Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 PENYATAAN MASALAH

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

1. Melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH Disediakan Oleh

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tutor: En Md Yusoff b Daud

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Model Pengurusan Strategik

Bab 7: Struktur Sistem

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

Transkripsi:

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah. Kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Dikemukakan oleh Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) 23 November 2009

1. Pendahuluan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) merupakan dua pertubuhan pendidikan yang dianggotai oleh guru-guru dan guru-guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kedua-dua pertubuhan ini ditubuhkan untuk menyumbang ke arah pembangunan pendidikan kebangsaan, khasnya berusaha sedaya upaya untuk memajukan perkembangan dan pencapaian SJKC demi kepentingan negara. Sebagai pertubuhan pendidikan yang bertanggungjawab, kami amat prihatin terhadap transformasi kurikulum yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan bersedia untuk menghulurkan bantuan termasuk memberi pandangan yang profesional agar bersama-sama menjayakan pendidikan negara. Kami telah menghadiri mesyuarat transformasi kurikulum yang diadakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 9 November 2009. Dalam mesyuarat tersebut, BPK bercadang untuk menambah peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I di SJKC dan SJKT daripada 270 minit kepada 360 minit seminggu, yakni seperti dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK). Berserta dengan perubahan ini, sukatan pelajaran dan standard peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi semua aliran sekolah rendah akan diselaraskan supaya berada pada taraf yang sama. Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa satu mata pelajaran baru, iaitu Malaysia Negaraku akan diperkenalkan mulai tahap I di semua aliran sekolah rendah dengan tujuan memupuk semangat patriotik di kalangan murid-murid dari awal persekolahan. Mata pelajaran ini diajarkan 30 minit seminggu dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, termasuk SJKC dan SJKT. Dalam mesyuarat tersebut, GPGSCM dan KKGGBM telah memberi pandangan bahawa tidak bersetuju dengan cadangan menambah waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I di SJKC kerana pendekatan ini bukan sahaja tidak berkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJKC malah akan menimbulkan pelbagai masalah yang lain. - 1 -

Manakala berkenaan dengan mata pelajaran Malaysia Negaraku, kami juga mengemukakan pendapat bahawa mata pelajaran baru ini harus diajarkan dalam bahasa Cina di SJKC supaya murid-murid benar-benar memahami dan menghayati isi kandungan yang mereka belajar. Memandangkan isu ini serius dan akan mendatangkan impak serta pengaruh yang mendalam terhadap pembangunan pendidikan negara, maka dengan tulus ikhlasnya kami mengambil inisiatif untuk mengemukakan memorandum ini dengan tujuan memberi gambaran sebenar di SJKC dan juga menyampaikan saranan yang membina untuk rujukan dan pertimbangan BPK, supaya keputusan yang dibuat kelak memenuhi keperluan semua aliran sekolah dan mengambil kira realiti negara kita yang mangamalkan sistem pendidikan sekolah pelbagai aliran. 2. Pandangan Dan Cadangan Kami Mengenai Pertambahan Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Menurut BPK, cadangan menambah masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJKC dan SJKT. Kami mengalu-alukan usaha BPK untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap bahasa Malaysia, walhal selama ini SJKC bekerja keras untuk menambah baik pencapaian dan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman praktikal dan kajian kami dari sudut pendidikan, pertambahan waktu pengajaran dan pembelajaran bukanlah pendekatan yang sesuai untuk tujuan ini. Berikut merupakan rasional-rasional yang kami kemukakan untuk rujukan dan pertimbangan BPK: 2.1.1 Peringkat sekolah rendah merupakan wadah yang penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan asas secara formal. Sepertimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bahawa murid-murid harus memulakan persekolahan mereka dengan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, maka bahasa Cina telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di SJKC untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran agar murud-murid mencapai prestasi yang maksimum dalam pelajaran mereka. Begitu juga keadaannya di SK dan SJKT yang masing-masing menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama. Ini merupakan amalan negara kita sejak kemerdekaan. - 2 -

2.2 Mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan bahasa kedua di SJKC, maka persekitaran pengajaran dan pembelajaran di SJKC amat berbeza dengan SK yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. Bagi SJKC, keutamaannya ialah memperkasakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina supaya murid-murid dapat menguasai bahasa Cina dengan baik. Ini amat penting kerana semua mata pelajaran diajarkan dalam bahasa Cina di SJKC melainkan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk tujuan ini, mata pelajaran Bahasa Cina diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang paling banyak berbanding dengan subjek-subjek yang lain, iaitu 360 minit seminggu di tahap I dan 300 minit seminggu di tahap II. Keadaan ini sama dengan peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di SK dan mata pelajaran Bahasa Tamil di SJKT. 2.3 Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kedua di SJKC diperuntukkan masa sebanyak 270 minit seminggu di tahap I dan 180 minit seminggu di tahap II. Justeru itu, sukatan pelajaran dan standard peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SJKC juga berlainan dengan SK. Perbezaan seperti ini adalah logik dan menepati prinsip pendidikan, kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa utama dan bahasa kedua sememangnya tidak sama, dan sudah pasti bagi mata pelajaran bahasa kedua, baik peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mahupun sukatan pelajaran dan sebagainya yang berkaitan, adalah lebih kurang atau mudah berbanding dengan mata pelajaran bahasa utama supaya sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid-murid. 2.4 Sepertimana yang dikatakan di atas, peringkat sekolah rendah bagai wadah yang menyediakan pendidikan asas, maka peringkat ini, khasnya Tahap I merupakan tempoh yang amat penting untuk memantapkan penguasaan asas murid-murid terhadap pelajaran mereka supaya memudahkan mereka apabila melangkah ke Tahap II, dan seterusnya ke peringkat sekolah menengah. Lantaran itu, murid-murid harus diajar mengikut kesesuaian proses perkembangan kognitif mereka dan menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran, tetapi bukan bertindak secara paksa atau melakukan sesuatu di luar kebolehan murid-murid. Perbuatan tidak waras ini bukan sahaja mengingkari prinsip pengajaran dan - 3 -

pembelajaran, malah membebankan murid-murid sehingga hilang minat atau timbul rasa takut terhadap pelajaran mereka. Dalam konteks ini, sekiranya cadangan menambah masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dilaksanakan di SJKC, dan seterusnya sukatan pelajaran dan standard peperiksaannya diselaraskan seperti yang diamalkan di SK, sudah pasti sebilangan besar murid-murid SJKC akan terkorban kerana mereka langsung tidak terdaya mempelajari sesuatu yang melebihi batas kebolehan mereka. 2.5 Cadangan BPK menunjukkan bahawa dengan pertambahan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, menjadikan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhan di SJKC ialah 1470 minit (49 waktu) seminggu, yakni 90 minit (3 waktu) lebih banyak daripada SK yang hanya 1380 minit (46 waktu) seminggu. Ini jelas tidak adil kepada murid-murid SJKC kerana menggandakan lagi beban mereka. Selama ini kurikulum sekolah rendah yang sedia ada pada umumnya dianggap terlalu berat untuk murid-murid, khasnya bagi SJKC dan SJKT yang mengajarkan tiga jenis bahasa adalah cukup membebankan. Maka tindakan memanjangkan lagi masa pengajaran dan pembelajaran di SJKC dan SJKT sudah pasti memburukkan lagi keadaan sedia ada, terutamanya menyebabkan murid-murid menghadapi tekanan yang lebih teruk. 2.6 Sebenarnya peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di SJKC yang dilaksanakan sekarang adalah mencukupi. Sebaliknya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta perguruan Bahasa Malaysia harus diberi perhatian supaya benar-benar berkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJKC. Berdasarkan maklum balas daripada guru-guru besar, guru-guru dan ibu bapa, buku-buku teks Bahasa Malaysia yang digunakan di SJKC tidak sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran murid-murid kerana isi kandungannya tidak mengambil kira realiti bahawa mata pelajaran Bahasa Malaysia harus diajarkan dengan kaedah bahasa kedua. Kami berpendapat bahawa peringkat sekolah rendah merupakan tempoh yang penting untuk menanam minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya menguasai bahasa, sekiranya buku teks yang digunakan tidak sepadan dengan kebolehan - 4 -

murid-murid secara umum, misalnya terlalu sukar untuk difahami, lama-kelamaan murid-murid akan kehilangan minat untuk terus mempelajari bahasa berkenaan. Maka adalah tidak munasabah dan tidak ada gunanya sukatan pelajaran ditingkatkan tarafnya tetapi murid-murid tidak berdaya untuk mengikutinya. 2.7 Guru bahasa memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid-murid menguasai sesuatu bahasa. Memandangkan mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan bahasa kedua di SJKC, maka kami mencadangkan KPM mengadakan program latihan perguruan yang menawarkan kursus pengajian dalam dua major, iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia untuk melahirkan guru-guru dwibahasa yang berkelayakan mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di SJK(C) supaya mencapai kesan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Malaysia secara keseluruhan di kalangan murid-murid SJK(C). Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, kami menegaskan pendirian bahawa tidak bersetuju dengan cadangan pertambahan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I di SJKC. Demi meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dikalangan murid-murid SJKC, kami mencadangkan BPK mengambil langkah untuk menyemak semula sukatan pelajaran dan buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia yang digunakan di SJKC, dan seterusnya membuat pengubahsuaian yang wajar supaya menepati prinsip pendidikan dan sepadan dengan taraf sebenar murid-murid secara umum. 3. Pandangan Dan Cadangan Kami Mengenai Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Mata pelajaran Malaysia Negaraku diperkenalkan mulai Tahap I di semua aliran sekolah rendah dengan tujuan membantu murid-murid sekolah rendah untuk lebih mengenali negara kita yang berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama, dan seterusnya menyemai rasa cinta kepada negara dan memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka. Walau bagaimanapun, kami tidak bersetuju dengan cadangan bahawa mata pelajaran Malaysia Negaraku hanya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang tunggal di semua aliran sekolah kerana bercanggahan dengan realiti bahasa Cina dan - 5 -

bahasa Tamil masing-masing sebagai bahasa pengantar utama di SJKC dan SJKT. Berikut merupakan rasional-rasional yang kami kemukakan untuk rujukan dan pertimbangan BPK: 3.1 Mata pelajaran Malaysia Negaraku harus diajarkan dalam bahasa Cina di SJKC supaya memenuhi ciri-ciri SJKC yang selama ini menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran melainkan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 3.2 Adalah penting untuk memastikan murid-murid memahami dan menghayati kandungan teks mata pelajaran ini, sekiranya tidak usaha untuk memupuk semangat patriotik pasti tidak tercapai. Maka, penggunaan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran ini berdasarkan aliran sekolah amatlah perlu dan penting. Lantaran itu, kami bertegas supaya mata pelajaran Malaysia Negaraku diajarkan dalam bahasa Cina di SJKC untuk mencapai kesan pengajaran dan pembelajaran secara optimum. 4. Kesimpulan Memorandum ini disediakan dengan penuh keikhlasan dan atas dorongan hati suci untuk membantu mewujudkan pendidikan negara yang sempurna dan berdaya saing. Semoga pandangan dan cadangan yang kami kemukakan ini diberi pertimbangan yang saksama dan waras oleh BPK supaya tindakan yang wajar akan diambil demi kepentingan pendidikan negara. Dikemukakan oleh : 1. Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) 2. Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) - 6 -