BUKU PANDUAN PRAKTIKUM FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI SELANGOR

dokumen-dokumen yang mirip
4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

BUKU PANDUAN PRAKTIKUM FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING 23 Jun Ketua Unit Praktikum

Garis Panduan Praktikum

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

HARUN HAJI SARAIL SETIAUSAHA AKADEMIK IPG KAMPUS KENT TUARAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGURUSAN KURIKULUM

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PENGURUSAN KURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

GARIS PANDUAN PENCALONAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN INTERNSHIP PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

SENARAI TUGAS GURU BESAR

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN DGA34

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEGAWAI PENGURUSAN (PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN) DG 41

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI ISTILAH. Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

Transkripsi:

BUKU PANDUAN PRAKTIKUM FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI SELANGOR 0

Disediakan oleh: Jawatankuasa Praktikum Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya Jalan Timur Tambahan 45600 Bestari Jaya, Selangor Edisi Pertama Cetakan Pertama, Januari 2015 FPSS, UNISEL Hakcipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini, sama ada tulisan atau ilustrasinya dalam apa jua bentuk teknik secara elektronik, fotokopi, mekanik dan Iain-Iain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Dicetak oleh: Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor 1

VISI UNISEL Untuk menjadi universiti terulung yang mendidik para profesional dan ilmuan yang mempunyai nilai moral dan etika terpuji. MISI UNISEL UNISEL beriltizam menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang untuk menjana profesional dan ilmuan yang kompeten, telus dan beretika. NILAI-NILAI TERAS UNISEL Integriti Beriltizam kepada tahap amanah, kebenaran, keadilan tertinggi, saling menghormati dan percaya-mempercayai. Inovasi Beriltizam untuk mengejar ilmu dan idea, sentiasa menyesuaikan diri dan membuat penyelesaian secara inovatif. Akauntabliti Beriltizam untuk menjadi pemegang amanah sumber manusia, kewangan, fizikal dan sumber intelektual yang bertanggungjawab. Kualiti dan Cemerlang Beriltizam kepada penambahbaikan kualiti berterusan dan kepada kecemerlangan dalam semua tindak-tanduk kita. Keterbukaan Beriltizam untuk menyediakan peluang pendidikan yang maksimum dengan penawaran mengadakan pelbagai kemasukan dan pelbagai penyampaian kursus. Semangat Setiakawan Beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab secara bersama-sama dan bantu-membantu antara satu sama lain. SLOGAN UNISEL Membentuk Masyarakat (Shapping Society) 2

VISI FAKULTI Menyediakan pendidikan dan penyelidikan holistik untuk melahirkan individu ilmuan serta membantu membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan dengan menawarkan program pendidikan, bahasa dan sains sosial yang mensinergikan kecemerlangan akademik dan prestasi industri. MISI FAKULTI Membangunkan modal insan yang beretika, efektif dan dihormati melalui pendidikan, bahasa dan sains sosial dalam mencapai mobiliti sosial dan ekonomi negara. MATLAMAT FAKULTI i) Menghasilkan modal insan yang beretika, berpengetahuan, seimbang dan bersepadu melalui pendidikan tinggi yang mempunyai kepercayaan yang teguh kepada Tuhan. i Meningkatkan imej dan kualiti pelbagai disiplin. Memenuhi keperluan industri pendidikan awam dan swasta. 3

1.0 PENGENALAN Praktikum merupakan kursus wajib dan sebahagian daripada syarat bergraduat yang perlu diambil oleh pelajar dalam program pendidikan di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS), Universiti Selangor (UNISEL). Antara program yang terlibat ialah: Bil Kod Program Nama Program Singkatan 1 ED301 Diploma Pendidikan (Pengajian Prasekolah) DPPS 2 ED302 Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) DPPI 3 LS301 Diploma Pendidikan(Pengajaran Bahasa Inggeris DTESL sebagai Bahasa Kedua) 4 ED401 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-kanak) 5 ED402 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) 6 LS401 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. PAKK PPI TESL Praktikum memberikan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif di institusi dalam situasi sebenar. Ini seterusnya dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsipprinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi memastikan praktikum dapat dijalankan dengan baik dan efisien, suatu mekanisma yang sistematik dan seragam perlu diwujudkan. Ini kerana pelaksanaan praktikum melibatkan bimbingan daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui perkongsian dan permuafakatan pintar antara institusidemi perkembangan kemahiran profesional pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Justeru, Buku Panduan Praktikumdihasilkan untuk keperluan rujukan dan tindakan untuk semua pihak yang terlibat, misalnya, pihak pentadbiran praktikum, pensyarah penyelia, guru pembimbing, pentadbir institusi, dan pelajar. 1.1 Matlamat Praktikum 1.1.1 Matlamat praktikum adalah untuk melahirkan pendidik yang profesional, beretika, efektif dan dihormati. 1.2 Objektif Praktikum 1.2.1 Objektif praktikum adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: i) menyepadu teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran; mengaplikasi pelbagai strategi, kaedah, teknik dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran; 4

i iv) mengaplikasi kemahiran dalam merancang persediaan mengajar dan melaksanakan pengajaran dan membuat pentaksiran pembelajaran pelajar (mentaksir dan menilai); membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesional keguruan; v) mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran; vi) v vi ix) memupuk sikap positif, meningkat jati diri, menghayati dan mengamal nilainilai profesionalisme keguruan; memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio, amalan refleksi dan penilaian kendiri; mengoptimumkan penggunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan menguasai pelbagai strategi dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 5

2.0 SISTEM PENGURUSAN PRAKTIKUM 2.1 Penawaran Kursus mengikut Program i) Penawaran kursus praktikum bagi semua program pendidikan di FPSS, ditetapkan oleh Ketua Program berdasarkan dalam struktur kursusprogram masing-masing. 2.1.1 Prasyarat Kelayakan menjalani Praktikum i) Berikut adalah prasyarat kelayakan menjalani praktikum mengikut program; Bil. Program Prasyarat 1. ED301: Diploma Pendidikan (Pengajian Prasekolah) Praktikum 1: Telah lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Praktikum 2: Telah lulus semua kursus dalam program dan lulus Praktikum 1. 2. ED302: Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) 3. LS301: Diploma Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) 4. ED401: Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanakkanak) 5. ED402: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) 6. LS401: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Telah lulus semua kursus dalam program. Telah lulus semua kursus pengajaran teaching courses, Falsafah Pendidikan dan Psikologi Pendidikan; serta lulus sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah jam kredit keseluruhan program. Praktikum 1: Telah lulus Kursus Asuhan Permata. Praktikum 2: Telah lulus Pedagogi dan Praktikum 1. Telah lulus semua kursus dalam program. Telah lulus semua kursus pengajaran teaching courses, Falsafah Pendidikan, Psikologi Pendidikan dan Pentadbiran Pendidikan; serta lulus sekurangkurangnya 80 peratus daripada jumlah jam kredit keseluruhan program. Catatan 1: Tertakluk kepada pindaan oleh Jawatankuasa Praktikum. Catatan 2: Dalam kes tertentu, Jawatankuasa Praktikumboleh memperakukan kepada Dekan untuk membenarkan pelajar menjalani praktikum. 6

2.2 Proses Praktikum 2.2.1 Praktikum dijalankan pada semester Januari dan Jun setiap tahun. 2.2.2 Semua pelajar yang akan menjalani praktikum wajib membuat prapendaftaran kursus pada semester semasa. 2.2.3 Pelajar wajib mendaftar diri (i-daftar) dan kursus pada semester semasa mengikut tempoh yang diperuntukkan dalam kalendar akademik universiti. 2.2.4 Pelajar yang menjalani praktikum dalam tempoh dua (2) semester pengajian, maka status Praktikum akan diberikan kepada pelajar pada semester kedua. Pelajar tidak perlu mendaftar diri pada semester kedua, kerana sedang menjalani praktikum dan status pelajar akan dikemaskini oleh Unit Rekod. 2.2.5 Borang audit bergraduat perlu diisi sebaik sahaja pelajar menamatkan praktikum dengan syarat telah lulus semua kursus dalam program. Ini bertujuan menukarkan status pelajar menjadi graduat. 2.3 Penempatan Pelajar 2.3.1 Penempatan pelajar ke institusi untuk menjalani praktikum ditetapkan oleh Penyelaras Praktikum mengikut program. 2.3.2 Keputusan penempatan pelajar adalah MUKTAMAD kecuali dalam kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan yang diperakukan oleh institusi kesihatan kerajaan Malaysia. 2.3.3 Carta Alir Penempatan Pelajar mengikut program (rujuk Lampiran 2.3.3) 2.4 Pelantikan Pensyarah Penyelia 2.4.1 Pensyarah Penyelia dilantik secara rasmi (bertulis) oleh Dekan. 2.4.2 Setiap pensyarah akan menerima surat rasmi lantikan berserta nama pelajar dan tempat praktikum pelajar. 2.4.3 Carta alir pelantikan pensyarah penyelia (rujuk Lampiran 2.4.3) 2.5 Taklimat Praktikum kepada Pensyarah Penyelia dan Pelajar 2.5.1 Taklimat praktikum bertujuan menjelaskan matlamat, peranan dan tanggungjawab pensyarah penyelia dan pelajar sepanjang tempoh praktikum. 2.5.2 Tarikh dan tempat taklimat praktikum akan ditentukan oleh penyelaras praktikum. 2.6 Saguhati Guru Pembimbing 2.6.1 Saguhati guru pembimbing adalah tertakluk kepada keputusan pengurusan universiti. 7

2.7 Borang / Surat Pengurusan Praktikum 2.7.1 Borang Kehadiran Pensyarah (Praktikum) (rujuk Lampiran 1) 2.7.2 Borang Kehadiran Guru Pelatih (rujuk Lampiran 2) 2.7.3 Surat Lantikan Guru Pembimbing (rujuk Lampiran 3) 2.7.4 Surat Pengenalan Diri Pelajar (rujuk Lampiran 4) 8

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PRAKTIKUM DAN PENYELIAAN 3.1 Tempoh Pelaksanaan 3.1.1 Pelajar perlu menjalani dan menamatkan praktikum mengikut tempoh yang ditentukan oleh fakulti seperti berikut (tidak termasuk cuti); Bil Program Tempoh 1 Diploma Pendidikan (Pengajian Prasekolah) 8 Minggu 2 Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) 8 Minggu 3 Diploma Pendidikan (Pengajian Bahasa 14 Minggu Inggeris sebagai Bahasa Kedua) Bil Program Tempoh 1 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) 12 Minggu (Pendidikan Awal Kanak-kanak) 2 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) 14 Minggu (Pengajian Islam) 3 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua 14 Minggu 3.2 Lapor Diri 3.2.1 Pelajar perlu melapor diri di institusi pada hari pertama praktikum bermula dan menyerahkan surat pengenalan diri dan surat-surat berkaitan kepada pentadbir institusi. 3.3 Waktu Mengajar 3.3.1 Program peringkat diploma: Diploma Pendidikan (Pengajian Prasekolah) i) 4 jam kredit = 56 jam mengajar. i Masa pengajaran seminggu selama anggaran 7 jam. Tempoh berada di sekolah selama 8 minggu. Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) i) 4 jam kredit = 56 jam mengajar. Masa pengajaran seminggu adalah 8-12 waktu. 9

i Tempoh berada di sekolah selama 8 minggu. Diploma Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) i) 6 jam kredit = 14 minggu i Masa pengajaran seminggu adalah 8-12 waktu. Tempoh berada di sekolah selama 14 minggu. 3.3.2 Program peringkat ijazah sarjana muda: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-kanak) Praktikum 1 i) 4 jam kredit = 56 jam mengajar. i Masa pengajaran seminggu selama anggaran 7 jam. Tempoh berada di sekolah selama 8 minggu. Praktikum 2 i) 6 jam kredit = 84 jam mengajar. i Masa pengajaran seminggu selama anggaran 7 jam. Tempoh berada di sekolah selama 12 minggu. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) i) 6 jam kredit = 14 minggu i Masa pengajaran seminggu adalah 8-12 waktu. Tempoh berada di sekolah selama 14 minggu. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua i) 6 jam kredit = 14 minggu i Masa pengajaran seminggu adalah 8-12 waktu. Tempoh berada di sekolah selama 14 minggu. 10

3.3.3 Pelajar perlu mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak institusi. 3.3.4 Pelajar tidak dibenarkan menukar mata pelajaran dan jadual waktu pengajaran yang diberi. 3.3.5 Pelajar dikehendaki memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia dengan segera jika terdapat pindaan jadual waktu pengajaran yang dibuat oleh pihak institusi dan harihari penting institusi yang kemungkinan menyebabkan pelajar tidak mengajar seperti hari sukan, cuti khas, peperiksaan dan sebagainya. 3.4 Persediaan Sebelum Mengajar i) Pelajar dikehendaki sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan guru pembimbing untuk memastikan kesinambungan dalam pengajaran. Kerjasama ini melibatkan perancangan dalam buku persediaan mengajar, kaedah pengajaran, ujian dan sebagainya. Pelajar hendaklah memastikan buku persediaan mengajar dan rancangan pengajaran harian ditulis dengan lengkap dan kemas. 3.4.1 Buku / Fail Rancangan Pengajaran i) Pelajar mestilah menggunakan buku/fail persediaan mengajar yang telah ditetapkan oleh fakulti. i iv) Pelajar hendaklah mencatat dengan lengkap rekod tentang kerja dan tanggungjawab dalam buku persediaan mengajar. Pelajar hendaklah memastikan buku/fail persediaan mengajar dirancang dengan sempurna dan ditulis tangan dengan rapi. Pelajar hendaklah menyerahkan buku/fail persediaan mengajar kepada pentadbir institusi untuk pemeriksaan dan pengesahan mengikut amalan di institusi berkenaan. v) Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, silibus dan rancangan tahunan matapelajaran yang diajar hendaklah dilampirkan dalam buku/fail persediaan mengajar. vi) Pelajarperlu menyerahkan buku/fail persediaan mengajar kepada Pensyarah Penyelia setelah tamat praktikum dan akan dipulangkan setelah keputusan praktikum dikeluarkan. 3.4.2 Jenis Rancangan Pengajaran Pelajar perlu menyediakan jenis perancangan pengajaran seperti berikut; i) Rancangan pengajaran tahunan perlu diperoleh daripada guru matapelajaran/ guru kelas/ guru pembimbing. 11

i iv) Rancangan pengajaran mingguan perlu disediakan sendiri oleh pelajar berdasarkan rancangan pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran harian perlu disediakan mengikut jadual waktu mengajar yang ditetapkan oleh pentadbir institusi. Rancangan pengajaran mingguan dan harian perlu diberi kepada pentadbir institusi untuk semakan setiap minggu. v) Pelajar DPPS dan PAKK, perlu menyediakan rancangan pengajaranslot mengikut jadual waktu mengajar yang ditetapkan oleh pentadbir institusi. vi) Pelajar program DTESL, TESL, DPPI dan PPI perlu menyediakan rancangan pengajaran harian untuk mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja. 3.4.3 Format Rancangan Pengajaran i) Format rancangan pengajaran perlu mengikut format yang telah ditetapkan mengikut program masing-masing. Format rancangan pengajaran berdasarkan program (rujuk Lampiran 3.4.3 ) 3.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3.5.1 Proses pengajaran mestilah mengikut persediaan dalam Rancangan Pengajaran Harian namun pelajar boleh menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan perkembangan semasa mengajar. 3.5.2 Pelajar digalakkan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran inovatif dan menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi memantapkan pengajaran. 3.6 Refleksi selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3.6.1 Pelajar dimestikan membuat refleksi pada setiap proses pengajaran dan mencatatkan dalam ruangan yang disediakan. 3.6.2 Pelajar perlu mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan refleksi tersebut dan Pensyarah Penyelia perlu menyemak catatan refleksi tersebut. 3.6.3 Catatan refleksi perlu merangkumi aspek kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan pengajaran yang telah dijalankan. 3.7 Proses Penyeliaan (Pencerapan Klinikal) i) Penyeliaan perlu berasaskan pencerapan klinikal.bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang tempoh praktikum. Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. 12

3.7.1 Guru Pembimbing i) Guru pembimbing perlu menilai pengajaran setiap pelajar sekurangkurangnya tiga (3) kali. 3.7.2 Pensyarah Penyelia i) Pensyarah Penyelia perlu menilai pengajaran setiap pelajar sekurangkurangnya dua (2) kali. 3.8 Portfolio Praktikum i) Pelajar perlu menyediakan portfolio praktikum yang terdiri daripada laporan aktiviti kokurikulum dan jurnal. 3.8.1 Aktiviti Kokurikulum i) Pelajar perlu melibatkan diri dan membantu pengendalian komponen kokurikulum berdasarkan arahan pihak institusiseperti berikut: a) Sukan dan Permainan b) Unit Beruniform c) Persatuan dan kelab d) Aktiviti-aktiviti tambahan (merentas desa, tilawah Al Quran, mesyuarat PIBG dan lain-lain) i Setiap penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti seperti di atas perlu dicatatkan dalam Borang Rekod Aktiviti Kokurikulum. Antara dokumen yang perlu dilampirkan oleh pelajar adalah seperti bahan bantu mengajar (gambar), hasil kerja murid, dan gambar suasana pengajaran dan pembelajaran. 3.8.2 Jurnal i) Garis panduan dan format penulisan jurnal mengikut program (rujuk Lampiran 3.8.2) 3.9 Kehadiran Guru Pelatih i) Pelajar perlu memaklumkan pentadbir institusidengan segera sekiranya tidak hadir kerana kecemasan (seperti keluarga terdekat meninggal dunia)atau cuti sakit. Dokumen yang berkaitan atau sijil sakit hendaklahdiserahkan kepada 13

pentadbir institusi sebaik sahaja kembali bertugas. Hanya sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik atau hospital kerajaan sahaja yang diterima. Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sakit melebihi tiga (3) hari. i iv) Sekiranya cuti sakit melebihi tiga hari, kes akan dirujuk kepada jawatankuasa praktikumuntuk pertimbangan. Pelajar mesti mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak pentadbir institusisekiranya perlu mengambil cuti atas urusan rasmi, seperti menjadi saksi atau terlibat di dalam perbicaraan kes mahkamah. v) Pelajar dikehendaki memaklumkan pihak institusi sekiranya sampai lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan dan sebagainya. vi) Pelajar perlu memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia sekiranya mereka tidak dapat hadir ke institusi. 3.9.1 Borang Kehadiran Guru Pelatih i) Pelajar perlu mencatat kehadiran mereka mengikut sistem kehadiran institusi dan mengisi Borang Kehadiran Pelajar yang disediakan oleh pihak fakulti. Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau kebenaran akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib untuk diambil tindakan. 3.10 Syarat Penangguhan i) Pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti kemalangan semasa menjalani praktikum atau tidak dapat menjalani praktikum atas sesuatu sebab tertentu, perlu menangguhkan ke semester berikutnya. i Pelajar yang disahkan mengandung sebelum dan semasa praktikum perlu menangguh praktikum serta merta. Untuk penangguhan praktikum, pelajar perlu mengisi Borang Penangguhan Semester. 3.11 Syarat Diberhentikan Menjalani Praktikum i) Pelajar gagal melapor diri pada hari pertama praktikum tanpa sebab yang munasabah. Pelajar terlibat dalam kes-kes jenayah dan salah laku. i Pelajar tidak menghadirkan diri ke institusi pendidikan tanpa sebab. iv) Pelajar tidak melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan setelah diberi amaran. v) Pelajar melanggar peraturan institusi. 14

4.0 SISTEM PENILAIAN PRAKTIKUM 4.1 Borang Penilaian Praktikum 4.1.1 Borang Penilaian dan Skala Panduan Penyeliaan Praktikum (BP1) Borang penilaian praktikum adalah berdasarkan program masing-masing. (Rujuk Lampiran 4.1.1) 4.1.2 Borang Penilaian Aktiviti Kokurikulum (BP2) Borang penilaian aktiviti kokurikulum untuk program DPPS dan PAKK. (Rujuk Lampiran 4.1.2) 4.1.3 Borang Penilaian Portfolio Praktikum (BP3) Borang penilaian portfolio adalah berdasarkan program masing-masing. (Rujuk Lampiran 4.1.3) 4.1.4 Borang Rumusan Penilaian Praktikum (BP4) Borang rumusan penilaian praktikum adalah berdasarkan program masing-masing. (Rujuk Lampiran 4.1.4) 4.2 Prosedur Penetapan Keputusan Markah Praktikum 4.2.1 Penyelarasan Markah Carta alir proses penyelarasan markah (rujuk Lampiran 5) 4.2.2 Markah Cemerlang dan Gagal Carta alir proses penyelarasan markah yang cemerlang dan gagal (rujuk Lampiran 6) 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA 15

5.1 Tanggungjawab Pelajar 5.1.1 Sebelum Praktikum i) Menyemak tarikh-tarikh penting dan informasi berkaitan praktikum. i Menghadiri taklimat praktikum. Memulakan inisiatif untuk menemui Pensyarah Penyelia untuk mencapai persefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing. 5.1.2 Semasa Praktikum i) Melapor diri ke institusi pada tarikh yang ditetapkan. i Memulakan inisiatif untuk berjumpa dengan Pentadbir Institusi dan Guru Pembimbing untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan-peraturan, syarat-syarat dan seumpamnya bagi menjalani praktikum di institusi. Hadir ke institusi sepanjang tempoh praktikum berkaitan. iv) Mendapatkan maklumat-maklumat latarbelakang institusi dan menghantarnya kepada Pensyarah Penyelia dalam minggu pertama praktikum. v) Meneliti dan mengkaji sukatan pelajaran yang diterima daripada institusi. vi) v vi ix) Memulakan inisiatif untuk mendapatkan bimbingan Guru Pembimbing bagi tujuan menyediakan rancangan pengajaran. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) selewat-lewatnya sehari sebelum slot pengajaran yang dijadualkan. Melaksanakan pengajaran mengikut jadual yang dipersetujui oleh pihak institusi. Menyediakan laporan (refleksi/penilaian kendiri) selepas setiap proses pengajaran. x) Menghantar Buku Rekod Persediaan Mengajar kepada Guru Pembimbing sekurang-kurangnya sekali seminggu. xi) x xi Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum di institusi. Membina hubungan profesional dengan semua peringkat warga institusi. Mengatur pertemuan antara Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing serta menyediakan maklumat (portfolio) yang diperlukan bagi tujuan penyeliaan. 16

xiv) Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sehat serta tidak terlibat dengan aktiviti yang membawa kemudaratan. 5.1.3 Selepas Praktikum i) Menyerahkan Buku Rekod Mengajar dan Portfolio Praktikum kepada Pensyarah Penyelia selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh akhir praktikum. Melapor diri kepada Pentadbir institusi untuk meninggalkan institusi. 5.2 Etika Pelajar 5.2.1 Bersikap terbuka untuk menerima penempatan di institusi dan Pensyarah Penyelia masing-masing. 5.2.2 Berusaha untuk memahami dan menghayati objektif praktikum. 5.2.3 Sentiasa menjaga nama baik universiti dan institusi. 5.2.4 Mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Standard Guru Malaysia. 5.2.5 Bersikap positif apabila menerima teguran daripada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing atau sesiapa sahaja daripada pihak universiti mahupun institusi. 5.2.6 Menghindari aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan universiti dan institusi. 5.2.7 Mematuhi Etika Penampilan Pelajar sepertimana dinyatakan dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar Unisel. 5.3 Tanggungjawab Guru Pembimbing 5.3.1 Memberikan panduan dan nasihat kepada pelajar dengan mengadakan perbincangan sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh praktikum. 5.3.2 Semasa pelajar mengajar, Guru Pembimbing hendaklah berada di dalam kelas memerhatikan pengajaran yang dibuat oleh pelajar. 5.3.3 Merekodkan kehadiran pelajar. 5.3.4 Menyemak buku persediaan mengajar. 5.3.5 Membimbing sahsiah pelajar dan memupuk nilai-nilai profesional keguruan. 5.3.6 Menyimpan rekod berkaitan dan bersedia menyerahkannya kepada fakulti mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. 5.3.7 Melapor kepada Pensyarah Penyelia apabila terdapat situasi melibatkan pelajar yang memerlukan tindakan segera. 17

5.3.8 Membuat sekurang-kurangnya 3 kali penyeliaan sepanjang tempoh praktikum termasuk sekurang-kurangnya 1 kali bersama Pensyarah Penyelia. 5.3.9 Menggunakan Borang Penilaian Praktikum (rujuk Lampiran 4.1.1) berdasarkan program pegajian guru pelatih berkenaan. 5.3.10 Melengkapkan Borang Aktiviti Kokurikulum (rujuk Lampiran 4.1.2) (untuk program DPPS dan PAKK sahaja) bagi melapor dan menilai kegiatan aktiviti ko-kurikulum pelajar. 5.3.11 Menyerahkan borang-borang berkaitan kepada Pensyarah Penyelia pada tarikhtarikh yang ditetapkan. 5.4 Etika Guru Pembimbing 5.4.1 Menunjukkan sifat mesra dan sifat ingin membantu. 5.4.2 Berbincang dengan Pensyarah Penyelia jika tidak dapat melengkapkan jumlah penyeliaan yang ditetapkan. 5.4.3 Tidak meminta rakan institusi sebagai ganti semasa sesi penyeliaan. 5.4.4 Membuat teguran secara positif tanpa pengaruh emosi. 5.5 Tanggungjawab Pensyarah Penyelia 5.5.1 Menerima pelantikan sebagai Pensyarah Penyelia, institusi dan senarai pelajar untuk dinilai. 5.5.2 Meneliti dan mengkaji Buku Panduan Praktikum untuk dilaksanakan. 5.5.3 Menghadiri taklimat praktikum. 5.5.4 Mengadakan pertemuan dengan pelajar sebelum tempoh praktikum. 5.5.5 Memulakan inisiatif untuk menjalin hubungan profesional dengan institusi. 5.5.6 Berbincang dengan Pentadbir Institusi dan Guru Pembimbing untuk mendapatkan persefahaman mengenai strategi penyeliaan pada minggu pertama praktikum. 5.5.7 Memahami peraturan institusi seperti tatatertib, pakaian, rambut, waktu masuk dan balik serta lain-lain peraturan yang terdapat di sesuatu institusi, supaya dapat mempastikan bahawa semua pelajar mematuhi peraturan tersebut sepanjang tempoh praktikum. 5.5.8 Melaksanakan penyeliaan (pencerapan klinikal) seperti dijadualkan. 5.5.9 Segera melaporkan kepada Penyelaras Praktikum sekiranya tidak dapat melakukan penyeliaan yang dijadualkan. 5.5.10 Menyemak Buku Persediaan Mengajar dan memberikan cadangan-cadangan pembaikan yang dapat difahami dan diikuti oleh pelajar. 18

5.5.11 Membimbing pelajar agar mereka mempunyai personaliti, disiplin dan sahsiah diri yang terpuji. 5.5.12 Berbincang dengan Guru Pembimbing apabila terdapat kes-kes berkaitan praktikum yang memerlukan perhatian dan tindakan bersama. 5.5.13 Memberi syor kepada institusi bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalani praktikum. 5.5.14 Memaklumkan kepada Penyelaras Praktikum mengenai kes-kes luar-jangka terutamanya yang memerlukan perhatian dan tindakan segera. 5.5.15 Mendapatkan pandangan daripada Guru Pembimbing sebelum membuat rumusan berkaitan penyeliaan khususnya penilaian pelajar. 5.5.16 Menyerahkan dokumen penyeliaan kepada Penyelaras Praktikum pada tarikh yang ditetapkan. 5.6 Etika Pensyarah Penyelia 5.6.1 Meletakan keutamaan kepada kepentingan universiti dan fakulti apabila menerima lokasi institusi dan senarai pelajar untuk dinilai. 5.6.2 Membuat persediaan awal untuk mematuhi jadual penyeliaan. 5.6.3 Memastikan tanggungjawab hakiki dan urusan-urusan di fakulti tidak terjejas apabila keluar melakukan penyeliaan. 5.6.4 Mematuhi peraturan pelepasan keluar pejabat ang ditetapkan oleh universiti. 5.6.5 Tidak dipengaruhi oleh emosi ketika membuat teguran kepada pelajar. 5.6.6 Berterusan membina dan mengekalkan hubungan baik dengan institusi khususnya Guru-Guru Pembimbing. 5.6.7 Mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh universiti ketika berurusan dengan institusi. 5.7 Tanggungjawab Penyelaras Praktikum 5.7.1 Mencadangkan kepada Fakulti lantikan Ahli Jawatankuasa Praktikum. 5.7.2 Membantu Timbalan Dekan HEP mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.7.3 Menyediakan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.7.4 Menyediakan laporan keperluan penempatan praktikum di institusi berdasarkan unjuran bilangan pelajar untuk semakan Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.7.5 Mencadangkan kepada Jawatankuasa Praktikum Fakulti senarai institusi bagi tujuan penempatan praktikum. 19

5.7.6 Menyediakan dokumentasi untuk memohon kelulusan kementerian dan pihak berkaitan untuk penempatan pelajar praktikum. 5.7.7 Menyediakan senarai pelajar dan Pensyarah Penyelia untuk tujuan penempatan praktikum. 5.7.8 Memberi taklimat kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing (pihak institusi) dan pelajar mengenai prosidur, peraturan-peraturan dan hal-hal lain berkaitan praktikum. 5.7.9 Menyediakan laporan prestasi pelajar (gred penilaian) untuk semakan Jawatankuasa Praktikum sebelum dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Akademik Fakulti (LAF). 5.7.10 Membawa isu-isu khas kepada Jawatankuasa Praktikum Fakulti apabila terdapat keperluan berbuat demikian. 5.7.11 Lain-lain tugas dan tanggungjawab seperti dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bil.20/2013. 5.8 Etika Penyelaras Praktikum 5.8.1 Mensyorkan lantikan Jawatankuasa Praktikum Fakulti dan Pensyarah Penyelia atas dasar profesionalisme. 5.8.2 Mengutamakan kepentingan universiti dan fakulti apabila menghadapi isu-isu di luar jangkaan. 5.8.3 Menyediakan data-data yang tepat, adil dan mewakili pelbagai perspektif serta disediakan dengan kaedah terbaik apabila diminta berbuat demikian oleh Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.8.4 Memberi ruang yang mencukupi kepada Jawatankuasa Praktikum Fakulti untuk menyemak, menilai dan memberi cadangan-cadangan kepada laporan-laporan yang disediakan. 5.9 Tanggungjawab Jawatankuasa Praktikum Fakulti 5.9.1 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali di setiap semester. 5.9.2 Membangunkan Buku Panduan Praktikum. 5.9.3 Membangunkan Garis Panduan Penyeliaan (Pencerapan) untuk rujukan Pensyarah Penyelia. 5.9.4 Menyemak laporan keperluan bilangan institusi bagi penempatan praktikum dan bilangan pelajar yang akan menjalani praktikum. 5.9.5 Menyediakan kriteria pemilihan institusi serta membantu mengenalpasti senarai institusi-institusi berkenaan bagi penempatan praktikum. 5.9.6 Menyediakan Pelan Strategik Pengendalian Praktikum (tahunan) mencakupi semua aspek berkaitan praktikum seperti bengkel penyeliaan, taklimat Guru Pembimbing, proses kelulusan kementerian dan sebagainya untuk diluluskan di peringkat fakulti. 20

5.9.7 Membincangkan tindakan-tindakan bagi tujuan pengesahan pencalonan pelajar cemerlang (gred A praktikum). 5.9.8 Menyemak gred pelajar sebelum dikemukakan kepada Lembaga Akademik Fakulti (LAF). 5.9.9 Membincangkan isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian dan tindakan segera yang diterima daripada Penyelaras Praktikum. 5.10 Tanggungjawab Fakulti 5.10.1 Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan HEP khusus untuk dipertanggungjawabkan perihal praktikum. 5.10.2 Mengeluarkan surat lantikan Ahli Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.10.3 Mendapatkan perakuan Universiti terhadap Garis Panduan Praktikum yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Praktikum Fakulti serta mengemukakan laporanlaporan pindaan (apabila dibuat) kepada Universiti untuk diluluskan. 5.10.4 Mengemukakan permohonan atau laporan-laporan kepada Universiti bagi mendapatkan kelulusan-kelulusan berkaitan praktikum seperti bajet, surat kelulusan kementerian, lantikan Guru Pembimbing dan seumpamanya. 5.10.5 Mengesahkan gred pelajar yang diterima daripada Jawatankuasa Praktikum Fakulti. 5.11 Tanggungjawab Universiti 5.11.1 Memperakui Garis Panduan Praktikum yang dibangunkan oleh fakulti. 5.11.2 Menyediakan bajet kepada fakulti untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan praktikum seperti bengkel, taklimat, tuntutan perjalanan, bayaran kepada Guru Pembimbing dan seumpamanya. 5.11.3 Mengeluarkan surat kepada kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan keperluan praktikum. 5.11.4 Mengeluarkan surat lantikan Penyelaras Praktikum. 5.11.5 Memperakui gred pelajar yang diterima daripada fakulti. 5.12 Tanggungjawab Pihak Institusi 5.12.1 Menamakan Guru Pembimbing daripada kalangan guru terlatih. 5.12.2 Memberi taklimat atau penerangan kepada pelajar tentang; i) Organisasi dan pengurusan serta budaya sekolah, termasuk latarbelakang murid dan budaya serempat. i Peraturan dan disiplin sekolah. Tanggungjawab dan tugas guru darjah/tingkatan. 21

iv) Pengelolaan gerak-kerja kokurikulum dan lain-lain penerangan yang difikirkan perlu. 5.12.3 Memberi jadual waktu dan takwim institusi kepada pelajar pada hari pertama mendaftar di institusi. 5.12.4 Menyemak persiapan mengajar dan jika perlu mengarahkan Guru Pembimbing untuk menyemaknya pada tiap-tiap minggu. Ini termasuklah memeriksa buku persediaan mengajar, rancangan kerja, nota-nota mengajar dan alat bantu mengajar yang disediakan oleh pelajar. 5.12.5 Melantik beberapa orang guru terlatih yang berpengalaman untuk membantu dan membimbing pelajar menambah kecekapan serta pengalaman mengajar yang berguna. Salah satu cara ialah dengan meminta pelajar (jika mereka tidak mengajar) berada di kelas, memerhati dan mempelajari teknik-teknik pengajaran dan sebagainya dari guru-guru terlatih yang sedang mengajar. 5.12.6 Menentukan bahawa pelajar menjadi guru pembantu kepada guru-guru lain seperti guru darjah/ tingkatan/sukan/penasihat persatuan/bimbingan. 5.12.7 Menentukan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam program Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK)/ Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau seumpamanya yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang sedang diikuti oleh pelajar. 5.12.8 Membuat pengesahan laporan penilaian bagi setiap pelajar. Laporan ini hendaklah dikembalikan kepada universiti seminggu selepas tempoh praktikum selesai dijalankan. 5.12.9 Mengesahkan kehadiran pelajar semasa praktikum. 5.12.10 Memberitahu secara bertulis kepada universiti dari semasa ke semasa tentang pelajar yang: i) tidak menjalankan tugas dengan memuaskan, i tidak hadir tanpa sebab, mempunyai kes-kes disiplin, dan iv) mempunyai kes-kes kesihatan atau kemalangan.mengesahkan persediaan mengajar pelajar. 5.12.11 Mengambil tahu hal-hal berkaitan pelaksanaan praktikum. 5.12.12 Memastikan Guru Pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan kepada pelajar. 5.12.13 Memastikan pelajar terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. 5.12.14 Menilai penglibatan pelajar dalam kegiatan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti institusi. 5.12.15 Menjaga kebajikan pelajar sepanjang tempoh praktikum. 22

5.12.16 Memastikan pelajar tidak diberi tanggungjawab menjalankan tugas seperti berikut: i) menjadi warden asrama; i ketua rombongan aktiviti di luar institusi; ketua guru pengiring pasukan institusi, dan sebagainya. 23

LAMPIRAN DOKUMEN-DOKUMEN UMUM 24

LAMPIRAN DOKUMEN DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) 25

LAMPIRAN DOKUMEN DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENGAJIAN ISLAM) 26

LAMPIRAN DOKUMEN DIPLOMA PENDIDIKAN(PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA. 27