MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Padankan. Padankan. Padankan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Objektif taklimat ini :

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Siti Nor Azzila Amit

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

PENGAJARAN BERPASANGAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB Oleh: Tn. Hj. Fauzi Bin Salleh Khirul Amir Bin Abu Hasan IPGK Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. ABSTRAK Kajian ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan murid bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar rangsangan. Saya mengesan masalah ini semasa menjalankan sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet Cameron Highland. Terdapat enam daripada dua puluh dua orang murid dari kelas tahun Lima Ceria telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam membina ayat kohesi secara gramatis kerana murid tidak mempunyai teknik dan kemahiran yang betul. Mereka membina ayat tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Kajian ini diwujudkan bagi membantu murid menyelesaikan masalah asas membina ayat yang mempunyai kohesi supaya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berkohesi dalam wacana atau penulisan karangan. Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan objektif kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar menggunakan Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Data dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, ujian pra, latihan pengukuhan, ujian pasca, senarai semak dan soal selidik. Pendekatan kuantitatif digunakan supaya data yang dianalisis dapat menunjukkan peningkatan penguasaan murid melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui hasil analisis yang telah dibuat pencapaian murid meningkat setelah menggunakan Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu ditekankan agar murid lebih mahir untuk membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis khususnya dalam penulisan formal terutama aspek bahasa seperti yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kata kunci : Kohesi, Membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis, Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib.

PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas yang mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara umumya dari segi pengaplikasian strategi pengajaran ratarata bersetuju bahawa proses pengajaran seharusnya bermula daripada mudah kearas yang lebih sukar. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, penyelidik telah mengambil inisiatif dengan menggunakan satu kaedah inovasi bagi menyelesaikan masalah ini daripada berlanjutan. Tujuannya adalah untuk membantu murid membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Hal ini demikian kerana, penguasaan konsep kohesi amat penting dalam penulisan karangan atau konteks yang lebih tinggi iaitu wacana. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah organisasi sintaktik. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan padat. Dengan susunan tersebut dapat menghasilkan tuturan iaitu hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, baik dari segi tingkat gramatikal mahupun dari segi tingkat leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan pengetahuan konsep kohesi yang baik, seseorang dapat menghasilkan wacana yang baik. Perkaitan dengan wacana ialah kohesi akan berhubungan dengan konsep wacana sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah. Kajian mendapati murid tidak dapat membina ayat yang mempunyai kohesi secara gramatis dan betul. Hal ini mungkin disebabkan murid kurang memahami makna atau konsep kohesi itu sendiri. Jadi penyelidik telah memikirkan satu kaedah inovasi bagi membantu murid dalam membina ayat berkohesi dengan betul. Setelah memikirkan beberapa perkara, penyelidik telah mengambil keputusan untuk memfokuskan masalah ini kepada kajian kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama bagi membantu murid membina ayat berkohesi. Berdasarkan masalah kajian yang dipilih dapat dijelaskan dengan lebih lanjut seperti di bawah: Ayat: Kohesi: Leksikal: Repetisi: Perkataan Sama: Satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud atau kalimat. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dalam sesuatu benda yang menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan, perhubungan yang erat atau perpaduan. Bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa (makna sesuatu perkataan itu sendiri). Ulangan/ latihan ulangan Satu Perkataan atau dua yang sama tanpa menambah imbuhan pada perkataan tersebut. Kesimpulan berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa ayat kohesi membawa pengertian kepada ayat yang mempunyai kesinambungan atau pertautan yang baik dalam sesuatu ayat. Dalam kohesi leksikal mempunyai beberapa bidang antaranya, pengulangan perkataan yang sama, sinonim, hiponim dan kolokasi. Penyelidik telah memilih kohesi pengulangan perkataan yang sama (repetisi) sebagai kajian bagi membantu responden memahami konsep asas kohesi terlebih dahulu sebelum menguasai keseluruhan konsep kohesi. Akhir sekali, perkataan yang sama membawa pengertian satu atau lebih perkataan yang terdapat dalam ayat pertama mesti diulang semula dalam ayat kedua tanpa mengubah perkataan tersebut. Maka, terbitlah satu ayat yang dipanggil sebagai ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama melalui kaedah yang dijalankan.

FOKUS KAJIAN Berdasarkan pengalaman dan tinjauan yang telah dijalankan, penyelidik memilih masalah membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berdasarkan gambar yang diberi. Penyelidik telah mengenal pasti beberapa masalah berkaitan pengajaran bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dalam kemahiran menulis. Kemahiran menulis adalah kemahiran yang dianggap paling sukar untuk dikuasai oleh murid. Penyelidik mendapati bahawa murid lebih gemar membina ayat tunggal yang tiada kesinambungan dalam wacana dan kegagalan mereka membina ayat berkohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan baik dalam penulisan. Semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran didapati murid menghadapi masalah dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis jika idea utama dan idea sampingan tidak disertakan. Amalan memberikan murid gambar dan perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi murid masih lagi tidak dapat mengembangkan ayat menjadi ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis yang lengkap. Bagi mengesahkan lagi fokus kajian, penyelidik telah memberi soalan ujian pra kepada murid Tahun Lima Ceria untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Setelah menyemak soalan pra ujian tersebut, didapati beberapa orang murid tidak dapat mengembangkan idea untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berdasarkan gambar yang diberikan. Murid hanya membina ayat berdasarkan perkara yang dilihat dan bukan menggunakan hukum yang betul mengikut konstituen yang telah ditetapkan. Hasil kajian yang telah dijalankan terhadap murid sememangnya mempunyai masalah besar dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Penyelidik akan menetapkan masalah ini iaitu murid tidak dapat membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul sebagai fokus kajian penyelidik. Penyelidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih mudah iaitu kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib berbanding kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru sebelum ini. Kaedah pengajaran yang dicipta ini dapat memudahkan lagi kefahaman murid tentang cara sebenar untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Penyelidik akan memastikan dan mengambil langkah yang terbaik untuk membina kaedah yang bersesuaian dengan aras dan potensi murid supaya kaedah yang dirancang dapat diaplikasikan dengan baik dan dapat menyelesaikan fokus kajian penyelidik. PELAKSANAAN TINDAKAN Bagi mengatasi masalah kajian, penyelididk telah mencipta kaedah Pembaris OATAK ArdiKOOS Ajaib bagi memudahkan pemahaman murid sekolah rendah tentang penguasaan membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul berdasarkan gambar. Penyelidik telah menjalankan kajian ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu selama dua minggu. Tajuk ini dipilih bagi memudahkan murid mengingat kata kunci dalam proses membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara garamatis. Bagi tajuk kaedah ini, OATAK bermaksud Orang, Aktiviti, Tempat, Alatan dan Keterangan. Manakala ARdiKOOS pula membawa maksud Akar

repetisi, kata sendi di, kata Kerja, kata sendi oleh, Orang, dan Situasi. Secara amnya kaedah ini dapat membantu responden meningkat kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama melalui penelitian dan proses pemikiran berikut: Ayat Pertama Orang: Merujuk kepada manusia atau watak. Murid bebas untuk menggunakan nama atau panggilan gelaran sahaja atau keduaduanya sekali pada item orang. Contoh untuk nama, Amir, Haikal, Humaira, Najiha dan Nabila. Contoh untuk gelaran, pak cik, Atok, Ayah, Ibu dan Nenek. Contoh kedua-duanya, Pak Cik Fauzi, Ibu Aisyah, Datuk Hasan. Aktiviti: Tempat: Alatan: Keterangan: Melibatkan sesuatu kegiatan, atau perbuatan yang sedang dilakukan. Contohnya, bermain, menamam pokok, mencuci tingkap dan sebagainya. Melibatkan latar tempat, sama ada nama tempat atau lokasi umum. Contoh nama tempat, Kampung Pinang, Melaka dan Daerah Lipis. Contoh umum, dalam kelas, belakang rumah dan atas bukit. Sejenis alat atau benda yang nampak seperti cangkul, pisau, kain tuala dan penyapu. Huraian untuk menerangkan sesuatu atau penjelasan. Tujuan, untuk memantapkan ayat yang dibina. Ayat Kedua Akar Repetisi: Kata hubung relatif: Kata sendi di : Kata kerja: Kata sendi oleh : Orang: Situasai: Perkataan yang sama dalam ayat pertama mesti diambil dan diulangi sekali lagi dalam ayat kedua. Perkataan yang digunakan mestilah sama dan tidak berubah dari segi penambahan imbuhan misalnya. Perkataan ini diambil daripada item aktiviti atau pun alatan. Perkataan tersebut mestilah terdiri daripada benda, alatan, makanan, tumbuhan dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Perkataan yang digunakan. Kata sendi di digunakan. Kata kerja yang melambangkan perbuatan seseorang seperti berlari, lap, makan dan menanam. Kata sendi oleh digunakan. Ambil semula watak yang terlibat dalam ayat pertama. Menggambarkan suasana, situasi, sifat alatan, keadaan dan keterangan yang sesuai mengenai akar repetisi. Kaedah yang digunakan memboleh murid menulis di atas pembaris tersebut menggunakan Marker pen dan pembaris tersebut mempunyai satu ruang lut sinar yang membolehkan responden melihat serta meneliti gambar rangsangan yang ingin difokuskan melalui plastik lut sinar tersebut. Setelah menaakul gambar

rangsangan tersebut responden akan menulis di atas pembaris tersebut ayat yang ingin dihasilkan. Contohnya, gambar sesorang sedang menyapu sampah. Orang Aktiviti Tempat Alatan Keterangan Siti Akar Repetisi (alatan, benda, tumbuhan, makanan dll) sedang menyapu sampah Kata Hubung Relatif yang di dalam kelasnya Kata Sendi di dengan menggunakan penyapu Kata Kerja Kata Sendi Oleh Orang Sampah yang di sapu oleh Siti ATAU yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Situasi (sifat alatan, keadaan, suasana dan keterangan kelihatan banyak dan berhabuk. Penyapu yang di gunakan oleh Siti kelihatan baru dan unik. Setelah responden menulis di atas pembaris tersebut dan mendapati ayat tersebut betul, barulah responden memindahkan ayat tersebut di atas kertas atau buku yang digunakan. Kesimpulannya, berdasarkan kaedah pembaris tersebut, ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis yang dihasilkan ialah: 1. Siti sedang menyapu sampah di dalam kelasnya dengan menggunakan penyapu yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Sampah yang disapu oleh Siti kelihatan banyak dan berhabuk. 2. Siti sedang menyapu sampah di dalam kelasnya dengan menggunakan penyapu yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Penyapu yang digunakan oleh Siti kelihatan baru dan unik. METODOLOGI Penyelidik menggunakan model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) dalam mereka bentuk tindakan yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan di bawah: (1) Mereflek (4) Memerhati (2) Merancang (3) Bertindak Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

OBJEKTIF Secara khususnya, penyelidikan ini dijalankan untuk membantu murid: 1. Meningkatkan kefahaman sampel dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar dengan menggunakan kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. 2. Membandingkan nilai markah yang diperoleh sampel antara ujian pra dan pasca dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar setelah kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib dilaksanakan. 3. Meningkatkan perhatian sampel terhadap kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar. KUMPULAN SASAR Seramai 6 orang responden dari Sekolah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highlands, Pahang yang telah dipilih. Responden dipilih berdasarkan keputusan ujian pengesanan awal yang telah dijalankan. INSTRUMEN KAJIAN a) Ujian i. Ujian pra ii. Ujian pasca b) Latihan pengukuhan c) Pemerhatian d) Senarai semak e) Soal selidik CARA PENGUMPULAN DATA a) Ujian Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis. Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan ujian pra dan ujian pasca mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. b) Latihan pengukuhan Latihan pengukuhan telah dijalankan selepas ujian pra. Latihan pengukuhan dijalankan supaya penyelidik dapat menilai tahap kefahaman responden. Penyelidik telah memberi latihan pengukuhan kepada responden selepas sesi pengajaran. Penyelidik telah memberikan dua latihan pengukuhan kepada responden sepanjang kajian dijalankan.

Peratus % c) Pemerhatian Pemerhatian ini dilakukan bertujuan untuk melihat adakah perhatian respoden dapat dipertingkatkan dengan menggunakan Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib berbanding kaedah pengajaran biasa di dalam kelas dalam proses pengajran dan pembelajaran. Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas para responden sepanjang pelaksanaan Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Pemerhatian ini dijalankan dengan melihat kepada reaksi serta tingkah laku responden yang dirasakan signifikan serta berkait dengan kajian yang dijalankan yang boleh membantu mengukuhkan lagi dapatan kajian. d) Senarai semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan responden dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Kaedah pengumpulan data melalui senarai semak ini sangat penting kepada penyelidik. Hal ini kerana, senarai semak ialah satu dokumen yang telah disenaraikan aspek-aspek pemerhatian dan penyelidik hanya perlu membuat tanda untuk merekod aspek-aspek pemerhatian tersebut. e) Soal selidik Instrumen kajian seterunya ialah soal selidik. Soal selidik dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan Kaedah Pembaris OTAK ARdiKOOS Ajaib dalam meningkatkan perhatian dan kefahaman responden terhadaap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang digunakan oleh penyelidik berbentuk soalan tertutup. Responden perlu memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. DAPATAN KAJIAN Soalan kajian 1: Bagaimanakah kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib dapat meningkatkan kefahaman responden dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar? Persoalan kajian pertama ini boleh dijawab berdasarkan hasil dapatan analisis borang soal selidik dan latihan pengukuhan. Pertama, hasil keputusan analisis berdasarkan soalan selidik yang dibuat ini telah menunjukkan peningkatan tahap kefahaman responden untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi secara gramatis dengan betul. Rajah 2 di bawah menunjukkan graf hasil dapatan analisis melalui soal selidik yang telah dijalankan. Graf Analisis Soal Selidik Bahagian B 100 50 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 YA % 67 0 67 100 50 100 100 100 100 100 TIDAK % 33 100 33 0 50 0 0 0 0 0 Rajah 2: Graf analisis dapatan kajian melalui kaedah soal selidik bahagian B

Markah/ Peratus Tuntasnya, hasil analisis soal selidik ini telah membuktikan bahawa berlakunya peningkatan dalam pemahaman responden dalam penguasaan kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar rangsangan. Persoalan pertama ini juga boleh dijawab berdasarkan kaedah pengumpulan instrument data yang seterusnya iaitu berdasarkan latihan pengukuhan. Dapatan kajian berdasarkan latihan pengukuhan yang diberikan kepada responden yang mempelajari kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib telah menunjukkan dan membuktikan berlakunya peningkatan dalam keputusan penskoran markah yang diperoleh oleh responden. Dua set latihan pengukuhan telah disediakan oleh penyelidik dan diberikan kepada responden kajian untuk dijawab dengan menggunakan kaedah kajian yang telah diajarkan iaitu Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Rajah 3 di bawah menunjukkan graf hasil peningkatan markah serta peratusan kajian melalui latihan pengukuhan yang telah dijalankan. Peningkatan Markah / Peratusan daripada Latihan Pengukuhan 1 dan 2 100 80 60 40 20 0 R1 R2 R3 R4 R5 R6 MARKAH P1 12 14.5 12.5 13.5 13.5 14.5 MARKAH P2 15 16 14.5 16 15 17 PERATUS % P1 60 73 63 68 68 73 PERATUS % P2 75 80 73 80 75 85 Rajah 3: Graf perbandingan markah antara latihan pengukuhan 1 dan latihan pengukuhan 2. Soalan kajian 2: Adakah berlaku peningkatan nilai markah yang diperoleh sampel antara ujian pra dan pasca dalam kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar setelah kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib dilaksanakan? Berdasarkan keputusan analisis yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib ini sangat berkesan dalam membantu responden membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Hal ini dapat membuktikan dengan perbezaan markah responden terhadap ujian yang telah dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca. Kesemua responden menunjukkan peningkatan markah penskoran antara ujian pra dan ujian pasca. Sebelum ini responden hanya memperoleh 0-10 markah sahaja semasa ujian pra namun responden telah menunjukkan peningkatan markah 15-18 markah bagi ujian pasca. Rajah 4 di bawah menunjukkan dengan lebih jelas peningkatan yang dicapai oleh responden melalui kaedah kajian ini.

Responden Markah/ Peratus Peningkatan Markah / Peratusan Antara Ujian Pra dan Pasca 100 80 60 40 20 0 R1 R2 R3 R4 R5 R6 MARKAH UJIAN PRA 6.5 9.5 6 8 7 10 MARKAH UJIAN PASCA 15 17.5 15 17.5 16 18 PERATUS % UJIAN PRA 33 48 30 40 35 50 PERATUS % UJIAN PASCA 75 88 75 88 80 90 Rajah 4: Graf perbandingan markah antara ujian pra dan pasca Soalan kajian 3: Adakah kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib dapat meningkatkan perhatian sampel untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar? Bagi menjawab persoalan kajian ini, analisis terhadap aspek pemerhatian dan senarai semak telah dilakukan ke atas responden yang dipilih. Aspek-aspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum melantik pemerhati untuk menilai pemerhatian tersebut. Hasil dapatan pemerhatian yang dilakukan ke atas responden melalui tiga sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib berlaku peningkatan perhatian responden. Peningkatan Skor dari Pemerhatian Kali Pertama, Kedua dan Ketiga R6 R5 R4 R3 R2 R1 0 10 20 30 40 R1 R2 R3 R4 R5 R6 JUMLAH KESELURUHAN 25 33 25 33 33 36 PEMERHATIAN 3 13 15 13 15 15 15 PEMERHATIAN 2 8 11 8 11 11 12 Rajah 5: Graf perbandingan dapatan keputusan hasil permerhatian kali pertama, kedua dan ketiga Berdasarkan rajah 5 di atas, jelaslah membuktikan bahawa berlakunya peningkatan tahap perhatian responden terhadap pengajaran dan pembelajaran daripada pemerhatian kali pertama, kedua dan kali ketiga. Untuk menjawab persoalan kajian tiga ini juga, instrument senarai semak boleh digunakan bagi membuktikan responden dapat memberi tumpuan yang baik semasa kajian dijalankan. Responden dapat memberi tumpuan ketika aktiviti berlangsung dengan catatan sebanyak 100% dan ini mununjukkan kesemua pemerhati bersetuju dengan pernyataan yang dikeluarkan.

Peratus % Graf Analisis Senarai Semak 100 50 0 SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 TIDAK % 0 0 0 YA % 100 100 100 Rajah 6: Graf analisis hasil keputusan senarai semak. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Melalui refleksi kajian ini, penyelidik berpendapat terdapat beberapa cadangan yang perlu dibuat untuk meningkatkan lagi penguasaan responden bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Terdapat beberapa perubahan lain perlu penyelidik lakukan dalam meningkatkan penguasaan responden selain menggunakan kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Pengkaji boleh menggunakan kaedah ganjaran bagi meningkatkan lagi motivasi responden ke arah yang lebih memberangsangkan. Peneguhan sangat penting dalam membina keyakinan diri responden. Dengan adanya peneguhan seperti ini sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan usaha responden untuk berubah. Kaedah yang penyelidik bina ini juga boleh dimurnikan dengan mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan bahan bantu mengajar secara interaktif. Dengan adanya bahan bantu mengajar secara interaktif ini, PdP dapat dijalankan secara menyeluruh dan holistik kepada seluruh murid di dalam kelas dan bukannya hanya tertumpu pada sebilangan murid sahaja. Malah kaedah yang dihasilkan dapat dimurnikan dengan menghasilkan pelbagai jenis pembaris ayat bagi membantu memudah murid yang mengalamai masalah dalam kemahiran membina ayat seperti pembaris membina ayat majmuk, pembaris membina ayat kohesi, pembaris membina ayat tunggal, pembaris membina ayat songsang dan pembaris membina ayat gramatis. Kesemua pembaris ini boleh digabungkan sekali agar memudahkan murid membina ayat dengan menggunakan alatan bantu mengajar ini apabila diperlukan. Seterusnya, diharapkan juga agar pada masa akan datang, kaedah kajian ini dilaksanakan dan diberi nafas baharu dengan memasukkan elemen-elemen didik hibur seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kesimpulannya, dalam sesuatu kajian itu terdapat banyak kekangan yang akan melemahkan sesuatu kaedah yang dibina. Namun, dengan kekangan jugalah, banyak terbina pembaharuan yang lebih segar dan moden untuk diadaptasikan oleh penyelidik dalam menghapuskan semula kekangan-kekangan yang ada. Semoga kaedah inovatif yang dibina ini mampu memberi sebanyak mungkin manfaat kepada generasi akan datang. SENARAI RUJUKAN Abdullah Hassan. (1986 ). Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1987). Bahasa Melayu Saintifik. Kualal Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliday, M.A.K. dan Ruqaiya Hasan (1976). Cohesion In English. London: Longman. Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof dan Zaridah Yusof. (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahas Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Khatijah Abdul Hamid. (1996). Wacana Dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan Tentang Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Jurnal Dewan Bahasa, 40 (10), 0420 2090. Sanat Md Nasir. (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu Perkataan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu ii. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.