BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

dokumen-dokumen yang mirip
BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB KETIGA PENGGUNAAN MUBTADA NAKIRAT DAN KHABAR MA RIFAT DALAM BAHASA ARAB.

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB KEDUA MUBTADA DAN KHABAR DALAM BAHASA ARAB. yang tersendiri. Pembahagiannya yang terperinci kepada bahagian sorf ( morfologi ),

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

Teknologi Pengajaran (2 jam)

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BLHL 1012 : BAHASA MELAYU I

Transkripsi:

BAB PERTAMA PENGENALAN 1. 0 PENDAHULUAN Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat, jumlat fi liyyat dan syibh al-jumlat. Ada dua unsur penting dalam pembentukan jumlat ismiyyat iaitu mubtada dan khabar. Pada umumnya dari segi sintaksis bahasa Arab, antara ciri-ciri asal yang perlu ada dalam pembentukan mubtada adalah ma rifat atau subjek difinit atau kata nama khas, ditentukan dan khabar adalah nakirat atau indifinit atau kata nama am. Walaubagaimanapun sebagai pengguna bahasa al-quran ini, penulis seringkali bertemu beberapa ayat dalam buku-buku bahasa Arab sama ada buku-buku nahu, balaghah dan sastera yang mengandungi ayat yang terdiri daripada mubtada nakirat dan khabar ma rifat iaitu berbeza dengan ciri-ciri umum yang dinyatakan dalam buku-buku nahu bahasa Arab seperti yang diketahui umum. Penulis juga mendapati hal ini apabila membaca dan menghayati ayat-ayat dalam al-quran al-karim, kalam Rabbul Jali:l. Ada banyak tempat di dalam ayat-ayat al-quran yang menggunakan mubtada nakirat dan khabar ma rifat. Penemuan ini menjadikan penulis tertanya-tanya akan penjelasan yang dapat menjelaskan kedudukan pembentukan pengecualian kepada hukum asal mubtada dan khabar ini. Justeru penulis ingin mengambil peluang untuk mengungkap persoalan di sebalik pembentukan mubtada nakirat dan khabar ma rifat di tempattempat tertentu di dalam bahasa Arab dan cuba memahami penggunaannya di dalam al- Quran yang merupakan rujukan pertama penyusunan sistem bahasa Arab yang meliputi 1

semua bidang: Fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan retorik dengan melihat kepada potongan-potongan ayat dalam Surah al-baqarah. Penulis yakin dan percaya bahawa setiap potongan ayat dalam al-quran mengandungi sebabnya yang pasti menyerlahkan keindahan dan keunikan kalam Pencipta Yang Maha Agung. Cubaan penulis untuk memahami bentuk-bentuk pengecualian mubtada nakirat dan khabar ma rifat adalah satu usaha untuk mendalami ilmu bahasa Arab yang memerlukan penelitian dan pendetailan serta kejituan pemahaman. Penulis amat mengharapkan bimbingan, perkongsian idea dan ilmu serta pengalaman dari semua pihak untuk menyempurnakan kajian ini dengan harapan boleh dijadikan rujukan buat pencinta bahasa al-quran dan dengannya keimanan serta ketaqwaan kita dapat ditingkatkan dalam usaha mendekatkan diri dengan Tuhan Rabbul Izzati. 1. 1 PERMASALAHAN KAJIAN Persoalan mubtada dan khabar banyak dibahaskan dalam kitab-kitab nahu bahasa Arab. Para ulama nahu bahasa Arab membincangkannya dalam seluruh kitab-kitab nahu mereka. Oleh kerana mubtada dan khabar merupakan topik asas dalam bidang nahu bahasa Arab, maka perbincangan dan kupasan tentangnya terdapat dalam kebanyakan buku-buku nahu yang dibaca. Hukum asal bagi mubtada dan khabar seperti yang dipelajari menyatakan bahawa mubtada itu hukumnya haruslah dalam bentuk ma rifat iaitu KN khas dan khabar pula hukumnya haruslah dalam bentuk nakirat atau KN am. Namun seperti yang dimaklumi umum ada pengecualian terhadap hukum pembentukan kedua-dua asas nahu yang penting ini, iaitu ada sesetengah tempat dan ketika 2

pengecualian boleh berlaku iaitu mubtada yang asalnya ma rifat boleh menjadi mubtada nakirat. Demikian juga dengan khabar yang biasanya pembentukannya adalah nakirat boleh bertukar menjadi ma rifat. Biarpun pengecualian ini hanyalah satu persoalan kecil dalam ilmu nahu namun penulis ingin cuba mencari dan mengungkap persoalan ini dengan lebih terperinci. Tambahan pula apabila penulis sering menemukan pengecualian yang berlaku kepada dua topik asas nahu ini dalam ayat-ayat al-quran yang dibaca. Penulis berpendapat sudah tentu ada sebab musabab mengapa pengecualian ini boleh berlaku apatah lagi dilihat kepada kemu jizatan al-quran dari segi bahasanya. Dari bacaan awal, penulis mendapati kebanyakan rujukan nahu dalam bahasa Arab ada membahaskan persoalan asas mubtada dan khabar, namun tidak semua dalam kalangan mereka yang menyentuh persoalan pengecualian ini iaitu mubtada nakirat dan khabar ma rifat. Persoalan mubtada nakirat ada dibincangkan dalam satu bahagian kecil dalam buku-buku nahu. Tetapi penulis sukar memperolehi penjelasan mendalam tentang persoalan khabar ma rifat dari buku-buku nahu bahasa Arab baik buku-buku lama mahupun buku-buku nahu bahasa Arab terkemudian, sedangkan pengecualian asal hukum nahu ini memang terdapat dalam al-quran. Justeru penulis cuba mengumpulkan maklumat yang berkaitan seterusnya menganalisis dan menghuraikan dalam bentuk penulisan supaya persoalan di atas boleh terjawab dengan lebih jelas. 3

Penulis memilih Surah al-baqarah sebagai contoh khas untuk meneliti dan menganalisis bentuk-bentuk penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat di dalam al-quran kerana surah ini panjang dan mencukupi untuk dijadikan fokus kajian. 1.2 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN Sebelum ini terdapat beberapa kajian yang telah dibuat yang menyentuh persoalan mubtada dan khabar. Muhammad Abd Al-Kha:liq Udaimat (1972) dalam bukunya yang memuatkan kajian tentang gaya bahasa al-quran telah menyenaraikan sebanyak dua puluh dua tempat penggunaan mubtada nakirat di dalam al-quran. Beliau menggunakan enam bentuk atau sebab pengecualian bagi konsep ini yang lebih bermaksud tujuan penggunaannya. Beliau mendatangkan sepuluh ayat dengan tujuan sifat, satu ayat dengan sebab mubtada itu didahului oleh wa:w al-hal, enam ayat dengan sebab bertujuan untuk doa, satu ayat dengan sebab didahului oleh partikel penafian, dua ayat sebagai pendetailan dan dua ayat sebagai penerangan terhadap pembahagian perkara. Namun enam bentuk yang disenaraikan oleh beliau ini belum merangkumi semua sebab atau bentuk lain yang disebutkan di dalam kebanyakan buku-buku nahu bahasa Arab. Bagi konsep khabar ma rifat pula, penulis mendapati setakat ini beliau tidak membicarakannya dalam tulisan beliau. Kesimpulannya kajian yang beliau lakukan terhadap ayat-ayat al- Quran yang menyentuh konsep nahu ini adalah ringkas dan bukan perbincangan yang mendalam dan belum merangkumi kesemua bentuk yang penulis maksudkan. 4

Abdul Rahman (1998) dalam kajiannya yang bertajuk `Pendepanan Subjek dan Predikat Dalam Pembentukan Ayat Namaan di Dalam Bahasa Arab` telah membincangkan persoalan mubtada dan khabar yang berkisar sekitar fungsi dan keketikaan pendepanannya. Singkapan kajian yang dibuat terhadap kitab-kitab nahu bahasa Arab telah membantu beliau memperolehi dapatan kajiannya yang menjurus kepada hukum-hukum pendepanan subjek dan predikat. Kajian beliau merupakan kajian ilmiah mengenai proses pembentukan ayat namaan, melalui pendepanan subjek dan predikat. Penulis memberi langkah-langkah pembentukan ayat tersebut berdasarkan contoh pembentukan ayat dan analisisnya. Dalam penutup kajian, penulis membuat rumusan dan cadangan tentang kegunaan dan faedah penepanan subjek dan predikat berdasarkan kajiannya. Beliau mendapati ada beberapa faedah yang berbeza di sebalik pendepanan dan pengakhiran subjek dan predikat. Beliau mendapati faedah susunan biasa bagi subjek dan predikat iaitu subjek dahulu kemudian predikat adalah untuk membezakan struktur ayat namaan dengan struktur ayat kerjaan. Selain itu penyusunan biasa boleh menyatakan hakikat terhadap sesuatu benda jika kehadiran subjek dalam bentuk KN difinit. KN difinit yang menjadi subjek itu difokuskan untuk menerangkan sesuatu hakikat kepada rujukan. Hal ini dapat dikesan melalui fungsi-fungsi perkataan yang wujud di dalam ayat berkenaan. Kehadiran subjek di awal struktur ayat boleh memberi makna khusus tentang perkara yang diterangkan itu. Hal ini dapat dikesan melalui fungsi-fungsi perkataan yang wujud di dalam ayat berkenaan. Maka subjek berfungsi sebagai rujukan terhadap keterangan dalam sesuatu 5

bentuk ayat. Faedah penyusunan biasa juga adalah untuk mengelakkan berlaku kesamaran dua fungsi utama yang wujud dalam struktur ayat namaan. Hal tersebut boleh berlaku jika subjek dan predikat hadir dalam bentuk yang sama iaitu keduaduanya KN am atau KN khas. Subjek boleh menjadi asas kepada keterangan yang berdasarkan kepada kata rujukan dari aspek bilangan genus dan juga hubungan di antara kedua-duanya melalui pemakaian kata ganti nama. Abdul Rahim ( 2004) dalam kajiannya yang bertajuk `Penggunaan al-mubtada dan al-khabar Dalam Surah Yusuf ` pula telah membincangkan secara umum persoalan kedua-dua isu penting ini dalam batasan Surah Yusuf. Beliau telah merungkai persoalan mubtada dan khabar dengan terperinci dalam Surah Yusuf. Hasil dapatan kajian beliau telah menyenaraikan senarai mubtada dan khabar yang terdapat dalam surah tersebut. Apabila diteliti pengkaji mendapati hanya 3 tempat sahaja daripada 54 tempat yang menggunakan khabar dalam bentuk nakirat. Namun tumpuan yang dikaji oleh beliau hanyalah berkisar tentang jenis-jenis mubtada dan khabar serta hukumhukum pendepanan kedua-duanya tanpa melihat kepada pengecualian yang berlaku kepada syarat atau ciri asal khabar iaitu nakirat. Beliau mencadangkan supaya kajian yang lebih mendalam dibuat terhadap persoalan mubtada dan khabar dalam bahasa Arab terutamanya Al-Quran supaya rahsia di sebalik keindahan bahasa mukjizat ini dapat disingkap dan dihayati bersama. Kesimpulannya kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan mubtada dan khabar telah menyentuh kedua-dua konsep ini dengan mendalam namun persoalan tentang penggunaan mubtada yang nakirat dan khabar yang ma rifat dalam bahasa Melayu belum dibuat oleh mana-mana penulis sebelum ini. 6

Justeru penulis berpendapat persoalan mubtada nakirat dan khabar ma rifat perlu dikaji dan diketengahkan supaya ilmu nahu bahasa Arab lebih didekati dan diperdalami. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN: Melalui kajian kecil ini, penulis berharap dapat memenuhi beberapa objektif penting yang telah digariskan antaranya seperti berikut: i- Meneliti perbahasan tentang mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam kalangan ahli nahu bahasa Arab dan mengenalpasti bentuk-bentuk penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam bahasa Arab melalui rujukan buku-buku mereka. ii- Mengenalpasti kekerapan dan bentuk penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat yang terdapat dalam al-quran secara umum. iii- Mengenalpasti kekerapan dan bentuk penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat yang terdapat dalam Surah al-baqarah. iv- Menjelaskan sebab-sebab penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat yang digunakan dalam ayat-ayat al-quran dan dari Surah al-baqarah yang dipilih. 7

1.4 - PERSOALAN KAJIAN Penulis melalui kajian yang dilakukan ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut: i- Apakah bentuk-bentuk penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat menurut ahli-ahli nahu bahasa Arab di dalam buku-buku nahu mereka? ii- Berapa banyakkah kekerapan yang berlaku terhadap penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat di dalam ayat-ayat dalam al-quran dan Surah al- Baqarah? iii- Apakah sebab-sebab penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat yang ada dalam al-quran dan Surah al-baqarah? 1.5 - KEPENTINGAN KAJIAN. Kajian ini penting dilakukan kerana mengetengahkan satu unsur nahu yang menjadi persoalan dalam kalangan pelajar-pelajar bahasa Arab. Analisis data dan dapatan yang diperolehi dapat membantu para pelajar memahami persoalan-persoalan yang berkisar tentang mubtada nakirat dan khabar ma rifat. Huraian tentang bentuk-bentuk penggunaan kedua-duanya dapat membantu para pelajar mendalami pengecualian yang berlaku kepada kedua-duanya. Hasil penulisan ini juga dapat memberi manfaat kepada guru-guru sekolah dan pensyarah-pensyarah universiti yang boleh menjadikannya sebagai salah satu rujukan ilmiah. 8

Pengumpulan ayat-ayat al-quran dan analisis terhadap bentuk-bentuk penggunaan kedua-dua unsur ini dapat membantu para pelajar dan guru-guru mendalaminya dengan lebih terperinci dan dapat dijadikan bahan rujukan pembelajaran dan pengajaran. 1.6 BATASAN KAJIAN. Bagi memastikan kajian ini berkisar pada tajuk yang dikemukakan, maka penulis akan menumpukan kajian dan membataskannya hanya kepada perkara-perkara berikut: i- Kupasan terhadap persoalan mubtada nakirat dan khabar ma rifat secara berasingan dalam kalangan ahli nahu bahasa Arab melalui penelitian dalam kitab-kitab dan penulisan mereka. ii- Kekerapan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam al- Quran dengan merujuk kepada buku-buku mu jam dan i ra:b serta tafsirtafsir al-quran. iii- Kekerapan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam Surah al-baqarah dengan merujuk kepada buku-buku mu jam dan i ra:b serta tafsir al-quran. iv- Penjelasan terhadap penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dari segi bahasa, sintaksis dan semantik dalam Surah al-baqarah dengan merujuk kepada buku- buku tafsir dan i ra:b al-quran. 9

1.7. METODOLOGI KAJIAN. Kajian ini dilakukan berdasarkan kajian perpustakaan. Penulis mengumpulkan pandangan dan kupasan ahl-ahli nahu bahasa Arab terhadap persoalan mubtada nakirat dan khabar ma rifat melalui bacaan dan penelitian buku-buku nahu lama dan terkini serta penulisan-penulisan terpilih mengenai tajuk ini. Penulis menganalisis pendapat dan huraian mereka terhadap persoalan ini. Penulis juga merujuk kepada beberapa kajian yang telah dibuat yang hampir dekat menyentuh tajuk penulisan ini. Seterusnya kajian dilihat kepada kekerapan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat di dalam al-quran al-karim dengan merujuk kepada mu jam al-quran, kitabkitab tafsir dan i ra:b al-quran. Penulis cuba mencari rahsia pengecualian ini dari segi bahasa, sintaksis dan semantik dengan merujuk kepada buku-buku yang berkaitan. Pencarian pintas melalui internet juga membantu memudahkan penulis mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Analisis data dilakukan setelah penulis berjaya mengumpulkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan oleh kajian ini. 1.8 RANGKA KAJIAN. Penulis cuba menyiapkan kajian ini mengikut rangka yang ditetapkan iaitu: Bab Pertama : Pengenalan Kajian Dalam bab pertama penulis menjelaskan latarbelakang kajian yang menyentuh rasional pemilihan tajuk penulisan ini yang merangkumi sebab musababnya. Seterusnya penulis 10

juga menjelaskan permasalahan kajian yang didapati sehingga mendorong penulisan ini dilakukan. Objektif dan tujuan penulisan juga dijelaskan dalam bab pertama ini di samping kepentingannya serta persoalan-persoalan yang dipilih untuk diketengahkan. Seterusnya penulis menjelaskan metodologi yang digunakan untuk menyempurnakan penulisan ini di samping dinyatakan rangka kajian yang dirancang untuk diikuti bagi menyiapkan penulisan ini seperti yang sepatutnya. Bab Kedua : Konsep Mubtada dan Khabar Dalam Bahasa Arab. Dalam bab kedua ini penulis menghuraikan konsep mubtada dan khabar dalam bahasa Arab dengan merujuk kepada hasil-hasil penulisan dan buku-buku para sarjana Arab yang terpilih yang berkaitan dengan tajuk ini baik buku-buku terdahulu mahupun bukubuku terdahulu dan terkemudian. Ia merangkumi definisi atau ta rif bagi kedua-dua konsep ini iaitu mubtada dan khabar. Seterusnya dalam bab kedua ini juga penulis menitipkan ciri-ciri dan jenis-jenis mubtada dan jenis-jenis khabar. Persoalan nakirat dan ma rifat juga turut disentuh oleh penulis dalam bab ini sebagai penutup bab. Bab Ketiga : Penggunaan Mubtada Nakirat dan Khabar Ma rifat Dalam Bahasa Arab. Dalam bab ketiga ini, penulis mengeluarkan huraian sarjana Arab terhadap penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat melalui rujukan terhadap buku-buku dan penulisan mereka. Penulis menjelaskan keketikaan yang berlaku terhadap pengecualian asal hukum mubtada dan khabar. 11

Bab Keempat : Penggunaan Mubtada Nakirat dan Khabar Ma rifat Dalam al Quran. Dalam bab keempat penulis mengeluarkan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam al-quran mengikut penyusunan bentuk-bentuk pengecualian yang berlaku dalam bahasa Arab. Huraian dilakukan terhadap kekerapan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat mengikut turutan ayat secara umum. Bab Kelima : Penggunaan Mubtada Nakirat dan Khabar Ma rifat Dalam Surah al-baqarah. Dalam bab kelima ini, penulis menyenaraikan penggunaan mubtada nakirat dan khabar ma rifat dalam Surah al-baqarah dengan menyorot kepada rahsia pengecualian yang berlaku berdasarkan kupasan dari segi sintaksis dan semantik. Kupasan dan huraian yang dibuat adalah berdasarkan kepada huraian kitab-kitab tafsir yang mu tabar dan himpunan rujukan fleksi yang terpilih. Bab Keenam : Rumusan dan Cadangan. Dalam bab keenam penulis membuat rumusan dan kesimpulan terhadap huraianhuraian yang telah dibuat pada bab-bab sebelumnya. Dalam bab ini dinyatakan juga cadangan-cadangan penulis terhadap penulisan-penulisan yang akan datang berdasarkan pengalaman dan masalah-masalah yang dipelajari sepanjang menyiapkan dan menyempurnakan penulisan kecil ini agar manfaat yang diperolehi dapat dirasai oleh semua pihak yang memerlukannya. 12

1.10 KESIMPULAN Penulis merasakan pemilihan tajuk ini yang merupakan satu unsur nahu memerlukan usaha yang tidak sedikit dan tidak kecil. Kepuasan dalam mendalami dan memahami pengecualian mubtada nakirat dan khabar ma rifat akan dicapai apabila penulis berjaya mengumpulkan data, menganalisisnya seterusnya membuat penjelasan terhadap persoalan tersebut. Segala tunjuk ajar dan bimbingan serta panduan dari pihak yang memberikan perhatian amatlah diharapkan dalam usaha penulis meneruskan tradisi mencintai ilmu bahasa al-quran ini. Semoga manfaat dari penulisan kecil ini akan dikongsi bersama pencinta-pencinta ilmu yang lain. 13