pembangunan pendidikan secara berterusan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di sini, penyelidik juga menaruh harapan yang tinggi kepada keberkesanan dalam pengurusan kokurikulum supaya dapat memantapkan lagi pencapaian kokurikulum khasnya aspek pengukuhan integrasi nasional. Ini adalah penting kerana integrasi nasional yang kukuh menjamin Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita dapat tercapai dengan sepenuhnya. 10

RUJUKAN Abu Bakar Bin Mohd. Husain (2007). Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah: Persepsi Guru Dan Pelajar. Kertas Projek. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Alias Baba ( 1977). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan (2002). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah. Konvensyen PIPP Kedua (2008). Memperkasa Sekolah Kebangsaan: Isu dan Cabaran. Dicapai pada 03 Mac 2009. Mohd. Jaflus Bahari (2008). Faktor-Faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daedah Seremban. Maktab Perguruan Islam. Mohd. Najib Abdul Ghafar (2007). Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Siti Hajar Bt. Ismail (2001). Satu Kajian Mengenai Hubungan Pengurusan Dengan Pencapaian Dalam Bidang Kokurikulum.Tesis Sarjana. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Wong Huey Ling (2007). Tahap Penglibatan Pelajar Di Sekolah Menengah Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. 11