SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 PENGENALAN TEORI ILMU SOSIAL MODEN KULIAH MINGGU 2
MEMAHAMI MAKSUD TEORI/PERSPEKTIF Kerja-kerja ahli sosiologi dan antropologi sosial adalah diasaskan dan dipandu oleh teori. Teori sebagai pemandu dalam menerangkan sesuatu fenomena sosial. Teori yang pelbagai menunjukkan terdapat pendekatan/perspektif yang berbeza antara manusia dalam melihat sesuatu fenomena.
TEORI DAN TOKOH UTAMA SOSIOLOGI Perspektif Fungsionalis Herbert Spencer & Emile Duckheim Teori & tokoh Perspektif Konflik idea awal Karl Marx Perspektif Interaksionis Max Weber
EMILE DURKHIEM (1858-1917) Perspektif Fungsionalis Konsep fungsi: bermaksud peranan, tugas. Idea awal daripada Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Idea Spencer: Analogi masyarakat dengan organisme Setiap organisme mempunyai struktur (bahagian-bahagian) Setiap bahagian berfungsi, untuk menyumbang kepada kehidupan organisme.
Perspektif Fungsionalis Di Amerika: Talcott Parsons dan Robert K. Merton. Mereka menekankan sistem sosial (SS): SS cenderung dalam keadaan stabil dan seimbang, tersusun dan berintegrasi. Bersetuju ke atas nilai yang sama. Setiap bahagian sistem menyumbang kepada kestabilan sistem. Perubahan dilihat sebagai sesuatu yang menghancurkan (sekiranya mendadak) Robert Merton dengan konsep-konsep: Fungsi zahir (manifest) Fungsi terpendam (latent) dysfungsi
KARL MARX (1818-1883) Perspektif Konflik Berasal dari idea Karl Marx (komunisme) Berlawan dengan fungsionalisme. Pergelutan dan pertentangan kelas sebagai penggerak sejarah Masyarakat sentiasa berubah dan konflik merupakan sumber perubahan. Konflik tidak dapat dielakkan kerana sumber prestige, wealth dan power terbatas; ini menyebabkan perbezaan/ketaksamaan dalam masyarakat. Ketidasamarataan membawa kepada konflik menguasai sumber vs tidak menguasai. Wujudnya kelas borjois dan proletariat.
Perspektif Konflik Sebenarnya tidak wujud konsensus nilai. C. Wright Mills dan Lewis Coser menekankan bahawa konflik adalah berfungsi: Mengikat ahli masyarakat Konflik menumpu kepada masalah dan boleh membawa kepada perubahan (tidak jumud) Dalam masyarakat moden (yang kompleks dan pelbagai) konflik merupakan perkara biasa.
Perspektif Interaksionis (Interpretif) MAX WEBER (1864-1920) Idea awal oleh Max Weber. Pemahaman dunia sosial daripada pandangan individu yang bertingkah laku. Bagaimana manusia memberi makna /menginterpretasi berdasarkan simbol-simbol. Manusia berinteraksi menggunakan simbol-simbol.
Perspektif Interaksionis (Interpretif) Interaksi simbolik: Oleh George Herbert Mead dan Charles Horton Cooley. Konsep interaksionisme dibentuk oleh Herbert Blumer. Asas kehidupan sosial adalah interaksi; interaksi menggunakan simbol. Simbol: verbal dan nonverbal Manusia memberi makna pada simbol dalam interaksi mereka. Manusia hidup dalam dunia simbolik dan proses interaksi terjadi.
Perspektif Interaksionis (Interpretif) Etnometodologi Satu kaedah oleh Harold Garfinkel Bagaimana manusia melihat, menerang, dan menjelaskan keadaan dunia. Kaedah di mana manusia (etnik) berkomunikasi dan memberi makna kepada kehidupan Kaedah dalam mengkaji bagaimana manusia memahami / mentafsirkan dunia sosial dari sudut tafsiran mereka sendiri. Memberi fokus kepada bahasa dan perbualan mereka, dan apa yang mereka lakukan. Memahami manusia dari sudut apa yang manusia fikir dan fahami tentang dunia mereka.
TEORI DAN TOKOH UTAMA ANTROPOLOGI Perspektif Ekologi Kebudayaan Julian H. Steward Perspektif Evolusi Budaya Edward B. Taylor Perspektif Difusi Morgan & Taylor Perspektif Fungsionalis Berstruktur Alfred Radclife- Brown TEORI DAN TOKOH Perspektif Fungsionalis Bronislaw Malisnowski Perspektif Partikularisme Sejarah Franz Boas
Perspektif Evolusi Budaya proses unsur baru muncul drpd unsur lama. Perubahan adalah seragam dan progresif (peringkatperingkat): daripada yang simpel, tradisi kpd yang kompleks dan maju. Tokoh: Edward B. Taylor (Primitive Culture) dan Lewis Henry Morgan (Ancient Culture). Mengikut perkembangan budaya mengalami tiga peringkat: Savagery Barbarism Civilization Setiap masyarakat mengalami evolusi yang sama, mereka adalah sama dalam menyelesaikan masalah.
Perspektif Difusi Idea: budaya manusia daripada asal/kawasan (masyarakat atau negara). Ianya tersebar ke masyarakat lain melalui kontak (hubungan) atau difusi. Berlaku proses pinjam meminjam unsur-unsur budaya antara masyarakat. Andaian: manusia bukan pereka; tetapi meminjam unsur budaya masyarakat lain. Ketamadunan tinggi terbentuk di Mesir; dan daripadanya tersebar unsur-unsur budaya ini di merata dunia. William J. Pery terdapat persamaan bangunan piramid dengan bangunan orang Inca di Amerika Selatan.
Perspektif Partikularisme Sejarah Dipelopori oleh Franz Boas mengkritik teori evolusi. Tidak semua masyarakat mengikuti evolusi yang sama Setiap masyarakat perlu dikaji secara khusus sejarah masyarakat Kajian perlu dilakukan dengan membina semula sejarah budaya khusus (partikular) masyarakat. Setiap unsur budaya khusus itu hanya dapat difahami dalam konteks budaya masyarakat itu. Kritikan terhadap difusionisme: masyarakat meminjam budaya secara selektif dan bukan menerima bulatbulat. Walaupun ada unsur yang dipinjam tetapi ianya diubah dari segi makna, bentuk untuk disesuai dengan budaya yang sedia ada. proses adaptasi
Perspektif Fungsionalis Tokoh: Bronislaw Malinowski - kajian di Trobriand di Papua New Guinea. Budaya adalah berfungsi dalam memenui keperluan manusia. Tiga keperluan manusia: asas, perolehan, dan integratif. Keperluan asas: keperluang untuk survival (makan, tempat tinggal etc). Keperluan perolehan (derived): keperluan untuk bekerjasama dalam memenuhi keperluan asas, seperti pembahagian kerja, pertahanan, penyebaran makanan etc. Keperluan integratif: keperluan untuk keselamatan sosial,keharmonian sosial, keperluan agama, undang-undang etc. Budaya yang dicipta oleh manusia adalah untuk memenuhi keperluan.
Perspektif Fungsionalis Struktur Tokoh: Arthur Reginald Radcliffe-Brown. Asanya teorinya: teori tingkah laku sosial. berfungsi untuk mengekalkan/maintain struktur sosial masyarakat. Contoh: Agama bukan setakat untuk memenuhi keperluan rohani manusia tetapi juga mengikat anggota masyarakat (perpaduan). Sesuatu masyarakat merupakan rangkaian hubungan sosial pola yang tahan lama. Konsep struktur sosial adalah abstrak, dilihat dari segi interaksi dan normal sosial yang mengatur interaksi.
Perspektif Ekologi Kebudayaan Tokoh: Julian H. Steward. Budaya dapat difahami dengan jelas dengan cara memahami adaptasi masyarakat pada persekitarannya. Kajian beliau dalam masyarakat Tsembaga di Papua New Guinea. (upacara/pesta penyembelihan babi) Contoh lain: budaya masyarakat Eskimo memiliki kekuatan untuk berkomunikasi dengan roh-roh. Mereka disebut "angatkuq" oleh orang Eskimo dan "shaman" oleh orang kulit putih.
PERSPEKTIF IMAGINASI SOSIOLOGI Perspektif imaginasi sosiologi ini dikemukakan oleh C. Wright Mills dengan menyatakan seseorang dapat memahami pandangan sejarah yang lebih luas; iaitu dari segi pengertiannya terhadap hakikat kehidupan (inner life) dan keperluan kehidupan (external career) seseorang individu. manusia dapat melihat bagaimana individu yang mengalami kesusahan hidup sering memikirkan kedudukan sosial mereka. Kesusahan individu tersebut akhirnya akan mempengaruhi keadaan sosial yang ada dalam masyarakat.
RUMUSAN Tiga teori sosiologi utama: fungsionalisme, konflik dan interaksionisme. Pendekatan yang berbeza dalam memahami fenomena sosial. Setiap teori adalah pendokong masing-masing. Teori Antropologi Lebih menekan budaya: pembentukan, perubahan dan fungsinya. Berbeza-beza kerana keperluan dan persekitaran manusia yang berbeza. Budaya adalah ciptaan manusia yang berfungsi untuk memenuhi keperluan dan survival masyarakat.
Terima Kasih