BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

dokumen-dokumen yang mirip
Faktor Mempengaruhi Kepuasan Kerja Dikalangan Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (Rajd) 3 Divisyen

BAB I PENGENALAN. Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara adalah ungkapan

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

UCMMC SERIAL /2009 INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA)

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan rekabentuk kajian,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN. Tahap kepuasan bekerja di setiap peringkat pegawai dan pekerja/staf sesebuah

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membentangkan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji hasil

KEFAHAMAN KE ATAS KAWALAN DALAMAN BAGI TABUNG PERKHIDMATAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 5 HASIL KAJIAN. Bab ini akan memaklumkan hasil kajian berkaitan ujian hipotesis yang telah

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KAJIAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT DI PENEMPATAN KAWASAN BANDAR MEJAR AHMAD NORZAINI BIN BADRUN

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB III METODOLOGI. Bab ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji serta

PROJEK TAHUN AKHIR 2 PELAJAR: NORAINI BINTI CHE DARUS (48069) PENYELIA: CIK WAN SOFIAH BINTI MEOR OSMAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

UKM-SPKP-JP-PK05-BO17 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KPL GRED 26

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAMPIRAN 1 DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (SUMBER MANUSIA) SOAL SELIDIK KAJIAN: TAHAP KECEKAPAN SISTEM HRMIS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

Koperasi Pengangkutan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU)

PROSPEK KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PROSPEK KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UKM-SPKP-JP-PK05-BO19 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KPL GRED 22

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PROSPEK KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB III PEMBINAAN HIPOTESIS DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INTEGRITI MENURUT HADITH NABI : KAJIAN APLIKASINYA TERHADAP. KEUTUHAN PERIBADI KAKITANGAN PENTADBIRAN UiTM SHAH ALAM BORANG SOAL SELIDIK OLEH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan.

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Transkripsi:

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job Descriptive Index (JDI) dan pengukurannya dalam bentuk kuantitatif. Ujian beberapa pembolehubah-pembolehubah bebas bagi mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan dan mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Bab ini akan mengimbas kembali objektif kajian, membuat kesimpulan atau rumusan, mengemukakan cadangan dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang. 5.2 Imbas Kembali Objektif Kajian a. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kepuasan kerja dikalangan anggota-anggota RAJD yang berkhidmat di bawah naungan 3 Divisyen. Kajian juga ditumpukan dalam mengenalpasti pembolehubahpembolehubah yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Pendekatan yang digunakan untuk mengenalpasti dan menguji pembolehubahpembolehubah berdasarkan sorotan kajian yang terdahulu. Diimbas 87

kembali objektif kajian yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut: Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Pekerjaan Sekarang dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Rakan Sekerja dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Gaji dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Peluang Kenaikan Pangkat dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggotaanggota Mengenalpasti perkaitan yang signifikan di antara Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota 88

Mengenalpasti pengaruh yang signifikan diantara Pekerjaan Sekarang, Rakan Sekerja, Gaji, Peluang Kenaikan Pangkat dan Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota b. Data-data yang diterima telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS). Responden yang telah memberikan maklumbalas dengan mengembalikan borang soal selidik adalah seramai 240 orang dan mereka telah dikategorikan kepada dua bahagian iaitu pengurusan dan sokongan. 5.3 Rumusan Kajian 5.3.1 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Keadaan Kerja Korelasi diantara Pekerjaan Sekarang dan Kepuasan Kerja adalah signifikan (r=.537; p<.05). Keputusan korelasi menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang signifikan positif diantara kedua pembolehubah iaitu skor pekerjaan yang tinggi adalah berkaitan dengan skor kepuasan kerja yang tinggi. Melalui ujian korelasi membuktikan berjaya menyokong H1 - Terdapat perkaitan yang signifikan diantara Kepuasan Kerja dengan Pekerjaan Sekarang dikalangan anggota-anggota 89

5.3.2 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Rakan Sekerja Korelasi diantara Rakan Sekerja dan Kepuasan Kerja, adalah signifikan (r=.555; p<.05). Keputusan korelasi menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang signifikan positif diantara kedua pembolehubah. Hasil ujian korelasi menunjukkan berjaya menyokong H2 - Terdapat perkaitan yang signifikan diantara Rakan Sekerja dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggotaanggota 5.3.3 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Gaji Korelasi diantara Kenaikan Gaji dan Kepuasan Kerja adalah signifikan (r=.519; p<.05). Keputusan korelasi menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang signifikan positif diantara kedua pembolehubah. Korelasi menunjukkan berjaya menyokong H3 - Terdapat perkaitan yang signifikan diantara Gaji dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota 5.3.4 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Kenaikan Pangkat Korelasi diantara Peluang Kenaikan Pangkat dan Kepuasan Kerja adalah signifikan (r=.387; p<.05). Keputusan korelasi menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang signifikan positif diantara kedua pembolehubah. Korelasi menunjukkan berjaya menyokong H4 - Terdapat perkaitan yang signifikan 90

diantara Peluang Kenaikan Pangkat dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota 5.3.5 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Penyeliaan Ujian korelasi diantara Penyeliaan dan Kepuasan Kerja adalah signifikan (r=.531; p<.05). Keputusan korelasi menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang signifikan positif diantara kedua pembolehubah iaitu skor penyeliaan yang tinggi adalah berkaitan dengan skor kepuasan kerja yang tinggi. Ujian korelasi telah berjaya menyokong H5 - Terdapat perkaitan yang signifikan diantara Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota 5.3.6 Tahap Kepuasan Kerja Hasil ujian yang dilaksanakan didapati dalam beberapa analisis boleh dirumuskan bahawa kelima-lima pembolehubah bebas iaitu Kerja, Rakan, Gaji, Pangkat dan Penyeliaan secara bersama menyumbang kepada kepuasan kerja anggota Kesimpulan secara menyeluruh terhadap tahap kepuasan kerja dan faktor yang mempunyai hubungkait dengannya berada pada tahap SEDERHANA TINGGI. Pemeriksaan ke atas nilai t, menunjukkan bahawa tiga pembolehubah, iaitu Kerja, Gaji dan Penyeliaan menyumbangkan kepada Kepuasan. Ketiga-tiga 91

pembolehubah tersebut adalah berkait secara positif dan signifikan dengan pembolehubah bersandar iaitu Kepuasan Kerja. Manakala dua pembolehubah lagi, iaitu Rakan dan Pangkat adalah tidak berkait secara signifikan dengan pembolehubah bersandar. Pekali regresi Kerja adalah paling tinggi, iaitu.141. Nilai Beta menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi Kerja adalah yang paling tinggi dan Rakan yang paling rendah. 5.3.7 Hubungkait Kepuasan Kerja dengan Faktor Demografi Perbandingan Ujian t bagi pembolehubah Pekerjaan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan diantara Pekerjaan anggota bujang dan kahwin terhadap kepuasan kerja. Bagi Rakan Sekerja, anggota bujang mempunyai persepsi Rakan Sekerja lebih tinggi secara signifikan berbanding anggota berkahwin. Anggota berkahwin pula mempunyai persepsi Gaji lebih tinggi secara signifikan berbanding anggota bujang. Manakala tiada perbezaan yang signifikan diantara Kenaikan Pangkat anggota bujang dan kahwin. Pembolehubah Penyeliaan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan diantara Penyeliaan anggota bujang dan kahwin. Anggota berkahwin mempunyai persepsi Penyeliaan lebih tinggi secara signifikan berbanding anggota bujang. Secara keseluruhannya anggota berkahwin mempunyai persepsi Kepuasan Kerja lebih tinggi secara signifikan berbanding anggota bujang 92

Ujian ANOVA mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam Kepuasan Kerja diantara kumpulan umur yang berbeza. Ujian Scheffe menunjukkan bahawa anggota-anggota RAJD dari kumpulan umur 31 tahun ke atas mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan lain. Kumpulan dari penempatan bahagian Bantuan/Logistik mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan dari anggota dalam kumpulan penempatan lain. Tempoh perkhidmatan anggota-anggota RAJD dari kumpulan tempoh perkhidmatan 11 hingga 18 tahun mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan dari anggota dalam kumpulan tempoh perkhidmatan lain. Manakala anggota yang telah berkhidmat melebihi 11 tahun ke atas mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan dari anggota dalam kumpulan tempoh pengalaman di pasukan lain. Ini menunjukkan bahawa anggota-anggota RAJD dari kumpulan tempoh pengalaman di pasukan 11 tahun ke atas mempunyai persepsi positif dari segi Kepuasan Kerja berbanding anggota dari kumpulan tempoh pengalaman yang lain. Ujian Scheffe menunjukkan bahawa anggota-anggota RAJD dari kumpulan gaji RM2001 ke atas mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan dari anggota dalam kumpulan gaji lain dan anggota-anggota RAJD dari kumpulan pangkat PTTR mempunyai ciri Kepuasan Kerja yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dari anggota dalam kumpulan pangkat yang lain. 93

5.4 Kesimpulan Tahap kepuasan kerja adalah sentiasa dipengaruhi faktor-faktor sekeliling. Pengukuran tahap kerja perlu dipantau dengan membuat kajian secara berterusan bagi mendapatkan tahap kepuasan di tahap yang tinggi. Jika organisasi berjaya meningkatkan tahap kepuasan kerja maka masalah absenteism, disiplin dan kadar anggota yang meninggalkan perkhidmatan dapat dikawal dengan lebih sistematik. Adalah jelas kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor kepuasan kerja seperti pekerjaan itu sendiri, rakan sekerja, gaji, kenaikan pangkat dan penyeliaan memberi sumbangan atau mempengaruhi tahap kepuasan kerja anggota Faktor-faktor atau pembolehubah kerja, gaji dan penyeliaan adalah faktor utama penyumbang kepada tahap kepuasan kerja anggota-anggota Manakala dua lagi faktor yang dikaji iaitu rakan sekerja dan kenaikan pangkat tidak memberikan signifikan atau kesan yang besar terhadap kepuasan kerja mereka. Berdasarkan kajian yang lepas, nyata bahawa faktot-faktor yang dikaji ini boleh digunapakai untuk anggota RAJD walaupun kerjaya ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kerjaya di bidang yang lain. 5.5 Cadangan Seperti yang dinyatakan di atas pembolehubah-pembolehubah yang dikaji mempengaruhi kepuasan kerja secara keseluruhan. Namun didapati bahawa 94

rakan sekerja dan kenaikan pangkat adalah faktor yang terkecil. Adalah dicadangkan agar pihak pengurusan pasukan atau pihak pengurusan yang lebih tinggi seperti Markas RAJD 3 Divisyen atau Jabatanarah RAJD peka terhadap faktor-faktor yang penyumbang yang utama terhadap kepuasan kerja anggotaanggota Jika faktor-faktor ini dipandang remeh atau tidak diberi perhatian nescaya kepuasan kerja anggota akan terjejas dan secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi malah mungkin di tahap yang kritikal boleh menjejskan imej RAJD, Tentera Darat mahupun ATM sendiri. Pada masa yang sama faktor rakan sekerja dan kenaikan pangkat, tidak diabaikan walaupun ianya hanya penyumbang yang kecil terhadap kepuasan kerja anggota-anggota 5.6 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang Banyak kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan kepuasan kerja samada di dalam mahupun di luar nagara. Model yang digunakan iaitu JDI ternyata boleh digunakan untuk menguji tahap kepuasan kerja kepada anggota Namun masih lagi terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kepuasan kerja ini. Untuk kajian akan datang adalah dicadangkan agar faktorfaktor seperti kemudahan asas seperti kuarters perumahan, kemudahan kredit dari Koperasi Tentera atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera, keselamatan keluarga,kebajikan anggota dan lain-lain lagi dapat dikaji. 95

5.7 Penutup Secara keseluruhannya, kajian tahap kepuasan kerja dapat membantu organisasi menggunakannya sebagai rujukan dalam meningkatkan tahap kepuasan kerja terutamanya bahagian pengurusan Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja 3 Divisyen untuk merancang sebarang perubahan. Segala dapatan-dapatan kajian, rumusan, analisis serta cadangan yang dikemukakan boleh dimanafaat oleh pengurusan tertinggi di Jabatanarah Rejimen Askar Jurutera DiRaja untuk membuat perancangan yang sewajarnya. 96