Cadangan Merombak Semula Pengisian Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Negeri Perak

dokumen-dokumen yang mirip
4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENGETUA AKTIVITI SEKOLAH 2. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN ENAM

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

SENARAI TUGAS GURU BESAR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Minit mesyuarat ialah

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Garis Panduan Praktikum

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 2 TAHUN 2002 GARIS PANDUAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN BAGI KERJA-KERJA JURUUKUR TANAH BERLESEN

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING 23 Jun Ketua Unit Praktikum

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES, SOP KHAS MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN GURU MENGAJAR MURID BELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PEMANTAPAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PEMANTAPAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Transkripsi:

USUL : Cadangan Merombak Semula Pengisian Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Negeri Perak Pengenalan Kursus Pendedahan Pendidikan Khas dianjurkan bertujuan untuk memberikan maklumat dan kemahiran asas yang paling releven kepada bakal guru-guru pendidikan khas tentang pendidikan untuk murid berkeperluan khas agar mereka mendapat satu gambaran yang jelas bagaimana untuk menghadapi murid-murid dengan keperluan khas tertentu apabila mereka balik ke sekolah nanti. Kelemahan yang dikenalpasti dalam pengisian kursus pendedahan yang lepas Pengenalan Pendidikan Khas Dalam slot ini, JU/Penceramah akan menerangkan maklumat tentang (1) Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas, (2) Carta Organisasi BPKhas KPM, (3) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, (4) Falsafah Pendidikan Khas, (5) Visi dan (6) Misi. Semua ini boleh diperolehi melalui proses pembacaan dan tidak perlu diterangkan lagi. Sepatutnya slot ini dilakukan oleh PKPK atau Penyelaras Pendidikan Khas di peringkat sekolah sewaktu contact-time atau pada masa in-house training. Maklumat tentang (1) Definisi Pendidikan Khas, (2) Definisi Murid Berkeperluan Khas, (3) Siapa dia murid pendidikan khas, (4) Ciri-Ciri Murid Pendidikan Khas dan (5) Akta Pendidikan Khas boleh diperolehi melalui pembacaan kerana buku-buku pendidikan khas telah banyak dibekalkan ke sekolah-sekolah. Kurikulum Pendidikan Khas Kandungan kurikulum juga tidak perlu disentuh semasa kursus pendedahan kerana ini boleh dilakukan di peringkat sekolah sahaja oleh PKPK atau Penyelaras Pendidikan Khas Pengurusan Bilik Darjah Secara umumnya, JU/Penceramah akan menyentuh tentang cara bagaimana untuk mencantik dan menceriakan bilik darjah. Tidak pernah ada JU/Penceramah yang memberikan maklumat tentang bagaimana untuk menstrukturkan kelas yang sesuai seperti dari segi warna, pengudaraan, susunan perabot, susunan BBM dan ciri-ciri keselamatan supaya sesuai dengan keperluan kategori murid berkeperluan khas tertentu. Tidak ada perbezaan yang ketara di antara kelas pendidikan khas dengan kelas aliran perdana.

Strategi P&P Semua strategi seperti berikut : (1) Strategi Pemusatan Guru, (2) Strategi Pemusatan Murid, (3) Strategi Pemusatan Bahan, (4) direktif, (5) pemerhatian, (6) mediatif, (7) genaratif, (8) koloboratif, (9) outside-contax, (10) metakognitif, (11) konsep pendekatan induktif, elektif dan tematif, (12) pembelajaran masteri, koperatif / kolaboratif, (13 )analisis tugasan, (14) belajar melalui bermain, (15) masteri learning, (16) pengalamian, (17) kadar kendiri, (18) akses kendiri, (19) terarah kendiri dan semua teknik dan kaedah P&P yang ada dalam buku semua ini hendak diberitahu kepada guru dalam masa 2 jam. Adalah mustahil untuk seseorang guru menguasai dan memahami semua ini tanpa pernah mengaplikasikannya di dalam P&Pnya. Strategi P&P yang paling penting iaitu Analisis Tugasan / Task Analysis dan konsep P&P yang paling penting iaitu Generalization tidak diterangkan dan dibengkelkan dengan sejelas-jelasnya kepada peserta. Teknik dan kaedah P&P yang lain boleh dibengkelkan bersama di peringkat sekolah apabila PKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas telah mengenalpasti kelemahan dalam P&P guru-guru selepas melakukan pencerapan ke atas P&P guru-guru pendidikan khas di bawah jagaan mereka dari masa ke semasa. Latihan Dalam kursus pendedahan juga, JU/Penceramah tidak pernah membimbing peserta bagaimana untuk menyediakan bentuk latihan yang sesuai untuk melatih murid dan instrumen penilaian yang dapat menilai pencapaian murid. Berdasarkan kepada pemerhatian ke atas buku-buku latihan murid di sekolah, kebanyakkan latihan yang disediakan tidak menampakkan keprofesionalisme guru pendidikan khas. Latihan-latihan semasa juga tidak ada kesinambungan dengan latihan-latihan sebelumnya. Penulisan Buku Rekod Apabila diteliti Buku Rekod Mengajar guru-guru pendidikan khas, boleh dikatakan sebahagian besar guru-guru pendidikan khas yang baru tidak menulis kaedah P&P mengikut kumpulan murid. Ini bermakna tidak ada pembahagian kumpulan semasa P&P. Semua murid belajar benda yang sama dan membuat latihan yang sama. Rekod mengajar dari hari ke hari juga tidak menampakkan kesinambungan P&P hari ini dengan hari-hari sebelumnya. Buku Rekod Mengajar guru-guru pendidikan khas juga penuh dengan lukisan dan sticker yang tidak ada kaitan langsung dengan P&P. Amalan ini bukan sahaja tidak mengikut peraturan malah membuang masa. Terdapat guru pendidikan khas yang tidak menulis refleksi kerana mereka pun tidak mengetahui apa itu refleksi! Ini satu perkara yang amat menyedihkan. Bukan sahaja PKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas tidak membimbing mereka, malah pentadbir sekolah pun tidak menitikberatkan P&P guru pendidikan khas.

Pengurusan Tingkahlaku JU/Penceramah banyak menceritakan pengalaman bagaimana beliau mengurus dan mendisiplinkan anak-anak muridnya. Cara penyampaian JU/Penceramah memang menghiburkan. Semua peserta hilang mengantuk. Tetapi yang silapnya ialah beliau tidak menyatakan kaedah yang digunakan dan rasional kaedah itu digunakan serta tindak susul dari itu dan tindakan selanjutnya. Cara bagaimana untuk menulis laporan/rekod pengurusan tingkahlaku juga tidak pernah dibengkelkan. Rancangan Pengajaran Individu (RPI) RPI merupakan dokumen penting P&P. RPI adalah rekod pencapaian murid dan juga penilaian kendiri guru pendidikan khas itu sendiri. Objektif P&P tidak akan dicapai sekiranya RPI dikemaskini tiga bulan sekali kerana strategi P&P perlu diubah sekiranya kaedah yang dirancang itu didapati tidak sesuai setelah 2 hingga 3 kali percubaan. Sama seperti guru aliran perdana terpaksa memeriksa berpuluh buah buku latihan murid-muridnya selepas setiap kali memberikan latihan, guru pendidikan khas juga perlu mengemaskinikan RPI setiap muridnya setelah setiap sesi P&P. Cadangan meningkatkan kualiti kursus pendedahan pendidikan khas Menyusun Semula Slot-Slot Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Slot-slot mestilah sama pada setiap kali kursus supaya guru-guru pendidikan khas tidak dapat mempertikaikan matlamat dan objektif kursus. Cadangan slot : (1) Pengurusan Tingkahlaku dan Laporan [2 jam], Berikan 1 contoh tingkahlaku murid BP dan tunjukkan langkah-langkah penyelesaian : (a) kenalpasti masalah murid, (b) mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas dan PPM, (c) buka fail untuk murid berkenaan, (d) merangka kaedah pengubahsuaian tingkahlaku yang sesuai, (e) memo kepada ibu bapa/penjaga, (f) salinan memo kepada pentadbir sekolah dan guru disiplin sekolah, (g) kerjasama dan tindakan bersama dari semua gpk dan ppm untuk menangani tingkahlaki murid berkenaan, (h) laporan harian / mingguan, (i) laporan akhir. (2) Pengurusan Kelas [2 jam], Berikan 1 contoh tingkahlaku murid ADD. Dapatkan contoh dari luar negara tentang pengubahsuaian persekitaran kelas, susunatur perabot, BBM dll yang boleh meminimakan gangguan dan meningkatkan tumpuan murid. (3) Task Analisis dan Generalization [2 jam], Berikan satu contoh kemahiran besar yang hendak diajar. Tunjukkan cara membuat analisa tugas dan seterusnya cara melaksanakan P&P : (a) Menyediakan BBM, (b) setting terkawal di dalam bilik darjah/bilik KH, (c) setting sebenar (setelah murid boleh kuasai kemahiran itu dalam setting terkawal).

(4) Penulisan RPI dan Penulisan Rancangan Mengajar Harian [2 jam], Berdasarkan kepada task analysis tadi, terjemahkan kaedah pelaksanaannya ke dalam penulisan Rekod Mengajar Harian dan RPI untuk P&P satu subjek bagi satu tempoh yang ditetapkan. (5) Latihan dan Penilaian Murid [2 jam]. Berdasarkan kepada task analysis tadi, strukturkan bentuk latihannya (amali atau bertulis) di sekolah dan di rumah serta jadual latihannya di rumah. Akhir sekali rangkan format penilaian yang sesuai untuk menilai pencapaiannya. Jenis latihan dan jadual latihan perlu dicatat (secara terperinci) ke dalam RPI dan (secara ringkas) ke dalam Rekod Mengajar Harian. (6) Ujian Objektif [1 jam], Semua peserta menduduki ujian objektif. (7) Penutup Peringatan kepada peserta bahawa profesion mereka adalah mulia dan perlu melaksanakan amanat dengan penuh tanggunjawab. Untuk merealisasikan langkah ini, semua JU/Penceramah mestilah dipanggil untuk menyediakan modul bagi setiap slot. Perlu Ada Unsur Penilaian Di Dalam Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Sehingga kini, guru pendidikan khas hanya perlu hadir ke kursus pendedahan pendidikan khas dan selepas itu akan diberikan sijil kehadiran. Seperti dalam Kursus Induksi di mana peserta diwajibkan lulus sebagai salah satu syarat untuk disahkan dalam jawatan. Guru PPSMI juga perlu lulus kursus ETeMS untuk membolehkan mereka dibayar elaum PPSMI. Sehubungan ini, mengapa tidak peserta kursus pendedahan pendidikan khas juga diwajibkan untuk hadir dan lulus sebelum mereka boleh diberikan sijil kehadiran untuk menuntut elaun mengajar kanak-kanak cacat RM250.00 itu? Bentuk penilaian yang dicadangkan adalah (1) peperiksaan bertulis dan (2) folio kursus yang perlu dihantar ke PPD 2 minggu selepas kursus. Kandungan folio : (1) portfolio peserta, (2) hasil kerja sendiri untuk setiap slot pengurusan tingkahlaku, pengurusan kelas, Task Analysis & Generalization, RPI & Rekod Mengajar Harian dan Latihan & Penilaian Murid, (3) Refleksi kendiri setelah menghadiri kursus. JU/Penceramah akan memeriksa kertas ujian peserta sebelum pulang sementara JK Kurikulum Pendidikan Khas JPN Perak akan menyemak folio peserta di JPN.

Mindset Guru Pendidikan Khas PKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas memainkan peranan menanamkan pemikiran yang positif kepada semua guru pendidikan khas bahawa kursus pendedahan pendidikan khas adalah penting bagi tujuan penambahan ilmu dan peningkatan diri mereka. Kehadiran ke kursus bukan kesempatan untuk lari dari tugas di sekolah bagi tempoh itu. PKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas perlu memastikan guru pendidikan khas yang akan menghadiri kursus meninggalkan bahan/tugasan kepada guru lain yang akan menggantikan kelas mereka. Guru pendidikan khas yang akan hadir ke kursus pendedahan perlu membawa kelengkapan berkursus seperti buku nota, alat tulis dan bahan-bahan rujukan yang patut. Penggunaan komputer riba dan telefon bimbit sewaktu berkursus adalah dilarang sama sekali. Semua guru pendidikan khas wajib berpakaian kemas dan mematuhi etika pakaian seorang penjawat awam sewaktu berkursus. Kewibawaan JU/Penceramah Sehingga kini, JU/Penceramah hanya datang, menyampaikan ceramah dan selepas itu balik. Kalau JU ETeMS, mereka perlu berada di tempat kursus sepanjang kursus itu berjalan untuk menilai semua pesertanya. Kenapa tidak JU/Penceramah Kursus Pendedahan Pendidikan Khas turut diwajibkan untuk berbuat demikian? JU/Penceramah yang sediada tidak menampakkan kewibawaan mereka. Mereka tidak pernah menghasilkan satu kajian kes pun tentang pendidikan khas di sekolah mereka. Tetapi mereka lebih banyak mengarahkan guru pendidikan khas di bawah mereka untuk membuat kajian tindakan di peringkat sekolah. Apa yang mereka buat selama ini ialah kerap meninggalkan sekolah untuk menghadiri kursus anjuran BPKhas KPM tetapi tidak pernah membawa balik hasil kursus/bengkel untuk dibentangkan kepada Unit Pendidikan Khas JPN Perak. Penutup Pertimbangan dari JK Kurikukum Pendidikan Khas JPN Perak adalah dipohon untuk meneliti dan meluluskan serta melaksanakan cadangan ini bagi kebaikan semua guruguru yang bakal menjadi guru pendidikan khas. Disediakan oleh : Tan Aik Ho b.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Seluruh Negeri Perak Tarikh : 18 Oktober 2009