TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

2.0 PENYATAAN MASALAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BELAJAR CARA BELAJAR

Transkripsi:

TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata tetapi tidak boleh menulisnya dengan betul. Setelah menjalankan bimbingan, Siti telah mencapai kemajuan dan peningkatan yang amat membanggakan. Siti kini jarang membuat kesilapan semasa menulis dan sudah boleh membaca perkataan yang agak panjang dengan membatangkan perkatan dengan betul. Tetapi, usaha yang berterusan daripadanya amat dituntut kerana perjalanannya masih jauh dan perlu bimbingan untuk memantapkan lagi kemahiran menulis dan membaca pada dirinya. 1.0 Pengenalan Penubuhan SK Maju adalah atas inisiatif Jabatan Muridan Negeri Sarawak untuk mendirikan lebih banyak lagi sekolah rendah di seluruh negeri Sarawak memandangkan kepada perkembangan pendidikan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Keadaan ini adalah sejajar dengan pembangunan pendidikan di Malaysia yang mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan dan pendidikan yang berkualiti. SK Maju terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandaraya Kuching dan adalah seluas lebih kurang empat ekar. Sekolah ini telah dibina atas sebuah tapak yang telah disediakan oleh pemaju perumahan Taman Maju. Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 1997 iaitu bermulanya sesi persekolahan tahun 1997. Seramai 25 orang guru telah ditempatkan untuk berkhidmat di sini. Seramai 383 orang murid telah melapor diri untuk bersekolah di sini. Kebanyakan daripada mereka yang bersekolah di sini tinggal di sekitar kawasan perumahan berdekatan. Bilangan murid yang bersekolah di sini semakin meningkat yang mana jumlah terkini bilangan murid adalah seramai 1273 orang (seperti pada 31 Januari 2009). Kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini semakin menyerlah dengan peningkatan keputusan UPSR dari tahun ke setahun. Begitu juga dengan pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum yang mana sekolah ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh sukan yang telah mewakili sekolah peringkat zon maupun negeri. 209

1.2 Fokus Kajian Semasa saya mula mengajar kelas pemulihan, saya telah mendapati Siti belum menguasai sepenuhnnya kemahiran tulisan serta tidak dapat membaca ayat dengan lancar dan betul. Sepatutnya murid Tahun 3 sudah boleh menguasai kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan mereka mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu, saya telah merancang tindakan yang dapat membantu Siti untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Saya menggunakan segala teori berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang telah dipelajari di institut pendidikan guru dan juga memperoleh nasihat daripada guru pembimbing saya di sekolah ini untuk merancang tindakan saya. Saya juga mendekati diri dengan Siti agar beliau tidak segan belajar dengan saya. Saya juga merancang pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan Siti. Siti adalah seorang murid yang agak pendiam di dalam kelas. Namun begitu, dia merupakan seorang murid yang mampu berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan guru yang beliau cukup kenali. Jika tidak, dia hanya akan mendiamkan diri dan sukar untuk bercakap dengannya. Semasa membuat latihan, dia sering mencari alasan untuk tidak menyiapkan latihan di dalam kelas. Sekiranya dia membuat latihan pun, dia akan membuat dengan cepat dan sesudah itu, dia bermain. Siti boleh dikatakan sudah pandai membaca. Namun begitu, dia belum boleh membaca dengan sebutan betul untuk perkataan yang lebih daripada tiga suku kata. Apa yang menghairankan saya ialah, dia boleh membaca apa yang saya tunjukkan. Namun, apabila saya memintanya menulis perkataan yang saya sebutkan, dia tidak dapat menulis dengan betul. Dia juga sering menulis huruf besar pada tempat yang tidak sepatutnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 1: Hasil kerja Siti sebelum tindakan 210

Kesilapan yang dilakukan oleh Siti ketika kajian ini dijalankan adalah beliau sering menulis huruf besar pada tempat yang salah. Dia juga hanya menguasai dua suku kata. Walau bagaimanapun, saya yakin, dia akan dapat mengatasi masalahnya hujung tahun ini sebelum dia masuk ke tahap dua pada tahun hadapan. 1.3 Objektif Kajian Berdasarkan tinjauan awal yang telah di jalankan, saya merancang suatu tindakan yang bertujuan membantu Siti untuk: membaca dengan lebih lancar dan betul. menulis perkataan dengan betul dan kemas. 2.0 Perancangan Tindakan Dalam mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang satu program bimbingan individu kerana beliau seorang sahaja yang masih kekal dalam kelas pemulihan Tahun 3. Ini memudahkan perancangan saya memandangkan saya boleh memberikan tumpuan yang lebih kepada beliau seorang. Secara umumnya, saya telah menjalankan aktiviti seperti berikut. Bulan pertama: Menulis huruf besar dan huruf kecil. Membunyikan dan menulis suku kata KV. Bulan kedua: Membunyikan dan menulis suku kata KV + KV + KV, KVK, V + KVK dan suku kata KV + KVK/ KVK + KV. Bulan ketiga: Membunyikan dan menulis perkataan KVK + KVK dan perkataan KV + KV + KVK. Membaca ayat mudah dengan intonasi dan gaya yang betul. Membina ayat mudah dengan ejaan yang betul. 3.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Dapatan Kajian Setelah membuat perancangan dan mengenal pasti kelemahan Siti, saya memulakan program pemulihan khas yang telah disediakan. Pada bulan pertama, saya telah memberikan latihan menulis huruf kecil dan huruf besar kepada Siti kerana saya mendapati dia masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran mengenal huruf besar dan huruf kecil. Setelah membuat latihan, saya meminta beliau meneruskan latihan di rumah dan membetulkan kesilapan yang telah dibuatnya sebelum ini. 211

Saya menjelaskan kepadanya cara menulis dan menggunakan huruf dengan betul. Dia memahami apa yang saya terangkan dan menyedari kesilapan yang telah dia lakukan. Saya sentiasa memberikan latihan bertulis kepada Siti untuk memastikan dia faham dan tidak mengulangi kesilapan yang sering dia lakukan sebelum ini. Setelah membuat beberapa latihan, saya mendapati dia telah membuat perubahan yang agak baik walaupun masih ada kesilapan yang dilakukan terutama sekali sering menulis huruf k(kecil) dengan menggunakan huruf K (besar). Pada bulan kedua, saya memberikan latihan berkaitan dengan beberapa jenis suku kata. Saya berharap, penguasaan beberapa jenis suku kata akan membantunya menulis dan membaca dengan baik. Pada setiap sesi p&p dijalankan, Siti dapat menguasai beberapa jenis suku kata dengan baik. Dia juga sudah boleh membaca ayat pendek dengan baik dan agak lancar. Namun begitu, dari segi kemahiran menulis, dia masih pada tahap yang agak lemah. Masalah yang saya dapati pada ketika ini adalah dia agak malas membuat latihan menulis. Oleh itu, saya telah membuat satu perubahan dari segi p&p saya untuk membuatnya tidak merasa bosan menulis dan membuat latihan. Pada bulan ketiga pula, saya masih meneruskan pengajaran dengan mengajar beberapa suku kata yang agak panjang dan sukar. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi kemahirannya untuk membatangkan perkataan. Saya mendapati dia amat sukar untuk membatangkan perkataan yang mempunyai suku kata yang amat panjang. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana dia dapat menguasai beberapa suku kata yang panjang walaupun agak lambat kerana masih dalam proses mengeja. Selepas tindakan dilakukan, Siti didapati sudah boleh menulis perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Dia juga boleh menulis perkataan yang disebutkan oleh guru secara spontan dengan betul walaupun masih ada kesilapan yang di lakukan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Namun, kemajuan yang dicapainya sangat bererti. Rajah 2 : Hasil kerja Siti selepas tindakan 212

4.0 Refleksi Setelah segala perancangan dan tindakan dijalankan, saya mendapati pendekatan mengajar secara individu amat berkesan. Namun begitu, ianya amat memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi dalam diri seorang guru tersebut. Semasa menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati beberapa faktor yang boleh menyebabkan murid lemah menguasai pembelajaran yang telah diajar. Faktor pertama yang saya dapati ialah kurang latihan boleh menyebabkan murid lupa apa yang telah dimuridi. Contoh yang paling nyata ialah ketika balik daripada cuti sekolah, kebanyakan murid akan lupa 70 peratus daripada apa yang telah dipelajari. Apabila dilakukan soal selidik secara lisan, rata-rata murid mengatakan mereka tidak melakukan ulang kaji dirumah. Oleh itu, saya berpendapat, guru seharusnya memberikan latihan yang cukup kepada murid untuk di lakukan semasa cuti sekolah untuk mengelak muridnya leka semasa cuti sekolah. Seterusnya, saya mendapati murid yang tergolong sebagai murid lemah dari segi 3M mempunyai sifat yakin diri yang amat lemah. Mereka amat takut untuk mencuba kerana ada sesetengah guru yang tidak faham terus bersifat menghukum. Segelintir guru terus melabel dan menghukum murid yang lemah ini sebagai malas ataupun bodoh tanpa menyelidik dahulu potensi dan tahap penerimaan seseorang murid. Apabila guru terus mengikut sukatan kerana takut tidak habis sukatan pelajaran, maka mereka yang lemah ini akan terus ketinggalan sekiranya tidak dibimbing. Itulah dua faktor yang saya rasa memang berlaku di mana-mana sekolah yang terdapat murid yang ketinggalan jauh daripada rakan-rakannya yang lain dari segi pelajaran. Untuk mengelak murid yang lemah ini terus ketinggalan, maka menjadi tanggungjawab guru untuk merancang proses p&p dengan tidak mengabaikan murid yang lemah. Setelah melakukan penyelidikan tindakan ini, saya berasa amat berpuas hati dengan kemajuan dan peningkatan yang dicapai oleh Siti. Saya berdoa dan berharap dia meneruskan usahanya untuk berlajar dengan lebih tekun untuk menjadi murid yang lebih cemerlang dan berjaya. Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang telah saya lakukan semasa proses p&p. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan ini juga, saya telah banyak belajar ilmu keguruan dan menambahbaik ilmu saya dalam p&p. Bibliografi Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 213

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: Satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah, Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, 2 (1), 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. 214