RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Bab 7: Struktur Sistem

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU


GARIS PANDUAN PENCALONAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KRA : 1 AKSES KEPADA PENDIDIKAN TINGGI YANG BERKUALITI

INSTRUMEN 1 : PENGURUSAN KBAT SEKOLAH. 1. Pemeriksa hendaklah berbincang bersama-sama dengan pentadbir sekolah semasa mengurus tadbir instrumen ini.

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Program Transformasi Daerah

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN INKLUSIF

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA JAW AB LISAN

DASAR e-pembelajaran NEGARA (DePAN)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Program Doktor Pendidikan Tinggi

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

SASARAN KERJA UTAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN ( 1994 )

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SENARAI TUGAS GURU BESAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

LAMPIRAN B KETERANGAN BAGI BENTUK / KATEGORI PROGRAM KOMUNITI. A) Projek One-Off Individu

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

INFO E-BOOK INFO E-BOOK PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM


DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TEL: FAX:

PENGGUBALAN SATU SKIM PEMBAYARAN UPAH KEPADA STAF & MAHASISWA UNIVERSITI DAN INDIVIDU LUAR

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

RAKAN KOMUNITI: SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3) SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

ANALISIS KERJAYA DIRI

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN. 1. Pegawai Pergigian U44/U48/52/54 Tetap Pegawai Psikologi S41 Tetap 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Transkripsi:

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2012 telah menyenaraikan empat (4) inisiatif utama bagi mempertingkatkan penyertaan murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja masa hadapan. Empat inisiatif utama tersebut adalah: 1) Memperkukuh Pendidikan STEM 2) Memantap Kemahiran dan Keupayaan 3) Mempopularkan Pendidikan STEM 4) Insentif Maka dalam merangka Resolusi dan Pelan Tindakan bagi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu 2016 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 28 Mei 2016, semua inisiatif utama ini telah diambilkira. Satu tindakan segera dan bersepadu perlu diambil oleh pihak penggubal dasar dan pihak-pihak berkepentingan seperti ibu bapa, sekolah, guru, komuniti setempat, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), industri/swasta dan media dalam melaksanakan pelan tindakan ini. Teks bacaan awal dan resolusi yang dibentangkan kepada peserta semasa Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah adalah seperti di Lampiran 1. Resolusi baharu adalah seperti di Lampiran 2. 1

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN INISIATIF ISU PERAKUAN/PELAN TINDAKAN INISIATIF 1: Memperkukuh Pendidikan STEM Kurikulum STEM sedia ada dikendalikan secara tidak bersepadu dan menakutkan pelajar Menggubal kurikulum STEM baharu yang bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Pengajaran dan pembelajaran tidak lagi kepada Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik secara berasingan tetapi lebih kepada gabungan pelbagai disiplin untuk sesuatu topik. Penggunaan STEM dalam kehidupan seharian harus diterapkan begitu juga dalam pembentukan tenaga kerja yang mahir. ISU 2: Pencapaian pelajar Malaysia yang rendah dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) Perlu diwujudkan satu badan profesional yang diberi kuasa untuk menyediakan kerangka pendidikan STEM serta mengawal kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di peringkat sekolah dan juga institusi pendidikan tinggi. Ini disebabkan kurikulum STEM sedia ada di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah agak masih terkebelakang dan tidak setara dengan kurikulum STEM di negara-negara maju. Tambahan jam pengajaran, misalnya satu jam seminggu, perlu diberikan kepada matapelajaran STEM di sekolah terutama kepada sekolah harian, tanpa meningkatkan beban kepada guru. ISU 3: Tiada galakan atau insentif terhadap kajian ilmiah berkenaan STEM Satu dana penyelidikan perlu diwujudkan supaya kajian ilmiah terhadap keberkesanan STEM yang boleh dilakukan oleh pihak IPT, sekolah, industri dan juga NGO. INISIATIF 2: Memantapkan Kemahiran dan Keupayaan PdP Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah yang kurang menarik minat murid dalam STEM KPM perlu meletakkan syarat yang lebih ketat terhadap guru yang mengendalikan PdP Sains dan Matematik. Misalnya perlu mendapat ijazah pertama dalam Matematik atau dalam mana-mana bidang Sains (Kimia, Biologi & Fizik). Kurikulum STEM harus digubal secara bersepadu dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat menengah atas supaya minat dalam STEM dapat disemai lebih awal dalam jiwa pelajar. Kurikulum baharu ini perlu menitikberatkan konsep eksperimen, inovasi, eksplorasi serta kaitan STEM dalam kehidupan seharian mereka. ISU 2: Makmal Sains sedia ada tidak menggalakkan proses berinovasi Satu jawatan baharu seperti pegawai sains (berkelulusan ijazah pertama) perlu diwujudkan di sekolah bagi membantu memperhebatkan inovasi dan pengurusan makmal serta pengendalian peralatan yang lebih cekap. Peruntukan kewangan per capita grant (PCG) bagi pelajar sekolah perlu ditambah dan diselaras serta disemak secara berkala. 2

ISU 3: Guru STEM kurang pendedahan dengan ilmu dan teknologi terkini ISU 4: Terdapat jurang perbezaan yang ketara bagi pencapaian peperiksaan umum dalam sains dan matematik di antara sekolah bandar dan luar bandar ISU 5: Kemahiran guru lepasan IPG diperkecilkan ISU 6: Guru masih kurang jelas berkenaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pihak KPM boleh mewujudkan kerjasama dengan Universiti Awam untuk mengendalikan kursus-kursus jangka pendek bagi peningkatan kemahiran guru STEM. Kursus pengendalian peralatan dan perisian terkini dalam bidang masing-masing selama 10 15 hari/tahun agar dapat melengkapkan kemahiran dan pengetahuan terkini. Pihak KPM perlu mewujudkan lebih banyak biasiswa untuk guru-guru mempertingkatkan kemahiran ikhtisas mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat pasca siswazah. Menambahkan bilangan SBP, SMK ELIT, IMTIAZ, SMT, SMKA, SABK ELIT, SEK PRIMIER/KAWALAN, MRSM di luar bandar. Mengurangkan kelayakan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh tersebut supaya lebih ramai yang dapat mengikuti aliran STEM. Mempertingkat bilangan kelas sains di sekolah-sekolah Harian dan SMKA/SABK. Latihan kepada guru di IPG perlu dipertingkat bukan sahaja untuk sekolah rendah tetapi juga untuk sekolah menengah. Ini menyebabkan ramai pelajar cemerlang lepasan STEM SPM akan lebih berminat untuk memohon ke IPG. Guru perlu dilatih dalam menggubal soalan KBAT serta menyediakan jawapan yang lebih fleksibel dan tidak terlalu rigid supaya pelajar boleh menyerlahkan kreativiti masing-masing. Guru perlu dilatih khas untuk pedagogi STEM. Satu garis panduan yang jelas dan tambahan peruntukan kewangan untuk menganjurkan program Perkongsian Amalan Terbaik di antara sekolah harian dan sekolah elit. Jawatan Guru Cemerlang dalam STEM perlu ditambah terutamanya di sekolah harian. INISIATIF 3: Mempopularkan Pendidikan STEM Kurang penglibatan pihak industri/media/ngo dalam mempromosi kerjaya dalam STEM Satu jalinan kerjasama yang lebih formal dan berstruktur perlu diwujudkan di antara sekolah dan pihak industri/media/ngo. Pihak PIBG sekolah perlu memainkan peranan dalam mengaktifkan kerjasama ini. Pihak industri perlu menyediakan lebih peluang pekerjaan dalam bidang STEM. Pihak media perlu menyediakan lebih ruang supaya para ilmuan dapat menyumbang lebih banyak artikel berkaitan STEM. 3

ISU 2: Peranan IPT perlu ditingkatkan dalam mempromosi STEM KPT dan KPM perlu menyediakan garis panduan yang jelas serta peruntukan kewangan secukupnya bagi mewujudkan hubungan dua hala yang lebih membina. Kepakaran ahli Majlis Profesor Negara perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat seperti mengadakan program 10 minit Bersama Profesor sewaktu perhimpunan pagi di sekolah. Julang mereka sebagai IKON STEM. ISU 3: Ibu bapa kurang jelas tentang kepentingan STEM dalam pembangunan Negara Bangsa Masyarakat setempat perlu dipertingkat kesedaran tentang kepentingan STEM melalui peranan PIBG sekolah dan juga penghulu atau ketua kampung. Jawatan kuasa pendidikan STEM perlu diwujudkan di dalam PIBG serta dalam jawatan kuasa pembangunan bandar/luar bandar/kampung. Pengetahuan tentang kepentingan STEM perlu diterapkan bukan sahaja di sekolah (semasa mesyuarat PIBG) tetapi juga dalam ceramah-ceramah keagamaan serta dalam subjek Pengetahuan Agama Islam di sekolah. ISU 4: Peluang kerjaya yang masih terbatas bagi lepasan ijazah, diploma, sijil atau lepasan SPM STEM Pihak kerajaan dan swasta/industri perlu menambah peluang-peluang pekerjaan bagi lulusan STEM Pihak kerajaan bersama industri perlu menyediakan laluan alternatif atau latihan kemahiran yang lebih berstruktur untuk pelajar lepasan SPM yang gagal meneruskan pengajian. Skim latihan selama setahun, misalnya di Kolej Komuniti, dipercayai dapat membantu melatih mereka untuk menjadi usahawan. Atau sekurang-kurangnya sebagai pekerja mahir dan ini akan dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing. ISU 5: Kekurangan maklumat STEM untuk kaunselor Perlu ada garis panduan yang jelas dalam melatih serta membekalkan maklumat tentang STEM kepada kaunselor. INISIATIF 4: Insentif Tiada insentif kepada pelajar yang memilih STEM atau kepada ibu bapa Pelajar yang memilih STEM perlu diberikan bantuan kewangan misalnya RM100/bulan supaya mereka boleh menggunakannya untuk pembelian buku dan bahan-bahan bacaan STEM. Kadar yuran pengajian yang lebih rendah, misalnya RM800/semester, bagi pengajian di peringkat diploma dan ijazah aliran STEM. Kadar pelepasan cukai kepada ketua keluarga yang mempunyai anak yang memilih aliran STEM di peringkat universiti, misalnya RM1,000/seorang anak. ISU 2: Tiada insentif kepada guruguru STEM Guru STEM perlu diberi keistimewaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca-ijazah atau lain-lain keistimewaan seperti elaun kritikal. 4

ISU 3: Tiada insentif kepada Sekolah /PIBG/Alumni yang berjaya mempertingkatkan ratio pelajar yang memilih STEM ISU 4: Tiada insentif kepada pihak swasta/industri yang bekerjasama dengan sekolah dalam penggalakan STEM Satu dana khas perlu diwujudkan dan dianugerahkan kepada sekolah-sekolah yang berjaya mempertingkatkan ratio pelajar yang memilih STEM bagi setiap tahun. Dana kewangan yang dianugerahkan ini hanya boleh digunakan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam sains dan matematik dan juga untuk mempromosi STEM kepada pelajar. Kadar rebat cukai yang munasabah perlu diberikan kepada pihak swasta/industri yang memberikan khidmat/sumbangan dalam mempromosi atau mempertingkatkan pencapaian STEM di sekolah atau IPT. ISU 5: Tiada insentif kepada pihak media yang memberikan ruang untuk promosi STEM ISU 6: Tiada insentif kepada pihak penerbit buku-buku dalam memperkayakan bahan bacaan STEM Anugerah Khidmat Sosial dalam STEM perlu diwujudkan kepada pihak media yang sentiasa menyokong mempromosi STEM. Begitu juga kadar pelepasan cukai yang munasabah perlu diberikan mengikut bilangan ruang atau muka surat yang disediakan dalam setahun. Kadar pelepasan cukai yang munasabah perlu diberikan kepada bilangan bahan cetakan/jenis bahan cetakan berunsurkan STEM yang diterbitkan dalam setahun. 5

Lampiran 1 TEKS BACAAN AWAL RESOLUSI KOLOKIUM KEBANGSAAN PENDIDIK STEM TERENGGANU 2016 Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu 2016 yang diadakan pada hari ini iaitu pada 28 Mei 2016 telah dihadiri oleh seramai hampir 800 orang yang terdiri dari pihak-pihak penggubal dasar serta pihak-pihak berkepentingan seperti ibu bapa/pibg, para pengetua sekolah, guru-guru, pihak industri/swasta, media dan NGO mengambil maklum bahawa kajian dari penyelidik-penyelidik dalam Negara serta Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera (2012) mendapati bahawa minat terhadap STEM dikalangan pelajar amat kritikal dan membimbangkan. Penandaarasan peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kualiti pelajar kita dalam sains dan matematik masih tidak kompetetif pada peringkat global. Sehubungan dengan itu, maka peserta kolokium yang hadir pada hari ini menggesa supaya pihak penggubal dasar serta pihak-pihak yang berkepentingan mengambil tindakan segera dan bersepadu terhadap RESOLUSI awal yang akan diperkemaskan kemudian. 6

Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah, diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan latihan kemahiran. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada kelulusan berkemahiran tinggi. 7