Abstrak. Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor 1.0 PENDAHULUAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH KAEDAH PENGAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

Kata kunci : Kaedah perbandingan, Retorik Melayu, ilmu Balaghah dan bahasa Arab LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

2.0 PENYATAAN MASALAH

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) KURIKULUM AL- AZHAR DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI NEGERI SELANGOR Mohamad Syukri bin Abd Rahman, Muhammad Haron bin Husaini, Ismail bin Omar, Mohamed Fairooz bin Mohd Fathillah, Nor Effendy bin Ahmad Sokri & Yuszaimi bin Muslil Abstrak Dalam era perkembangan sistem sekolah, Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan sebahagian institusi penting dalam penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Bagaimanapun sistem ini menghadapi beberapa cabaran, antaranya ialah sejauhmana kejayaan sistem tersebut mencapai matlamat yang digariskan. Justeru itu, kajian ini akan menyentuh tentang penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Selangor. Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK dan kaedahkaedah pengajaran yang digunakan dan sering digunakan oleh guru berkenaan. Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kurikulum al-azhar di SABK. Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor 1.0 PENDAHULUAN Hakikatnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah secara umumnya sangat bergantung kepada keupayaan dan peranan guru di dalam bilik darjah dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum yang telah digubal. Justeru, beberapa kajian yang mendalam diperlukan bagi mengenalpasti aspek-aspek yang kritikal berhubung dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Arab di sekolah. Usulan kertas kerja ini ialah penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Selangor. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Mengikut Ali Madkur (1985:15), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa Arab kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yg 24

mengajar Bahasa Arab kepada penutur bukan Arab di Negara luar (bukan negara Arab) tidak mempunyai latihan yg mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran professional, kebudayaan dan pengetahuan. Kelemahan guru Bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al-hardlu (1980:43) yg menyatakan bahawa pengalaman Ma had Khartoum Antarabangasa dalam melatih guru-guru Bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam Bahasa Arab dan menggunakan bahasa dengan baik. Selain itu, Saufi Man (2003: 265) menyatakan bahawa halangan besar kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah adalah tertumpu kepada kemahiran guru dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakan. Daripada perbincangan di atas dapat ditegaskan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan tersebut berkait rapat dengan penguasaan mereka dalam berbahasa Arab dan keupayaan mereka dalam menyesuaikan pengajaran dengan perkembangan semasa dan terkini. Justeru, aspek pendekatan dan kaedah pengajaran guru bahasa Arab perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan terkini. Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Beberapa persoalan perlu diberi perhatian oleh seorang guru bahasa Arab dalam mempertingkatkan mutu pengajarannya, khususnya dalam pengajaran kemahiran membaca iaitu: 1) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang sering digunakan oleh guru bahasa Arab di SABK tersebut? 2) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang digunakan oleh guru tersebut berkesan? 3) Apakah kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab? 4) Aspek manakah dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang paling memberikan kesan kepada diri pelajar? 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: 1. Mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab. 2. Mengenal pasti kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah. 3. Mengenal pasti kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di dalam bilik darjah. 25

4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK. 5. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK. 4.0 PERSOALAN KAJIAN Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian yang beikut: 1. Apakah kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK? 2. Apakah kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah? 3. Apakah kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK? 4. Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK? 5. Bagaimana untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab? 5.0 KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian yang akan diperolehi boleh dijadikan panduan atau asas kepada Bahagian Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak berkenaan boleh merangka dan melaksanakan kursus-kursus dalaman untuk meningkatkan tahap pengajaran guru bahasa Arab dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan bagi memantapkan lagi kelebihan yang telah wujud. 6.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan. i) Penyelidikan akan mengkaji strategi dan kaedah guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab kurikulum al-azhar di SABK.. ii) Responden utama kajian ini adalah para pelajar bahasa Arab kurikulum al-azhar di SABK. 7.0 METODOLOGI KAJIAN 7.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK. Kajian ini menggunakan kaedah 26

tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomina tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005: 101-102). Ia dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku. (Mohd.Majid Konting, 2005 :96-98 dan Azhar Harun dan Nawi Abdullah :6). Adalah diharapkan, kajian ini juga akan dapat menghasilkan satu dapatan yang lengkap tentang kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab di SABK. 7.2 Instrumen Kajian Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang, 1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab kurikulum al-azhar di SABK dan kaedah pengajaran yang digunakan. Soal selidik ini menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam kaedah penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min untuk melihat kekerapan dan frekuansi. 7.3 Kaedah Persampelan Persampelan berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian (Chua Yan Piaw, 2006:179). Kajian ini akan melibatkan seramai 615 orang pelajar bahasa Arab kurikulum al-azhar daripada sebelas buah sekolah SABK. Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian daerah. Kajian ini hanya akan menumpukan kepada pelajar di SABK. Sekurang-kurang 50 orang pelajar akan dipilih secara rawak daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4 setiap sekolah bagi menjawab borang soal selidik. Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa dalam menjalankan kajian ini penulis menggunakan pensampelan gugus (Asmah Haji Omar, 2002:59). 7.4 Analisis Data Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Berdasarkan pandangan Mohd.Majid Konting, pengukuran merupakan proses pemberian nilai dengan nombor kepada cerapan-cerapan supaya nombor-nombor tersebut boleh dianalisis dengan cara manipulasi atau operasi mengikut peraturan tertentu (Mohd.Majid Konting, 2005 :147). Dalam kajian ini data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (Version 14.0). Data-data daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus dan min, terutama yang berkaitan dengan latarbelakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau pemboleh-pembolehubah kajian. Bagi semua penyataan negatif, penyelidik telah mengkodkan semula data kepada skor positif bagi mendapatkan keputusan sebenar. 27

7.5 Kajian Rintis Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang, 1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah diuji (pilot study) kepada 30 orang pelajar bahasa Arab kurikulum al-azhar tingkatan 4 di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. Min dapatan kajian rintis bagi kajian ini secara keseluruhan ialah 0.948. Ini menggambarkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu, dapat dilihat bahawa murid hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal selidik yang diberikan. 8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN 8.1 Latar Belakang Responden Kajian Jantina Lelaki 261 42.4 Perempuan 354 57.6 Tingkatan tingkatan 1 1 0.2 tingkatan 3 9 1.5 tingkatan 4 605 98.4 28

Pernah belajar bahasa arab Ada 608 98.9 Tiada 7 1.1 Pendorong diri sendiri 175 28.5 ibu bapa/penjaga 211 34.3 ahli keluara yang lain 36 5.9 rakan-rakan 74 12 Guru 112 18.2 lain-lain 7 1.1 Penguasaan bahasa Arab sangat baik 20 3.3 Baik 162 26.3 Sederhana 371 60.3 Lemah 56 9.1 sangat lemah 6 1 29

Penguasaan Jawi sangat baik 203 33 Baik 357 58 Sederhana 52 8.5 Lemah 2 0.3 sangat lemah 1 0.2 Kefahaman ayat al-quran sangat baik 23 3.7 Baik 198 32.2 Sederhana 326 53 Lemah 63 10.2 sangat lemah 5 0.8 Jadual 1: Latar Belakang Pelajar Jadual di atas menunjukkan taburan latar belakang para pelajar yang menjadi responden kajian ini. Dalam kajian ini seramai 615 orang pelajar daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 261(42.4%) adalah pelajar lelaki dan 354 ( 57.6%) pelajar perempuan. Seorang ( 0.2%) daripada mereka adalah tingkatan satu, sembilan orang ( 1.5%) pelajar tingkatan dan 605 ( 98.4%) pelajar tingkatan 4. 608 ( 98.9%) daripada mereka pernah mempelajari bahasa Arab dan tujuh ( 1.1%) pelajar tidak pernah mempelajari bahasa Arab. Dari sudut dorongan mempelajari bahasa Arab, 175 ( 28.5%) pelajar didorong oleh kemahuan sendiri, 36 ( 5.9%) pelajar didorong oleh ahli keluarga (bukan ibubapa atau penjaga), 211 ( 34.3%) pelajar didorong 30

oleh ibubapa atau penjaga, 74 ( 12%) pelajar didorong oleh rakan-rakan, 112 ( 18.2%) didorong oleh guru-guru manakala 7 ( 1.1%) pelajar didorong oleh dorongan lain. Dari sudut penguasaan bahasa Arab, 20 ( 3.3%) pelajar menyatakan tahap penguasaan mereka adalah sangat baik, 162 ( 26.3%) pelajar menyatakan baik, 371 ( 60.3%) pelajar menyatakan sederhana, 56 ( 9.1%) pelajar menyatakan lemah dan enam ( 1%) pelajar menyatakan sangat lemah. Selain itu 203 ( 33%) pelajar menyatakan tahap penguasaan jawi mereka sangat baik, 357 ( 58%) pelajar menyatakan baik, 52 (8.5%) pelajar menyatakan sederhana dan 2 ( 0.3%)menyatakan penguasaan mereka berada di tahap lemah. Manakala tahap kefahaman ayat-ayat al-quran di kalangan mereka pula, terdapat 23 ( 3.7%)pelajar menyatakan tahap penguasaan mereka adalah sangat baik, 198 ( 32.2%) pelajar menyatakan baik, 326 ( 53%) pelajar menyatakan mereka berada di tahap sederhana, 63 ( 10.2%) pelajar menyatakan mereka di tahap lemah dan lima (0.8 %) pelajar menyatakan sangat lemah. 8.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Arab. Jadual berikut menunjukkan dapatan keseluruhan persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar kemahiran membaca bahasa Arab mengikut min yang tertinggi. Bil. Item Min. 1. Guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul. 3.8 2 Guru memastikan pelajar memahami makna perkataan atau petikan yang 3.8 dibaca. 3 Guru meminta pelajar memahami makana perkataan atau petikan yang 3.6 dibaca. 4. Guru membimbimbing pelajar membaca ayat dengan sebutan,nada dan 3.5 intonansi yang betul. 5. Guru meminta pelajar membaca perkataan dengan bacaan yang kuat 3.4 berulangkali. 6. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menjawab soalan 3.3 kefahaman. 7. Guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap sebelum 3.1 mengemukakan soalan kefahaman. 8. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menulis isi penting darinya. 2.9 9. Guru meminta pelajar membaca teks dan melaksanakannya semula dalam kemahiran membaca dan kefahaman. 2.2 Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca. Rajah 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca 31

Series1, 9, 2.2 Series1, 8, 2.9 Series1, 7, 3.1 Series1, 6, 3.3 Series1, 5, 3.4 Series1, 4, 3.5 Series1, 3, 3.6 Series1, 2, 3.8 Series1, 1, 3.8 Umumnya guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan memastikan pelajarvmemahami makna perkatataan dengan sebutan yang betul dan memastikan pelajar memahami makna perkataan atau teks yang dibaca.nilai min bagi kedua-dua teknik ini ialah (3,8). Seterusnya guru meminta pelajar membaca ayat dengan dengan kuat dan jelas.(min 3.6), beserta dengan sebutan,nada dan intonansi yang betul.(min 3.5). Pengulangan bacaan tersebut turut diminta(min 3.4). Guru kemudian meminta pelajar menjawab soalan kefahaman (min 3.3) setelah membaca teks.sebelum mengemukakan soalan kefahaman guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap terlebih dahulu (min 3.1).Bagi memastikan kefahaman pelajar guru meminta pelajar menyenaraikan isi penting dan teks yang dibaca( min 2.9). Sebagai pengukuhan terhadap kefahaman guru meminta pelajar melakonkan semula apa yang difahami dari teks berkenaan.(min 2.2). 9.0 RUMUSAN Keseluruhan tahap pengajaran membaca berada pada tahap antara (min 2.2 hingga 3.8), berbanding skor paling tinggi (min 5.0 ). Secara umummnya guru telah berusaha memenuhi teknik-teknik utama dalam kaedah pengajaran membaca (min 3.29). Kecenderungan guru adalah kepada teknik-teknik asas dalam intraksi guru dengan pelajar sepanjang aktiviti pengajaran dilakukan.( Antara min 3.3 hingga min 3.8). Teknik-teknik untuk memastikan pelajar betul-betul memahami petikan atau menghayati maksudnya adalah di antara (min 2.2 hingga min.3.1). Manakala aspek pengukuhan yang lebih terangsang dalam memahami maksud petikan seperti melakonkannya semula kurang dilaksanakan.(min 2.2). 10.0 CADANGAN 32

1. Guru dan pihak-pihak berwajib perlu melengkapkan bahan-bahan bacaan Bahasa Arab secukupnya. 2. Guru perlu meningkatkan teknik pengajaran membaca extensif dalam mengajar kemahiran membaca. 3. Pendedahan kepada teknik pembacaan yang bermatlamat perlu diperkemaskan. 4. Mempelbagaikan bahan-bahan bacaan bukan sekadar buku malah dalam bentuk-bentuk yang berbagai dan terkini. 5. Pendedahan terhadap khazanah-khazanah ilmu yang perlu dibaca dan dikaji di buat dari semasa ke semasa terhadap pelajar. 6. Menyediakan hadiah-hadiah rangsangan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya metelaah karya-karya tertentu melalui penilaian-penilain berhemah. 11.0 RUJUKAN Al-Attas, Syed Muhammad Naguib.1984. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM. Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I dad Mu llimi al-lughah al-arabiyyah li ghair al- Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud. Asmah Haji Omar, (2002), Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azhar Harun dan Nawi Abdullah, Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur : Thomson. Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur : Mc Graw Hill. Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I dad Mu allimin Ghair Arab li Ta lim al-arabiyyah li Ghair al-natiqin biha: Tajribah Ma had Khartoum. Dlm Fi sijill al-ilm li al-nadwah al-alamiyyah Al- Ula li Ta lim al-lughah al-arabiyyah li ghayri al-natiqin biha. Jilid 2,ms:43-59. Saudi Arabiya: Universiti Riyadh. Idris Awang, (1989), Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam Universiti Malaya. Hassan Basri Awang Mat Dahan 2003. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan Inovasi (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM). Kamarudin Jaafar.2010. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Didapati pada 27/10/2010 dari http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=news&file=print&sid=200. Mohd.Majid Konting, (2005), Kaedah Penyelidikan Pendididkan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 33

Rushdi Ahmad Thu aimah.1989. Ta lim al- Arabiyyah Li Ghair al-natiqina Biha. al-rabat :Mansyurat al-munazzamah al-islamiyyah Li at-tarbiyyah wa al- Ulum wa al-thaqafah (ISESCO). Saufi Man. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan Inovasi (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM). Zainal Abidin Kadir. 1990. Ta lim al-lughah al- Arabiyyah Fi Madaris Wizarah al-tarbiyyah bi Maliziyah. Kertas kerja Nadwah Perkembangan Bahasa Arab di Malaysia.UIAM. 25-28 Ogos. Zamri Mahamod.2007.Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama Dan Kedua.Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd. 34