1.1 Apakah itu FrogPlay? Mengakses Kuiz Pra-Bina. 2

dokumen-dokumen yang mirip
Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

15. Menghantar Tugasan menggunakan Laman / Site

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYFIT INSTITUT SUKAN NEGARA

Panduan Mula Ringkas. Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.

NOTA 3: Dashboard Sekolah (School Dashboard) 1. Mengedit Dashboard Sekolah

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM PENTADBIR HRMIS

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

Sistem e-transit Modul Pergerakan

PANDUAN PENGGUNAAN. Kandungan

Menggunakan Office 365 pada telefon Android anda

Projek. Panduan Mula Ringkas. Menjejak tugas anda. Melihat tugas pada garis masa

Panduan Mula Cepat. Bar Alat Capaian Segera Perintah di sini sentiasa kelihatan. Klik kanan perintah untuk menambahkannya di sini.

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel HELAIAN MARKAH

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

Sistem Pengurusan ISO UPM (eiso) : Modul Pengurusan Audit Dalaman (espad)

PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENULISAN KES

4 Eatery Eatery Lihat... 26

MANUAL e-gerak JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNNS)

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

/7720/7805.

e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

MANUAL PENGGUNAAN MySETOMS (PELAJAR)

Menambah gambar Tambah satu atau lebih gambar pada penerbitan anda dari komputer anda, dari galeri lukisan klip Office.com atau dari Web.

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016

Rajah 1: Carta Aliran Proses Kerja Sistem eaudit MULA. Log masuk ke Sistem eaudit. Pilih menu Maklumat Audit

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

Aplikasi Pengurusan Diabetes. Manual Arahan

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

1. Laman Utama Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum. 2. Klik pada menu Manual Pengguna. Sila muat turun manual untuk pengguna Sekolah.

Apabila pengguna daftar masuk ke H-MagSys,unit bekerja dan lokasi stok akan ditunjukkan di bawah skrin utama.

Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

Universiti Teknologi Malaysia

Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

Pengenalan (Modul Wajaran KPI)

DIARI ONLINE. Versi Mei PPKT, KAMPUS KEJURUTERAAN

URL : Manual penggunaan sistem Pro-Ads: 1. Memulakan sistem

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

MANUAL PENGGUNA : PENTADBIR SISTEM LAMAN WEB PENILAIAN PBL ONLINE

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM SERVISDESK

MyBR1M. 1. MENU MyBR1M

Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPAJSK) MANUAL PENGGUNA BAGI GURU

Hanya beberapa klik kemudian, pesanan anda sedia untuk dicetak. Bergantung di mana anda tinggal, dan jenis produk yang anda rekan, anda boleh:

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SENARAI UTAMA PERKHIDMATAN SOKONGAN ICT

CARA LOGIN KALI PERTAMA

Modul Latihan. 1.0 Memulakan Google+ Hangouts (Guru)

Pembelajaran Pada Bila-Bila Masa Dimana Jua JPA. Manual Pengguna EPSA

Android Apps / Aplikasi Android

epermohonan SABK Negeri Kedah Isi Kandungan

iperkeso Portal Majikan

Jadikannya milik anda Cari Menguruskan tugas mesej dalam Senarai Mesej Pandangan Backstage Melakukan tindakan lanjut Fail dalam Bar Untuk Dilakukan

UMS Manual Pentadbir Sistem MSD Technology Sdn Bhd MANUAL LATIHAN: USP MONITORING SYSTEM (UMS)

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

ZULKIFLI ALANG MAHAT. 1 P a g e

Sistem ehousemanship

PEROLEHAN PERKHIDMATAN LUAR TALIAN DENGAN NOTA PELARASAN DEBIT

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PELBAGAI MELALUI PORTAL MYUPSI (MISCELLANEOUS ADVANCE APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Panduan Permohonan Kemasukkan

PEROLEHAN PRODUK LUAR TALIAN DENGAN NOTA PELARASAN KREDIT

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Manual Pengguna. Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia

2. Apakah alamat laman web modul Pengurusan Murid (PM) dalam SPS?

PANDUAN MENGISI BORANG

Import Maklumat Murid ke dalam VLE

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS) SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE MANUAL PENGGUNA

PANDUAN PROSES PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI

SIPER V2 Sistem Tempahan Perabot

MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Panduan untuk Permohonan Tuntutan Lebih Masa

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN & CADANGAN DALAMAN (SACAD) VERSI 2.0 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

PEROLEHAN PRODUK LUAR TALIAN

PEROLEHAN PERKHIDMATAN LUAR TALIAN

Kebolehcapaian. Versi: Panduan Pengguna

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSIMODUL LAMAN WEB MUDAH DAN ONLINE BISNES

NOTA TAKLIMAT MODUL PENTADBIRAN SISTEM

MODUL PERMOHONAN PENGAJARAN SAMBILAN, KATEGORI PENTADBIR SISTEM

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) UPSR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Universiti Teknologi Malaysia

INTEGRATED STUDENTS INFORMATION SYSTEM (ISIS) Maklumat Murid dan Analisis Berpusat Secara On-line MANUAL PENGGUNA

SPemMPM Versi 7.0 MANUAL PERISIAN SISTEM PEMBAYARAN TUNTUTAN ELAUN PEMERIKSA MPM (MANUAL UNTUK PENGGUNAAN KP/TKP/KK/PEMERIKSA) Versi 7.

Permohonan On-line & Pengambilan Tingkatan 4

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

TUTORIAL PENGGUNAAN. Sistem VLMS

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE (SISTEM E-RECRUITMENT) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

TAJUK 8: PENYEDIAAN KRITERIA PENILAIAN KEWANGAN

Transkripsi:

1.0

KANDUNGAN 1.0 LANGKAH PERMULAAN 1.1 Apakah itu FrogPlay?. 2 1.2 Mengakses Kuiz Pra-Bina. 2 2.0 MENGGUNAKAN KUIZ DALAM LAMAN 2.1 Menambah Kuiz Ke Dalam Laman. 4 2.2 Melihat Keputusan Kuiz Dari Paparan Data. 4 3.0 MENGGUNAKAN FROGPLAY KUIZ DALAM TUGASAN 3.1 Menugaskan Kuiz. 8 3.1.1 Dari FrogDrive 3.1.2 Dari Tugasan 3.1.3 Dari Laman 3.2 Menanda Kuiz. 9 3.3 Mengakses Laporan Lanjutan Dari Tugasan. 10 3.4 Memberi Maklum Balas Kuiz. 11 3.4.1 Menanda Bendera Pada Soalan 4.0 MENGAKSES DASHBOARD GURU DALAM FROGPLAY 4.1 Laman Utama. 13 4.1.1 Perbandingan Penggunaan 4.1.2 Penggunaan Mengikut Tahun 4.1.3 Penggunaan Mengikut Subjek 4.2 Papan Pendahulu. 14 5.0 LAPORAN 5.1 Laporan Gambaran Keseluruhan Sekolah. 17 5.2 Laporan Subjek. 18 5.3 Laporan Penggunaan Pelajar. 21 5.4 Laporan 7 Hari. 24 5.5 Mengubah Suai Dan Memuat Turun Laporan Anda 25 5.5.1 Memasukkan Kata Kunci Carian 5.5.2 Menggunakan Menu Ke Bawah Berbeza 5.5.3 Menapis Masa Dan Tarikh 5.6 Memuat Turun Laporan. 26 6.0 PROFIL 6.1 Sistem Mata. 28

6.2 Mengedit Avatar. 29 6.2.1 Memilih Bahagian Avatar 6.2.2 Menukar Warna Bahagian Avatar 6.2.3 Menukar Warna Kulit Avatar 6.2.4 Merawatkkan Bahagian Avatar 6.2.5 Memuat Turun Avatar 7.0 LIHAT SEBAGAI PELAJAR 7.1 Halaman Utama FrogPlay (Bilik Pelajar) 34

1.0 LANGKAH PERMULAAN

1.0 LANGKAH PERMULAAN 1.1 Apakah itu FrogPlay? FrogPlay adalah modul tambahan dalam Frog VLE yang menyediakan kandungan percuma dan fungsi-fungsi tambahan untuk pengalaman kuiz yang berikut: Kuiz Pra-Bina Bank kuiz yang sedia digunakan dan boleh ditugaskan kepada pelajar dengan pantas dan mudah. Analisis Lanjutan Pengukuran prestasi pelajar dipertingkatkan, termasuk rakaman jawapan pelajar pada tahap soalan dan perbandingan prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Pilihan Kuiz Untuk Pelajar Pelajar boleh memilih kuiz yang ingin dijawab dari bank kuiz yang sedia digunakan. Permainan Pelajar boleh bermain permainan yang menarik dan menyeronokkan di antara soalan untuk meningkatkan motivasi dan minat (jika diizinkan oleh guru). 1.2 Mengakses Kuiz Pra-Bina Dengan FrogPlay, anda boleh mengakses bank kuiz yang sedia digunakan yang boleh anda tugaskan atau kongsi dengan pelajar dengan pantas dan mudah. 1. Buka FrogDrive dengan mengklik pada bar Frog anda. 2. Klik Kuiz dalam menu di sebelah kiri. 3. Klik FrogPlay Kuiz untuk melihat kuiz pra-bina yang tersedia untuk anda. 4. Klik untuk melihat soalan-soalan di dalam setiap kuiz.

2.0 MENGGUNAKAN KUIZ DALAM LAMAN 2.0 USING QUIZZES IN A SITE 2.0 USING QUIZZES IN A SITE 2.0 MENGGUNAKAN KUIZ DALAM LAMAN

Kuiz boleh dijadikan sebagai sebahagian dari laman. Anda boleh memberikan kuiz kepada pelajar pada bila-bila masa dan mereka boleh menjawab kuiz sebagai antara kaedah mengulang kaji pelajaran. 2.1 Menambah Kuiz Ke Dalam Laman 1. Dalam Laman baru atau yang sedia ada, seret dan lepas widget Kuiz ke dalam Laman. 2. Klik widget Kuiz dua kali untuk membuka tetapan widget. 3. Di bawah tetapan widget, klik. 4. FrogDrive akan terbuka dan anda boleh membuat kuiz baru atau menggunakan kuiz yang sedia ada. a. Untuk membuka kuiz baru, klik. b. Untuk menggunakan kuiz yang sedia ada, pilih kuiz dan klik. 5. Kuiz akan dimasukkan ke dalam Laman. 6. Untuk menyimpan Laman anda, klik. 2.2 Melihat Keputusan Kuiz Dari Paparan Data Jika anda mempunyai akses Edit dan Urus (Pentadbir) Laman dan telah memasukkan item pengumpulan data seperti kuiz, tinjauan atau borang, anda tentunya mahu melihat data yang dikumpul oleh item-item tersebut. Paparan Data adalah alatan untuk melihat data yang dikumpul. Ia boleh diakses berdasarkan laman ke laman dan turut menyediakan anda keupayaan untuk mengeksport data yang telah dikumpulkan. 1. Untuk mengakses Paparan Data, layari laman berkaitan untuk melihat data yang dikumpulkan dan pada menu navigasi yang terdapat di sebelah Frog Head, klik pada Laman dan kemudian klik Paparan Data.

2. Dalam Paparan Data, klik pada ikon di menu sebelah kiri untuk melihat data kuiz yang dikumpulkan dari laman yang telah anda pilih. Semasa melihat data sesuatu kuiz, kawasan ringkasan akan memaparkan: Nama kuiz Berapa kali pengguna telah menjawab kuiz (jumlah penghantaran) Bilangan pengguna yang berkongsi laman tersebut Tarikh dan masa penghantaran pertama Tarikh dan masa penghantaran yang paling terkini Kawasan ringkasan juga memaparkan graf yang menunjukkan jumlah penghantaran setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Jika kuiz tersebut aktif dalam tempoh kurang daripada 14 hari, graf akan dipaparkan dalam format hari, di antara 14 dan 59 hari dalam mingguan atau 60 hari dan ke atas dalam bulanan. Ruangan data kuiz juga akan dipaparkan dan ia boleh dieksport dalam format CSV: Nama Pengguna - Nama pengguna individu yang menjawab kuiz. Nama - Nama penuh individu yang menjawab kuiz. Mula - Tarikh dan masa pengguna mula menjawab kuiz. Tamat - Tarikh dan masa pengguna selesai menjawab kuiz. Skor - Skor terakhir yang diperolehi, berdasarkan kepada soalan yang dijawab dengan betul pada kali pertama dan yang dijawab betul dalam percubaan yang lain. Jawab bagi Kali Pertama - Bilangan soalan yang dijawab dengan betul pada kali pertama. Jawab Selepas Cubaan - Bilangan soalan yang dijawab dalam percubaan, selepas pada mulanya dijawab dengan salah.

Jumlah Cubaan Semula - Bilangan percubaan fizikal yang dibuat oleh pengguna yang menjawab kuiz ini, ini bukannya bilangan soalan yang dijawab. Untuk mengeksport data, klik menu tindakan, dan klik Eksport. Sebaik sahaja Eksport diklik, data akan dimuat turun secara automatik ke dalam peranti anda dalam bentuk fail CSV.

3.0 MENGGUNAKAN FROGPLAY KUIZ DALAM TUGASAN

3.0 MENGGUNAKAN FROGPLAY KUIZ DALAM TUGASAN Kuiz boleh dijadikan sebagai tugasan pelajar untuk disiapkan sebagai kerja rumah. 3.1 Menugaskan Kuiz Setelah kuiz dihasilkan, terdapat tiga cara untuk menjadikannya sebagai tugasan pelajar: Dari FrogDrive Dari Tugasan Dari Laman 3.1.1 Dari FrogDrive 1. Klik FrogDrive pada bar Frog. 2. Klik Kuiz pada menu di sebelah kiri. 3. Klik FrogPlay Kuiz pada menu di sebelah kiri. 4. Klik Kuiz yang ingin dijadikan ditugaskan. Kuiz akan terserlah dalam warna biru. 5. Klik menu tindakan, kemudian kemudian klik 'Tugaskan'. 6. Tetingkap Tugasan Baru akan muncul. Ikut arahan untuk memasukkan nama tugasan, subjek, arahan dan penerima. 7. Klik. 3.1.2 Dari Tugasan 1. Klik Pelancar Pantas pada bar Frog. 2. Klik Tugasan. 3. Klik. 4. Masukkan nama tugasan, subjek, arahan, penerima dan tarikh. 5. Dalam seksyen 'Tambah sumber ke dalam tugasan, klik. 6. Navigasi ke kuiz yang anda ingin tugaskan, pilih kuiz dan klik. 7. Klik untuk menugaskan kuiz anda.

3.1.3 Dari Laman 1. Selepas kuiz ditambah ke dalam Laman (lihat seksyen 2.1), klik. 2. Klik Tugaskan. 3. Masukkan butiran tugasan anda dan klik. Nota: Setelah pelajar selesai menjawab kuiz yang menjadi tugasan mereka, anda kemudiannya boleh melihat keputusan mereka dalam aplikasi Tugasan. 3.2 Menanda Kuiz Anda boleh menentukan jumlah markah yang boleh diperolehi oleh seseorang pelajar untuk setiap jenis soalan, apabila mereka menjawabnya dengan betul. Andalah yang akan menentukan ukuran unit pemarkahan (cthnya, kesukaran soalan, pemberat, kreativiti dan sebagainya). Untuk berbuat demikian, masukkan markah di bawah setiap soalan semasa anda membuat kuiz. Di bahagian akhir, pembina kuiz akan merumuskan markah keseluruhan yang diperolehi oleh pelajar anda secara automatik. Nota: Untuk tugasan yang perlukan markah, pemberitahuan tajuk Perlukan Markah. akan dipaparkan di bawah 1. Klik Pelancar Pantas pada bar Frog anda. 2. Klik pada Tugasan. 3. Klik pada tugasan yang anda ingin berikan markah. 4. Pilih pelajar yang anda ingin berikan markah atau klik untuk memberi markah ke atas setiap tugasan pelajar secara satu persatu. 5. Markah kuiz anda akan diimport secara automatik ke dalam kotak di sebelah kanan, Markah Aktiviti.

6. Teruskan dengan menandakan aktiviti-aktiviti anda yang lain dan masukkan markah penuh untuk keseluruhan tugasan ke dalam kotak Markah Diberi. 7. Masukkan maklum balas tentang prestasi pelajar ke dalam tugasan mereka, di dalam kotak Komen Keseluruhan dan lengkapkan proses ini dengan mengklik. 3.3 Mengakses Laporan Lanjutan Dari Tugasan Untuk melihat keputusan kuiz yang pelajar anda siapkan, anda perlu terlebih dahulu mengakses aplikasi tugasan. 1. Klik Pelancar Pantas pada bar Frog. 2. Klik. 3. Pilih tugasan yang anda ingin lihat analisisnya dan klik Papar Laporan. Tindakan ini akan membuka Analisis lanjutan yang disediakan oleh FrogPlay.

3.4 Memberi Maklum Balas Kuiz Ciri ini disediakan kepada pengguna bagi membolehkan kami memperbaiki kuiz FrogPlay kami. Dengan meletakkan bendera, anda akan memaklumkan kami soalan tertentu di dalam kuiz yang perlu untuk pasukan kami berikan perhatian. 3.4.1 Menanda Bendera Pada Soalan Ciri ini disediakan kepada pengguna bagi tujuan menambah baik kualiti kuiz FrogPlay. Dengan menandakan soalan, anda dapat memaklumkan kami tentang soalan-soalan tertentu di dalam kuiz yang perlu disemak semula. Untuk meletakkan bendera pada soalan: 1. Buka FrogDrive. 2. Klik Kuiz pada menu di sebelah kiri. 3. Klik untuk melihat soalan-soalan yang terdapat di dalam setiap kuiz. 4. Klik ikon bendera untuk menanda bendera pada soalan. 5. Tab akan terbuka di sebelah kanan: Masukkan maklum balas anda ke dalam kotak teks tentang mengapa anda menanda bendera pada soalan tersebut (cthnya, Kesalahan tatabahasa, kandungan yang salah, salah eja dll) 6. Skrol ke bawah dan klik. 7. Anda akan dimaklumkan tentang maklum balas anda yang telah dihantar.

4.0 MENGAKSES DASHBOARD GURU DALAM FROGPLAY

4.0 MENGAKSES DASHBOARD GURU DALAM FROGPLAY 1. Untuk mengakses FrogPlay, klik Pelancar Pantas pada bar Frog anda. 2. Klik. 4.1 Laman Utama Sebaik anda mengklik FrogPlay dari Pelancar Pantas, anda akan melihat skrin utama berikut: 1. Perbandingan Penggunaan 2. Penggunaan Mengikut Tahun 3. Penggunaan Mengikut Subjek 4.1.1 Perbandingan Penggunaan Di sebelah kiri, anda dapat melihat jumlah masa yang dihabiskan oleh pelajar pada setiap bulan untuk menjawab kuiz, selama satu tahun akademik. Di sebelah kanan pula, anda dapat melihat jumlah statistik penggunaan seperti jumlah masa yang dihabiskan, bilangan kuiz dan jumlah soalan yang dijawab pada bulan semasa. Carta ini digunakan sebagai ringkasan penggunaan bagi bulan semasa dan akan menunjukkan aliran penggunaan di sepanjang tahun.

4.1.2 Penggunaan Mengikut Tahun Di sini anda dapat melihat jumlah keseluruhan masa yang dihabiskan pelajar untuk menjawab kuiz, mengikut tahun di mana mereka berada. Sebagai contoh, paparan data 50%: Form 5 bermaksud, daripada keseluruhan masa yang dihabiskan untuk kuiz tahun ini, separuh daripadanya adalah untuk pelajar tingkatan 5. Carta ini digunakan untuk mengenal pasti pelajar manakah yang menghabiskan masa paling banyak untuk menjawab kuiz. Nota: Jika pelajar Tahun 5 menjawab kuiz yang disediakan untuk pelajar Tahun 6, penggunaan tersebut akan direkodkan di bawah Tahun 5 kerana nombor yang direkodkan adalah berdasarkan kepada tahun di mana pelajar tersebut berada. 4.1.3 Penggunaan Mengikut Subjek Bahagian ini menunjukkan jumlah pelajar masa dihabis oleh pelajar untuk menjawab kuiz, mengikut subjek. Sebagai contoh, paparan data 30%: English bermaksud, daripada jumlah keseluruhan masa yang dihabiskan untuk kuiz, satu pertiga daripadanya adalah untuk kuiz Bahasa Inggeris. Laporan ini merangkumi semua data dari kuiz yang telah dijawab oleh pelajar, termasuk kandungan Bahasa Inggeris percuma yang disediakan bersama kuiz-kuiz yang dihasilkan oleh guru. 4.2 Papan Pendahulu Dengan mengklik 'Leaderboards pada bar menu FrogPlay, anda akan dibawa ke halaman Leaderboards. Di sini anda akan melihat kedudukan pelajar di dalam sekolah anda mengikut mata yang mereka perolehi setelah menyelesaikan kuiz.

Untuk setiap pelajar, anda akan melihat: Nama pelajar Jumlah mata diperolehi Avatar pelajar Kedudukan dalam papan pendahulu Papan pendahulu ini boleh ditapis mengikut kedudukan pelajar berdasarkan kepada permainan yang dimainkan semasa menyelesaikan kuiz.. 1. Klik Filter Leaderboards di sebelah kanan skrin. 2. Pilih permainan dari senarai menu turun ke bawah.

5.0 LAPORAN

5.0 LAPORAN Dengan mengklik 'Reports pada bar menu FrogPlay, anda akan dipaparkan dengan 4 jenis laporan: 1. Gambaran Keseluruhan Sekolah 2. Laporan Subjek 3. Penggunaan Pelajar 4. Laporan 7 Hari Nota: Semua laporan hanya tentang tahun akademik semasa. Untuk menyimpan rekod setiap tahun, anda boleh mengeksport data ke dalam fail CSV pada penghujung tahun (rujuk seksyen 5.6). Dalam semua laporan berkaitan, tiga warna utama digunakan bagi membezakan prestasi pelajar yang membolehkan anda mengenal pasti pelajar manakah yang masih bersusah payah memahami sesuatu topik dan pelajar manakah pula yang boleh beralih ke topik seterusnya: Merah (Julat markah 0-39%) Amber (Julat markah 40-69%) Hijau (Julat markah 70-100%) 5.1 Gambaran Keseluruhan Sekolah (School Overview Report) School Overview memaparkan ringkasan penggunaan kuiz di sekolah, daripada bermulanya tahun akademik persekolahan sehinggalah ke hari ini. Laporan ini tentunya berguna untuk Pengetua / Guru Besar serta Kumpulan Kepimpinan Kanan Sekolah untuk menilai penggunaan dan prestasi pelajar di sepanjang tahun School Overview Report memaparkan maklumat-maklumat berikut:

Student Statistics (Statistik Pelajar): Memaparkan jumlah masa dan peratus pelajar yang melog masuk, jumlah masa yang mereka habiskan untuk menjawab kuiz dan purata masa yang diambil oleh seseorang pelajar untuk menjawab kuiz. Teacher Statistics (Statistik Guru): Memaparkan jumlah masa dan peratus guru yang telah melog masuk, jumlah kuiz yang dihasilkan dan jumlah kuiz yang dijadikan tugasan. Year Statistics (Statistik Tahunan): Memaparkan jumlah log masuk dan jumlah masa yang dihabiskan untuk kuiz. Department Overview: (Gambaran Keseluruhan Jabatan): Memaparkan jumlah masa yang dihabiskan untuk kuiz mengikut subjek. Year Overview (Gambaran Keseluruhan Tahun): Memaparkan jumlah masa yang dihabiskan untuk kuiz mengikut tahun pelajar. Independent Learning Hours (Waktu Pembelajaran Sendiri): Memaparkan jumlah masa yang dihabiskan untuk kuiz setiap bulan, di sepanjang tahun akademik. Carta bar ini kemudiannya dipecahkan lagi mengikut bulan berdasarkan di tahun manakah pelajar tersebut berada. 5.2 Laporan Subjek (Subject Report) Subject Report memaparkan prestasi pelajar mengikut subjek. Laporan ini tentunya berguna untuk Pengetua / Guru Besar serta Kumpulan Kepimpinan Kanan Sekolah untuk mengukur dan membandingkan penggunaan dan prestasi pelajar di antara jabatan atau subjek.

Untuk melihat maklumat lanjut dalam Subject Report: 1. Klik Phase yang anda mahu (cthnya, Upper Primary) untuk melihat butiran lanjut. 2. Gunakan menu ke bawah untuk memilih tahun dan kelas. Anda juga boleh menetapkan julat tarikh untuk melihat data bagi tempoh tertentu. Jika anda tidak menetapkan tempoh masa, julat tarikh lalai akan ditetapkan mengikut hari pertama dan hari terakhir pada tahun tersebut (1 Januari hingga 31 Disember).

3. Sekarang anda dapat melihat butiran prestasi pelajar mengikut subjek di separuh bawah halaman. Klik subjek untuk melihat butiran yang lebih terperinci. 4. Klik pada nama kuiz untuk melihat butiran terperinci. 5. Ia akan membawa anda ke satu laporan terperinci dan anda boleh melihat jumlah masa (total time), bilangan percubaan (total attempts), skor maksimum (maximum score), skor pertama (first score), skor terakhir (last score) dan markah purata (average mark).

Di bawah Questions Answered Incorrectly, dengan mengklik Question anda akan dapat melihat prebiu soalan, manakala apabila anda mengklik bilangan pelajar yang menjawab soalan dengan salah, anda akan dapat melihat nama pelajar dipaparkan di atas halaman. 5.3 Penggunaan Pelajar (Student Usage) Student usage memaparkan prestasi seseorang pelajar dalam semua subjek. Laporan ini sangat berguna untuk guru kelas atau guru subjek kerana mereka dapat melihat prestasi pelajar bagi subjek-subjek yang berbeza di sepanjang tahun akademik. Untuk melihat butiran lanjut Student Usage: 1. Gunakan menu ke bawah untuk memilih tahun dan kelas. Anda juga boleh menetapkan julat tarikh untuk melihat data bagi tempoh tertentu. Jika anda tidak menetapkan tempoh masa, julat tarikh lalai akan ditetapkan mengikut hari pertama dan hari terakhir pada tahun tersebut (1 Januari hingga 31 Disember).

2. Kini butiran prestasi pelajar dipaparkan di separuh bawah halaman: Last name (Nama khir) First name (Nama pertama) Total time (Jumlah masa (Masa dihabiskan untuk kuiz)) Average score (Skor Purata) Last Accessed (Tarikh dan masa terahir pelajar mengakses kuiz) 3. Klik nama pelajar untuk melihat prestasi pelajar untuk subjek-subjek yang berlainan. 4. Klik nama subjek bagi melihat prestasi pelajar menjawab kuiz bagi subjek tersebut. 5. Klik nama kuiz untuk melihat butiran prestasi pelajar untuk kuiz tersebut.

6. Butiran prestasi pelajar untuk setiap percubaan dan setiap soalan dalam kuiz akan dipaparkan. Untuk melihat soalan dan jawapan yang betul /salah, klik soalan yang dipaparkan. Untuk melihat butiran setiap percubaan pelajar, klik tarikh untuk setiap percubaan tersebut.

Semasa melihat laporan latihan pelajar untuk percubaan yang dipilih, anda akan melihat butiran ringkasan untuk semua percubaan dan butiran untuk percubaan tertentu. Skrol ke bawah dan klik soalan tertentu untuk melihat butiran lanjut tentang prestasi pelajar terhadap soalan kuiz. 5.4 Laporan 7 Hari (7 Day Report) 7 Day Report memaparkan ringkasan masa yang dihabiskan untuk kuiz secara mingguan. Laporan ini berguna untuk Pengetua / Guru Besar, Pasukan Kepimpinan Kanan serta guru-guru yang ingin melihat aliran penggunaan secara mingguan. Laporan ini memaparkan: Last name (Nama akhir) First name (Nama pertama) Masa yang dihabiskan untuk kuiz minggu ini Masa yang dihabiskan untuk kuiz minggu lepas Masa yang dihabiskan untuk kuiz 2 minggu lepas Masa yang dihabiskan untuk kuiz 3 minggu lepas Peningkatan prestasi pelajar dapat dilihat dengan adanya anak panah ke atas yang berwarna hijau, manakala penurunan prestasi pula ditandakan dengan anak panah berwarna merah. Anda boleh menapis maklumat mengikut Year (Tahun), Class (Kelas) dan Group (Kumpulan) dengan menggunakan menu ke bawah di bahagian atas halaman.

Anda juga boleh menatal dengan butang navigasi bahagian bawah halaman untuk melihat lebih ramai pelajar. di 5.5 Mengubah Suai dan Memuatu Turun Laporan Anda boleh mengubah suai laporan anda dengan mencari data tertentu dan menapis data. Anda juga boleh memuat turun laporan untuk analisis lanjut atau untuk tujuan simpanan. 5.5.1 Memasukkan Kata Kunci Semasa melihat laporan, gunakan bar carian berwarna biru untuk membantu anda mencari laporan tertentu. Taipkan kata kunci berkaitan dengan carian anda (contohnya untuk Laporan Subjek - Bahasa Malaysia atau untuk penggunaan pelajar, taipkan Student X) ke dalam bar carian, dan tekan butang Enter untuk carian. 5.5.2 Menggunakan Menu Ke Bawah Yang Berbeza Gunakan menu ke bawah berbeza yang disediakan (Year, Class dan User Type) dengan cara mengkliknya dan membuat pilihan yang dikehendaki bagi mengecilkan carian anda. 5.5.3 Menapis Masa dan Tarikh Semasa melihat laporan, anda juga boleh menapis laporan berdasarkan kepada masa dan tarikh tertentu. 1. Klik ikon untuk membuka kalendar. 2. Dalam kalendar, gunakan anak panah ke belakang dan ke depan untuk menavigasi di antara bulan. 3. Klik tarikh tertentu untuk memilih tarikh bermulanya laporan anda. Tarikh tersebut akan diserlahkan dengan warna biru apabila dipilih. 4. Untuk memilih masa tertentu laporan (pilihan), klik.

5. Gunakan anak panah ke atas dan ke bawah untuk mengeset tarikh berdasarkan jj:mm:ss 6. Teruskan dengan mengklik mana-mana bahagian di luar tetapan tetapan. 7. Setelah anda memilih tempoh masa yang anda mahu, ulang langkah 1hingga 6 untuk menetapkan tarikh/masa akhir laporan anda. Untuk membersihkan tetapan/penapis carian, klik carian. di sebelah kanan bar 5.6 Memuat Turun Laporan Sebaik sahaja anda selesai membuat carian dan berjaya menemui laporan yang anda kehendaki, klik untuk memuat turun laporan tersebut ke desktop anda. Apabila butang biru tersebut diklik, muat turun laporan anda dalam format CSV akan diaktifkan

6.0 PROFIL

6.0 PROFIL Untuk melihat profil anda, klik nama pengguna anda di sebelah kanan menu FrogPlay, diikuti dengan mengklik Avatar. Kini avatar anda dipaparkan dan lakukan beberapa fungsi berlainan untuk menghias avatar tersebut. Avatar ini adalah ikon peribadi anda yang boleh diubah suai mengikut citarasa anda. 6.1 Sistem Mata Beberapa bahagian untuk Avatar anda boleh ditebus atau dibeli dengan mata yang diperolehi. Keseluruhan mata yang anda miliki dipaparkan di sudut kanan atas profil anda. Untuk membantu anda menggunakannya, setiap pengguna diberikan mata berikut: Guru: 100,000 mata Pelajar: 600 mata Ini akan menggalakkan pelajar merebut lebih banyak mata dengan cara menjawab kuiz.

6.2 Mengedit Avatar Untuk mengubah suai avatar anda, anda boleh memilih bahagian-bahagian berbeza yang boleh disesuaikan dengan warna dan kulit avatar anda. 6.2.1 Memilih Bahagian Avatar 1. Klik pada. 2. Klik kategori yang ingin dilihat (contohnya, Tops). 3. Klik bahagian avatar untuk mencubanya. Kos untuk setiap bahagian dipaparkan dalam kotak oren. Bahagian tanpa kotak oren adalah percuma digunakan.

Tip: Gunakan butang navigasi lebih lanjut. di bawahnya untuk melihat 4. Untuk memindahkan atau bahagian avatar yang baru anda tambah, gunakan butang Nudge. 5. Jika bahagian yang anda pilih perlu 'dibeli' dengan mata anda, kosnya akan dapat dilihat di bahagian bawah avatar anda: 6. Klik Add to Basket jika anda pasti anda mahu membelinya. Secara automatik ia akan ditambah ke dalam troli membeli-belah anda. 7. Setelah berpuas hati dengan avatar anda, klik Save untuk meneruskan. 8. Jika bahagian yang dipilih perlu 'dibeli' dengan menggunakan mata anda, senarai pembelian anda akan muncul. 9. Untuk mengeluarkan item dari senarai, klik di bahagian atas sebelah kanan item. 10. Untuk mengeluarkan semua item dari senarai, klik.

11. Jika anda mahu mengesahkan semula senarai pembelian anda dan membuat pembayaran, klik. 12. Sebaik sahaja item-item berjaya ditambah, mesej akan dipaparkan dengan menyatakan bahawa iamable anda telah berjaya disimpan. 6.2.2 Menukar Warna Bahagian Avatar Anda boleh mengubah suai sebahagian besar warna bahagian avatar anda mengikut citarasa anda. 1. Pilih ciri kategori yang anda mahu tukarkan warnanya (tidak semua ciri boleh diedit). 2. Klik di kiri atas halaman anda. 3. Palet warna akan muncul di tengah-tengah halaman. Legarkan tetikus pada palet untuk melihat warna-warna berbeza yang disediakan dan klik warna yang anda mahu dengan kanta pembesar. 4. Ia akan mengubah warna ciri yang dipilih. Nota: Jika warna avatar tidak berubah, itu bermaksud ciri tersebut tidak boleh diedit. 5. Simpan perubahan dengan mengklik. 6.2.3 Menukar Warna Kulit Avatar 1. Klik di kiri atas halaman. 2. Palet warna akan terpapar di tengah-tengah halaman anda. Legarkan pada palet untuk melihat warna-warna berbeza yang tersedia dan klik warna yang anda mahu dengan kanta pembesar. 3. Ia akan mengubah warna ciri yang dipilih. Nota: Jika warna avatar tidak berubah, itu bermaksud ciri tersebut tidak boleh diedit.

4. Simpan perubahan dengan mengklik. 6.2.4 Merawakkan Bahagian Avatar Untuk mencipta avatar berdasarkan bahagian-bahagian yang dipilih secara rawak oleh sistem, klik. 6.2.5 Memuat Turun Avatar 1. Klik. 2. Pilih di antara atau dengan mengklik salah satu: Untuk menyimpan avatar dengan latar belakangnya, klik. Untuk menyimpan avatar tanpa latar belakangnya, klik. 3. Klik Save.

7.0 LIHAT SEBAGAI PELAJAR

7.0 LIHAT SEBAGAI PELAJAR Untuk melihat FrogPlay sebagai pelajar, klik nama pengguna anda di kanan menu FrogPlay, kemudian klik View Student Room. Anda akan dibawa ke Bilik Pelajar.. 7.1 Halaman Utama FrogPlay (Bilik Pelajar) Dengan mengklik bahagian-bahagian berbeza dalam halaman pada skrin Pelajar, fungsi-fungsi berbeza Play akan ditawarkan kepada pelajar. Berikut adalah fungsi-fungsi berbeza yang diberikan kepada setiap pelajar melalui FrogPlay: a) Kertas Dinding (Wallpapers) b) Profil (Profile) c) Pencapaian (Achievements) d) Laporan (Reports) e) Kuiz (Quizzes) f) Rakan (Buddies) g) Masa Dihabiskan (Time Spent) h) Papan Pendahulu (Leaderboards) Untuk mengetahui tentang bagaimana mahu memanfaatkan fungsi-fungsi ini, sila lihat Panduan Pelajar.