KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA LAPORAN KURSUS PEMBUATAN KEK CAWAN HIASAN TARIKH : 4 JANUARI 2013 ( JUMAAT ) TEMPAT : BILIK MASAKAN 1 KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR ANJURAN: KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DENGAN KERJASAMA: AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN PKMB JOHOR BAHRU
1.0 PENGENALAN Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Johor Bahru yang memohon perlaksanaan kursus bagi tujuan berikut: 1.1 Menambahkan kemahiran dan ilmu tambahan bagi ahli persatuan. 1.2 Membantu pihak perstuan mencari tempat yang boleh menawarkan harga kursus yang murah tetapi berkualiti tinggi. 1.3 Mewujudkan kerjasama dua hala diantara Amanah Iktiar Malaysia dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Peserta akan mempelajari kaedah menghasilkan kek cawan bermula dari mempelajari membuat kek secara asas seterusnya lengkap dengan dekorasi pada kek cawan. 2.2 Mempelajari kaedah menimbang bahan, membuat bancuhan dan membakar dengan betul. 2.3 Setiap peserta akan mendapat kemahiran menyediakan kek cawan dengan cara sistematik, menarik, lazat dan bermutu.
3.0 JUSTIFIKASI Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dikalangan komuniti merupakan teras ke 6 yang telah digariskan didalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Dimana salah satu intipati teras ke 6 tersebut ialah peningkatan bilangan penyertaan golongan dewasa terhadap kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Justeru itu, perlaksanaan kursus Pembuatan Kek Cawan Hiasan ini adalah relevan untuk dijalankan bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Selain itu, perlaksanaan kursus ini dapat mewujudkan satu jalinan kolaborasi diantara Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan Aamanah Ikhtiar Malaysia bagi meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran kepada masyarakat selaras dengan objektif yang telah dirangka dalam Pelan Strategik Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar. 4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 4 Januari 2013 Hari Tempat Masa : Jumaat : Bilik Masakan 1 KKBP : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
5.0 TENAGA PENGAJAR Nama Pengajar : Cik Raja Faraazlina Binti Mohamed Junior Alamat : Kolej Komuniti Bandar Penawar Pengalaman : a) Menjadi tenaga pengajar bagi kursus : - Pembuatan Kek Cawan SMK Bandar Easter - Pembuatan Kek Cawan SMKA - Pembuatan Kek Cawan SMK Bandar Penawar 8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA 20 orang peserta terdiri daripada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan PKMB Johor Bahru. 9.0 TENTATIF PROGRAM MASA PROGRAM 8.00 pgi Pendaftaran peserta 8.30 pg Mengenali bahan bahan membuat kek cawan. 9.00 pg Teknik menggunakan peralatan membuat kek cawan. 9.30 pg Proses kerja membuat kek cawan secara hands on. 12.00 ptg Teknik menghias kek cawan secara hands on. 1.30 ptg Selesai
10.0 PENYELARAS KURSUS Pn. Suriati Binti Ahmad 11.0 GAMBAR AKTIVITI Pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta kursus Penyediaan bahan-bahan & taklimat dari penceramah
Mengadun bahan-bahan adunan kek Kek yang siap dimasak
Proses mendekorasi kek Kek yang telah didekorasi
Penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus Bergambar bersama Penceramah, penyelaras & peserta-peserta kursus
12.0 PENUTUP Kursus Cup cake ini nyata mampu memberi nilai tambah kepada kemahiran yang ada pada setiap peserta seterusnya dapat melahirkan idea untuk diadaptasi di kolej komuniti sendiri dan juga ketika di rumah masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak langsung ia mampu memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan. Sehubungan itu, kursus-kursus sebegini perlu dipelbagaikan demi untuk mencapai objektif jabatan pembelajaran sepanjang hayat.
13.0 TANDATANGAN Penyelaras, Kursus Pembuatan Kek Cawan Hiasan Disediakan oleh:... ( Suriati Binti Ahmad ) Disemak dan Diperakui oleh: Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar... ( Kamaludin Bin Rashid ) Pengarah, Kolej Komuniti Bandar Penawar Diluluskan oleh:... ( Sahalani Bin Basar )