Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

dokumen-dokumen yang mirip
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

DASAR ANTI RASUAH RGIS

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Tatakelakuan. Pembekal

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Polisi Privasi. Pengenalan

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Kod pengendalian perniagaan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

PIAWAIAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN GLOBAL

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

Kesetiaan kepada Syarikat

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Transkripsi:

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita. Tatakelakuan kita menerangkan bagaimana cara untuk kita menerapkan Nilainilai dan menggariskan prinsip prinsip utama Syarikat tentang bagaimana kita menjalankan perniagaan secara berhemah iaitu, kita menjalankan operasi dengan penuh integriti dan juga dengan menghormati pihak-pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada rakan- rakan perniagaan, pemegang saham dan para pekerja. Saya memohon kerjasama anda untuk membaca dan memahami Tatakelakuan ini dan gunakannya sebagai panduan di tempat kerja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, jangan teragakagak untuk bertanya bagi mendapatkan penjelasan. Reputasi Syarikat ini bergantung kepada tingkahlaku setiap pekerja. Oleh itu, ianya amat penting untuk para pekerja mengamalkan prinsip-prinsip di dalam Tatakelakuan ini dan bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Syarikat. Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca Tatakelakuan kita. Seperti biasa, saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda. Yang ikhlas, Razman

MENGHORMATI Antara Satu Sama Lain di Tempat Kerja Kita percaya bahawa kejayaan hanya boleh diraih jika kita menghormati setiap individu. Hormat-menghormati antara kita, berserta dengan kecemerlangan individu, kerja berpasukan serta amanah di tempat kerja membolehkan kita mencapai apa yang kita hajati. Layanilah orang lain sepertimana anda mahu dilayani. Kepelbagaian dan Kemasukan Kepelbagaian ditafsirkan sebagai keunikan setiap individu seperti etnik, jantina, usia, kewarganegaraan, keupayaan, orientasi seksual, pelajaran, agama, status perkahwinan, cara hidup, pengalaman kerja dan juga sebarang perbezaan yang lain. Kita di Tune Protect menghargai setiap individu dan mengakui bahawa pengalaman setiap individu tersebut mewujudkan persekitaran kerja yang berjaya. Hasrat kita ialah untuk mewujud dan mengekalkan kepelbagaian tenaga kerja kerana kita percaya ini akan membuahkan kejayaan di masa hadapan. Kita semua memainkan peranan dalam mempromosikan kepelbagaian dan penyertaan apabila kita: Menghormati perbezaan setiap individu dari segi bakat, kebolehan dan pengalaman masing-masing Menghargai input orang lain Memupuk suasana kepercayaan dan keterbukaan Secara ringkasnya - Kita tidak mengamalkan diskriminasi. Anti Gangguan Di Tune Protect, kita menyediakan tempat kerja yang bebas daripada sebarang gangguan atau kelakuan yang boleh menyinggung perasaan atau tidak menghormati rakan sekerja yang lain. Syarikat kita mematuhi undang-undang yang melarang sebarang gangguan di tempat kerja.

Gangguan terjadi samada secara lisan, visual, fizikal atau apa jua kelakuan yang boleh menyebabkan ancaman, keganasan atau permusuhan. Definisi gangguan menurut undang-undang tempatan mungkin berbeza, namun kita menganggap kelakuan yang tersenarai, bukan menyeluruh, sebagai kelakuan yang tidak boleh diterima: Gangguan seksual Penggunaan bahasa yang agresif atau jenaka yang tidak bertempat Penghinaan kaum, etnik, jantina atau agama Kritikan yang menghina Kelakuan yang menakutkan atau berbau ancaman Permusuhan terhadap orang lain kerana ciri-ciri peribadi mereka Menimbulkan kekacauan, berkelakuan tidak senonoh atau menyebabkan gangguan di tempat kerja; ini termasuk bergaduh dan/atau penderaan fizikal Anda tidak boleh melakukan sebarang gangguan atau berkelakuan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan di tempat kerja. Anda juga perlu ingat bahawa sebarang gangguan, samada seksual atau tidak, ditentukan menerusi tindakan anda dan kesannya ke atas orang lain, tanpa mengira niat anda untuk bertindak sedemikian. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Gangguan seksual merangkumi kelakuan bersifat seksual sama adasecara lisan, visual atau fizikal yang tidak diudang atau yang boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan orang lain. Kelakuan- kelakuan tertentu yang boleh dianggap sebagai gangguan seksual adalah tidak terhad kepada yang berikut: Perlakuan seksual yang tidak diingini Pujukan atau paksaan untuk melakukan perbuatan seksual Sindiran/pernyataan, cadangan atau perilaku seksual Penyalahgunaan bahasa yang berunsur seksual Komen grafik mengenai bentuk badan individu Merenung, bersiul, menyentuh, mencubit, menyerang, paksaan atau cadangan untuk melakukan perbuatan seksual, isyarat tidak senonoh, menghina atau komen lucah Memapar objek atau gambar yang tidak senonoh di tempat kerja (termasuk melalui mel elektronik atau memuat turun bahan-bahan tersebut dari internet) Jika anda menjadi subjek diskriminasi atau gangguan, atau mengetahui perihal orang lain yang menjadi subjek diskriminasi atau gangguan, sila bersuara dan laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Aduan boleh dibuat dengan memaklumkan kepada pengurus anda/ketua Bahagian atau Bahagian People & Culture. Jika anda atau anda mengetahui ada orang lain yang menjadi subjek terhadap diskriminasi atau gangguan seksual, sila tampil ke hadapan and laporkan perkara tersebut. Aduan boleh dibuat kepada pengurus anda, Ketua Bahagian atau Bahagian People & Culture.

Anti Diskriminasi Kita percaya dalam mewujudkan peluang sama rata di tempat kerja; kita mesti sentiasa bersikap adil dan memberi peluang kepada individu yang berkelayakan untuk maju di dalam Syarikat kita. Ini bermakna menghormati dan tidak mendiskriminasi setiap individu sama ada yang sudahpun bekerja atau yang memohon untuk bekerja dengan Syarikat kita, Ianya juga merangkumi perkara-perkara lain termasuk merekrut, melantik, melatih, menaikkan pangkatpemberian pampasan atau mana-mana terma dan syarat pekerjaan. Keputusan mengenai pekerja dan permohonan kerja mesti sentiasa berdasarkan merit, kelayakan dan prestasi kerja dan bukan merujuk kepada ciri-ciri yang tidak berkaitan: Bangsa, warna kulit, etnik atau negara asal Jantina Orientasi seksual Umur Agama Kecacatan Hubungan keluarga/peribadi Anti Keganasan Kita mengharapkan semua orang dilayan dengan penuh hormat. Pergaduhan atau apaapa perlakuan berbahaya yang lain tidak dibenarkan sama sekali. Perlakuan seperti mengancam, mengugut atau perlakuan yang memaksa pekerja lain, pelanggan, vendor atau rakan perniagaan adalah dilarang sama sekali. Ancaman, sama ada secara langsung atau tidak, dan kehadiran individu yang mencurigakan hendaklah dilaporkan kepada Ketua Bahagian People & Culture dengan segera dan laporan perlulah dibuat secara terperinci. Anda tidak harus meletakkan diri anda dalam sebarang bahaya atau menjadi perantara semasa berlakunya sesuatu kejadian. Kesihatan dan Keselamatan Hasrat kita ialah untuk mengekalkan kualiti, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta mewujudkan sistem yang bebas daripada sebarang bahaya atau risiko. Kita memohon agar anda mematuhi syarat-syarat keselamatan dan memaklumkan kepada Bahagian People & Culture dengan serta-merta sekiranya anda menghadapi situasi atau proses yang tidak selamat serta berisiko. Penyalahgunaan dadah dan alkohol boleh mengancam matlamat kita untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para pekerja kita. Kita komited dalam memastikan persekitaran kerja bebas daripada bahan-bahan terlarang. Para pekerja dilarang sama sekali daripada mengguna, memiliki, menjual, mengangkut, mengedar atau memproses dadah, arak atau bahan terlarang dan terkawal dalam apa jua kaedah atau kuantiti. Tingkahlaku seseorang pekerja seperti cara penampilan, pembawakan diri atau percakapan boleh menimbulkan keraguan terhadap penyalahgunaan dadah atau alkohol. Sekiranya timbul keraguan di mana ianya boleh menjejaskan prestasi kerja diri sendiri atau orang lain, atau menjejaskan keselamatan diri sendiri atau orang lain di tempat kerja, seseorang pengurus dibenarkan mengarah pekerja terbabit menjalani ujian saringan alkohol dan/atau dadah.

Menghormati rakan perniagaan KITA PERLU MEMBUAT KEPUTUSAN PERNIAGAAN SECARA BERHEMAH DAN MENGELAKKAN SEBARANG KONFLIK KEPENTINGAN DALAM TRANSAKSI HARIAN KITA. FOKUS KITA ADALAH UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA BERAMANAH DAN KOMITMEN KITA TERHADAP INTEGRITI PERLU DICERMINKAN DALAM PERHUBUNGAN DENGAN RAKAN PERNIAGAAN. Konflik Kepentingan Dasar kita mengenai konflik kepentingan kita adalah mudah - semua keputusan perniagaan haruslah dibuat demi kepentingan Syarikat. Dalam membuat keputusan tersebut, seseorang pekerja tidak harus terpengaruh dengan pertimbangan peribadi atau ahli keluarga sehingga boleh menjejaskan kepentingan Syarikat. Konflik kepentingan mungkin timbul apabila seseorang pekerja atau ahli keluarga: Mempunyai, secara langsung atau tidak, kepentingan dalam mana-mana pesaing, pembekal, ejen, kontraktor, subkontraktor, pelanggan, individu atau organisasi yang berurusniaga dengan Syarikat atau kumpulan Syarikat kita Ialah seorang pengarah, pemegang saham dalam sebuah syarikat sendirian berhad, pegawai, rakan kongsi, perunding, pekerja, pengedar, ejen, atau sebagainya untuk pesaing, pembekal, ejen, kontraktor, subkontraktor, pelanggan, orang atau organisasi menjalankan perniagaan dengan Syarikat atau kumpulan Syarikat kita Terlibat dalam aktiviti yang bersaing dengan, atau kelihatan seperti bersaing dengan Syarikat kita Membolehkan keputusan perniagaan dipengaruhi, atau kelihatan seperti dipengaruhi, oleh kepentingan peribadi atau keluarga atau persahabatan Terlibat dalam sebarang aktiviti yang tidak berkenaan dengan Syarikat kita semasa waktu kerja rasmi, melainkan jika kelulusan telah diperoleh terlebih dahulu Menggunakan harta, maklumat atau sumber Syarikat untuk kepentingan peribadi Mempunyai pekerjaan luar yang memberi kesan negatif terhadap prestasi kerja atau yang boleh mengganggu tugas yang disandang Menggaji atau menyelia, secara langsung atau tidak, ahli keluarga atau seseorang yang mempunyai hubungan intim dengan mereka

Menerima manfaat peribadi secara langsung atau tidak langsung daripada pesaing, pembekal, kontraktor, pelanggan, individu atau organisasi yang menjalankan perniagaan atau mungkin akan menjalankan perniagaan dengan Syarikat atau kumpulan Syarikat kita. Hadiah, perjalanan, hiburan atau lain-lain bentuk penghargaan yang melebihi nilai nominal adalah disifatkan sebagai suatu 'kepentingan peribadi'. Ini tidak termasuk kemudahan pinjaman daripada syarikatsyarikat insurans, bank-bank komersial dan simpanan yang memberikan kadar faedah yang normal Semua konflik kepentingan mesti diisytihar. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan. Seseorang pekerja diwajibkan mengisytihar sebarang konflik kepentingan yang sedia ada atau yang bakal ada, melalui cara-cara berikut: Berbincang dengan Ketua Bahagian Compliance anda mengenai tatacara pengisytiharan dan pastikan pematuhan proses-proses terlibat Jika anda tertakluk kepada latihan tahunan Tatakelakuan kita, anda perlu membuat pengisytiharan sebagai sebahagian daripada proses latihan. Pengisytiharan ini perlu dilakukan setiap tahun selagi konflik kepentingan itu wujud. Anti Rasuah dan Pencegahan Rasuah Rasuah merupakan penawaran, perjanjian, pemberian atau penerimaan apa-apa yang mempunyai nilai (wang tunai atau barangan) kepada atau oleh orang lain untuk mendapat atau mengekalkan urusniaga atau manfaat lain dengan cara yang tidak sah dan tidak wajar. Pengamalan rasuah bermaksud penyalahgunaan kedudukan dan/atau kuasa untuk merperoleh atau percubaan untuk mendapatkan manfaat atau kelebihan peribadi (termasuk sogokan). Pengamalan rasuah dengan pelanggan, pembekal, ejen, kontraktor, subkontraktor, pesaing, pegawai kerajaan, wakil pihak kerajaan atau mana-mana pihak ketiga yang lain adalah dilarang sama sekali. Tune Protect mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengamal rasuah. Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat, yang boleh menyebabkan penamatan pekerjaan atau kontrak, serta melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa. Syarikat akan menyokong sebarang dakwaan dan/atau hukuman yang dijatuhkan oleh pihak berkuasa terhadap pengamal rasuah. Perbuatan yang DIBOLEHKAN dan DILARANG termasuk: DILARANG secara langsung atau secara tidak langsung (contohnya melalui pembekal, ejen, pengedar, perunding, kontraktor atau orang lain) menawar atau memberi rasuah atau kelebihan yang tidak wajar (termasuk bayaran kemudahan) kepada mana-mana pegawai awam atau individu atau pihak ketiga, yang menunjukkan atau memberi gambaran bahawa mereka berhasrat untuk mempengaruhi mana-mana keputusan yang dibuat mengenai Tune Protect

DILARANG meminta atau menerima rasuah atau kelebihan yang tidak wajar daripada mana-mana pihak ketiga, yang boleh atau memberi gambaran bahawa mereka berhasrat untuk mempengaruhi keputusan oleh Tune Protect tentang pihak ketiga tersebut BOLEH segera melaporkan sebarang perlanggaran polisi kepada Bahagian Compliance. BOLEH mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bahagian Compliance sekiranya anda ingin memberikan sesuatu sebagai tanda ingatan atau hadiah promosi yang bernilai (biasanya jika lebih daripada RM300 - ianya merujuk sebagai Hadiah Perniagaan dan Hiburan) kepada mana-mana rakan kongsi perniagaan anda walaupun hadiah tersebut adalah suatu kelaziman atau berkaitan tradisi. Hadiah biasanya diberi beserta dengan logo Syarikat. Hadiah yang bernilai kurang daripada RM300 perlu dilaporkan kepada Bahagian Compliance. BOLEH sentiasa memantau perunding Syarikat, ejen, kontraktor, rakan kongsi perniagaan, atau mana-mana perantara pihak ketiga yang bertindak untuk kepentingan Syarikat, untuk petanda-petanda yang menunjukan kemungkinan pelanggaran polisi oleh mereka. Jika anda percaya petanda-petanda tersebut wujud, sila maklumkan kepada pihak yang berkenaan. Rasuah dan aktiviti rasuah adalah bukan hanya melanggar Tatakelakuan kita tetapi juga boleh menjadi satu kesalahan serius dari segi undang-undang jenayah dan undang undang anti rasuah sivil di pelbagai negara. Oleh itu, kita tegas dengan dasar toleransi sifar terhadap rasuah. Pencegahan Pengubahan Wang Haram Untuk melindungi reputasi Syarikat dan juga mengelakkan liabiliti jenayah, adalah amat penting untuk Syarikat tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan jenayah orang lain. Kita harus sentiasa memastikan bahawa kita tidak menerima atau membantu memindahkan wang hasil kegiatan jenayah kerana Syarikat boleh dikaitkan sebagai bersubahat di dalam aktiviti pengubahan wang haram. Pekerja perlu melaporkan sebarang aktiviti yang disyaki kepada Bahagian Compliance. Tanda-tanda aktiviti pengubahan wang haram termasuk: Permintaan pembekal untuk: Bayaran berlebihan Pembayaran ke dalam beberapa akaun bank berlainan Manyalurkan bayaran ke dalam akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza

Pembayaran pelanggan kepada Tune Protect: Dibayar oleh orang lain Dibayar daripada pelbagai akaun bank Dibayar daripada sebuah bank asing (luar negara) walaupun dia pelanggan tempatan Dibuat secara tunai apabila kebiasaannya adalah secara elektronik atau melalui cek Hadiah Perniagaan dan Hiburan Anda dilarang menawar atau menerima sebarang hadiah (wang tunai, barangan atau perkhidmatan) yang boleh atau kelihatan seperti boleh mempengaruhi keputusan perniagaan. Kita mengakui bahawa penghargaan kepada pelanggan, ejen dan rakan perniagaan adalah penting dalam membina hubungan yang erat. Oleh yang demikian, penghargaan dari segi hadiah boleh diterima atau diberi secara munasabah seperti semasa pelancaran produk, kempen dan sebagainya. Amalan memberi dan menerima hadiah mempunyai interpretasi yang amat luas, maka amalan in perlu dilaksana dan dipertimbangkan secara bijak. Pemberian/Penerimaan hadiah harus dipraktikkan berlandaskan panduan yang berikut: Hadiah yang diberi atau diterima bukan dalam bentuk wang tunai Ada sebab yang munasabah dan khusus untuk hadiah tersebut. Hadiah yang diberi wajar (pembayaran untuk hiburan dewasa tidak dianggap sebagai wajar) Hadiah, kalau diterima atau diberi, tidak boleh melebihi amaun nominal yang ditetapkan oleh pihak pengurusan (biasanya RM300 ke bawah) Hadiah diberi selaras dengan adat atau amalan- amalan tempatan (contohnya hamper pada musim perayaan) Pertukaran hadiah yang kerap dengan individu/pelanggan yang sama. Pemberian hadiah dibenarkan menurut undang-undang yang berkaitan dan penerima dibenarkan untuk menerima hadiah Dilarang menerima hadiah atau cenderahati peribadi dari rakan-rakan perniagaan. Jika anda tidak boleh menolak hadiah tersebut, sila laporkan kepada Bahagian Compliance Pembelanjaan makan dan hiburan dengan pelanggan dan pihak ketiga yang lain dibenarkan apabila dipraktikkan dengan munasabah dan mengikut Tatakelakuan Syarikat kita. Panduan di atas juga dipatuhi untuk hiburan kakitangan. Hadiah kepada pegawai-pegawai kerajaan: Sila ambil perhatian bahawa dalam banyak bidang kuasa, memberi atau menawarkan hadiah atau makanan kepada pegawai kerajaan boleh menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Anda mesti mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Bahagian Compliance sebelum memberi atau menawarkan sebarang hadiah, makanan atau hiburan kepada kakitangan kerajaan.

10

Menghormati PARA pemegang saham Kita berusaha untuk MEMPERJUANGKAN kepentingan para pemegang saham kita dan untuk membantu MENGUKUHKAN nilai saham KITA dengan memastikan tadbir urus korporat yang baik. Tahap integriti dan ketelusan yang tinggi adalah satu kemestian. Menyelenggara Rekod-Rekod Perniagaan Yang Tepat Laporan kewangan dan lain-lain maklumat yang disediakan oleh Tune Protect dan diberikan kepada pemegang saham, pengawal selia dan pihak berkepentingan yang lain mestilah tepat dan lengkap. Rekod kita ialah maklumat bernilai dan juga bukti-bukti tindakan, keputusan dan tanggungjawab mengenai perniagaan kita. Proses dan prosedur yang berkenaan mesti ada untuk memastikan bahawa urus niaga yang dijalankan berkelulusan dan direkodkan dengan tepat. Sebarang kegagalan untuk merekod urusniaga dengan tepat, atau pemalsuan atau pengujudan maklumat yang mengelirukan atau tindakan mempengaruhi orang lain untuk berbuat demikian, boleh dianggap sebagai penipuan dan boleh mengakibatkan seseorang pekerja atau Syarikat kita dikenakan denda atau penalti. Perkara-perkara yang DIMESTIKAN dan DILARANG termasuk: MESTI merekod semua urusniaga dengan segera dan tepat MESTI menjalankan transaksi yang dibenarkan sahaja MESTI memastikan transaksi yang direkod adalah sah dan berserta dokumen sah di mana perlu MESTI menyimpan semua rekod dengan betul dan teliti DILARANG menaikkan atau menganjakkan jualan, perbelanjaan atau keuntungan di antara tempoh laporan untuk mendapatkan unjuran kewangan yang menggalakkan DILARANG memalsukan, menghapuskan atau menyembunyikan dokumen Syarikat dan infomasi kewangan yang berkaitan untuk apa sahaja tujuan

Penipuan Penipuan ditafsirkan sebagai penyataan palsu yang disengajakan atau penyembunyian fakta-fakta untuk manfaat peribadi atau untuk kelebihan orang lain. Contoh-contoh penipuan termasuk: Pengurusan atau pelaporan kewangan dengan sembarangan Pemalsuan atau pengemukaan rekod perubatan palsu untuk mendapatkan manfaat perubatan atau cuti sakit Pemalsuan mana-mana dokumen-dokumen Syarikat Merekodkan jumlah jam kerja berlebihan untuk mendapat bayaran kerja lebih masa yang lebih tinggi Mengubah angka jualan atau memanipulasi akaun untuk memenuhi sasaran sendiri dan/atau orang lain Gagal mengisytihar hubungan yang rapat dengan pesaing, rakan kerja, ejen, pembekal, kontraktor, perunding atau mana-mana pihak ketiga yang boleh menimbulkan konflik kepentingan Penjualan harta Syarikat tanpa kebenaran untuk keuntungan peribadi Menggunakan kad kredit korporat untuk kegunaan peribadi Menggunakan harta benda Syarikat untuk kegunaan peribadi Pencatutan hasil daripada kegiatan perdagangan dalaman Anda dikehendaki melaporkan sebarang kes penipuan atau kes yang disyaki berkaitan dengan penipuan kepada wakil Bahagian Compliance. Jika anda mengetahui manamana kes penipuan yang sedang berlaku dan tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan, anda akan dianggap sebagai bersubahat dalam penipuan tersebut. Maklumat Sulit Di Tune Protect, kita mempunyai akses kepada pelbagai jenis maklumat sulit mengenai Syarikat, para pekerja, pelanggan dan rakan-rakan perniagaan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi maklumat Syarikat dan apa-apa maklumat lain yang diamanahkan kepada kita. Panduan mengendalian maklumat sulit: DIBENARKAN mengedar atau berkongsi maklumat Syarikat atas dasar perlu-tahu, dengan memastikan bahawa hanya pekerja Tune Protect atau orang lain yang bekerja untuk Tune Protect, atau pihak ketiga yang diberi kuasa, dengan keperluan perniagaan yang tulen, mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan DILARANG sama sekali mendedahkan maklumat Syarikat di tempat-tempat awam, termasuk mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi dokumen dan peranti IT di luar tempat kerja

DILARANG sama sekali mendedahkan maklumat Tune Protect kepada pihak ketiga melainkan dengan kebenaran DILARANG menggunakan maklumat Syarikat bagi apa-apa tujuan selain menjalankan urusan perniagaan yang sah atau seperti yang termaktub dalam undang-undang Data peribadi berhubung dengan kakitangan dan pengguna perlu diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Jika anda tidak pasti tatacara pengendalian apa-apa maklumat Syarikat yangterlarang atau sebaliknya, sila dapatkan nasihat daripada wakil Bahagian Compliance anda. Perdagangan Dalaman Semasa bekerja, anda mungkin mengetahui maklumat sulit mengenai Syarikat, pembekal atau rakan-rakan niaga lain. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk melindungi maklumat ini dan tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada sesiapa sahaja di luar Syarikat kita, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan lebih khusus, pekerja tidak dibenarkan untuk: Berdagang dalam sekuriti Tune Protect atau syarikat lain yang menjalankan perniagaan dengan Tune Protect ketika mempunyai maklumat sulit berhubung dengan Tune Protect Memberi maklumat sulit kepada sesiapa sahaja yang mungkin menggunakan maklumat itu untuk berdagang dalam sekuriti Tune Protect atau untuk menasihati orang lain untuk berdagang dalam sekuriti Syarikat Komunikasi Luaran Semua komunikasi luaran akan dikendali dan diuruskan oleh individu yang telah diberi mandat oleh Syarikat. Individu tersebut boleh berhubung dengan orang awam bagi pihak Tune Protect namun maklumat yang diberikan mestilah tepat, adil, benar dan bersesuaian. Anda dilarang sama sekali untuk memberi gambaran bahawa anda mewakili Syarikat kita semasa bercakap di mana-mana forum awam. Secara khusus, semasa menggunakan media sosial, perkara berikut hendaklah dipatuhi: Sila nyatakan bahawa sebarang komen atau pendapat yang dibuat adalah pandangan anda sendiri dan bukan pandangan Syarikat Sila ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa anda tidak mendedahkan maklumat sulit mengenai Syarikat kita di khalayak ramai Jika anda dihubungi oleh mana-mana pihak luar untuk bercakap mengenai hal ehwal perniagaan Syarikat, sila rujukkan mereka kepada wakil Bahagian Communications atau Bahagian Investor Relations.

Harta Intelektual Harta intelektual Syarikat (tanda dagangan, logo, hak cipta, rahsia perdagangan, "pengetahuan", paten dan apa-apa kerja yang dihasilkan oleh pekerja Tune Protect) merupakan antara aset kita yang paling berharga. Penggunaan asset tersebut tanpa kebenaran boleh membawa kepada kehilangan atau kerugian yang besar untuk Syarikat kita. Sebarang penggunaan tanda dagangan dan logo perlu mendapat kebenaran dari Bahagian Marketing Tune Protect terlebih dahulu. Jika anda mengetahui sebarang penyalahgunaan atau mensyaki penyalahgunaan tanda dagangan, logo dan/atau harta intelektual lain Syarikat, sila laporkan kepada Bahagian Compliance. E-mel, Internet dan Sistem Maklumat Sambungan internet kita adalah menerusi WIFI atau kabel desktop, komputer riba dan peranti mudah alih anda. Adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan bahawa kemudahan ini digunakan dengan sewajarnya dan tidak disalahgunakan. Sila rujuk kepada Polisi ICT Syarikat untuk panduan penggunaan yang boleh diterima pakai serta obligasi dan jangkaan terhadap para pekerja, sama ada pekerja tetap, kontrak, atau pelatih Syarikat, termasuk ahli sekutu dan kontraktor, yang menggunakan kemudahan IT Syarikat untuk tujuan melayari Internet dan e-mel.

15

LAPORAN Para pekerja digalakkan untuk menghubungi mana-mana wakil atau BAHAGIAN 'COMPLIANCE' untuk SEBARANG pertanyaan. Pertanyaan, aduan dan maklum balas boleh dirujuk atau dilaporkan kepada pihak-pihak berikut: Polisi Laporan Kepada Pihak MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA Kepelbagaian & Penyertaan Anti-Gangguan Anti-Diskriminasi Anti-Keganasan Kesihatan dan Keselamatan Bahagian People & Culture Bahagian 'Compliance' group.compliance@tuneprotect.com MENGHORMATI RAKAN NIAGA KITA Konflik Kepentingan Anti-Rasuah dan Pencegahan Rasuah Pencegahan Pengubahan Wang Haram Hadiah perniagaan dan hiburan Bahagian 'Compliance' group.compliance@tuneprotect.com MENGHORMATI PEMEGANG SAHAM Mengekalkan Rekod Perniagaan yang Tepat Penipuan Maklumat sulit Perdagangan Orang Dalam Komunikasi luaran Harta Intelektual E-mel, Internet dan Sistem Maklumat Bahagian 'Compliance' group.compliance@tuneprotect.com Jika anda ingin melindungi identiti anda, sila laporkan sebarang rasa tidak puas hati atau rungutan anda melalui Polisi 'Whistleblower' kita.

Siasatan Semua aduan dan insiden yang dilaporkan akan dikaji dengan segera oleh Bahagian Compliance dan sekiranya perlu, siasatan akan dijalankan berhubung insiden tersebut. Pekerja yang membuat aduan tersebut mungkin dipanggil untuk membantu siasatan. Tindakan Disiplin Jika mana-mana pekerja didapati melanggar Tatakelakuan ini, Syarikat kita tidak akan teragakagak untuk mengambil tindakan disiplin yang bersesuaian terhadap pekerja tersebut. Ini mungkin melibatkan penamatan pekerjaan, bergantung kepada tahap kesalahan itu. Penalti atau caj mungkin dikenakan kepada pekerja oleh pihak berkuasa kerajaan sebagai denda sekiranya terdapat salah laku yang melanggar undang-undang.