BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Model Pengurusan Strategik

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

ARAHAN: ( )

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

2.0 PENYATAAN MASALAH

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

ANALISIS KERJAYA DIRI

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

LAPORAN PENYELIDIKAN

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Seterusnya yang terakhir, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. 5.1 Rumusan Kajian Hasil daripada analisis kajian mendapati majoriti daripada responden adalah terdiri daripada golongan pelajar perempuan dan kebanyakan responden terdiri daripada golongan pelajar dalam lingkungan umur 18 tahun dan ke bawah. Dapatan kajian juga mendapati majoriti mereka yang memilih belajar bahasa Arab adalah kerana minat untuk mendalami bahasa al-quran ini di samping untuk memenuhi keperluan semasa. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan atau menambah minat pelajar terhadap bahasa ini. Daripada hasil dapatan soal selidik yang diedarkan kepada responden berkenaan dengan minat pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab, didapati setiap item yang dikemukakan mempunyai min yang lebih daripada 4.14 seperti dalam jadual 4.2. Ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai persepsi yang baik terhadap 140

penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat permulaan. Dari segi keberkesanan, hasil analisis keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walaupun begitu, hasil perbandingan antara skor min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan amat meningkat. Di samping itu, daripada data hasil kajian soal selidik yang diedarkan kepada responden berkaitan dengan kesan implementasi perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab menunjukkan majoriti min setiap item tidak kurang daripada 4.1 seperti dalam jadual 4.10. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju animasi memberi kesan yang positif kepada mereka sebagai bahan bantu dalam pembelajaran bahasa Arab terutama dari segi menjimatkan masa dan memudahkan pemahaman mereka dalam pelajaran bahasa Arab. Sementara itu, hasil daripada analisis soal selidik dan pemerhatian yang dibuat terhadap permasalahan penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab, didapati min skala bagi setiap item tidak melebihi 2.7. Ini menunjukkan persepsi responden terhadap masalah yang timbul daripada penggunaan animasi adalah negatif. Dengan erti kata lain, masalah-masalah yang timbul tidak memberi kesan besar kepada mereka dalam pembelajaran bahasa Arab dan masalahmasalah tersebut dapat diatasi dengan sebaik mungkin. 141

5.2 Dapatan Kajian Perbincangan tentang dapatan kajian adalah berdasarkan soalan-soalan kajian. Sehubungan dengan itu dapatan kajian yang dibincangkan ini akan menjawab soalan kajian iaitu sejauhmana minat pelajar terhadap penggunaan perisian animasi sebagai bahan bantu mengajar dalam pembelajaran bahasa Arab, masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa implementasi bahan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dan sejauhmana penggunaan perisian animasi dapat memberi kesan kepada pelajar dalam menguasai bahasa Arab sebagai bahasa kedua dengan baik. 5.2.1 Minat pelajar terhadap penggunaan perisian animasi sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa Arab. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Ini dibuktikan dengan hasil analisis soal selidik yang menunjukkan min skala bagi kesemua item yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap penggunaan animasi adalah tidak kurang daripada 4.1 (rujuk jadual 4.2) dan tidak ada dalam kalangan responden yang menunjukkan tidak minat terhadap implementasi perisian tersebut. Ini menunjukkan pelajar berminat terhadap penggunaan animasi sebagai bahan bantu mengajar. Berdasarkan hasil analisis kajian terhadap sebab-sebab responden berminat menggunakan animasi sebagai bahan bantu dalam pembelajaran bahasa Arab, didapati seramai 90% (18 orang) responden bersetuju bahawa animasi dapat 142

menguntungkan dan menjimatkan masa pelajar dan ini merupakan alasan utama pelajar meminati pembelajaran menggunakan bahan bantu animasi tersebut. Kebanyakan responden bersetuju bahawa penggunaan perisian animasi berjaya membantu mereka memahami isi kandungan pelajaran bahasa Arab dengan mudah dan lebih tertarik serta bermotivasi untuk mempelajari pelajaran tersebut. Dapatan ini juga disokong dengan hasil temu bual dengan beberapa orang guru bahasa Arab. Mereka berpendapat penggunaan animasi penting untuk membantu pelajar supaya lebih cepat memahami mata pelajaran dan mengelakkan rasa bosan dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan perisian animasi yang berkualiti dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu yang diajar. Antara kepentingan atau kelebihan animasi apabila ia digunakan dalam bidang pendidikan ialah dapat menarik perhatian pelajar dan juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Selain itu, ciri interaktif dalam perisian animasi dapat menarik perhatian pelajar dan membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Menurut Rusmini (2003), pembelajaran yang aktif didapati dapat menimbulkan sifat ingin tahu dan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Pengguna yang tertarik akan memberi lebih tumpuan pada persembahan isi kandungan yang ingin disampaikan dan seterusnya proses penyampaian maklumat dapat berlaku dengan lebih berkesan. Dapatan ini tidak bercanggah dengan teori pembelajaran Behaviouris iaitu mengatakan 143

pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Skinner (dalam Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003) setiap rangsangan yang diberi ke atas seseorang menyebabkan orang tersebut menghasilkan tindak balas ke atas rangsangan yang diberi. Apabila ini dapat dilakukan, pembelajaran akan berlaku dalam kalangan pelajar tersebut. Ini dapat dilihat dalam proses pembelajaran bahasa Arab yang dilakukan, minat pelajar terhadap subjek adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberi perhatian. Rangsangan yang pertama ialah subjek bahasa Arab dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik iaitu penggunaan perisian animasi. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimi iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar bahasa Arab. Pendapat ini disokong oleh Park & Gittelman (1992) iaitu sebarang pendekatan pembelajaran yang berjaya (termasuk multimedia) mestilah dapat menarik tumpuan pelajar. 5.2.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa penggunaan bahan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Berdasarkan hasil dapatan kajian, hanya segelintir sahaja daripada responden yang menyatakan mereka menghadapi masalah dalam pelajaran sepanjang penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Majoriti mereka tidak bersetuju penggunaan animasi mendatangkan masalah kepada pembelajaran mereka. Ini dapat dilihat daripada data analisis soal selidik yang diberikan kepada responden iaitu min skala bagi setiap item tidak melebihi 2.7 (rujuk jadual 4.3). 144

Ini menunjukkan persepsi responden terhadap masalah yang timbul daripada penggunaan animasi adalah negatif. Dengan erti kata lain, masalah-masalah yang timbul tidak memberi kesan besar kepada mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. 5.2.3 Keberkesanan penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab Berdasarkan hasil kajian, didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen pada aras keyakinan.05. Hasil keputusan statistik Ujian-t menunjukkan perbezaan nilai skor min bagi kedua-dua kumpulan pelajar tidak cukup besar untuk menolak hipotesis nul. Ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian animasi tidak memberi kesan kepada pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Namun begitu, hasil analisis ujian-t bagi perbandingan purata (min) markah ujian sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu animasi dalam pembelajaran bahasa Arab bagi kumpulan rawatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bagi pencapaian pelajar apabila dilaksanakan kaedah pembelajaran menggunakan perisian animasi sebagai bahan bantu mengajar. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa skor min dan sisihan piawai dalam pra ujian bahasa Arab adalah 51.00 dan 12.607 manakala skor min dan sisihan piawai selepas penggunaan animasi adalah 81.50 dan 9.310. Perbezaan skor min antara ujian tersebut ialah -30.500. Keputusan kajian adalah signifikan (t= -11.717, p<.001) 145

Selain daripada itu, hasil analisis soal selidik menunjukkan implementasi perisian animasi sebagai bahan bantu memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Arab. Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa animasi ini berkesan daripada beberapa aspek terutamanya dari segi video, suara, muzik, gambar dan sebagainya. Menurut Rosni Samah (2009), filem animasi banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur. Mendengar melalui menonton filem banyak memberi kesan kepada pelajar. Ini kerana mereka akan dapat memahami pendengaran tersebut melalui gambar yang ditontonnya itu. Dari sini mereka akan mengajuk suara yang didengari itu. Øallah Abdul Mujid al-arabi (1981) juga mengatakan gambar yang ditonton oleh pelajar banyak merangsang dalam penguasaan bahasa. Dengan hanya mendengar sahaja, pelajar kurang memberi perhatian dan memahami maknanya. Tetapi jika dengan adanya gambar khususnya gambar yang boleh mencuit perasaan, mereka akan memberi perhatian dan tumpuan yang lebih. Begitu juga dengan pandangan Bright dan Prokosch (1995) serta Kumar (1995) yang menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia yang melibatkan pelbagai media mampu menambahkan tempoh perhatian pelajaran seseorang pelajar dan juga dapat memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari bahan pembelajaran tersebut. Berdasarkan analisis soal selidik, didapati 95% (19 orang) responden bersetuju bahawa animasi dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria. Dapatan ini telah menyokong pernyataan yang telah dibuat oleh Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003) yang menyatakan bahawa animasi dapat menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Ia juga dapat 146

meningkatkan motivasi dan merangsang pemikiran pelajar supaya dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima isi pelajaran. Hasil analisis dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden iaitu 90% bersetuju bahawa animasi membantu pelajar mengingati apa yang diajar. Dapatan ini tidak bercanggah dengan konsep Miller dalam teori kognitif iaitu dalam satu masa, ingatan jangka masa pendek manusia dapat mengingati 5 hingga 9 perkara perlu digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. Ini bagi memastikan konsep-konsep atau isi kandungan yang disampaikan itu dapat dienkod oleh otak manusia dan seterusnya disimpan dalam ruangan ingatan jangka masa panjang. Ini kerana keupayaan akal seseorang itu dalam satu masa adalah terbatas untuk menganalisa maklumat. 5.3 Kesimpulan Dapatan Sebagai rumusan daripada dapatan yang diperolehi hasil daripada ujian pra-pasca yang dijalankan, soal selidik yang diedarkan kepada responden, temu bual dan pemerhatian yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walaupun begitu, hasil perbandingan antara skor min ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan menunjukkan ujian pasca responden telah meningkat dengan begitu banyak berbanding dengan keputusan ujian pra. Namun begitu, keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab ini juga dapat dikenal pasti melalui soal selidik dan temu bual. Pelajar telah memberi pandangan yang positif terhadap penggunaan animasi tersebut. Mereka begitu tertarik dengan ciri-ciri animasi dan juga berpendapat bahawa pengajaran berbantukan animasi 147

boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembelajaran mereka dalam bahasa Arab. Di samping itu, dapatan data hasil kajian soal selidik dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat permulaan. Secara khususnya, kajian ini mendedahkan implementasi teknologi animasi dalam p & p bahasa Arab mampu menarik minat pelajar dan lebih berkesan dengan konsep pembelajaran terkini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji berpendapat bahawa sesi olahan (pembelajaran bahasa Arab menggunakan animasi) berjalan dengan begitu lancar sebagaimana yang dirancang. Guru dan pelajar begitu bersungguh-sungguh ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan dikenal pasti sepanjang penggunaan animasi tersebut, namun masalah tersebut dapat diatasi dengan begitu baik sekali dan tidak memberi kesan yang besar malah tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan pengaplikasian animasi dalam p&p bahasa Arab seiring dengan bahasa lain dalam era ledakan teknologi. Di samping itu, beberapa orang responden juga telah memberikan cadangan untuk menambahkan minat para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab dan memperkemaskan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab seterusnya dapat memberi kesan kepada pencapaian bahasa Arab, antaranya; 148

1. Lebih banyak perbualan dalam bahasa Arab 2. Terus memantapkan lagi video animasi dan penggunaannya mengikut kesesuaian peringkat umur. 3. Memperbanyakkan nasyid bahasa Arab dalam video animasi 4. Menyelitkan terjemahan ucapan dalam bahasa Melayu 5. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Arab ketika dalam kuliah 5.4 Cadangan Hasil daripada dapatan kajian di atas, pengkaji ingin menyarankan beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan atau tindakan susulan bagi menyuburkan lagi perkembangan bahasa Arab di Malaysia. 5.4.1 Cadangan kepada pelajar bahasa Arab Dicadangkan kepada pelajar: 1. Mengekploitasi sumber bahan pembelajaran bahasa Arab yang ada terutama di internet. 5.4.2 Cadangan kepada guru / pengajar bahasa Arab Dicadangkan kepada guru / pengajar: 1. Mengguna pakai sumber percuma untuk pengajaran bahasa Arab terutama melalui laman-laman web. 2. Melibatkan diri dalam pembangunan bahan pembelajaran bahasa Arab. 3. Menggiatkan penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Penggunaan alat berkenaan hendaklah dipelbagaikan dari 149

semasa ke semasa mengikut kesesuaian peringkat umur, objektif pengajaran dan sebagainya. 4. Guru-guru bahasa Arab hendaklah sentiasa diberi pendedahan yang berbentuk kursus-kursus tentang cara-cara menyedia dan mengendalikan BBM. Ini adalah perlu kerana BBM itu bersifat sentiasa bergerak dan berkembang mengikut perkembangan teknologi semasa. 5. Pensyarah perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar seperti penggunaan kaset, melalui aktiviti nyanyian dan sebagainya serta memperbanyak penyertaan pelajar di dalam kelas. 5.4.3 Cadangan kepada kementerian /jabatan/pentadbir akademik Dicadangkan kepada pihak yang terlibat; 1. Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini serta menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini. 2. Teruskan dasar semakan semula sukatan pelajaran bahasa Arab agar selari dengan matlamat agama dan keperluan semasa. 3. Mencadangkan agar diadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran bahasa Arab kepada pengajar bagi mengaplikasi strategi dan teknik persembahan bahan yang berkesan. 150

4. Pelbagaikan pengkhususan bidang pengajian bahasa Arab di peringkat Institusi Pengajian Tinggi seperti Bahasa Arab dan Ekonomi, Bahasa Arab dan Perhotelan atau Pelancongan, bahasa Arab dan Pengurusan Perniagaan dan sebagainya. Dengan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. 5. Pihak terbabit perlu mengkaji semula kaedah dan perisian kursus pada masa akan datang. Diharap pihak tertentu dapat memperluaskan skop pembelajaran terutamanya yang melibatkan komunikasi dan tatabahasa seperti cuba memperbanyakkan aktiviti komunikasi bersama rakan dengan berbantukan pelbagai teknologi maklumat yang canggih. 6. Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru supaya para guru sentiasa mendapat informasi terkini dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian teknologi dalam p&p mereka. 7. Untuk implementasi PBBK dengan berkesan di sekolah, pihak-pihak yang terlibat perlu memikirkan insentif yang bersesuaian kepada para guru sebagai satu galakan dan motivasi kepada mereka supaya mereka tidak merasa tertekan dan terbeban dengan tanggungjawab yang diberi. 8. Pihak sekolah digalakkan agar sentiasa menganjurkan pertandinganpertandingan merekacipta dan menghasilkan BBM untuk pengajaran bahasa Arab. Cara ini, selain memupuk kreativiti para pelajar, dapat 151

menambahkan kuantiti khazanah BBM yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran bahasa Arab. 9. Media massa di Malaysia tidak ketinggalan dalam menyumbangkan sedikit sebanyak usaha kea rah ini contohnya dengan mewujudkan ruangan dan rancangan yang menggunakan bahasa Arab. 5.4.4 Cadangan kajian lanjutan Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental terhadap keberkesanan penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Walaupun demikian, masih terdapat banyak aspek yang belum diterokai oleh pengkaji. Oleh itu, beberapa cadangan kajian lanjutan disyorkan bagi bidang kajian ini. 1. Kajian ini bersifat umum, pengkaji mencadangkan agar dibuat satu kajian khusus untuk suatu kemahiran contohnya kemahiran mendengar, melihat, mendengar, menulis dengan menggunakan bahan bantu animasi. 2. Menambah jumlah bilangan responden agar hasil kajian lebih tepat. Ini kerana kajian ini hanya menggunakan 40 orang responden sahaja. 3. Kajian ini hanya dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin sahaja, skop kajian ini boleh diperluaskan supaya melibatkan lebih banyak institusi atau sekolah dari kawasan bandar dan luar bandar untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keberkesanan penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. 152

4. Bakal pengkaji boleh menjalankan satu kajian untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian animasi dalam pembelajaran topik-topik lain dalam bidang bahasa Arab dan melibatkan pelajar daripada pelbagai peringkat. 5. Kajian tentang teknik p&p dalam bahasa kedua melalui kelas-kelas tambahan luar. 6. Kajian berkaitan faktor-faktor yang menyumbang ke arah keberkesanan sesuatu BBM dalam pengajaran. 7. Mengkaji secara khusus kesan penggunaan BBM terhadap minat belajar bahasa Arab dengan menggunakan sampel yang lebih besar dan aspek minat yang lebih luas. Semua cadangan di atas adalah berkaitan dengan mata pelajaran bahasa Arab demi untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Harapan pengkaji, kajian ini akan memacu perkembangan bahasa Arab dengan lebih efektif, dan mengembangkan potensinya sebagai salah satu bahasa utama khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian-kajian tentang bahasa amat luas untuk diterokai, bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa kedua bahkan dalam pelbagai aspek bahasa yang lain. Di samping menerokai teknik, kaedah dan pendekatan dalam proses p&p sama ada menggunakan alat bantu ataupun menggunakan elemen-elemen p&p yang lain. 5.5 Penutup Kesimpulannya, implementasi perisian animasi khususnya dalam pembelajaran bahasa Arab masih berada pada tahap awal. Oleh itu, untuk menjayakannya merupakan suatu cabaran kepada kita terutama guru-guru bahasa 153

Arab dan kita semua perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan bahan bantu ini pada masa hadapan. Tidak sewajarnya bagi kita hanya menjadi pengguna dan pengkritik malah seharusnya meneroka dan menjana teknologi tersebut. Walaupun begitu, tidak semua alat bantu mengajar berkesan dalam pembelajaran bahasa terutama bahasa Arab walaupun ada di antaranya yang menggunakan teknologi tinggi dan canggih. Ini kerana tidak semua bahan bantu dapat memenuhi kehendak mesyarakat ini kerana setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza, cara pembelajaran yang berbeza, masa dan waktu belajar yang berbeza dalam kehidupan yang menentukan sama ada penggunaan sesuatu bahan bantu itu berkesan kepada diri individu terbabit ataupun tidak. 154