AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF"

Transkripsi

1 AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN PENYELIDIK MKM: NORWATIM ABD. LATIFF NORAESYAH SAARI SHAMSUL KHAIRI ABU HASSAN R. ZARINATUN MOHD ABDUL KADER NORSYEIRAWANI SHARI PENYELIDIK UMK: PROF. DR. MOHD DAHLAN IBRAHIM PROF. MADYA DR. GHAZALI AHMAD DR. MOHD RAFI YAACOB RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan Ar-Rahnu sebagai sumber pembiayaan Mikro Kredit: Amalan Penyedia Perkhidmatan dijalankan untuk memahami senario semasa skim perkhidmatan Ar-Rahnu yang ditawarkan oleh institusi penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kritikal penentu kejayaan dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Objektif khusus kajian adalah untuk mengenal pasti amalan terbaik yang diamalkan oleh penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu dan mencadangkan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian untuk memperkembangkan lagi skim perkhidmatan Ar-Rahnu pada masa hadapan. Sebuah kerangka kajian telah dibentuk untuk memahami konsep keseluruhan kajian dan bagi memastikan matlamat serta objektif kajian tercapai. Struktur kerangka ini mengandungi tiga angkubah utama iaitu operasi, jenis emas, syarat gadaian, caj dan kawalan dalaman serta kawalan keselamatan sebagai pengukur tahap prestasi penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu.

2 Profil penyedia Ar-Rahnu juga dimasukkan kerana ia secara tidak langsung menyumbang dalam menentukan prestasi penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu. Setiap kluster penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu dianalisis secara perbandingan berdasarkan persamaan dan perbezaan prestasi mengikut angkubah yang telah dikenal pasti. Berasaskan analisis, kajian juga memperkenalkan model perkhidmatan Ar-Rahnu yang boleh dijadikan sebagai contoh atau panduan. Sebuah borang soal selidik telah dibentuk berasaskan lawatan formal ke premis penyedia perkhidmatan dan menemu bual pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan ini yang terdiri daripada Pengurus Kanan dan Anggota Lembaga Koperasi. Sebanyak 110 sampel telah dipilih yang diklusterkan kepada lima iaitu kluster satu terdiri daripada Muassasah Gadaian Islam Terengganu dan Permodalan Kelantan Berhad, kluster dua terdiri daripada Koperasi YaPEIM, kluster tiga terdiri daripada Bank Rakyat dan Agrobank, kluster empat terdiri daripada Koperasi Model Sendiri dan kluster lima terdiri daripada Koperasi Francaisi. Pembahagian kluster ini dibuat mengikut jangkauan perniagaan, bilangan cawangan dan modus operandi. Sampel ini juga dibahagikan kepada bandar dan luar bandar. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah teknik pensampelan mudah dan kaedah pensampelan rawak berstrata. Kajian rintis telah diadakan dengan memilih 30 outlet Ar-Rahnu sebagai responden dalam kajian ini. Responden ini terdiri sama ada Pengurus Kanan, Pengurus Skim Ar-Rahnu dan Anggota Lembaga Koperasi. Hasil analisis kajian rintis tersebut borang kaji selidik telah ditambah baik dan diguna pakai untuk mengutip data kajian. Kutipan data dibuat secara temu duga bersemuka dengan responden yang dipilih sebagai sampel. Sebanyak 109 borang (99%) telah diperoleh dan direkodkan dalam perisian SPSS bagi tujuan pemprosesan data. Data kemudiannya dianalisis berdasarkan beberapa kaedah analisis seperti analisis deskriptif, analisis jadual silang, analisis pemerihalan dan analisis korelasi. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa responden yang dahulunya dibahagikan kepada 5 kluster didapati lebih praktikal dibahagikan kepada 3 kumpulan sahaja. Kumpulan satu yang terdiri daripada Bank Rakyat, YaPEIM dan Agro Bank, kumpulan dua pula terdiri daripada MAIDAM dan PKB yang dan kumpulan tiga Koperasi Model sendiri dan Koperasi Francaisi. Pembahagian hanya kepada tiga kumpulan sahaja adalah berdasarkan kepada jangkauan pasaran (state based/nation based), bilangan cawangan, modus operandi dan saiz modal.

3 Berasaskan kepada tiga kumpulan yang telah ditentukan di atas didapati kebanyakan penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu memulakan perniagaan antara tahun dan perkembangan perkhidmatan Ar-Rahnu ketiga-tiga kumpulan berlaku antara 6 hingga 9 tahun kebelakangan. Objektif perniagaan ketiga-tiga kumpulan juga menunjukkan persamaan iaitu menceburi skim pajak gadai Islam mengikut lunas Islam dengan diikuti objektif lain iaitu membantu masyarakat dalam pembiayaan mikro kredit, menambah jenis aktiviti perniagaan dengan menumpukan perniagaan dalam bidang yang menjamin keuntungan. Sasaran perniagaan ketiga-tiga kumpulan juga sama iaitu peniaga-peniaga mikro dan kecil, suri rumah, penjawat awam, petani dan lain-lain. Perbezaan yang ketara wujud dari segi modal permulaan apabila kumpulan satu menyatakan modal permulaan yang diperlukan adalah jauh lebih besar berbanding dengan kumpulan dua dan tiga. Kumpulan ini juga tidak mengalami masalah kekurangan peruntukkan dalam modal pusingan seperti mana yang dihadapi oleh kumpulan dua dan tiga. Walau bagaimana pun ketiga-tiga kumpulan bersetuju bahawa peruntukkan pinjaman kepada pelanggan telah meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan bahawa industri pajak gadai Islam ini berada pada peringkat pertumbuhan yang memberangsangkan. Caj upah simpan merupakan pendapatan utama skim Ar-Rahnu dan pendapatan selainnya dikira memberi sumbangan kecil kepada jumlah pendapatan perniagaan ini. Caj upah yang dikenakan kepada peminjam adalah antara RM0.50 sen hingga RM 0.80 sen bagi setiap RM100 ringgit nilai marhun dan tempoh masa pinjaman ialah setahun. Aktiviti promosi memainkan peranan penting untuk memastikan peningkatan jumlah caj upah dan semua penyedia Ar-Rahnu berusaha untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada di samping berusaha mendapatkan pelanggan dan pasaran baru. Tidak banyak perbezaan wujud dari sudut modus operandi dan operasi ketiga-tiga kumpulan tersebut. Setiap kumpulan mempunyai SOP dalam melaksanakan operasi harian dan dari sudut operasi pula menunjukkan persamaan sebagai contoh hari perniagaan pada ketiga-tiga kumpulan ialah lima hari seminggu dan staf yang terlibat pada satu-satu jangka operasi sekurang-kurang tiga orang. Selain daripada itu alat pengujian emas, tempat penyimpanan barang gadaian dan langkah-langkah keselamatan dan kawalan dalaman menampakkan kesamaan kepada ketiga-tiga kumpulan penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu ini. Berdasarkan ujian ANOVA didapati perbezaan ketara yang wujud antara ketiga-tiga kumpulan ialah tambahan bilangan cawangan dan pertambahan bilangan pekerja iaitu kumpulan satu (Bank

4 Rakyat, Agrobank dan YaPEIM) mempunyai tambahan bilangan cawangan dan peningkatan bilangan pekerja yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan yang lain. Penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu memantau operasi dengan membuat audit dalaman berkala sebulan sekali dan juga secara mengejut ke atas dokumen berkaitan, barang gadaian, proses kerja dan tunai dalam tangan. Kawalan keselamatan dilakukan oleh seorang atau pengawal premis dan urus niaga Ar-Rahnu. Peralatan keselamatan penting yang disediakan oleh ketigatiga kumpulan adalah seperti peti besi, bilik simpanan, alat pemadam api, sistem penggera, alat kecemasan (panik), singki dan lain-lain.untuk menentukan ketulenan emas, semua kumpulan menyediakan sekurang-kurangnya asid nitrik, kanta pembesar, asid hidroklorik, batu hitam, alat penimbang, densimeter dan kunci emas. Pendapatan utama penyedia Ar-Rahnu datangnya daripada upah simpan (99%), diikuti dengan caj perkhidmatan dan yuran pemprosesan. Perniagaan ini memberi pulangan modal yang sangat cepat iaitu antara 6 bulan hingga 3 tahun sahaja. Lima faktor kritikal penentu kejayaan perniagaan ini dinyatakan mengikut keutamaan sebagai kepercayaan pelanggan terhadap penyedia perkhidmatan, kemahiran yang dimiliki staf, kadar upah simpan, mempunyai sistem operasi yang baik dan modal pusingan yang mencukupi. Untuk berjaya dalam persaingan, daya saing yang miliki adalah kepercayaan pelanggan, upah simpan yang kompetitif, mudah dan cepat berurusan, adil dan telus, dan layanan yang mesra. Isu-isu penting yang perlu diberi perhatian dan ditangani oleh penyedia perkhidmatan supaya sentiasa relevan dan terus bersaing terdiri daripada perlindungan insurans, emas palsu yang menyerupai emas tulen, modal pusingan, persaingan, perundangan, SOP yang mantap, tren pemakaian barang kemas daripada emas dan jenis barangan lain yang boleh digadai. Amalan terbaik dicadangkan berdasarkan dapatan kajian dengan menyenaraikan sifat dan kebolehan melakukan operasi proses penggadaian oleh penyedia perkhidmatan yang dikaji iaitu amalan operasi gadaian, ciri kawalan dalam dan kawalan keselamatan dan alat pengujian emas yang digunakan. Satu model pajak gadai Islam berorientasikan pelanggan di kemukakan untuk panduan perniagaan pajak gadai berlandaskan syariah. Model ini menyarankan supaya penyedia perkhidmatan mengeluarkan produk yang memenuhi harapan pelanggan dan pemegang taruh. Syariah menggalakkan pengambilan untung yang berpatutan dan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan. Oleh itu penyedia perkhidmatan hendaklah beroperasi

5 dalam lingkung amalan terbaik dengan sentiasa peka kepada perubahan persekitaran industri Ar-Rahnu. Akhir sekali mencadangkan supaya koperasi digalakkan menyertai perniagaan Ar-Rahnu kerana memberi pulangan modal yang cepat, pulangan yang tinggi, menubuhkan konsortium koperasi untuk mempermudah urusan latihan, perbincangan isu-isu semasa, jaringan, insurans, menubuhkan badan akreditasi untuk mengawasi dan memantau standard operasi industri Ar-Rahnu.

Latar Belakang/Sejarah

Latar Belakang/Sejarah Latar Belakang/Sejarah DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, ianya menyebut bahawa organisasi berikut adalah dikecualikan daripada peruntukan Akta ini, iaitu : Sebuah bank yang diberi

Lebih terperinci

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan

Lebih terperinci

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK LAMPIRAN 3 Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Tarikh : hh/ bb/tt(untuk diisi oleh Cawangan) (Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma-terma

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

Koperasi Pengangkutan

Koperasi Pengangkutan Kejayaan Pengangkutan di Ho Chi Minh City, Vietnam Jaibit Jaudin jaibit@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Salwana Ali salwana@mkm.edu.my Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan

Lebih terperinci

SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN PERBANKAN

SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN PERBANKAN BIL. KOD, NAMA, PERINGKAT KURSUS/PROGRAM DAN KLUSTER KOPERASI 1. Bicara Ilmu 2. I(D) BK1101 I(L) BK1101 Pembangunan Asas Semua Kluster 3. I(L) BK3101 Kepimpinan Keusahawanan Mikro Kredit (Modul 1) Asas

Lebih terperinci

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya merangkumi

Lebih terperinci

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 1 DIMENSI KUALITI TADBIR URUS 1. Menyediakan dokumen pernyataan visi dan misi prasekolah. 2. Menyediakan senarai harta modal dan inventori peralatan.

Lebih terperinci

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

RISIKO-RISIKO ORGANISASI Pendekatan kami terhadap pengurusan dan kawalan risiko terus berubah semasa tahun kewangan untuk mencerminkan amalan terbaik. Keuntungan yang berlanjutan membentuk objektif teras strategi pengurusan risiko

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling

Lebih terperinci

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1 Topik 9 Perancangan Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan dalam pengurusan kewangan; dan

Lebih terperinci

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015 PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Ringkasan mengenai idea/rancangan perniagaan secara keseluruhan. Ringkasan adalah tidak melebihi satu muka surat. 2. MAKLUMAT PEMOHON i. Nama

Lebih terperinci

PENGENALAN PERNIAGAAN. Saya, Cik Bina Izzatu Dini telah menubuhkan Perniagaan Bakso Keju Sdn. Bhd. pada 1 Januari

PENGENALAN PERNIAGAAN. Saya, Cik Bina Izzatu Dini telah menubuhkan Perniagaan Bakso Keju Sdn. Bhd. pada 1 Januari PENGENALAN PERNIAGAAN Saya, Cik Bina Izzatu Dini telah menubuhkan Perniagaan Bakso Keju Sdn. Bhd. pada 1 Januari 2009 dengan modal sebanyak RM60 000. Perniagaan saya adalah perniagaan milikan tunggal yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GP18 : GARIS PANDUAN BAGI MEMBUKA CAWANGAN KOPERASI ATAU SUBSIDIARI SESUATU KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN 1 TAFSIRAN 1 LATAR BELAKANG 2 PERUNTUKAN

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN Syarat Asas Permohonan Pemohon 1. Had umur permohonan 60 tahun 2. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh koperasi 3. Pemohon perlu berkemampuan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GP15 : GARIS PANDUAN MENGENAI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN 1 TAFSIRAN 1 LATAR BELAKANG 2 SKOP SKIM PEMBIAYAAN MIKRO 3 CIRI-CIRI

Lebih terperinci

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan Pengenalan Perancangan yang baik dan teliti lazimnya akan menghasilkan natijah yang baik. Perancangan yang baik adalah

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA OKTOBER

Lebih terperinci

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Kandungan 1 2 3 4 5 6 7 Hubungi institusi anda terlebih dahulu Mendapatkan bantuan daripada BPK Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia Bagaimana saya dapat menghubungi

Lebih terperinci

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0 Pengenalan 10.2 Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan 10.3 Soalan penilaian 113 10.0 Pengenalan Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan

Lebih terperinci

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan 1.0 Memahami Penyata Pendapatan Pertama sekali, perlu difahami tujuan penyediaan Penyata Pendapatan ialah untuk mengira keuntungan atau kerugian daripada operasi perniagaan yang dijalankan. Secara umumnya

Lebih terperinci

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)] DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)] (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2010

Lebih terperinci

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan BAB ENAM PENUTUP 6.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis kajian dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan bagi

Lebih terperinci

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja

Lebih terperinci

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Norazlan Hasbullah Mohd Faisal Shariff Arfizawati Abd Hadi Ju Samsuddin Safian Noranita Mohd Nor RINGKASAN EKSEKUTIF Koperasi

Lebih terperinci

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK? 17 Halaman Hubungi institusi anda terlebih dahulu 1 andungan Mendapatkan bantuan daripada BPK Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia Bagaimana saya dapat menghubungi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 010 Alliance Bank Malaysia Berhad (88103-W) Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 010 yang baru digubal dan dalam usaha berterusan

Lebih terperinci

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PRESTASI DAN SOROTON KEWANGAN Prestasi KT Tetap Kukuh Walaupun Dalam Keadaan Ketidaktentuan Pasaran Global dan Kelembapan Ekonomi Domestik, Kejatuhan Nilai Ringgit dan Perbelanjaan Domestik yang Lebih

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 1 / 20 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan

Lebih terperinci

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran. 1.1 : WANG Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran. Ciri-ciri wang terbahagi kepada 6 iaitu:- 1. Diterima umum - penerimaan dan keyakinan

Lebih terperinci

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 meletakkan Pembelajaran Dalam Talian Secara Global sebagai

Lebih terperinci

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017 TERHAD 1 3756/3 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017 1. Kertas ini mengandungi satu tugasan.

Lebih terperinci

Amanah Saham Panduan Pelabur

Amanah Saham Panduan Pelabur Amanah Saham Panduan Pelabur Pusat Perkembangan Industri Sekuriti Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (Securities Industry Development Centre - SIDC), cabang pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti,

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN 1 / 12 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B dan subseksyen 51(1) Akta Koperasi 1993 (Akta)

Lebih terperinci

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Diluluskan oleh: Mesyuarat Senat kali Ke-106 Bil. 6/2014, pada 21

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri perumahan di Malaysia semakin berkembang maju selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemajuan industri pembinaan iaitu dengan meningkatkan sub industrinya

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

Tahukah anda? DIMENSIKOOP Nor Alyani Abdul Razak Pusat Perakaunan dan Kewangan Kedatangan bulan Jun 015 yang lalu telah sekali lagi mencorakkan kanvas lukisan peta perjalanan koperasi di Malaysia. Koperasi yang tamat tempoh kewangan

Lebih terperinci

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI 1. PENDAHULUAN Industri pajak gadai di Malaysia telah wujud secara rasmi sejak tahun 1871 setelah Pawnbrokers Ordinance

Lebih terperinci

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN

Lebih terperinci

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan Pengenalan Piagam Perkhidmatan Pelanggan menyatakan keazaman kami untuk menyediakan satu tahap perkhidmatan pelanggan yang tinggi. Ianya menggariskan

Lebih terperinci

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2013 PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1 Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi telah menggerakkan perubahan positif di dalam syarikat sepanjang tempoh sedekad yang lalu. Hal-hal berkaitan teknologi maklumat (IT) kian penting dalam menentukan

Lebih terperinci

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN Mohamad Haswardi Morshidi haswardi@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 26 BIL. 53 2017 Pengenalan ASAS TERAS STRATEGIK DASAR PENCAPAIAN

Lebih terperinci

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3] Bahagian A Jawab semua soalan. 1) a. Berikan empat elemen persekitaran tugas yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan. [2] b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kehidupan manusia pada masa kini saling berkaitan dengan Teknologi Maklumat. Perkembangan Teknologi Maklumat yang berkembang pesat membolehkan kehidupan pada masa kini

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT) Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT) KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Kandungan 2 A. Tujuan Garis Panduan 3 B. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN POLITEKNIK KOTA BHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PKB-PK-PS-03 PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN SALINAN TERKAWAL NO: KELUARAN : 03 PINDAAN : 02 TARIK KUATKUASA : 05 JUN 2014 PKB-PK-PS-03 1/8 1.0

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan dalam membangunkan Model Kepuasan Pelanggan Untuk Laman Web E-Runcit. Melihat kepada kepesatan

Lebih terperinci

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL MISI APACMED: Misi kami adalah untuk meningkatkan piawaian penjagaan kesihatan menerusi kerjasama inovatif di

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Tarikh : (Untuk diisi oleh Cawangan) [Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma dan syarat sebelum anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima

Lebih terperinci

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH KOD PROJEK: I-ECO/53 (UMS-11) IPTA: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KETUA PROJEK: PROFESOR DR. ROSELINA AHMAD SAUFI AKADEMIA: PUAN

Lebih terperinci

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala

Lebih terperinci

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. 4. PRAKTIKUM 4.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN A. LATAR BELAKANG Piagam Perkhidmatan Pelanggan (Piagam) telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan hasrat untuk menggariskan komitmen utama dan piawaian

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan KP 2.4/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 KP 2.4/2013

Lebih terperinci

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Jenis-Jenis Pendapatan Individu 1. Upah / Gaji (a) Ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh. (b) Upah wang

Lebih terperinci

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI R2001 PENGURUSAN ORGANISASI PENGURUSAN KEWANGAN Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin yang dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif dan lancar. Persatuan yang ditubuhkan seharusnya mengendali

Lebih terperinci

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD BAHAWA mengikut kehendak peruntukan Undang-Undang Kecil 9 (i), Undang- Undang Kecil Koperasi Kakitangan UiTM Berhad, maka dengan ini diperbuat

Lebih terperinci

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK (Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat produk bersama-sama Terma-terma & Syaratsyarat am bagi produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima tawaran Pembiayaan

Lebih terperinci

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya

Lebih terperinci

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN MKM BIL. 1/2007 (Mesyuarat Majlis MKM 1/2004 telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004) PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI MKM TUJUAN

Lebih terperinci

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan : Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) Nama Produk : Akaun Pelaburan Khas (SIA) Tarikh : MAKLUMAT RINGKAS PRODUK 1. Apakah produk ini? Produk ini ialah Akaun Pelaburan

Lebih terperinci

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi

Lebih terperinci

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu PROSPEK DAN DASAR PADA TAHUN 2015 Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan

Lebih terperinci

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG Khairul Anwar bin Johari & Hanimarlia binti Hassan Kolej Komuniti Ledang anwar@kklej.edu.my, hanihassan@kklej.edu.my ABSTRAK: Pelajar

Lebih terperinci

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016 Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016 BIL KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Nama dan Pemakaian 1 2 Tafsiran 1-5 3 Akta, Kaedah dan Peraturan Lain Yang Terpakai

Lebih terperinci

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi

Lebih terperinci

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya. 1. TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan memberi input penambahbaikan cadangan kadar pelarasan gaji Tahun 2017 sepertimana yang dibentangkan pada Majlis Konsultasi Hasil Bil 1 Tahun 2017. Kertas cadangan

Lebih terperinci

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan 6.0 Pengenalan 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman

Lebih terperinci

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing HELAIAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Pampasan Pekerja Asing. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. Skim Pampasan

Lebih terperinci

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda Kandungan 1 3 4 7 8 10 11 12 Perancangan kewangan Simpanan Melabur wang anda Mendapatkan produk kewangan Pinjaman dan kad kredit Melindungi wang anda Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan Butiran

Lebih terperinci

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian. LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. 1. Skim

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan AM 2.4 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 AM 2.4 Penggunaan,

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP9 : GARIS PANDUAN MENGENAI PENGAMBILAN SIMPANAN KHAS DAN DEPOSIT ATAU PENERIMAAN PINJAMAN BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B,

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-02 KOD AMALAN REKABENTUK

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (Agensi MeCD) GP4: GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN FUNGSI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 86B(1) Akta Koperasi 1993 untuk

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA- JAWATANKUASA KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 1 APRIL, 1991 Dikelilingkan

Lebih terperinci

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI DR. JAMILAH DIN NORHAZILINA ABDUL HALIM AZMALIZA ARIFIN RINGKASAN EKSEKUTIF Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) telah banyak dipromosi sebagai satu kaedah pembangunan

Lebih terperinci

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti

Lebih terperinci

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Disediakan oleh : Bahagian Sumber Manusia Pejabat Pendaftar 1.0 TUJUAN Dasar kenaikan pangkat ini bertujuan bagi melaksanakan

Lebih terperinci

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. PRUguard my family Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga Strategic Alliance Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. Nikmati perlindungan menyeluruh mampu dimiliki untuk seisi keluarga.

Lebih terperinci

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52 UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN AN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52 SULIT NO. K/P - - UKM(PER) LAPORAN AN UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE GRED..52 KUMPULAN PENGURUSAN DAN

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 5/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN

Lebih terperinci

PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN PENGURUSAN KEWANGAN ASPEK RISIKO KAEDAH TINDAKAN PENCEGAHAN TANGGUNGJAWAB

PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN PENGURUSAN KEWANGAN ASPEK RISIKO KAEDAH TINDAKAN PENCEGAHAN TANGGUNGJAWAB LAMPIRAN 1 PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN PENGURUSAN KEWANGAN PROSES / 1. PENERIMAAN WANG Proses penerimaan wang yang tidak selamat. Kehilangan wang kutipan/ pungutan Penerimaan wang tanpa kuasa Penyalahgunaan

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci