Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1

dokumen-dokumen yang mirip
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Model Pengurusan Strategik

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

ANALISIS KERJAYA DIRI

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Belia dan komunikasi digital / Belia sebagai ahli masyarakat komunikasi digital. Abdullah Adnan Mohamed, Haslinda Hashim.

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

MODUL 3 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna.

LAPORAN AKHIR LMCK2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR SET 4 SEMESTER /2015

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

TALKING POINT Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Bab 4 Teori berkaitan Komunikasi

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

FACT SHEET

PENGENALAN muka surat 02. ANCAMAN DAN KEBIMBANGAN SIBER muka surat 04. ANCAMAN KESIHATAN SIBER muka surat 08

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

PENGGUNAAN KES KATALOG. Gunakan Yammer sebagai ruang kerja sosial anda dan biarkan kerjasama, inovasi dan penglibatan bermula.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Inovasi dan Perubahan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)


Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAGAIMANA PENGIKLANAN TELEVISYEN DAN SURAT KHABAR MENJADIKAN KANAK KANAK 3 HINGGA 12 TAHUN SEBAGAI DAYATARIKAN DAL AM IKLAN MEREKA.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

1.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DAN MASYARAKAT

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet. Oleh Syahrir Mat Ali dan Fatin Hasnan

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

Etika Komputer. undang

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Topik 12: Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Menjamin Keselamatan Peranti Digital Anda. Melindungi Penyambungan Anda. Etika Penggunaan Peranti Mudah Alih

REVOLUSI INDUSTRI KE - 4 DAN KESAN KEPADA WANITA PUSAT KEPIMPINAN WANITA TUN FATIMAH HASHIM

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Luka Terbakar dan Melecur

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Emosi dan Perkembangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

SIMULASI PEMPROSESAN PADI BERLANDASKAN PERMAINAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kelebihan Perniagaan Internet

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

LAPORAN PENYELIDIKAN

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MYNETWORK TECHNOLOGY

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi


Transkripsi:

V i r u s P o r n o g r a f i 1

V i r u s P o r n o g r a f i 2 Virus Pornografi Ketahui Sains Virus Ini Bekerja & Cara Untuk Menghalangnya Dari Terus Merebak! Syamil Yusuff Founder Ilusi Minda ilusiminda.com ilusiminda2014@gmail.com

V i r u s P o r n o g r a f i 3

V i r u s P o r n o g r a f i 4 Virus Minda; Pornografi Terima kasih kerana mendapatkan buku penting ini. Saya Syamil Yusuff, pengasas program kesedaran, penyembuhan dan pencegahan, Ilusi Minda. Pengalaman di lapangan, khususnya program pembangunan insan yang lebih dari satu dekad, benar-benar menolak saya untuk menghasilkan buku ini. Ia ibarat antidote kepada masyarakat, khususnya golongan muda menerusi penulisan dan pendidikan. Ya! Memang benar! antidote! Inilah yang diperlukan saat ini oleh semua golongan terutamanya golongan muda yang mula terkesan dari ketagihan pornografi. Tidak ketinggalan juga kepada golongan yang berautoriti seperti ibu ayah, guru dan sebagainya, anda adalah fasa pertama untuk menghalang virus ini terus tersebar! Anda adalah gate keeper kepada golongan muda, termasuklah anak-anak di rumah, sekolah dan dimana-mana sahaja, sebelum minda mereka di serang dengan virus ini. Virus pornografi ini sebenarnya bukanlah muncul di zaman sekarang, millennium ini, ia sudah lama wujud dan tersebar. Yang membezakan dahulu dan sekarang hanyalah tahap atau level kekuatan virus yang ada dan berapa cepat ia tersebar. Sebelum saya menjelaskan lebih mendalam, apakah kesan atau impak serangan virus ini, mari kita pelajari, apakah yang dimaksudkan dengan virus. Kemudian, bagaimana ia bekerja. Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, virus bermaksud; Kehidupan seni yang menyebabkan penyakit dan menularkannya

V i r u s P o r n o g r a f i 5 Sangat mudah! Ringkas. Tetapi, ia sangat merbahaya. Mari kita imbas kembali kata-kata orang atau berita tentang virus seperti, H1N1, HIV, Zika, Marburg, Ebola, Rabies, Hantavirus, denggi, rota dan sebagainya. Senarai virus ini pernah menggemparkan dunia dan menyebabkan produktiviti manusia terganggu. Kehidupan normal mula tercabar dan masyarakat semakin berhatihati dan mula mempelajari tentang virus ini supaya ia tidak cepat merebak. Inilah langkah bijak yang harus dilakukan, kerana tanpa kita mengetahui kelakuannya, kepantasannya, mediumnya dan apa sahaja mengenai sifat virus ini, kita semua pasti sudah lama pupus! Inilah alasan utama, mengapa kita harus mempelajari, memperingati dan mencegah virus yang merbahaya supaya tidak menjangkiti dan melumpuhkan seluruh generasi manusia! Inilah sifat virus yang wujud. Ia memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana boleh menyebabkan penyakit. Namun yang demikian, virus bukan hanya wujud di alam biologi, malah tidak ketinggalan, ia wujud di alam siber. Virus seperti worm I Love You, Rootkit, Flame, Trojan, Locky dan pelbagai lagi, dan anda boleh mendapatkan senarai di internet. Semua jenis virus ini turut memberi kesan secara internal, operasi komputer dan akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Walaupun di alam siber, virus ini tetap memberikan ancaman dan boleh menyebabkan penyakit kepada komputer. Jika pakar teknologi tidak mengkaji dan melakukan persediaan, akhirnya, virus ini terus menerus menular menerusi perkongsian thumb drive atau menerusi internet! Walau apa pun situasinya, apabila disebut tentang virus, samada di alam biologi dan siber, ia benar-benar menakutkan manusia dan industri. Inilah sebab utama manusia berusaha siang dan malam, bertungkus lumus untuk memastikan virus ini tidak merebak dengan skala yang lebih besar. Ia perlu dikawal, perlu disembuhkan, kuarantin dan perlu dibersihkan tanpa mengira sebarang kos. Ia adalah prioriti yang sangat tinggi! Namun yang demikian, virus juga wujud di dalam minda, sosial dan budaya. Topik virus minda sebenarnya sangat luas dan mempunyai pelbagai definisinya. Namun yang demikian, secara umumnya, virus minda adalah sebuah idea. Ya! Ia adalah idea yang dipindahkan dari satu minda kepada satu minda yang lain. Malangnya, idea yang berbentuk pornografi ini telah tersebar dan ia dipindahkan secara konsisten tanpa rehat! Cara Virus Bekerja Jika anda mengkaji tentang virus (jika anda ada masa), anda akan mendapati, semua jenis virus, secara umum, bekerja melalui tiga cara. Pertama, ia bekerja secara tersebar (Spreading). Sebagai contoh, virus HIV. Apabila ia memasuki zon biologi manusia, ia tersebar dengan kecepatan yang tersendiri. Ia mula tersebar dan menyerang sel darah putih dan melumpuhkan sistem pertahanan. Ia terus bekerja menyerang tanpa henti.

V i r u s P o r n o g r a f i 6 Kedua, duplikasi (Ducplicate). Setelah virus ini tersebar, ia terus berkembang dengan cara menduplikasi. Menggandakan bilangan virus yang tetap sama dan ia semakin banyak dan semakin kuat mendominasi. Ia terus menduplikasi tanpa henti! Ketiga, menusuk masuk (Infiltrate). Virus ini terus menerus menyusup masuk ke seluruh sel, seluruh tisu dan terus menyerang mana-mana bahagian yang belum lagi dari diserang! Tidak kira di alam biologi, siber mahupun minda, ia tetap bekerja dengan cara yang sama. Sekarang, mari kita fokuskan kepada virus yang merebak dari satu minda ke minda yang lain. Bagaimana ia bekerja dan yang paling penting sekali, apa rupa bentuknya dan bagaimana contoh supaya kita mudah mengenali apa itu virus minda yang sebenarnya. Sekarang, cuba anda lihat gambar di bawah ini. Siapakah nama individu ini? Saya yakin, anda boleh ingat dan tahu, apakah yang telah dilakukan oleh lelaki ini bukan? Atau anda memang hebat menari tarian yang dicadangkan oleh lelaki ini? Jika YA, minda anda sudah diserang dengan idea! Idea tarian bernama GANGNAM STYLE (GS). Mari kita lihat GS ini sebagai contoh pertama supaya anda memahami rupa dan bentuk virus minda ini bekerja. Pada tahun 2012, album ini dilancarkan. Ia bermula di Korea Selatan. Oleh kerana video ini telah dimuat naik menerusi Youtube, seramai 2,659,505,068 penonton (2016) dan 9 juta subscribes telah terdedah dengan idea ini. Apa kesannya? Pertama, tarian ini telah tersebar menerusi internet. Kemudian ia telah diduplikasi. Semua yang pernah melihatnya, membuat pergerakkan yang sama seperti induk. Semuanya sama! Malah, kanak-kanak turut bijak dan pandai mengikuti pergerakan tarian ini. Persoalannya, siapakah yang membenarkan idea ini sampai kepada minda kanak-kanak? Kanak-kanak? Sudah pasti orang yang lebih dewasa bukan? Kedua, idea ini masuk ke seluruh negara dan akhirnya tarian ini diberikan nama mengikut negara. Wujud pula versi Malaysia, Singapura, Thailand, UK dan sebagainya. Ia menyelinap masuk ke seluruh geografi! Betapa kuatnya pengaruh dan kuasa idea! Risiko Virus Pornografi Kepada Kanak-Kanak Kembali kepada makna virus. Ia hidup dan sentiasa bekerja. Penghujungnya, virus pasti memudaratkan objek yang diseranginya kerana itulah fungsi virus. Ia memudaratkan! Sekarang, bayangkan, virus ini adalah pornografi. Sesiapa yang melihat dan terdedah dengan virus idea ini, maka ia akan bekerja dengan tiga cara tadi. Lebih malang lagi, virus ini telah tersebar kepada minda kanak-kanak dan remaja yang masih mentah dan naïf.

V i r u s P o r n o g r a f i 7 Minda kanak-kanak adalah ibarat span. Ia hanya menyerap apa sahaja yang dilihat, dirasa dan didengarinya. Ia menyerap semuanya tanpa satu pun tertinggal! Fasa kehidupan kanak-kanak adalah imprinting. Mereka melakukan apa sahaja yang mereka dengar akan apa yang dikatakan oleh ibu bapa atau sekitar mereka. Mereka mengikuti dan mencetak semula apa yang mereka lihat dan tonton. Malah, mereka cepat mempercayai dan meyakini akan apa sahaja input atau mesej yang di dapati oleh modaliti mereka. Malah, mereka cepat percaya dan terpedaya. Monkey See, Monkey Do! Berdasarkan kepada dapatan yang pernah dilakukan oleh Dr. Jennings Bryant terhadap 600 kanak-kanak di sekolah junior (USA), di dapati 91% kanakkanak lelaki dan 82% perempuan telah terdedah dengan material veri hard-core pornography. Lebih dari 66% lelaki dan 40% perempuan menyatakan ingin mencuba (try out) dengan apa yang pernah dilihatnya. Dan dalam masa yang sama, Dr Jenning juga ada melakukan kajian yang sama di peringkat menengah dan di dapati 31% lelaki dan 18% telah mencuba dengan apa yang dilihatnya, beberapa hari sahaja dari hari pertama mereka telah terdedah! Maka, tidak hairanlah, mengapa di dada-dada akhbar tempatan di negara kita mula memaparkan headline yang memeranjatkan seperti di bawah ini!

V i r u s P o r n o g r a f i 8