Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

dokumen-dokumen yang mirip
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Tatakelakuan. Pembekal

Polisi Privasi. Pengenalan

Kesetiaan kepada Syarikat

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kod pengendalian perniagaan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Polisi Privasi Smiggle

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Tata Kelakuan Perniagaan

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Cara Mendapatkan Bantuan dan Mengemukakan Keraguan Am Mengemukakan Keraguan Atau Rungutan Tentang Hal-hal Perakaunan atau Pengauditan

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

PIAWAIAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN GLOBAL

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Transkripsi:

Kod Etika

Jadual Kandungan I. Kod Etika Melibatkan Semua Kakitangan Teleflex........................... 1 II. Mematuhi Kod Etika........................................................... 1 Tanggungjawab Kakitangan dan Ejen............................................. 1 Tanggungjawab Pengurusan..................................................... 1 Bagaimana untuk Menjawab Isu-Isu Etika......................................... 2 Tanggungjawab Semua Kakitangan Syarikat...................................... 3 III. Garis panduan Konflik Kepentingan......................................... 3 Cenderamata dan Sumbangan................................................... 4 Penggelapan Peluang-Peluang Perniagaan atau Pelaburan.......................... 4 Pinjaman....................................................................... 4 Pembelian atau Jualan Barangan dan Perkhidmatan................................ 4 Kepentingan Perniagaan Secara Langsung atau Tidak Langsung.................... 4 Perkhidmatan dan Pendapatan Bukan Syarikat.................................... 5 Pekerjaan Di luar............................................................... 5 Penggunaan Kakitangan atau Harta Syarikat...................................... 5 Urusniaga Dalaman dan Pendedahan Adil........................................ 5 Harta Intelektual............................................................... 5 IV. Aktiviti-Aktiviti Luar Negeri................................................... 6 Akta Amalan Rasuah Luar Negeri................................................ 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport...................................... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri................................. 6 V. Amalan Rasuah................................................................. 6 VI. VII. Garis panduan Sekatan Dagangan, Persaingan Tidak Adil dan Amalan Diskriminasi......................................... 7 Garis panduan Maklumat Kompetitif............................................. 7 Pengiklanan dan Promosi....................................................... 8 Garis panduan Perlindungan Alam Sekitar dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Kakitangan...................................... 8 VIII. Garis panduan Kualiti dan Keselamatan Produk............................ 8 IX. Melindungi Maklumat PerniagaanYang Sulit................................ 9 X. Interaksi Dengan A.S. dan Kerajaan-Kerajaan Lain......................... 9 Kontrak-Kontrak Kerajaan...................................................... 9 Cenderamata, Gratuiti dan Ihsan Perniagaan kepada Kakitangan Kerajaan A.S., Negeri dan Tempatan...................................................... 9 XI. Garis panduan Sumbangan Politik.......................................... 10 Teleflex Incorporated i

XII. Menggalakkan satu Persekitaran KerjaYang Positif......................... 10 XIII. Penyimpanan Rekod........................................................... 10 XIV. Pelaporan Umum.............................................................. 11 XV. Audit, Siasatan dan Tindakan Undang-Undang............................. 11 XVI. Pengecualian Kod Tatalaku Perniagaan dan Etika........................... 12 XVII. Pengesahan Pematuhan dan Pelaporan...................................... 12 XVIII. Maklumat Tambahan.......................................................... 12 ii Teleflex Incorporated

Teleflex Incorporated Kod Etika Teleflex Incorporated mengekalkan etika dan standard perniagaan yang tertinggi. Kod Etika Teleflex melambangkan nilai-nilai, yang kita sebagai Kakitangan, menganggap paling penting. Kod ini mencerminkan komitmen Teleflex dan Kakitangannya untuk berkhidmat bagi para pelanggan kita dan pemegang saham Syarikat dalam cara yang mematuhi undang-undang dan beretika. Adalah penting untuk setiap kakitangan mematuhi Kod Etika Teleflex bagi mempertahankan integriti perniagaan Syarikat dan reputasinya dengan rakan sekerja, pelanggan, pemegang saham, pembekal, pesaing dan komuniti di mana kita tinggal dan bekerja. Teleflex, secara agresifnya akan memastikan dengan sendirinya dan memantau kepatuhan terhadap garis panduan-garis panduan pematuhannya dan undang-undang serta peraturanperaturan berkaitan. I. Kod Etika Melibatkan Semua Kakitangan Teleflex Kod Etika kita ( Kod ) melibatkan semua pengarah, pegawai dan kakitangan Teleflex (yang dirujuk sebagai Kakitangan bagi tujuan Kod ini). Sebagai sebuah perniagaan global, Teleflex dipengaruhi oleh undang-undang dan adat perniagaan negara di mana ia beroperasi. Setiap Kakitangan, di mana saja beliau ditempatkan, bertanggungjawab bagi menjalankan aktivitiaktiviti perniagaannya dengan mematuhi Kod berkenaan dan undang-undang negara di mana beliau bekerja atau dengan sesiapa yang mereka menjalankan perniagaan. Apabila seorang Kakitangan percaya bahawa suatu konflik wujud antara Kod berkenaan dan undang-undang sebuah negara tertentu, beliau harus mengemukakan kebimbangannya kepada perhatian Penyelia, Wakil Sumber Manusia, Jabatan Perundangan Korporat atau Sumber Manusia beliau atau Talian Etika. II. Mematuhi Kod Etika Tanggungjawab Kakitangan dan Ejen Semua Kakitangan dan ejen Teleflex, tidak mengira jawatan atau lokasi, dijangka mempamerkan standard tingkah laku yang tinggi. Tiada pengurus atau penyelia mempunyai kuasa untuk meminta atau membenarkan urusan yang melanggar Kod berkenaan atau undang-undang atau peraturan-peraturan berkaitan. Pelanggaran seumpama itu tak pernah terkandung dalam kepentingan Syarikat. Dalam sesetengah kes, ejen Syarikat mewakili kepentingan Teleflex apabila berurusan dengan pihak ketiga. Oleh yang demikian, Kakitangan yang menyelia aktiviti-aktiviti ejen Syarikat, bertanggungjawab melakukan usaha-usaha berpatutan bagi memastikan ejen-ejen menerima satu salinan Kod berkenaan dan mematuhi peruntukan-peruntukan berkaitan. Tanggungjawab Pengurusan Jabatan Sumber Manusia bersama dengan penyelia dan pengurus Syarikat, bertanggungjawab bagi pengedaran dan pelaksanaan Kod berkenaan. Setiap pengurus bertanggungjawab bagi menerangkan garis panduan Teleflex kepada kakitangan beliau. Pengurus dan penyelia juga bertanggungjawab bagi mengekalkan suatu persekitaran kerja di mana perbincangan yang membina, terus-terang dan terbuka digalak dan diharapkan. Pengurusan Teleflex bertanggungjawab bagi memastikan kepatuhan Kod berkenaan dan bagi memastikan terdapat komunikasi, bimbingan dan latihan kakitangan berterusan yang bersesuaian. Pengurus dan penyelia juga mesti mempamerkan komitmen terhadap Kod berkenaan melalui kata-kata, perbuatan dan tindakan mereka. Teleflex Incorporated 1

II. Mematuhi Kod Etika (sambungan) Bagaimana untuk Menjawab Isu-Isu Etika Kita mesti berusaha bagi memastikan tindakan yang pantas dan konsisten diambil terhadap pelanggaran Kod kita. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, ia mungkin sukar untuk mengetahui apakah yang diharapkan daripada kita. Oleh kerana Kod berkenaan tidak dapat menjangka setiap situasi yang akan wujud, adalah penting agar kita mempunyai satu cara untuk menghadapi suatu pertanyaan atau masalah baru. Berikut adalah langkah-langkah yang harus diketahui: Sentiasa bertanya dahulu, bertindak kemudian. Sekiranya anda tak pasti apakah yang harus dilakukan dalam mana-mana situasi, dapatkan bimbingan sebelum anda bertindak. Tanya diri anda: Apakah yang saya disuruh lakukan secara khususnya? Adakah ia kelihatan tak beretika atau tak wajar? Ini akan membolehkan anda memfokus kepada pertanyaan spesifik yang anda hadapi dan pilihan-pilihan yang anda punyai. Gunakan pertimbangan dan akal anda; sekiranya sesuatu kelihatan tak beretika atau tak wajar, ia berkemungkinan sedemikian. Tentukan tanggungjawab dan peranan anda. Dalam kebanyakan situasi, terdapat tanggungjawab bersama. Adakah rakan kerja anda telah diberitahu? Ia mungkin dapat membantu dengan melibatkan orang lain dan membincangkan masalah tersebut. Bincangkan masalah tersebut dengan penyelia anda. Ini merupakan bimbingan asas bagi semua situasi. Dalam kebanyakan kes, penyelia anda adalah lebih berpengetahuan mengenai pertanyaan tersebut dan akan menghargainya kerana disertakan dalam proses membuat keputusan. Anda harus ingat bahawa adalah tanggungjawab penyelia anda untuk membantu menyelesaikan masalah. Dapatkan bantuan daripada sumber-sumber Syarikat. Sekiranya adalah tak wajar untuk membincangkan suatu isu dengan penyelia anda atau anda berasa tak selesa untuk mengemukakan pertanyaan anda kepada penyelia anda, anda boleh bincangkannya dengan wakil Sumber Manusia anda. Sekiranya isu tersebut tak dapat diselesaikan di peringkat tempatan atau anda berasa tak selesa untuk membincangkan masalah tersebut dengan pengurusan tempatan, anda harus hubungi Jabatan Perundangan Korporat atau Sumber Manusia. Seperti yang diterangkan di bawah, Syarikat juga menyediakan satu Talian Etika yang boleh dipanggil secara tanpa nama. Kakitangan dikehendaki melaporkan pelanggaran, pelanggaran yang disyaki atau permintaan yang merupakan pelanggaran dengan menggunakan sumber-sumber Syarikat ini atau Talian Etika dan juga mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan sebarang perkara yang dirangkumi Kod berkenaan atau polisi-polisi lain Syarikat yang mereka berasa ragu-ragu. Semua laporan berkaitan dengan isu-isu di bawah Kod berkenaan akan disimpan dengan sulit sebaik mungkin. Mana-mana Kakitangan atau ejen yang percaya bahawa hal-hal perakaunan atau audit yang boleh dipersoalkan mungkin telah berlaku, harus mengikuti prosedur-prosedur pelaporan ini. Semua laporan seumpama itu akan dikaji oleh Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Untuk talian khas dan panduan panggilan untuk negara anda. Sila rujuk kepada poster Talian Etika atau rujuk kepada GKN (Intranet Teleflex) di muka surat Etika Perniagaan dan Pematuhan. Talian Etika adalah satu khidmat pelaporan tanpa nama dan sulit yang akan menghantarkan semua laporan kepada Business Ethics and Compliance Committee, yang akan mengkoordinasikan siasatan ke atas pelanggaran Kod berkenaan. 0 Business Ethics and Compliance Committee terdiri daripada Penasihat Am, Naib Presiden Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan, Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Naib Presiden Eksekutif Sumber Manusia Teleflex. Business Ethics and Compliance Committee boleh dihubungi melalui pos di: Business Ethics and Compliance Committee [Etika Perniagaan dan Jawatankuasa Pematuhan] Teleflex Incorporated 155 South Limerick Road Limerick, PA 19468 USA 2 Teleflex Incorporated

II. Mematuhi Kod Etika (sambungan) III. Tindakan pembetulan yang sesuai akan diambil berdasarkan keputusan suatu siasatan yang wajar. Business Ethics and Compliance Committee akan melaporkan secara berkala kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah berkaitan dengan Program Etika dan Pematuhan Teleflex. Teleflex melarang dengan tegas tindakan balas terhadap Kakitangan yang terlibat dalam pengenalpastian dan pelaporan insiden-insiden ketakpatuhan undang-undang, pelanggaran syaratsyarat kontrak atau amalan-amalan Syarikat yang tak beretika atau yang bekerjasama dalam siasatan berkaitan hal-hal seumpama itu. Tiada Kakitangan atau ejen Teleflex yang melaporkan satu kemungkinan pelanggaran etika atau pelanggaran undang-undang atau peraturan-peraturan yang lain, akan diberhentikan, diturunkan pangkat, digantung kerja, diganggu atau didiskriminasikan dalam sebarang cara, hasil pelaporan kejadian tersebut oleh Kakitangan atau ejen berkenaan. Tindakan balas terhadap mana-mana individu yang melaporkan sebarang perkara di bawah Kod Teleflex berkenaan adalah satu pelanggaran serius polisi Syarikat dan akan dikenakan tindakan yang sepatutnya. Mana-mana Kakitangan atau ejen yang percaya bahawa beliau telah mengalami kerugian akibat membuat satu pendedahan secara sukarela menurut garis panduan ini, harus melaporkan hal tersebut dengan segera menggunakan prosedur-prosedur yang dikenal pasti di atas. Tanggungjawab Semua Kakitangan Syarikat Kod berkenaan sangat penting kepada Teleflex. Kegagalan mematuhi standard-standard yang dinyatakan dan semua polisi yang terdapat dalam dokumen ini akan mengakibatkan tindakan disiplin diambil. Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap: 1. Mana-mana Kakitangan atau ejen yang melanggar Kod berkenaan atau undang-undang berkaitan; 2. Mana-mana Kakitangan atau ejen yang gagal melaporkan satu kemungkinan pelanggaran seperti yang dimestikan oleh Kod berkenaan; 3. Pengurus atau penyelia, sehinggakan keadaan pelanggaran tersebut mencerminkan penyertaan atau persetujuan dalam, atau penggalakkan atau bertolak ansur terhadap pelanggaran tersebut, atau kurang ketekunan; 4. Sesiapa yang mengambil tindakan balas, secara langsung atau tidak langsung atau menggalakkan orang lain berbuat demikian terhadap seorang individu yang melaporkan suatu pelanggaran Kod atau undang-undang; dan 5. Mana-mana Kakitangan atau ejen yang gagal bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat atau juruaudit Syarikat. Garis panduan Konflik Kepentingan Untuk mengelakkan konflik kepentingan sebenar atau yang dianggap, Teleflex tidak membenarkan Kakitangannya menyertai mana-mana aktiviti yang mungkin mempengaruhi atau kelihatan mempengaruhi kebebasan sebarang keputusan yang dibuat bagi pihak Syarikat. Kakitangan Syarikat tidak harus menyertai aktiviti-aktiviti yang mungkin melibatkan atau mungkin ditafsirkan melibat secara wajar, suatu konflik kepentingan dengan kepentingan perniagaan Syarikat. Aktiviti-aktiviti seumpama itu mungkin termasuk aktiviti-aktiviti di luar perniagaan, aktiviti-aktiviti bagi keuntungan peribadi atau tindakan-tindakan lain. Akan terdapat kes-kes yang mana suatu konflik kepentingan yang nyata adalah lebih bersifat teori daripada sebenar tetapi adalah penting untuk mendedahkan semua perkara yang mungkin kelihatan sebagai suatu konflik kepentingan supaya Syarikat dapat menyelesaikan kes-kes seumpama itu dengan serta-merta. Sekiranya terdapat sebarang kemungkinan anda berasa raguragu sama ada suatu aktiviti atau perhubungan mungkin kelihatan sebagai suatu konflik, bagi perlindungan kedua-dua Teleflex dan individu, Kakitangan berkenaan harus menghubungi Jabatan Perundangan Korporat dengan segera untuk meminta kebenaran bertulis mengenai aktiviti atau perhubungan seumpama itu. Teleflex Incorporated 3

III. Garis panduan Konflik Kepentingan (sambungan) Cenderamata dan Sumbangan Kakitangan atau mana-mana ahli keluarga terdekat mereka: Tidak harus, dalam tempoh dua belas bulan, memberi atau menerima, secara langsung atau tidak langsung, cenderamata, sumbangan atau hadiah kepada atau daripada mana-mana individu atau organisasi berjumlah lebih daripada $100 (Dolar Amerika) atau nilai bersamaan yang wajar daripada pembekal atau pelanggan Syarikat. Cenderamata tidak harus melebihi had-had lazim dan wajar yang merupakan perkara kebiasaan dan boleh diterima dalam aktiviti perniagaan biasa; Dilarang meminta cenderamata, sumbangan, gratuiti, khidmat atau rasuah daripada pembekal atau pelanggan Teleflex, tidak mengira berapakah nilainya; Tidak boleh menerima penggunaan harta dan pengangkutan kapal terbang pelanggan atau pembekal serta perjalanan (termasuk perjalanan yang dibiayai oleh pelanggan atau pembekal) tanpa kebenaran bertulis pengurus yang bertanggungjawab untuk bahagian tersebut terlebih dahulu; dan Tidak harus memberi atau menerima, secara langsung atau tidak langsung, wang tunai di bawah sebarang keadaan atau hiburan yang melebihi had-had lazim dan wajar yang merupakan perkara kebiasaan dan boleh diterima dalam aktiviti perniagaan biasa. Penggelapan Peluang-Peluang Perniagaan atau Pelaburan Kakitangan dilarang mengambil kesempatan, secara langsung atau tidak langsung, sebarang peluang perniagaan yang diterima hasil hubungan mereka dengan Teleflex dan di mana Syarikat mungkin berminat, kecuali peluang seumpama itu telah dikemukakan bagi pertimbangan Syarikat, telah ditolak oleh Syarikat dan aktiviti seumpama itu tidak dilarang di bawah seksyenseksyen lain Kod ini. Polisi ini juga melarang mengalihkan peluang-peluang korporat kepada pihak ketiga. Kakitangan harus menghubungi Jabatan Perundangan Korporat untuk meminta kebenaran bertulis sebarang aktiviti yang mungkin kelihatan melibatkan pengambilan kesempatan ke atas suatu peluang korporat. Pinjaman Kakitangan Teleflex atau ahli-ahli keluarga terdekat mereka, tidak boleh meminjamkan wang kepada atau meminjam wang daripada pembekal, pelanggan atau pesaing Syarikat, kecuali urusniaga dengan bank dan institusi-institusi kewangan lain, sejajar dengan amalan-amalan perniagaan biasa. Teleflex tidak akan membuat pinjaman peribadi kepada pengarah atau pegawai eksekutifnya. Pembelian atau Jualan Barangan dan Perkhidmatan Kakitangan Teleflex atau ahli-ahli keluarga terdekat mereka tidak boleh memperoleh faedah secara peribadi daripada sebarang pembelian atau jualan barangan atau perkhidmatan kepada Syarikat, atau memperoleh keuntungan peribadi daripada urusniaga yang melibatkan Syarikat, termasuk penjualan atau penyewaan hartanah atau harta peribadi, kecuali apabila urusniaga tersebut dan kepentingan peribadi yang terlibat, telah didedahkan sepenuhnya kepada dan diluluskan secara bertulis oleh Jabatan Sumber Manusia Korporat terlebih dahulu. Kepentingan Perniagaan Secara Langsung atau Tidak Langsung Kakitangan Teleflex tidak harus mempunyai sebarang hubungan perniagaan, kewangan atau lainlain dengan pembekal, pelanggan atau pesaing dan tidak harus menyertai, secara langsung atau tidak langsung, dalam sebuah syarikat lain sebagai seorang pegawai, pengarah, pemilik lebih daripada 5%, kakitangan, ejen, wakil atau konsultan tanpa pendedahan sepenuhnya kepada dan kebenaran bertulis daripada Jabatan Perundangan Korporat terlebih dahulu. Peraturan ini juga melibatkan ahli-ahli keluarga terdekat Kakitangan. 4 Teleflex Incorporated

III. Garis panduan Konflik Kepentingan (sambungan) Perkhidmatan dan Pendapatan Bukan Syarikat Seorang pengarah atau pegawai Teleflex, presiden kumpulan atau pengurus besar sebuah unit perniagaan tidak harus berkhidmat sebagai seorang pegawai, pengarah, kakitangan, rakan kongsi, pemegang amanah atau konsultan, atau menerima gaji, yuran, dividen atau pendapatan lain (kecuali dividen dan faedah daripada saham dagangan awam atau pelaburan serupa lain) daripada mana-mana syarikat selain daripada Teleflex, kecuali hubungan tersebut telah didedahkan sepenuhnya terlebih dahulu dan diluluskan secara bertulis oleh Jabatan Perundangan Korporat. Pekerjaan Di luar Kakitangan tetap biasa harus menyedari bahawa jawatan mereka di Teleflex mesti merupakan pekerjaan utama mereka. Sebarang pekerjaan di luar, pelaburan atau sumber pendapatan lain tidak harus mempengaruhi sama sekali prestasi tugas mereka sebagai kakitangan Teleflex. Sebarang hubungan seumpama itu yang boleh ditafsirkan sebagai suatu konflik terhadap garis panduan-garis panduan ini (contohnya, bekerja untuk seorang pesaing) mesti didedahkan terlebih dahulu kepada dan diluluskan secara bertulis oleh Jabatan Sumber Manusia Korporat. Teleflex akan, mengikut budi bicaranya, menentukan sama ada sebarang hubungan pekerjaan akan menjejaskan kepentingannya dan adalah bertentangan kepada garis panduan-garis panduan ini atau sebaliknya. Penggunaan Kakitangan atau Harta Syarikat Kakitangan Teleflex tidak harus menggunakan atau membenarkan orang lain menggunakan kakitangan Syarikat atau hartanya bagi tujuan-tujuan peribadi, mahupun membenarkan harta Syarikat digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa kebenaran atau secara membazir. Urusniaga Dalaman dan Pendedahan Adil Tiada individu yang mempunyai hubungan dengan Teleflex, boleh secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi urusniaga saham, termasuk peruntukan semula rancangan pelaburan pencen, berdasarkan maklumat dalaman penting sehingga maklumat tersebut telah diumumkan sepenuhnya kepada orang awam. Maklumat dalaman penting adalah sebarang maklumat mengenai Teleflex atau perniagaannya atau berkaitan mana-mana syarikat lain, yang mana seorang Kakitangan mungkin memperoleh hasil pekerjaan beliau, yang tidak diumumkan secara amnya kepada orang awam dan ia dapat mempengaruhi keputusan untuk membeli, menjual atau menyimpan saham Syarikat. Tambahan, pendedahan maklumat dalaman seumpama itu atau tipping kepada individu-individu di luar Syarikat (atau individu-individu dalam Syarikat yang tidak mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahui maklumat seumpama itu) adalah menyalahi undang-undang dan dilarang tegas oleh polisi Syarikat. Undang-undang sekuriti juga memerlukan pendedahan maklumat kepada orang awam secara adil berkaitan dengan syarikat-syarikat dagangan awam, dengan hukuman berat terhadap syarikat-syarikat dan individu-individu yang melanggar syarat-syarat ini. Jabatan Komunikasi Korporat memastikan agar permintaan bagi maklumat dikendalikan dengan betul dan konsisten. Sekiranya anda dihubungi untuk ditemubual atau komen oleh penganalisis sekuriti, pelabur atau pihak ketiga lain, anda mesti rujukkan hubungan berkenaan kepada Jabatan Komunikasi Korporat. Harta Intelektual Jenama dan tanda niaga kita adalah aset-aset berharga Syarikat. Kakitangan Teleflex bertanggungjawab untuk melindungi aset-aset ini, termasuk melaporkan pengedaran tak wajar produkproduk kita kepada pihak ketiga. Adalah penting bahawa Teleflex melindungi kedudukan kompetitifnya dan mengekalkan pelaburan yang dibuatnya dalam pembangunan produk-produk baru. Teleflex perlu mempunyai pemilikan penuh dan lengkap semua hasil kerja intelektual dan fizikal kakitangannya yang dicipta semasa dan mengikut skop pekerjaan mereka. Semua kakitangan Teleflex perlu menandatangani satu perjanjian bertulis yang memberikan pemilikan ciptaan, paten, aplikasi paten, hak cipta, tanda niaga, rahsia dagangan dan hak-hak harta intelektual lain kepada Syarikat. Teleflex Incorporated 5

IV. Aktiviti-Aktiviti Luar Negeri Di sesetengah negara, amalan perniagaan adalah berdasarkan undang-undang, peraturanperaturan atau kod tatalaku yang kurang ketat atau berbeza. Bagi urusan perniagaan di negaranegara seumpama itu, Kod ini harus dipatuhi, kecuali percanggahan dengan pengurus kemudahan Kakitangan atau ejen, dibenarkan oleh undang-undang dan berdasarkan keputusan perniagaan munasabah, telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Presiden Kumpulan atau Pejabat Korporat. Adalah sentiasa penting bahawa Kakitangan dan ejen yang menguruskan perniagaan antarabangsa, mengetahui dan mematuhi undang-undang negara di mana perniagaan seumpama itu sedang diuruskan. Sekiranya anda tidak biasa dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, rujuk kepada penyelia anda dan Jabatan Perundangan Korporat sebelum melibatkan diri dalam sebarang urusniaga luar negeri. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri Sebagai sebuah syarikat yang berpusat di A.S., Teleflex mesti mematuhi Akta Amalan Rasuah Luar Negeri ( FCPA ) Amerika Syarikat dengan tegasnya. FCPA melarang bayaran atau tawaran sebarang benda yang bernilai kepada pegawai-pegawai luar negeri, parti-parti politik atau caloncalon untuk pejabat politik luar negeri sebagai balasan untuk memperoleh, mengekalkan atau menjalankan perniagaan secara langsung. Bayaran yang dibuat secara tidak langsung melalui orang tengah seperti seorang ejen atau wakil jualan, di bawah keadaan yang menunjukkan bahawa bayaran seumpama itu akan dihulurkan bagi tujuan yang dilarang, juga dianggap salah dari segi undang-undang. Pertanyaan berkaitan dengan kemungkinan pelanggaran mana-mana peruntukan di atas, sebaik saja dikenal pasti, harus dilaporkan kepada Jabatan Perundangan Korporat atau Talian Etika dengan segera. Garis panduan Kawalan Import dan Eksport Semua import dan eksport barangan dan data teknikal ke atau dari Amerika Syarikat dikawal oleh undang-undang dan peraturan-peraturan persekutuan Amerika Syarikat. Begitu juga urusniaga luar negeri yang melibatkan jualan barangan yang dibuat di luar negara menggunakan data teknikal atau komponen asal Amerika Syarikat. Teleflex mempunyai polisi yang tegas terhadap pematuhan semua undang-undang dan peraturan-peraturan persekutuan kawalan import dan eksport A.S. yang berkaitan. Sesiapa yang dikaitkan dengan Syarikat yang terlibat dalam import, eksport atau eksport semula barangan, perkhidmatan, teknologi atau perisian, bertanggungjawab untuk mengetahui mengenai dan mematuhi peraturan-peraturan kawalan import dan eksport A.S. yang berkaitan dengan tugas beliau. Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri Adalah polisi tegas Teleflex untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturanperaturan kerajaan persekutuan A.S. berhubung dengan pemulauan ekonomi luar negeri. Sebarang permintaan oleh pelanggan atau orang lain untuk melibatkan diri dalam pemulauan mesti ditolak dan permintaan tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perundangan Korporat. Bagi pertanyaan-pertanyaan berkaitan pemulauan, anda harus hubungi Jabatan Perundangan Korporat dengan segera. V. Amalan Rasuah Syarikat melarang pemberian rasuah atau bayaran-bayaran lain yang tak wajar, sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana individu atau organisasi, termasuk pegawai-pegawai kerajaan, parti politik, pelanggan, pengedar, ejen atau individu peribadi. Begitu juga, penerimaan rasuah atau sebarang bentuk bayaran yang tak wajar adalah dilarang. 6 Teleflex Incorporated

VI. Garis panduan Sekatan Dagangan, Persaingan Tidak Adil dan Amalan Diskriminasi Teleflex komited kepada persaingan bebas dan terbuka dalam pasaran. Kakitangan mesti mengetahui undang-undang antitrust negeri dan persekutuan berkaitan dan sekatan-sekatan statutori terhadap amalan-amalan kompetitif. Perjanjian dengan sama ada pesaing atau pelanggan untuk menetapkan harga adalah sentiasa salah dari segi undang-undang dan tidak pernah boleh dipertahankan. Pelanggaran antitrust lain seumpama itu yang tidak boleh dipertahankan termasuk perjanjian dengan pesaing untuk memperuntukkan pelanggan, pasaran atau bekalan, atau perjanjian dengan pelanggan atau pesaing untuk memulaukan mana-mana syarikat lain. Kakitangan dilarang melibatkan diri dalam amalan-amalan ini. Pelanggaran undang-undang antitrust boleh mengakibatkan kedua-dua Teleflex dan Kakitangan dikenakan tindakan jenayah dan sivil. Bagi pelanggaran sivil yang disengajakan, kerugian tiga kali ganda boleh dikenakan. (Tatalaku perniagaan kita di negara-negara lain juga memerlukan pematuhan undang-undang persaingan perniagaan setiap negara). Undang-undang antitrust mempunyai aplikasi yang melibatkan satu julat yang sangat luas mengenai aktiviti-aktiviti korporat. Senarai aktiviti-aktiviti yang dilarang di bawah merupakan panduan kepada pematuhan antitrust dan tidak bertujuan untuk merangkumi semua. Adalah amalan Teleflex bahawa tiada Kakitangan harus: Bersetuju atau cuba untuk bersetuju dengan seorang pesaing Teleflex (sama ada secara lisan atau bertulis) berkaitan dengan mana-mana daripada yang berikut: harga; syarat-syarat jualan (termasuk diskaun, syarat kredit atau imbuhan pengangkutan); jumlah pengeluaran; pembahagian pasaran, kawasan jualan atau pelanggan; atau pemulauan urusniaga dengan pihak ketiga. Tambahan, tiada perbincangan atau pertukaran maklumat berhubung dengan perkaraperkara seumpama itu, termasuk pertukaran melalui kesatuan dagangan, harus berlaku dengan pesaing atau wakil mereka; Bersetuju atau cuba untuk bersetuju dengan seorang pelanggan mengenai harga jualan semula, yang bermaksud harga jualan semula seumpama itu merupakan satu syarat jualan tersebut atau berbincang dengan atau memberi maksud kepada seorang pelanggan bahawa Teleflex akan cuba mempengaruhi harga jualan semula seorang pelanggan lain; Jual sebarang produk dengan syarat, pemahaman atau perjanjian bahawa pelanggan berkenaan mesti membeli satu produk lain daripada Teleflex tanpa kebenaran daripada Jabatan Perundangan Korporat terlebih dahulu; Membuat komen palsu atau yang mengelirukan mengenai syarikat-syarikat lain, perkhidmatan atau produk mereka, termasuk pesaing-pesaing Teleflex. Kakitangan harus merujuk kepada Penyelia, Wakil Sumber Manusia atau Jabatan Perundangan Korporat atau Sumber Manusia mereka sebelum mengambil tindakan berhubung dengan suatu perkara yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan pematuhan antitrust. Sebarang kemungkinan pelanggaran mana-mana peruntukan di atas harus dilaporkan kepada Jabatan Perundangan Korporat atau Talian Etika dengan segera. Garis panduan Maklumat Kompetitif Adalah amalan perniagaan yang baik bagi Teleflex untuk mengumpul maklumat mengenai pasaran di mana ia menjalankan perniagaannya, termasuk maklumat mengenai pesaing Syarikat dan produk serta perkhidmatan mereka melalui kaji selidik perniagaan, kajian pasaran, analisis dan penetapan standard kompetitif. Walau bagaimanapun, Kakitangan atau ejen harus elakkan daripada meminta dan menerima maklumat seumpama itu terus daripada pesaing Syarikat. Namun begitu, Kakitangan boleh mengumpul maklumat mengenai pesaing Teleflex daripada sumber-sumber lain seperti artikel-artikel yang diterbitkan, iklan, risalah-risalah yang diedarkan kepada orang awam, kaji selidik oleh konsultan dan perbualan dengan pelanggan. Teleflex Incorporated 7

VI. Garis panduan Sekatan Dagangan, Persaingan Tidak Adil dan Amalan Diskriminasi (sambungan) Kakitangan boleh menerima maklumat kompetitif hanya apabila terdapat kepercayaan yang wajar bahawa kedua-dua penerimaan dan penggunaan maklumat tersebut adalah sah dari segi undangundang. Kakitangan atau ejen tidak harus sama sekali dengan sengaja melanggar atau menggalakkan pelanggaran perjanjian ketakdedahan pesaing. Kakitangan atau ejen juga tidak harus memalsukan identiti mereka, membuat bayaran-bayaran yang salah dari segi undangundang atau melanggar sebarang undang-undang lain dalam cubaan untuk mengumpul maklumat seumpama itu. Pengiklanan dan Promosi Teleflex komited kepada penyebaran maklumat yang benar dan tepat mengenai produk-produk kita. Pengiklanan dan bahan-bahan promosi lain Syarikat akan merupakan yang jujur dan berdasarkan fakta, bukannya mengelirukan atau memperdayakan. VII. Garis panduan Perlindungan Alam Sekitar dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Kakitangan Teleflex komited untuk melindungi alam sekitar dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan kesihatan orang awam, keselamatan dan alam sekitar berkaitan. Untuk memenuhi standard alam sekitar kita, semua kemudahan mesti mematuhi undang-undang kesihatan orang awam, keselamatan dan alam sekitar berkenaan dengan operasinya. Semua kemudahan dijangka memaklumkan kepada orang awam dan komuniti tempatan dengan cara yang sesuai mengenai sifat dan bahaya bahan yang ia keluarkan atau kendalikan, sekiranya ada, seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan alam sekitar berkatian. VIII. Garis panduan Kualiti dan Keselamatan Produk Teleflex komited untuk mengendalikan perniagaan dengan mementingkan kesihatan dan keselamatan mereka yang menggunakan produknya dan dengan berbuat demikian, ia akan menjalinkan hubungan yang lebih kukuh antara Syarikat dan pelanggannya. Setiap kakitangan memainkan peranan yang penting bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk-produk Teleflex, daripada reka bentuk awal kepada pengilangan, jualan dan kemajuan berterusan. Kita mesti sentiasa mematuhi semua komitmen kontraktual dan jangan sekali-kali membuat sebarang janji yang kita tak dapat penuhi. Tambahan, adalah amalan kita untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, kesatuan-kesatuan industri dan pihak berkuasa yang diiktiraf yang terlibat dengan kualiti dan keselamatan produk kita. Kita komited untuk menyediakan satu tempat kerja yang selamat dan bebas daripada dadah. Pemilikan, penggunaan atau berada dalam keadaan mabuk atau pengaruh ubat-ubatan haram ketika masa kerja akan menyebabkan Syarikat dan Kakitangan kita terdedah kepada risiko-risiko kesihatan dan keselamatan yang tak dapat diterima. Kita menegaskan bahawa Kakitangan kita bekerja dalam keadaan bebas sepenuhnya daripada pengaruh minuman keras dan ubat-ubatan haram serta kesan-kesan buruk sebarang bahan lain. 8 Teleflex Incorporated

IX. Melindungi Maklumat PerniagaanYang Sulit Teleflex telah mengembangkan maklumat perniagaan dan teknikal yang sulit sepanjang berbilang tahun yang lalu dengan membelanjakan wang yang banyak. Disebabkan usaha ini, kita kini memiliki atau sebaliknya mempunyai maklumat perniagaan dan teknikal sulit yang berharga. Kakitangan mesti melindungi maklumat perniagaan dan teknikal Teleflex yang sulit. Pendedahan maklumat ini tanpa kebenaran boleh memusnahkan nilainya kepada Syarikat dan memberikan kelebihan yang tidak adil kepada pihak lain. Semua Kakitangan Teleflex bertanggungjawab bagi integriti dan perlindungan semua maklumat perniagaan (termasuk mel elektronik dan mel suara) dan mesti mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat yang telah diamanatkan kepada mereka. Kebanyakan maklumat yang dipelajari atau dikembangkan oleh Kakitangan Teleflex sebagai sebahagian daripada tugas mereka adalah milik Syarikat (iaitu aset-aset perniagaan yang berharga). Maklumat proprietari termasuk rahsia dagangan dan juga maklumat teknikal, kewangan, kakitangan dan perniagaan yang sensitif, sulit, peribadi atau yang diklasifikasikan. Rahsia dagangan dan maklumat proprietari seumpama itu termasuk senarai pelanggan, senarai harga dan polisi-polisi, rekod, amalan, surat, pelan, lukisan dan program komputer. Maklumat proprietari boleh melibatkan projek-projek pembangunan baru, pelan pemasaran, data kadar dan kos, rundingan pelanggan atau pembekal atau perkara-perkara lain Syarikat. Akses kepada maklumat proprietari akan terhad kepada mereka yang perlu mengetahuinya sahaja. Pada permulaan pekerjaan atau pertalian mereka dengan Syarikat, Kakitangan dan ejen bersetuju bahawa mereka tidak akan mendedahkan maklumat proprietari atau rahsia dagangan Syarikat kepada sesiapa atau syarikat lain tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu. Pada penamatan pekerjaan atau pertalian lain dengan Teleflex, semua Kakitangan dan ejen Syarikat mesti mengembalikan semua dokumen dan rekod Syarikat, terutamanya yang mengandungi maklumat proprietari dan rahsia dagangan. Kakitangan juga dikehendaki mengekalkan kerahsiaan maklumat Syarikat walaupun setelah mereka tak bekerja dengan Teleflex. Pertanyaan berkenaan dengan maklumat proprietari dan rahsia dagangan Teleflex harus ditujukan kepada Penyelia, Wakil Sumber Manusia, Jabatan Perundangan Korporat atau Sumber Manusia Kakitangan atau Talian Etika. X. Interaksi Dengan A.S. dan Kerajaan-Kerajaan Lain Kontrak-Kontrak Kerajaan Semasa mengadakan kontrak dengan A.S. atau kerajaan-kerajaan lain, adalah tanggungjawab kontraktor untuk mengetahui dan mematuhi peraturan-peraturan yang terlibat. Antaranya adalah peraturan-peraturan yang tegas menghadkan akses kepada maklumat ketika pemerolehan dan larangan berkaitan dengan mengupah kakitangan kerajaan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan seumpama itu boleh mengakibatkan bukan sahaja kehilangan kontrak kerja dan hasil tetapi juga tindakan sivil dan/atau jenayah. Cenderamata, Gratuiti dan Ihsan Perniagaan kepada Kakitangan Kerajaan A.S., Negeri dan Tempatan Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan ditadbir oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan penerimaan hiburan, hidangan, cenderamata, gratuiti dan benda-benda bernilai lain oleh kakitangan mereka daripada firma-firma dan individu yang menjalankan perniagaan dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tersebut atau yang terletak di bawah bidang kuasa mereka. Adalah polisi Teleflex untuk meminta Kakitangan yang berurusan dengan agensi-agensi kerajaan untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut dengan tegasnya. Teleflex Incorporated 9

XI. Garis panduan Sumbangan Politik Undang-undang persekutuan A.S. dan kebanyakan peraturan-peraturan negeri, secara amnya melarang sebuah syarikat daripada membuat sebarang jenis sumbangan politik, secara langsung atau tidak langsung. Larangan ini termasuk dana korporat, barangan atau perkhidmatan yang diberikan, secara langsung atau tidak langsung, kepada calon-calon pejabat persekutuan ini termasuk masa kerja Kakitangan, pengangkutan atau khidmat-khidmat lain yang dibekalkan dengan perbelanjaan syarikat. Undang-undang tempatan dan negeri juga merangkumi sumbangan dan aktiviti-aktiviti politik mengikut jurisdiksi-jurisdiksi masing-masing dan undangundang serupa yang wujud di negara-negara lain. Oleh itu, Kakitangan mesti memahami bahawa penglibatan dan penyertaan mereka dalam proses politik mestilah secara tersendiri, menggunakan masa peribadi mereka dan dengan perbelanjaan peribadi mereka. XII. Menggalakkan satu Persekitaran KerjaYang Positif Semua Kakitangan inginkan dan layak mendapatkan satu tempat kerja di mana mereka rasa dihormati, puas dan dihargai. Sebagai sebuah majikan global, kami menghormati kepelbagaian budaya. Oleh itu, kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang jenis gangguan atau diskriminasi termasuk bangsa, warna kulit, agama, jantina, kecenderungan seksual, umur, kewarganegaraan, kehilangan upaya dan status veteran atau perkahwinan. Istilah gangguan boleh termasuk penghinaan yang tidak disenangi dan komen-komen menyakitkan hati yang lain, gurauan dan tatalaku secara lisan, grafik atau fizikal yang tidak disenangi. Gangguan juga boleh termasuk cubaan untuk bermesra secara seksual, permintaan untuk seks atau sentuhan yang tidak disenangi atau yang menyakitkan hati dan tatalaku secara lisan, grafik atau fizikal yang bersifat seksual (seperti gurauan, komen atau paparan lucah atau sebarang sentuhan tubuh yang tak wajar). Penyediaan suatu persekitaran yang menyokong kejujuran, integriti, rasa hormat, kepercayaan, tanggungjawab dan perasaan kekeluargaan, memberikan kita peluang untuk mencapai kecemerlangan di tempat kerja kita. Walaupun semua individu yang bekerja untuk Syarikat ini mesti menyumbang kepada kewujudan dan pengekalan persekitaran seumpama itu, kakitangan eksekutif dan pengurusan kita menanggung tanggungjawab khas bagi memupuk satu persekitaran kerja yang bebas daripada perasaan takut akan tindakan balas dan yang akan menghasilkan yang terbaik dalam diri kita. Penyelia mesti berhati-hati dengan kata-kata dan tatalaku mereka untuk mengelak daripada mengenakan atau kelihatan mengenakan tekanan pada subordinat yang boleh mengakibatkan mereka menyimpang daripada tingkah laku beretika yang boleh diterima. Sejauh mana yang mungkin, kita harus menghormati kebersendirian kakitangan. Kakitangan yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi mengenai kakitangan lain (seperti rekod perubatan atau gaji) mesti cuba sedaya upaya untuk melindungi kerahsiaannya dan memberikannya hanya kepada individu-individu berdasarkan kepada keperluan perniagaan. Walau bagaimanapun, Syarikat mesti mengekalkan hak untuk memantau e-mel dan mel suara dan mengambil langkahlangkah wajar yang lain untuk melindungi kepentingannya. XIII. Penyimpanan Rekod Teleflex memerlukan pencatatan dan pelaporan maklumat yang jujur dan tepat supaya dapat membuat keputusan perniagaan yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, hanya jumlah masa yang tepat dan sebenar harus dilaporkan. Kakitangan juga harus mencatatkan masa dan data lain tepat pada waktunya kerana perbuatan demikian adalah perlu secara amnya, untuk mengekalkan ketepatan rekod-rekod Syarikat. Ramai Kakitangan kerapkali menggunakan akaun perbelanjaan perniagaan yang mesti didokumentasikan dan dicatat dengan tepat. Sekiranya anda tak pasti sama ada suatu perbelanjaan tertentu adalah sah atau sebaliknya, tanya penyelia anda atau pengawal akaun anda. Semua buku, rekod, akaun dan penyata kewangan Syarikat mesti dikekalkan secara terperinci, mesti mencer- 10 Teleflex Incorporated

XIII. Penyimpanan Rekod (sambungan) minkan urusniaga Syarikat dengan wajarnya dan mesti mematuhi kedua-dua keperluan undangundang berkaitan dan sistem kawalan dalaman Syarikat. Rekod perniagaan dan komunikasi sering menjadi umum dan kita harus elak membesarbesarkannya, kata-kata bersifat menghina, meneka atau meletakkan ciri-ciri yang tak sesuai kepada seseorang dan syarikat yang boleh mengakibatkan salah faham. Ini juga termasuk e-mel, memo dalaman dan laporan formal. Rekod sentiasa harus dikekal atau dimusnahkan mengikut undang-undang berkaitan. Menurut undang-undang seumpama itu, sekiranya terdapat perbicaraan di mahkamah atau siasatan kerajaan, sila rujuk kepada Jabatan Perundangan Korporat. XIV. Pelaporan Umum Teleflex berusaha untuk mencapai pendedahan yang lengkap, adil, tepat, tepat pada masanya dan boleh difahami dalam laporan dan dokumen yang difailkan oleh sebuah syarikat dengan atau diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) dan dalam komunikasi umum lain yang dibuat oleh Syarikat. Bagi memperluaskan matlamat ini, Teleflex telah mewujudkan kawalan dan prosedur yang direka bentuk untuk memastikan bahawa maklumat yang perlu didedahkan oleh Teleflex dalam laporan yang difailkan dengan atau diserahkan kepada SEC, dikumpul dan disalurkan kepada pengurusan Teleflex untuk membenarkan keputusan yang tepat pada masanya berkaitan pendedahan yang diperlukan dapat dibuat. XV. Audit, Siasatan dan Tindakan Undang-Undang Semua Kakitangan mesti bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang audit, pertanyaan atau siasatan yang ditugaskan oleh Syarikat kepada peguam, penyiasat, juruaudit dalaman atau akauntan awam bebas. Tambahan, Jabatan Perundangan Korporat mesti dimaklumkan dengan segera mengenai sebarang siasatan atau tindakan undang-undang lain yang mana Syarikat terlibat atau mungkin terlibat. Polisi ini juga merangkumi situasi-situasi di mana seorang Kakitangan terlibat sebagai pihak ketiga (sebagai contoh, sebagai seorang saksi) sekiranya hal tersebut berkaitan dengan tugas Kakitangan berkenaan untuk Syarikat. Walaupun ia merupakan polisi dan amalan Syarikat untuk bekerjasama dengan semua siasatan kerajaan, tiada maklumat, sama ada lisan atau bertulis, atau rekod atau fail sebarang jenis, harus diberikan kepada mana-mana pihak luar berhubung dengan suatu tindakan undang-undang atau siasatan kerajaan kecuali kebenaran diperolehi daripada Jabatan Perundangan Korporat terlebih dahulu. Juga, peguam luar tidak boleh diupah untuk mewakili Syarikat tanpa kebenaran daripada Jabatan Perundangan Korporat terlebih dahulu. Tambahan, Kakitangan tidak harus sekali-kali di bawah sebarang keadaan: Memusnahkan atau mengubah sebarang dokumen kerana menjangkakan suatu permintaan untuk dokumen-dokumen tersebut daripada mana-mana agensi kerajaan atau mahkamah; Menipu atau membuat sebarang pernyataan yang mengelirukan kepada mana-mana penyiasat kerajaan; Cuba untuk membuat mana-mana Kakitangan lain atau mana-mana individu lain, gagal untuk memberikan maklumat kepada mana-mana penyiasat kerajaan atau untuk memberikan sebarang maklumat palsu atau mengelirukan; atau Dalam sebarang cara, mengelirukan seorang juruaudit dengan memberikan atau membuat individu lain untuk memberikan maklumat palsu, tak lengkap atau tak responsif. Teleflex Incorporated 11

XVI. Pengecualian Kod Tatalaku Perniagaan dan Etika Sebarang pengecualian Kod ini bagi pegawai eksekutif atau pengarah, boleh dibuat hanya oleh Lembaga Pengarah Teleflex atau Jawatankuasa Audit dan akan didedahkan serta-merta seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan berkaitan. XVII. Pengesahan Pematuhan dan Pelaporan Pada permulaan pekerjaan atau pertalian lain dengan Teleflex, setiap Kakitangan atau ejen mesti mengesahkan bahawa beliau telah membaca Kod berkenaan, memahami bahawa pematuhan garis panduan-garis panduan tertentu yang merupakan sebahagian daripada Kod berkenaan, dimestikan semasa tempoh pekerjaan dan bersetuju untuk mematuhi mengikut Kod berkenaan. Sesudah itu, sesetengah Kakitangan akan diminta untuk mengesahkan semula kenyataankenyataan tersebut berkaitan dengan Kod berkenaan yang mereka buat pada permulaan pekerjaan. Pada permulaan pekerjaan atau pertalian lain dengan Teleflex, Kakitangan juga perlu mendedahkan kepada Teleflex, sebarang konflik kepentingan yang mungkin wujud dengan Syarikat di bawah Garis panduan Konflik Kepentingan yang dinyatakan dalam Kod berkenaan. Sekiranya berlaku konflik selepas permulaan pekerjaan atau pertalian lain dengan Teleflex, Kakitangan perlu mendedahkan konflik seumpama itu dengan melengkapkan dan menandatangani satu borang bersesuaian yang boleh didapati daripada wakil sumber manusia atau pengurus besar kemudahan tersebut. XVIII. Maklumat Tambahan Syarikat mempunyai polisi-polisi lebih terperinci bagi sesetengah perkara yang dibincangkan dalam Kod berkenaan. Bagi maklumat lanjut mengenai polisi-polisi ini, jumpa dengan Jabatan Sumber Manusia anda. Kod berkenaan dan polisi-polisi yang dibincangkan dalamnya bukan merupakan satu kontrak pekerjaan. Tiada hak-hak kontraktual diwujudkan dengan mengeluarkan Kod atau polisi-polisi berkenaan. Kod ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 12 Teleflex Incorporated

Teleflex Incorporated Kod Etika Saya mengakui bahawa saya telah menerima Kod Etika Teleflex berkenaan. Saya telah membaca dan memahami peruntukan peruntukan yang terkandung di dalam Kod Etika ini. Saya memahami bahawa semua kakitangan mesti mematuhi polisi-polisi yang dibincangkan dalam Kod berkenaan. Apabila saya mempunyai kebimbangan mengenai satu kemungkinan pelanggaran polisi Teleflex, saya akan mengemukakan kebimbangan berkenaan kepada Penyelia, Wakil Sumber Manusia Manusia, Jabatan Perundangan Korporat atau Sumber Manusia saya atau Talian Etika. Tandatangan Kakitangan atau Ejen Nama yang Ditaip atau Dicetak Gelaran atau Jawatan Koyakkan Di sini Tarikh Nama Unit Perniagaan Alamat Perniagaan NOTA Untuk Kakitangan: Sila lengkap dan kembalikan halaman ini kepada Jabatan Sumber Manusia kemudahan anda untuk disimpan dalam rekod Kakitangan anda. Untuk Ejen: Sila kembalikan halaman lengkap berkenaan kepada hubungan Syarikat anda untuk diserahkan kepada Jabatan Sumber Manusia kemudahan berkaitan. Teleflex Incorporated

Kod Etika Sebagai kakitangan Teleflex, kami berjanji untuk... Bersikap jujur dan boleh dipercayai dalam urusan kami dengan pelanggan, pembekal, rakan kongsi, orang awam dan sesama kita Mempamerkan standard tatalaku yang tertinggi dalam semua aktiviti perniagaan syarikat kita Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang melibatkan perniagaan kita di seluruh dunia Mengelakkan konflik kepentingan perniagaan Berusaha mewujudkan satu tempat kerja yang selamat dan melindungi serta menghormati alam sekitar kita Mengiktiraf nilai kepelbagaian tenaga kerja Teleflex dan memperluaskan peluang setaraf kepada semua ahli komuniti Teleflex Teleflex Incorporated 155 South Limerick Road Limerick, PA 19468 USA www.teleflex.com Teleflex Incorporated - Rev. 2007